SEJAK dari kejadian semalam, berderet-deret peraturan Raid senaraikan. Peraturan yang wajib dipatuhi sepanjang tempoh percubaan selama satu minggu. Antara hal-hal yang ditekan oleh beliau adalah, 3B. Buka, buku, baru. Lupakan hal-hal silam. Lupakan cerita yang boleh mendatangkan kedukaan. Tak bagus.
Seminggu ini merupakan frasa suai kenal. Frasa mengenal hati budi. Frasa fahami sifat pasangan. Frasa menempuh erti sebuah kehidupan alam berumah tangga.
Cerita frasa-frasa tersebut hampir buatkan aku mual. Hampir juga pitam. Mujur jelingan Raid berjaya diamkan segala isi perut yang bergolak hebat. Aku hanya diam dan dengar semua peraturan tersebut tanpa sebarang bantahan setelah itu.
Oh, ya. Satu hal lagi yang dia tekankan. Hal yang kedengaran agak mengarut.
“Seminggu ni tak boleh marah-marah. Menangis pun tak dibenarkan. Hanya kegembiraan yang dialu-alukan.”
Wah…Sangat sarkastik peraturan buatan insan bernama Raid. Jelas-jelas peraturan tersebut demi kepentingan dirinya sendiri. Tak rasa ke sebenarnya Raid bersikap seperti keanak-anakkan?
“Jauh termenung?”
Aku kerling dia dua saat.
“Movie ni tak best ke? Sebab sepanjang satu jam setengah saya bercakap sendiri. Awak langsung tak ada respon.”
Aku pandang skrin besar di depan. Suasana yang gelap jadi terang benderang. Cerita tadi langsung tak masuk dalam kepala. Jika ditanya kesudahan cerita pun aku tak tahu.
“Tapi awak berjaya habiskan dua cawan air, satu box popcorn dengan jayanya walaupun ada scene kerat-kerat tubuh manusia. Selalunya awak takut darah.”
Tangan naik menekup mulut. Sumpah! Aku tak ingat apa-apa. Tak perasan ada adegan ngeri tersebut.
“Jom keluar.” Dia tarik tangan aku supaya bangun. Nak bagi ruang pengunjung lain pula gunakan panggung wayang.
“Nak pergi mana lagi?” Tanya dia sambil pandang aku yang hanya separas bahu.
Aku tenang berjalan. Tak peduli kalau Raid nak tenung aku sampai tembus sekalipun. Dia sering begitu. Selalu nak buat aku rasa rimas dan malu sendiri.
“Awak dah gaji kan?” Tanyaku. Kebetulan semalam 25 haribulan. Tarikh keramat buat semua para isteri. Jangan Raid nak membongak belum gaji pula.
“Ermmm…” Jawab dia acuh tak acuh.
Jawapan tersebut mengundang senyuman sinis. Macam terpaksa nak jawab bila aliran wang tunainya dipersoal. Aku bukan nak buat audit kewangan secara mengejut. Cukup sekadar faham situasi aku sebagai pemegang saham hasil kewangan dia. Inilah masanya aku nak gunakan mandat tersebut.
“Ada orang cakap saya dah gemuk.”
Dia berhenti mengejut. Memaksa aku juga melakukan hal yang sama.
“Siapa?”
“Orang.”
Aku mula melangkah. Raid juga mengejar rapat. Mata dia masih merenung aku dari sisi. Masih menagih jawapan.
“Saya serius Heera.”
“Mee too.” Bila bercakap, aku tak pernah main-main macam dia.
“Siapa yang kejam sangat tu?” Biarpun tenang, aku dapat rasakan dia sedang menahan diri dari meledak. Aku lah punca bom jangka dia diaktifkan. Saja main-mainkan emosi dia.
“Someone.”
Jawapan aku mengundang helaan nafas panjang dia. Kebetulan kami sedang melewati kedai Senq. Automatik langkah aku terhenti. Tanpa sedar bibir mengukir senyuman tipis.
“Kita masuk sini.” Putusku.
Aku menapak masuk ke dalam. Suara Raid bertanya itu dan ini diabaikan. Mata lebih tertarik pada semua perkakasan rumah yang tersusun. Semakin lebar senyumanku.
“Mesin basuh kan masih elok.”
Ya. Tapi itu sekadar mesin basuh automatik. Tak ada pakej dengan dryer sekali. Untuk wanita bekerjaya persis aku, wajar ada satu. Senang kerja. Jimat masa. Segala-galanya jadi mudah.
“Dua hari ni hujan tak berhenti. Baju pun tak kering. Nak pergi dobi saya malas. Saya rasa kita patut beli satu. Wash dan dry. 2 in 1.” Julung-julung kalinya aku mengadu domba sejak bergelar isteri.
Dua jenama mesin basuh sudah ada dalam senarai. Semoga tak kumpaulah. Aku tak pandai memancing. Pancing hati Raid supaya setuju, kemungkinan besar aku tak pulang tangan kosong sangat tinggi.
“Mana satu?” Aku raih pendapat dia. Saja tayang senyuman paling manis Tangan tak berhenti mengusap mesin yang masih berkilat. Jenama Khind dan Toshiba.
“10kg okey kut. Beza pun 0.5kg.” Aku lebih tertarik dengan jenama k.
Ekor mata perasan Raid garit kening. Dari pandangan mata kasar, nampak Raid sedang berfikir jauh. Memikirkan kesan ekonomi keluarga di hari mendatang
“10kg pun banyak. Kita cuma berdua.” Dia sepertinya tak berapa setuju.
Raid dikerling. Respon yang buat aku nak lancarkan perang manja.
“Alang-alang nak beli, baik beli yang besar terus. Betul tak?” Bibit-bibit rusuhan pihak ketua keluarga diabaikan. Hanya para isteri selaku pengurus kewangan keluarga saja yang faham.
“Macam mana?” Aku masih berharap dia setuju.
“Perlu ke? Tak boleh tangguh?” Dia masih cuba berunding.
Automatik senyuman lebar aku terbang. Berganti dengan rasa kecewa bukan kepalang. Niat nak milik mesin basuh 2 in 1 gagal. Nampak gayanya, aku perlu amalkan kembali konsep menabung. Demi memiliki barang tersebut.
Terus aku pusing. Kepala hanya fikir mana pintu keluar. Nak balik. Belum pun sempat nak buka langkah, suara dia berbunyi. Berbaur memujuk.
“Harga berapa? Jaminan berapa lama? Ada pakej service?”
Bukan main laju aku menoleh. Gigi tersusun rapi bila melihat Raid yang terpaksa memakai topeng gembira demi memenangi hatiku.
Sehabis daya aku menahan gelak. Punyalah terpampang harga dekat mesin itu, Raid boleh tanya soalan yang budak kecil pun boleh jawab. Nampak sangat jiwa dia sudah melayang bila mengenangkan angka akaun banknya akan mengalami kemorosotan ekonomi dalam masa terdekat.
“Tak mahal…RM3500 kalau beli tunai.”
Senyuman Raid tersasar dari landasan. Dua kali dia teguk liur. Mesti kalkulator halimunan dia sedang aktif. Sibuk mencongak segala aliran masuk dan keluar wang tunainya.
“Tapi ada pakej murah.” Aku bersuara mengalahkan jurujual. Sedikit sebanyak, ayat aku berjaya mengembalikan senyuman dia.
“Sewa milik sebulan RM125 selama 36 bulan…Kadar yuran proses hanya serendah RM1. Yang best, siap dengan pakej service tiga kali setahun. Paling selamat, ada cover insuran kalau berlaku kebakaran, kecuriaan atau bencana alam. Bila dah 2 dalam 1, tak nak payah risau. Sebab ada jaminan motor selama 10 tahun. Masalah sekarang, ada duit dengan tak ada je.” Senafas aku bersuara. Sepuluh jari dikembangkan.
Aku bertukar karier menjadi jurujual. Jangan Raid nak bagi beribu alasan pula. Penat-penat aku baca risalah produk lebih dari tiga kali demi memiliki barang idaman. Semuanya berjaya dihafal dalam kurang dari sepuluh minit.
“Kita beli atas nama awak. Aset-aset besar je pakai nama saya.” Sebelum Raid bertanya, aku beri saranan. Biarlah nampak macam mata duitan sekalipun, aku tak kisah.
Tak berkedip dia pandang aku. Lama dia begitu.
“Auto debt pun boleh. Tak payah risau lupa nak bayar. Mudah bukan?” Aku masih memujuk.
“Okey.” Akhirnya Raid mengalah bersama helaan nafas panjang.
Hilang sepasang mataku. Rahang naik tinggi. Suka bila usaha aku membuahkan hasil.
“Dik!” Kebetulan ada seorang pekerja berpampasan. Segera aku menahan.
“Saya ambil yang ni. Tolong proseskan segera untuk monthly rental. Atas nama suami saya. Boleh?”
“Boleh!”
Mata beri isyarat supaya Raid mengekori langkah pekerja tersebut. Sementara itu aku nak cuci mata. Nak lihat barang lain. Kalau aku temankan dia, takut aku akan kalah dengan renungan simpatinya. Terus tak jadi nak beli.
Dari sini, aku nampak sesuatu yang sangat menarik perhatian. Sesuatu yang agak besar dan ada dalam senarai barangan yang paling diingini. Tanpa sedar kaki mendekat. Mata terus membaca setiap bait tulisan yang tertulis.
Tanpa menunggu lama aku berjalan mendapatkan Raid semula bersama sekeping kertas.
“Dik! Dik!” Panggil aku lalu melabuhkan punggung di sisi Raid yang tenang mengisi borang.
“Dengan treatmill ni sekali ya. Suami juga akan saya bayar sekali.” Satu kertas berukuran separuh A4 dihulurkan padanya. Muka terkejut orang sebelah diabaikan.
Turun naik kepala pekerja itu. Graf jualan bulanan syarikat naik gara-gara Raid.
“Thank you, sayang.” Selepas laksanakan pelaburan, wajarlah aku hulurkan sedikit pujian. Demi meredakan rasa terkejut dia yang belum pulih sepenuhnya.
BERBAKUL pujian aku sumbangkan pekerja Senq. Kerjasama mereka sangat luar biasa. Tak sampai sehari, semua barang dibeli sudah terpacak depan mata. Tanpa berlengah, buku manual dicapai. Mula menelaah. Nak teroka segala fungsinya.
Berjam-jam lamanya, tak sedar rupanya ada yang memerhati. Yang sakit hati bila diabaikan.
“Awak lebih berminat dengan benda tu dari saya.”
Senget sedikit bibirku. Cemburu dengan benda tak bernyawa terdengar seperti orang kurang waras. Kurang kasih sayang iya.
“Saya sejenis yang sangat menghargai pemberian seseorang. Kalau boleh bawa tidur sekali, itu yang akan saya lakukan. Saya akan peluk dan cium 24 jam." Aku mula mengemas. Menyimpan semua kertas-kertas dan buku manual ke dalam kotak.
“Awak gembira?” Dia duduk di sisi. Mula nak bersembang dengan aku setelah mengalami kemurungan selama beberapa jam.
“Ya.” Jawab aku tanpa segan silu.
“Tak sia-sia saya melabur banyak duit bila tengok awak gembira.”
“Tak…Tak…Awak salah Raid.” Posisi duduk berubah. Aku bersila menghadap dia.
“Awak dah salah faham.” Perlu ada sedikit pembetulan pada ayat Raid supaya tak nampak aku seperti perempuan materialistik.
Kedua belah kening dia naik tinggi. Bibir pun tersungging senyuman. Sepasang tangan dibawa melingkar tubuh. Sedia nak dengar fakta aku pula.
“Kita belajar sikit moral of the story hari ini.” Saja aku duduk rapat-rapat. Tak nak terlepas momen terindah.
“Apa dia? Saya pun nak dengar.”
Semangat Raid dalam proses pembelajaran tak pernah luntur. Dirinya penuh dengan sifat ingin tahu.
“Sepanjang mengenali awak, saya belajar sesuatu.” Akuiku.
Unsur-unsur riak berjaya dikesan pada wajah Raid. Tangan sempat betulkan leher baju.
“Balas dendam tak perlu secara lisan atau fizikal. Cukup pakai otak.” Jari telunjuk mengetuk pelipis sekali.
Raid kurang jelas. Dahinya mula berkerut.
"Tak faham?" Aku tanya dia. Bila dia geleng kepala, maka aku perlu guna bahasa ringkas. Supaya lebih mudah difahami.
"Balas dendam? Yes. Saya sedang balas dendam pada awak."
Sifat bongkak Raid perlahan-lahan ditiup angin.
"Manusia bukan item. Manusia dicipta punya hati dan perasaan. Bukannya untuk dipermainkan." Aku bermukadimah.
"Silapnya, saya terlalu naif. Tak sedar sejak dari awal saya dipergunakan awak. Dalam dipergunakan, tak sedar juga bercambahnya rasa sayang. Tapi rasa sayang tu ranap bila awak minta jangan terlalu berharap dengan hubungan kita."
Ada rasa tidak senang di wajah Raid. Perasan dia meneguk liur sekali. Tangan yang melingkar badan sudah mendarat di lutut lalu diramas. Meredakan hati agaknya.
"Jadi, dalam beberapa hari ni saya akan ajar awak supaya tak mengharap apa-apa dalam hubungan kita."
Diam di pihak Raid.
"Oh ya, ni..." Aku cuma menghidupkan suasana bila dia dah lupa macam mana nak senyum.
"Terima kasih untuk mesin basuh dengan treatmill ni. Walaupun saya mampu nak beli sebenarnya." Tangan menepuk-nepuk mesin basuh. Saja tayang gigi penuh.
"Pelajaran untuk hari ni, tak salah kan kikis duit suami sendiri?" Hujung ayat aku kenyit mata.
"I see..." Kata Raid sangat perlahan. Tapi sampai juga ke telinga aku.
"Okey. Tamat sudah sesi pembelajaran hari ni."
Lebih baik bubar. Bila-bila masa bom jangka akan meletup. Takut terkena tempias nanti.
Share this novel
haa tu Heera dah tawar hati Raid oiiii...takut²keputusan Heera selepas seminggu ni nti bole buat ko jatuh terjunam...hahaha
raaaaiiiiiiddd..padan muka?.ada lg kn pembalasan tuk raid..xpuas hati lg ni..hahaha