Bab 20 :0 : Nerf Gun

Romance Completed 7106

Aku memakai busana berwarna putih untuk pernikahan aku , aku didandan dirumah ayah kerana rumah ayah lebih dekat dengan masjid tempat aku bakal diijab kabulkan bersama Fazrel . Selepas saja selesai berhias , kami bergegas ke masjid yang ditetapkan untuk berjumpa dengan Fazrel . Dia juga memakai baju melayu yang berwarna putih sama denganku , diwajahnya terhias senyuman gementar .

Ini kali kedua , aku melalui perkara ini tapi kali ini .. Perasaan yang ada dalam diriku berbeza dengan perasaan yang ku miliki ketika bernikah dengan Hairie . Perasaan gementar dan gembira . Jantungku tak berhenti berdegub kencang seakan sedang meronta-ronta minta dibebaskan supaya ia dapat lari dari majlis ini .

Aku tersenyum sendiri bila memikirkan soal itu . Akhirnya , dengan sekali lafaz , aku sudah sah bergelar isteri buat Fazrel Airil . Fazrel berpaling kearahku untuk sesi pembatalan air sembahyang .

" terima kasih kerana sudi jadikan abang imam sayang "

" terima kasih juga kerana sudi menerima El sebagai makmum abang " dia mengucup dahiku lama , kemudian aku pula mencium tangannya juga lama kerana ramai cameraman yang berbayar dan tidak berbayar sedang asyik mengambil gambar kami . Selepas sesi mengambil gambar selesai , kami buat sujud syukur sebelum bergegas ke hotel .

Hotel yang telah ditempah oleh papa Fazrel untuk majlis persandingan kami . Kami menukar pakaian sebelum berjalan beriringan memasuki dewan yang sudah penuh dengan tetamu dan ahli keluarga . Tak terkecuali juga anak-anak yatim yang telah dijemput dari dua buah rumah anak yatim yang terdapat tidak jauh dari sini .

Kami mempunyai dua persalinan untuk majlis ini . Satu berbaju songket , satu lagi aku mengenakan abaya yang ala ala Bollywood gitu . Persalinan ini dipilih atas permintaan aku sendiri .

" tahniah El , dha dua kali dha kau kahwin . Aku nie bila lha agaknya .. " ujar Akid dengan wajah kesian . Aku tergelak .

" tu lha kau , cari cepat cepat sikit . Aku tak nak lha abang aku sorang nie jadi andartu " gurauku .

" banyak lha kau punya andartu "

Pada sebelah malam plak , dinner untuk ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat diadakan didalam dewan yang sama . Kali ini , aku memakai dress colour oren manakala Fazrel memakai suit hitam .

Dinner ini diadakan atas permintaan papa dan mama Fazrel yang disokong kuat oleh Emily dan Andy .

" selamat pengantin baru sahabat " ujar Hairie .

" terima kasih Hairie , terima kasih untuk segalanya " ujarku . Mataku melilau mencari kelibat Fazrel tapi tidak ketemui . Tiba-tiba suasana dewan jadi gelap . Masing-masing gelabah hinggalah lampu diatas pentas menyala . Semua mata tertumpu pada arah pentas , begitu juga dengan aku . Muzik rancak kedengaran sebelum Fazrel , Andy dan beberapa orang lelaki yang aku kenal wajahnya berdiri diatas pentas , masing-masing lengkap bersuit .

Muzik berhenti dan mereka berdiri kaku . Kemudian muzik berbunyi semula dan mereka mula menari . Wow , aku tak pernah tahu wujud side ini dalam diri Fazrel .

Semakin aku mengenali dia , semakin banyak kejutan yang aku terima . Dia romantik . Satu ayat yang dapat aku katakan tentang dia ketika ini .

Setahun Kemudian

Aku meninggalkan nota dan nerf gun mainan diatas meja sebelum menyorok disatu sudut rumah bersama satu lagi nerf gun mainan .

*Fazrel*

" Assalamualaikum sayang .. "

" sayang ! Abang dha balik nie " aku terus memasuki rumah selepas tidak mendengar apa-apa sahutan dari El . Aku meletakkan briefcase aku diatas sofa dan mencapai nota yang terletak diatas meja .

Husband

Welcome home . El tengah sorok disatu sudut rumah bersama satu nerf gun . El ada tinggalkan satu untuk abang ..

The loser cooks tonight !

Xoxo ,

Wife

Aku tersenyum membaca isi nota itu , lalu meletakkan semula nota tadi diatas meja selepas selesai membacanya dan mengambil nerf gun yang diletak diatas meja .

" game on ! " teriakku .

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience