Hujung minggu lepas, aku balik ke rumah keluargaku di Putra Heights. Mama orang pertama yang menyambut kepulanganku.
"Rindunya mama dekat anak bujang kesayangan mama ni... Yan sihat?" Mama melepaskan pelukannya.
"Alhamdulillah Yan sihat. Mama? Walid mana?" Aku melabuhkan duduk di sofa bagi merehatkan lelah. Mama turut mengisi tempat di sebelahku.
"Alhamdulillah mama sihat juga. Walid tak ada. Dia pergi jumpa pak long bincang pasal idea pak long nak buka hospital tu."
"Jadi ke plan pak long nak buka hospital tu ma?" Kagum sungguh aku dengan Pak Long Yusran, abang kepada mama.
"Eh, mestilah jadi. Pak long Yan tu kalau dah kata A, A lah jawabnya."
Aku angguk. Faham sangat dengan ketegasan pak long. Kalau bukan ketegasannya mana mungkin boleh membentuk kejayaan anak-anaknya. Anak sulung pak long sudah bergelar doktor, Dr. Ahmad Dzafril. Dan tidak lama lagi, anak keduanya juga bakal bergelar doktor, Dr. Ahmad Dzharif. Anak ketiga dan bongsu pak long pula, masih belajar di sekolah menengah.
"Ni kenapa tak cuti lama sikit? Yan dah lama tak balik, ni balik sehari esok dah nak pergi lagi." Mama merungut dengan kepadatan jadual kerjaku sejak aku bekerja di Kampung Cekur, Terengganu.
"Yan kerja dengan orang ma... Mana boleh nak minta cuti sesuka hati. Lagipun Yan tak nak uncle pilih kasih."
Mama membuat muka, reda terima alasanku.
"Uncle tahu ke Yan kerja dekat sana?"
Aku angguk. Kak Bie, pembantu rumah muncul menatang segelas air putih.
"Terima kasih Kak Bie."
"Yan, sebelum mama lupa. Macam mana dengan budak perempuan hari tu? Jadi ke?" Mama tiba-tiba mengubah topik. Aku yang sedang meneguk air, mengerling mama.
"Budak perempuan mana pulak ni ma?" soalku sambil meletakkan gelas ke meja kopi.
"Yang hari tulah... Yang Yan janji nak bawak dia interviu tu." Mama tersengih.
Aku mengerut kening, kenapa pula mama tersengih ni? Kerana bebanan kerja yang menimbun, aku langsung terlupa apa yang aku janjikan dengan mama. Sumpah, aku lupa! Loading...
"Jap-jap. Interviu? Interviu kerja apa ni ma? Mama nak cari pembantu rumah baru ke? Kak Bie dah nak berhenti kerja ke?" asakku tanpa menyedari mama menjegilkan mata.
Puk! Tak semena-mena mama tepuk bahuku kuat. Aku mengaduh.
"Yan, melalut apa ni?"
"Aduh, mama ni! Dah tu? Apa mama cakap tadi? Interviu apa?"
"Lupalah tu!" Mama mencebik, memuncungkan bibirnya.
"Lupa apa mama sayang? Yan betul-betul lupa ni..."
"Yan dah janji nak bawa perempuan tu jumpa mama. Mama dengan walid dah sepakat, kami dah approved budak tu kalau itu pilihan Yan."
Lagi aku berkerut. Bermacam-macam tanda soal timbul di benakku. Aku tak faham ni!
"Mama cakap apa ni? Serius Yan blur ni ma... Boleh explain?"
"Rindu. Yan dah janji nak bawa Rindu jumpa mama, interviu sebagai calon tunang Yan gantikan Eisha. Lupa?"
Rahangku jatuh. Ya Allah, mama betul-betul serius dengan idea gilaku tempoh hari?
"Mama serius?"
Giliran mama pula tercenggang. Sedetik dua mama menepuk kuat bahuku. Aku menyeringa. Padu betul penangan mama kali ini.
"You main-mainkan i ke Yan?"Asak mama lalu tampar bahuku beberapa kali.
Tak menahan rasa pedih, deras aku bangkit menjarakkan diri dari mama. Bahu kesan tamparannya aku gosok.
"Sakitlah ma."
Mama turut bangun mendekatiku. Aku mengundur tapak, takut mama melempaskan amarahnya lagi. Walaupun aku anak tunggal, jangan kata aku ditatang bagaikan minyak yang penuh 24 jam ya? Mama dan walid cukup tegas mendidikku!
"Sakit? Tahu pun sakit. Yang you main-mainkan i, you ingat i tak sakit? Ian Ibrahim, i tak kisah apa yang you nak buat tapi yang i tahu... i nak you bawak budak perempuan tu jumpa i. Kalau i tahu you main-mainkan dia macam you mainkan i sekarang ni, siap you i kerjakan." Mama menoktahkan amarannya sebelum berlalu ke anak tangga.
"Ma..."
Mama berpaling di hujung tangga.
"You bawa dia jumpa i dulu, Yan." Mama terus berlalu.
Aku kembali duduk sambil mengosok bahu yang kepedihan. Macam mana ni? Mama dah tersuka Rindu pada pandangan pertama ke macam mana ni? Tempoh hari aku sekadar bergurau untuk tutup kes Eisha tapi tak sangka pula mama mengambilnya serius. Aduh, dah jadi hal pulak!
* * *
Mataku terpaku pada seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi malas yang terletak di hadapan rumah. Wajah yang cengkung dan sedikit pucat itu menarik tumpuanku. Wajah itu... tanpa sedar dadaku berdebar.
"Encik, saya keluar dulu. Terima kasih sudi hantarkan saya lagi walaupun rasanya dah tak perlu. Antara kita sebenarnya dah tak ada hutang." Pemilik suara disebelahku berbunyi.
"Saya tetap akan bayar," tegasku dengan mata masih tertumpu ke abi Rindu. Aku yakin mataku tidak salah melihat. Dialah orangnya. Orang yang berhutang selama ini denganku!
Hutang? Bibirku menyinis. Ya, kali ini 'hutang' ini mesti dituntut. Aku berdecit, rupanya tanpa kami tahu antara aku dengan Rindu sudah lama terjalin sebuah 'hutang'. Dan hutang inilah yang perlu aku tuntut setelah sekian lama tidak dituntut.
"Encik tak perlu rumitkan keadaan. Kita tak ada apa-apa istimewa yang perlu saya menafiankan rumours tu. Terpulang pada encik nak percaya ataupun tak. Encik tak perlu bayar dan saya tak perlu terima apa-apa bayaran. Kes kita dah settle."
Aku deras berpaling. Dia, aku tenung penuh minat.
'Rindu... Rindu... nampaknya kau terlalu naif untuk faham apa yang dah berlaku. Tapi tak apa... sama ada kau suka atau pun tak, kita sebenarnya dah lama terlibat dalam permainan takdir ni, Rindu. Tunggu saatnya tiba untuk kau tahu,' desisku.
"Saya tetap akan bayar, Rindu. Kalau bukan hari ni mungkin hari lain. Saya nak awak tahu rumors tu saya tak percaya. Cukuplah awak tahu yang tu," ujarku, sedikit sebanyak cuba menyakinkannya. Aku tahu dia akan kecewa andai kata aku memilih untuk menjawab 'tidak'. Bibirnya boleh menipu tetapi tidak riak wajahnya. Aku pandang semula abi Rindu. Terdetik sesuatu yang dinamakan tekad.
"Rindu..." sahutku tanpa sempat dia menutup pintu. Debaran di dada semakin menjadi-jadi. Peluang sudah terbentang di depan mata tapi adakah ini peluang yang harusku pilih?
"Ya, encik?" Dia menunduk. Pandangan mata redupnya menyentuh mataku, menanti butir bicaraku.
"Saya nak jumpa ayah awak." Tekadku, bulat. Pintu segera aku tolak dan membawa tubuhku ke sisinya.
Dia segera menegakkan tubuh. Wajahnya terpinga-pinga. Aku sekadar tersenyum kecil, mengusir gusar sendiri.
"Kenapa encik nak jumpa abi saya?"
"Saja nak berkenalan dengan bakal abi sendiri," usikku selamba lalu mengenyitkan mata.
Matanya terkejip-kejip dengan reaksiku. Dia nampak comel begitu tapi sayangnya kecomelan itu tidak berjaya menghapuskan debaran yang semakin kencang ini.
"Boleh kan?"
Lagi dia terkebil-kebil. Aku pantas mengorak langkah walaupun dia cuba menyaingi langkahku.
"Encik jangan nak bergurau boleh?" Dia cuba menghalang tapi sayangnya terlambat. Kami sudah tiba di pangkin rumah Rindu dan abinya sedang berdiri tegak menyambut kedatangan kami.
"Aisha?"
Rindu pandang abinya. Wajahnya kelihatan serba salah dengan sapaan abinya. Sekejapan dia memandangku dan dia nampak teragak-agak untuk memperkenalkan aku kepada abinya.
"Assalamualaikum pak cik. Saya Ian Ibrahim." Aku pantas menghulurkan salam sebelum sempat Rindu berkata apa-apa
"Waalaikummusalam. Ian? Encik Yan?" Abi Rindu membalas salamku tapi hujung matanya dilirikkan kepada Rindu.
''Err... ya, abi." Rindu meramas tali beg sandangnya. Aku cuma tersenyum dengan telatah Rindu yang keresahan.
"Oh Encik Yan yang bawak Aisha pergi klinik dulu tu ya? Maaflah susahkan encik. Ni, silalah masuk dulu, Encik Yan." Abi Rindu menjemputku masuk ke rumahnya dengan ramah. Aku curi pandang Rindu. Dia
menjegil, aku cuma mengangkat bahu sebelum menapak masuk.
* * *
"Aisha pergi dapur sekejap ya?" Rindu membawa diri ke dapur meninggalkan aku bersama abinya.
Abi Rindu yang duduk bertentangan denganku sesekali mencuri pandangku.
"Encik Yan ni boss Aisha ya?"
"Panggil saya Yan je pak cik." Aku betulkan, kekok pula bila dengar dia memanggilku encik sedangkan pangkatnya lagi tinggi daripadaku.
"Saya bukan boss Aisha. Saya kerja sebagai EO di site sana. Pak cik sihat?" Sambungku. Istilah pekerjaanku, aku tahu abi Rindu bukannya cetek ilmu. Hanya penampilannya sahaja nampak seperti kebanyakkan orang tapi dia bukan begitu orangnya. Dia dari golongan aristokrat.
"Oh, pak cik ingat Yan di pihak konsultan sama macam Aisha. Sebelum pak cik lupa, pak cik nak berterima kasih dengan Yan sebab bawak Aisha ke klinik hari tu."
"Sama-sama kasih, pak cik. Pak cik sihat?" ajuku. Apa yang aku tahu daripada Rindu, abinya menghidap penyakit jantung yang memerlukan kos pembedahan mencecah puluhan ribu. Kerana kesempitan kewangan, pembedahan itu ditangguhkan.
"Alhamdulillah sihat. Sihat cara orang tua. Yan ni asal orang mana?"
Aku memaniskan muka sebelum menjawab soalan mudahnya.
"Saya orang Selangor. Keluarga saya pun asal selangor. Pak cik memang orang sini?" dugaku.
"Oh, jauh datang kerja dekat sini ya... Pak cik bukan orang sini. Pak cik pun asal orang Sel..." Dia segera mematahkan bicaranya, tertangkap.
Aku talakan mataku ke arahnya lalu kami saling berpandangan. Ibaratnya kami sedang berbahasa bisu. Hujung bibirku bergarit. Hanya kami berdua tahu apa yang tersirat di hati masing-masing.
Ya, aku tahu abi Rindu sedang berperang dengan jiwanya sendiri. Dan aku tak buta untuk menilainya.
"Ehem.." Abi Rindu berdeham, mematahkan renunganku ke atasnya. Di mengerling ke arah dapur sebelum mendekatkan badannya ke padaku.
"Dia hantar kamu ke sini?" bisiknya tiba-tiba.
Sah, dia sudah tahu siapa aku! Wajahku yang saling tidak tumpah dengan wajah datuk di usia muda, amat mudah untuk dia meneka siapa aku. Aku hanya menyenget hujung bibirku ke sisi, sebagai jawapannya. Abi Rindu menggenggam kepalnya.
"Berapa dia bayar kau untuk cari aku?" Terus berubah intonasi suaranya dari ramah kepada deraman.
"Bayaran?" Aku betulkan duduk. Merapatinya bimbang kalau Rindu tiba-tiba muncul dan terdengar perbualan kami. Kalau boleh, aku mahu rahsiakan hal ini daripada Rindu sehingga tiba masa yang sesuai.
"Yang pasti harganya tidak ternilai," bisikku sambil melirikkan mata ke arah dapur dan abi Rindu turut halakan matanya ke situ. Tak lama matanya mengecil.
"Kau jangan cuba nak apa-apakan anak aku. Dia hak aku dan selamanya hak aku!" dengusnya.
"Dah tiba masanya untuk saya datang ambil hak saya. Lagipun pak ngah sendiri yang setuju kan?"
Abi Rindu mengertap rahang. Wajahnya bertukar ketat menandakan dia faham apa tujuanku menjejakinya.
"Hak? Apa hak kau, hah? Kau tu siapa? Kau yang datang sini tanpa dijemput dan sesuka hati minta hak kau dari aku? Baik kau berhambus sebelum Aisha keluar!" amuknya tapi masih mengawal nada suara. Wajahnya yang merah menahan amarah itu kelihatan resah. Sesekali dia mengintai ke arah pintu dapur.
Aku hanya menggeleng.
"Rindu. Aisha. Medina. Dia hak saya. Tetap akan jadi hak saya walaupun dia anak pak ngah. Pak ngah kembalikan hak saya dan saya akan kembalikan hak pak ngah macam yang Tan Sri janjikan."
Armrest kerusinya ditepuk kuat. Jari telunjuknya naik menunding ke padaku. Dengusan kasar dilepaskan.
"Kau! Kau jangan cuba nak ambil anak aku! Rindu Aisha Medina, dia anak aku! Puteri kesayangan aku!" marah abi Rindu.
"Dia tetap hak saya, kan? Pak ngah lupa apa perjanjian pak ngah?"
"Kau diam! Kau keluar dari rumah aku!"
"Bertahun pak ngah larikan diri dari kami. Pak ngah sengaja tak bagi kami peluang untuk tolong pak ngah."
Abi Rindu mendengus.
"Apa yang kau tahu pasal aku? Kau tu masih budak masa tu!" selarnya.
Aku terangguk. Ya, aku masih budak ketika kejadian itu tapi itu tidak bermakna yang aku langsung tidak tahu apa-apa.
"Jadi sebab tu pak ngah sanggup biarkan anak-anak pak ngah tanggung semuanya demi ego pak ngah?"
"Baik kau berhambus dan jangan jumpa anak aku lagi!" Abi Rindu menderam. Suaranya celah gigi, kepalnya di genggam.
Aku melepas keluh. Nampaknya abi Rindu sama macam datuk, keras kepala. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
"Tan Sri tenat sekarang. Dia nak jumpa dengan Datuk Taqiuddin sebelum semuanya terlambat."
Pendek sikit. Tq to all the readers.
Share this novel