Bab 7 : Rindu

Romance Series 78737

~Each new day is a blessing. Let go of all worries and be grateful for all the positive in your life.~

Aku dan Saera mendaki anak-anak tangga untuk ke pejabat konsultan yang terletak di atas bukit selepas selesai menghidangkan Encik Ian Ibrahim bekal yang aku bawa dari rumah atas permintaan Abi. Nasi goreng ikan, aku harap Encik Ian suka.

Aku bukan mengharapkan pujian ataupun balasan darinya, cuma aku harap dia sudi terima pemberian ikhlas aku itu. Hanya itu yang aku mampu memandangkan aku ini cuma orang biasa-biasa sahaja.

"Aisha, kau ada dengar tak abang Burraq dah balik kampung?" Saera menyoalku tiba-tiba.

"Abang Burraq dah balik? Bila dia balik?" Aku menyoalnya semula, agak terkejut dengan berita yan aku baru terima.

Burraq Anaqi, kawan sepermainanku. Beza umur kami lebih kurang 3 tahun. Habis spm, rezeki dia dapat melanjutkan pengajian di luar negara. Rasanya sudah 5 tahun dia berada di Jepun, mungkin sudah tamat tempoh pengajiannya.

"Emm dia dah balik. Rasanya 2 hari lepas kot dia balik," terang Saera. Dia dengan Burraq itu sepupu, haruslah kawanku itu tahu.

"Ohh..." Hanya itu aku membalas, seterusnya aku diam. Sedikit kesal.

'Kenapa aku tak tahu menahu pun berita kepulangan lelaki itu? Ke aku tak perlu tahu? Mungkin betul aku tak perlu tahu... aku siapa dengan Burraq?' cetusku.

Saera pandang aku. Dia dapat kesan mukaku berubah.

"Aisha... kau marah ke aku cakap pasal abang Burraq?"

Aku melepas keluh.

'Hish Aisha.. jangan buat perangai budak-budak tak cukup duit 20 sen nak beli aiskrim boleh tak?'

"Tak ada apa aku nak marah Saera... Alhamdulillah, syukurlah dia dah balik dengan selamat. Kalau tak jenuh Mak Kiah tu duk mengadu dekat aku rindu dekat anak bujang dia tu," balasku sambil 'rolling eyes' terbayangkan muka mak saudara Saera.

Saera tergelak. Faham sangatlah dia dengan perangai overt mak saudara dia tu.

"Emm.. betul tu, mak saudara aku tu overt sangat. Tapi kan, aku syukur tau bila kau tak marah aku pasal lambat bagitahu kau. Aku sebenarnya dah janji dengan abang Burraq tak nak bagitahu kau yang dia dah balik. Dia tak nak kau tahu, kalau boleh."

Aku berhenti melangkah. Pelik pulak aku dengar permintaan Burraq tu.

"Kenapa tak nak aku tahu pulak?"

Saera jongket bahu.

"Aku tak tahu. Cuma dia cakap kalau boleh jangan bagitahu kau dia dah balik. Mungkin dia sendiri nak jumpa kau kot. Nak buat surprise orang kata."

Mataku membulat.

'Surprise kepala otak dia. Dia ingat aku dengan dia masih di zaman kanak-kanak ke apa?' bebelku dalam hati.

Aku dengan Burraq cukup rapat. Ibaratnya Burraq itu pengganti kepada Aisy Mueez, abang kandungku. Aku menumpang kasih sayang seorang abang dengannya. Lelaki itu juga baik melayanku sehinggalah suatu hari dia memberitahuku yang dia akan ke Jepun untuk sambung belajar. Aku merajuk teruk dengan Burraq sampaikan aku langsung tidak bertanya khabarnya sepanjang dia berada di sana.

"Tak payah nak mengada supriselah. Aku dah tua, dah tak laku dah surprise-surprise ni."

Saera tergelak lagi.

"Kau ni... cakap kau dah tua tu macamlah kau sekarang ni tengah bongkok bertongkat kaki empat panjat tangga ni."

Aku ikut sama tergelak. Adanya Saera disisiku menceriakan hari-hariku. Aku dan Saera berjalan seiringan, mendaki anak-anak tangga yang cuma diperbuat dari batu-batu kecil dilereng bukit itu satu persatu. Ada batang kayu kecil di setiap anak tangga untuk dijadikan sebagai pemegang dan sokongan. Cukup ringkas saja pembuatannya kerana apa yang ada disini hanya bersifat sementara sebelum yang lebih baik akan dibina nanti.

Saera tetap setia menemaniku untuk ke pejabat atas biarpun dia sebenarnya bekerja di bahagian bawah sebagai tea lady. Bukan aku yang mengada-ngada mahukan peneman, cuma aku dan Saera sama-sama fikirkan tahap keselamatan yang harus di jaga.

Memandangkan pekerja di pejabat tapak projek pembinaan jalan di Kampung Cekur ini kebanyakkannya dari kalangan lelaki dan cuma kami berempat sahaja yang perempuan, ada baiknya kalau tidak dibiarkan bersendirian. Tambahan lagi kedudukan site office ini juga jauh dan sunyi dari pandangan orang kampung. Jadi untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku, haruslah kami mengambil langkah berjaga-jaga.

Pintu kabin 5 iaitu pejabat IOW (Inspection of work) dibuka dengan kunci pendua yang diberikan oleh Kak Haira di bawah tadi. Kata Kak Haira aku perlu memulakan kerjaku sebelum Ir. Haji Ismail masuk ke pejabat usai sahaja lelaki berusia separuh abad itu keluar dari melawat tapak pembinaan jalan.

Tugasku sebagai seorang kerani konsultan sama sahaja tugasnya dengan kerani yang lain. Aku perlu tahu untuk membezakan antara fail yang digunakan untuk mengasingkan surat menyurat dan aku juga perlu tahu cara untuk menyimpan rekod setiap borang request form information (RFI) berdasarkan setiap kerja yang dipinta oleh pihak kontraktor.

Aku bergerak ke meja kerjaku. Ada beberapa kertas putih yang tertulis Request Form Information (RFI) bersusun di atas rak kecil di penjuru meja. RFI merupakan satu proses bertulis rasmi yang dijalankan semasa projek pembinaan sedang berjalan untuk menjelaskan sebarang maklumat seperti pelan, lukisan, spesifikasi dan perjanjian. Itu yang aku faham hasil berguru dengan Pak cik Google berkenaan RFI. Ada juga beberapa kepingan surat yang diletakkan di situ tetapi di bahagian rak yang berlainan. Aku mengambil dan membacanya satu persatu sebelum menyusunnya kepada kategori masing-masing untuk memudahkan kerjaku merekodnya nanti.

Saera sudah pergi membersihkan dapur dan tandas di sebelah kabin 4. Selesai kerjanya dia kembali mecariku. Kerusi kosong disebelah aku dia isi.

"Aisha.. aku nak bagitahu kau ni..."

"Apa?" tanyaku tanpa menoleh. Aku mengambil buku log request yang sedia tersusun diatas meja lalu dibawa ke hadapanku. Aku selak helaian satu demi satu. Lihat dulu cara untuk mengisi buku log berkenaan.

"Emm... aku tak tahu la aku patut ke tak cerita benda ni dekat kau..."

Aku angkat muka, toleh kepadanya.

"Kenapa pulak? Ada cerita tak sedap didengar ke?" tanyaku pula. Kalau benda tak sedap didengar pasal aku, memang aku tak suka. Boleh jatuh fitnah kalau benda tak betul!

"Bukan macam tu... cuma cerita ni pasal kau..." Saera garu kepala yang tidak gatal, serba salah.

"Pasal aku? Pasal apa tu?" soalku lagi dengan kening berkerut. Aku ada buat apa-apa hal ke?

"Emm sebenarnya kan... masa kau mc hari tu, macam-macam cerita yang aku dengar dari boss-boss kita ni.."

Okay, berkerut lagi kening aku. Kali ini topik ini makin menarik minat ku untuk mengambil tahu. Lagipun Saera kata ini pasal aku, mestilah aku lagi mahu tahu, kan? Aku memalingkan seluruh tubuhku menghadap Saera. Sebelah tangan direhatkan di armrest.

"Cerita pasal aku? Cerita apa ni? Boleh tak kau cerita direct je dengan aku? Susah la nak kena konar-konar ni..." omelku sambil menanti cerita Saera.

Saera sengih bila lihat muka aku berkerut tak puas hati macam tu.

"Cerita ni aku dengar dari Kak Haira dan Kak Saa... diorang cakap boss-boss kita gosip kononnya kau dengan Encik Yan tu dah bercinta."

"Hah?" Terjatuh rahangku. Seriously?

"Iya betul. Aku tak tipu." Saera segera angkat telapak tangannya separa bahunya. Berikrar.

"Aku? Dengan Encik Yan? Begini?" tanya aku sambil mencantumkan kedua jari telunjukku. Saera mengangguk laju.

Lihat Saera mengangguk laju, aku tepuk dahi. Sah, rekaan semata-mata! Tapi kenapa, kenapa pipi aku tiba-tiba terasa panas pulak ni? Aku nak demam, kah?

"Macam mana boleh timbul gossip tu, Saera?"

"Entah. Aku tak tahu macam mana boleh ada gosip tu... Mungkin semua ni jadi sebab masa hari miting tu Encik Yan bawak kau pergi klinik. So, diorang buat conclusion yang kau dengan Encik Yan tu dah bercinta."

Dengar jawapan Saera sekali lagi aku tepuk dahi. Aduh, parah!

"Encik Yan cuma tolong bawa aku pergi klinik, bukannya dia bawak aku pergi dating! Adoiii tak faham aku. Macam mana diorang boleh reka gosip macam tu? Tak kan bawak pergi klinik, tiba-tiba dah jadi couple... mengarut betul!" Aku mendengus.

Aku marah dan tak suka. Marah sebab aku tahu isu itu cuma rekaan semata-mata dan aku tak suka sebab aku tak nak Encik Ian fikir yang bukan-bukan mengenai aku. Jari naik picit pelipis kepala.

Eh sekejap. Tiba-tiba aku teringat kisah pagi tadi. Kisah aku berikan dia nasi goreng yang aku bawa dari rumah. Aduh, macam mana kalau orang lain dapat tahu pasal tu dan jadi bahan 'gosip' lagi? Arghh parah ni!

'Macam mana kalau dia rasa aku ni cuba nak menggatal dengan dia? Macam mana kalau dia rasa aku ni cuba nak ambil kesempatan atas kebaikan dia? Arghhh tidak... tidak... aku bukan nak menggatal, nak mengambil kesempatan pun bukan! Aku cuma balas budi dia. Tiada isu gatal dan tiada isu ambil kesempatan, kan?' Aku melongo sambil bermonolog dalam hati. Lama-kelamaan aku angguk perlahan. Aku setuju dengan pendapatku sendiri. Aku tak menggatal dengan dia dan aku tak mengambil kesempatan pun atas kebaikan dia. Betul!

"Aisha? Kau dengar tak apa kau cakap ni?" Saera menepuk dahuku.

"Hah?" Aku baru tersedar. Segera aku pandang Saera yang sedang melihat aku dengan muka peliknya.

"Kau kenapa ni? Okay ke tak?" tanyanya. Bahu aku disentuh.

"Aku... aku okay. Kenapa?"

"Ye ke ni kau okay? Ke kau tak sihat lagi?" Tangannya menyentuh dahiku pula. Meraba disitu kalau-kalau aku tak sihat sepenuhnya lagi.

"Eh, aku okay lah. Kenapanya?"

"Kau tulah.. sekejap menggeleng, sekejap mengangguk... Mahunya aku ni tak risau?"

Aku bermain dengan jari-jemariku. Resah pula aku fikir isu bekal nasi goreng tadi. Aku tak nak orang lain tahu dan anggap itu sebagai satu bahan untuk 'menggosipkan' aku dengan Encik Ian. Tak nak!

"Saera... kau tahu kan aku bawak bekal nasi hari ni?" Aku malu-malu bertanya Saera. Isu nasi tadi, sejujurnya tiada sesiapa yang tahu kecuali aku dengan Encik Ian. Dan Saera cuma dapat rasa nasi itu beberapa sudu saja itu pun dari bekalku.

"Tahu. Nasi goreng ikan yang sangat sedap yang pernah aku makan. Nanti bawak lagi erk?" Saera mengusikku. Dia bangun dari kerusi dan sambung kerjanya mengemas meja kerja Encik Amin dan Encik Haikal. Keduanya berada di posisi Inspection of work (IOW).

"Saera.. aku nak bagitahu kau ni... sebenarnya nasi tadi, aku ada bawak lebih sebekas. Tapi..."

"Tapi?" Tangannya berhenti bergerak, pandang aku sambil menanti aku menyambung kata.

"Aku bagi dekat Encik Yan."

"Hah? Kau serius weh? Jadi betullah pasal gosip tu?" Membulat mata kawanku dengan suaranya yang sedikit kuat.

Aku turut terkejut dengan pertanyaannya.

"Weh Saera... jangan la cakap kuat-kuat. Kau dengar la dulu apa aku nak cakap ni..." Dan aku mula menjelaskannya tentang apa yang sebenarnya terjadi. Aku tak nak Saera juga salah faham dengan aku. Reputasi aku harus dijaga biarpun aku cuma seorang gadis biasa. Pesanan Abi aku sentiasa ingat.

'Aku couple dengan Encik Ian? Hish mengarut saja. Tak kan lah aku nak bergandingan dengan orang macam Encik Ian tu... Tak serasi langsung kot. Dia siapa. Aku siapa.' Aku berdesis kecil.

Dang-dang itu juga Saera ketawa besar habis saja ceritaku. Aku mengerut dahi, dah kenapa Saera ketawa macam tak ingat dunia ni?

"Wei kau kenapa gelak macam ni?"

"Kau ni lawak la Aisha..." Saera mengesat pelupuk matanya yang sedikit basah, hasil dari gelak tak ingat dunianya.

"Apa yang lawaknya? Aku cerita benda betul ni... Aku memang bawak nasi tu sebab nak balas budi dia... bukannya aku ada niat apa pun.. tapi bila dah ada gosip pasal aku dengan dia macam tu.. rasa serba salah pulak aku..." Aku memuncungkan mulut. Jari bermain sesama sendiri. Hatiku rasa serba salah dan segan bertandang tiba-tiba tanpa dipinta.

"Aisha... Aisha... kau ni kan... memang comel tahu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan la.. Benda simple je pun. Okay, macam ni lah Cik Aisha... aku janji akan simpan rahsia kau ni, okay? Dan aku harap Encik Yan kau tu pun sudi simpan rahsia kau ni. Jangan risau okay?"

Lain macam pulak aku dengar Saera sebut 'Encik Yan aku' tu. Rasa macam aku dengan Encik Yan tu betul-betul couple lah pulak! Eh, Aisha kau jangan mengada boleh?

"Erkk... Saera... emm... kau rasa Encik Yan tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Pasal gosip tulah.." Segan pulak aku nak menyebutnya. Muka pun aku rasa dah bertukar warna sekarang ni.

"Entah la... Aku rasa dia tak tahu kot sebab masa kau mc hari tu dia busy bebenor. Tak lekat dalam office."

Jawapan Saera, aku tarik nafas lega. Eloklah kalau dia tak tahu dari tahu kan? Kalau tak buat malu je.... Tak ada angin, tak ada ribut... tiba-tiba saja pokok boleh bergoyang. Huh!

* * *

Toyota Frontier yang dipandu oleh Ir. Haji Ismail berhenti di hadapan kabin 4. Tak lama kemudian kedengaran pintu keretanya dikatup disusuli dengan tiga lagi bunyi yang sama kedengaran menunjukkan yang lain juga ada bersamanya.

Ir. Haji Ismail merupakan ketua pasukan Road Web Solutions Sdn. Bhd (RWSSB), iaitu pihak konsultan kepada TTI Group bagi Projek Pembinaan Jalan Cekur ke Jalan Pegaga Pahit. Projek membina serta membaikipulih struktur jalan sedia ada dianggarkan menelan pembelanjaan hampir 10 juta Ringgit Malaysia bakal siap dalam tempoh 2 tahun kalau tiada sebarang masalah mendatang.

Selain dari Ir. Haji Ismail, pasukan RWSSB juga terdiri dari 2 orang ARE iaitu Encik Taufik dan Encik Fawwaz serta 2 orang IOW, Encik Amin dan Encik Haikal. Tak ketinggalan juga, aku keraninya. Rutin kerja mereka, pagi-pagi lagi Ir. Haji Ismail akan masuk melawat tapak projek bersama pasukannya untuk meninjau tahap 'progress' kerja yang dilakukan seiringan dengan laporan yang diterima dari kontraktor.

Aku dan Saera saling berpandangan melihat mereka yang turun dari kereta Ir. Haji Ismail. Sekejapan mereka balik ke kabin masing-masing untuk berehat. Ketika ini aku baru sahaja selesai merekod kesemua RFI ke dalam buku log request untuk simpanan pihak konsultan. Boleh tahan banyak juga sampai naik lenguh juga tangan menulis. Pelik juga aku kenapa tidak rekod dalam pc je senang. Ini tidak, kena tulis secara manual dalam buku. Dah lah tulisan aku cantik. Eh, perasan pulak aku. Haha.

"Assalamualaikum Saera, Aisha," tegur Encik Amin ramah. Dia lelaki yang paling senior di kalangan boss-boss kami. Anggaran usianya mungkin lebih tua dari Abi tapi kidmat kerjanya masih diperlukan.

Encik Haikal turut sama ada dibelakangnya, melabuhkan duduk di tempatnya.

"Waalaikummusalam Encik Amin." Saera dan aku menjawab.

"Aisha dah sihat?" tanyanya kepadaku.

Aku senyum dengan keramahannya. Teringat Abi dekat rumah.

"Alhamdulillah makin sihat."

"Alhamdulillah. Kenapa tak keluar rehat lagi?" tanyanya lagi sambil jeling jam tangannya.

"Saya baru siap rekod semua RFI ni. Sekejap lagi kami turun rehat." Aku menjawab, jam di penjuru skrin telefonku aku jeling. Jam sudah menunjukkan pukul 11. 45 minit pagi.

"Aisha, Saera, jom ikut kami pergi makan." Ir. Haji Ismail tiba-tiba muncul di ambang pintu.

Aku dan Saera berpandangan.

"Eh tak apalah Haji. Nanti kitorang keluar pergi kedai."

"Tak apa... ikut je kitorang. Lagipun first day Aisha hari tu, kitorang tak sempat nak belanja Aisha makan. Aisha dah dibawa lari oleh Prince Charming naik kuda kuning."

"Hah?" Melopong aku. Prince charming? Kuda kuning? Aku pandang Saera.

Encik Amin dan Encik Haikal tergelak dengan apa yang baru keluar dari mulut Ir. Haji Ismail.

"Okay lah tu Haji. Tak sia-sia Aisha sakit hari tu. Dapat naik kuda kuning free. Driver pun boleh tahan hensem. Kalau driver macam saya ni memang tak laku la.. driver dah tua," sahut Encik Amin pula.

Makin galak diorang menghemburkan gelaknya. Aku garu kepala yang tidak gatal, malu bila tahu apa maksud disebaliknya.

"Jom lah ikut. Hari ni kita makan dekat kedai sana. Haikal, nanti awak text semua orang bawah, bagitahu diorang lunch nanti kita makan dekat kedai depan simpang kampung hari ni." Ir Haji Ismail memberikan arahan kepada Encik Haikal.

"Okay Haji. Saya text diorang sekarang sebelum diorang keluar lunch." Encik Haikal sudah mengetuk-ketuk skrin telefonnya.

"Emm... Haji, kalau macam tu... kami turun dulu lah. Saya ambik beg saya dekat bawah, saya tunggu dekat bawah." Aku meminta diri memikirkan beg sandang aku dan Saera diletakkan di dalam loker di dapur bawah.

* * *

Aku dan Saera terus sahaja membuka loker kami untuk mengambil beg sandang masing-masing.

"Eh, apa ni?" Terasa ada sesuatu dalam beg, aku membukanya.

Bekas bekal makanan yang aku berikan kepada Encik Ian pagi tadi sudah elok dibersihkan dan diletakkan kembali ke dalam beg sandangku. Aku senyum, senang dengan perlakuan kecil lelaki itu. Ada nota kecil tertampal di bahagian penutup bekas.

_____
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan si kucing belang,
Dua tiga jenis nasi goreng lain boleh ku cari,
Tapi tak kan sama dengan nasi goreng yang sedap ni.

Bunyi macam pantun kan? Tapi bukan pantun. Jangan baca macam pantun. Baca macam biasa je. =p

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Saya dah baca,
Saya dah balas.

Yang ni boleh baca macam pantun. Okay bye.

Ikhlas, Ian.
_____

Berbalas pantun pula Encik Yan ya... Haha Tq to all the readers. RMOH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience