Oktober 2022.
Angin sejuk menyentuh wajahku. Aku bergeliat kecil sebelum mengangkat kelopak mata. Masa tidurku sudah habis. Tibalah masanya untuk aku bangun dan memulakan tugas harianku sebagai isteri misali kepada seorang lelaki yang sudah mengakadkanku sebagai seorang isteri.
Isteri? Ya, aku sudah selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Lelaki yang selama ini aku hanya jumpa disebalik kabus dan akhirnya penantianku tamat bila setiap doa-doaku dijawab oleh-Nya pada waktu dan masa yang tepat seperti yang dijanjikan-Nya.
'Yakinlah ada sesuatu yang menanti mu, setelah banyak kesabaran (yang kau jalan), yang akan membuatmu terpena hingga kau lupa bertapa pedihnya rasa sakit.' ~Ali bin Abi Talib.
Alhamdulillah. Lafaz yang tak pernah putus dari hatiku setiap kali teringatkan liku-liku perjalananku dalam mencari jawapan kepada siapakah gerangan si dia disebalik kabus.
Suamiku, aku cintakan kau.
Aku toleh ke sebelah. Rasa bahagia menyelinap masuk ke relung hatiku tatkala melihat ada sekuntum bunga mawar merah di situ bersama sekeping kertas putih yang berlipat dua. Aku bangkit dari perbaringan lalu mencapai kuntuman bunga itu terlebih dahulu dan dibawa ke hidung. Haruman bunga itu aku hidu dengan mata terpejam. Oh, manis. Bahagia. Nikmat mana lagi yang harus aku dustakan?
Kertas putih itu pula aku ambil dan buka lipatannya. Laju saja mata menangkap apa yang tercoret pada tulisan yang cantik dan berangkai itu.
_____
R - Red rose is a symbol of my infinite love.
I - If I could give you one thing in life, I would give you the ability to see yourself through my eyes, then you would realize how special you are to me.
N - No one will know the violence it takes to be this gentle.
D - Deep in the corner of my heart, I know I'm dumb because of you. Cause of you. Only you.
U - Understanding exists between you and me, making us need each other. This feeling is really meaningful. This feeling can change all the feelings exists and deserves to be called 'Love'.
Rindu. I missed you.
Happy 5th Anniversary, My Rindu.
Thank you for being my wonderful wife and the best mother in the world to our princess.
Sincerely,
Your Love.
_____
Kertas itu aku lipat semula bersama bibir yang tidak lekang dengan senyuman. Rasa ada rama-rama berterbangan dalam perutku. Argh, tiba-tiba wajahku memerah, segan biarpun gerangan yang meninggalkan nota pendek itu tiada tapi aku tetap segan! Lalu aku perkup muka dengan kertas putih itu.
'Oh, tidak! Kenapa awak suka buat saya rasa macam ni, love?!' jerit batinku.
Lantas tangan mengambil telefon pintar di meja sisi katilku. Jari jemari runcingku laju sahaja mengetuk skrin telefon, mencari ruangan chat dan menaip sesuatu untuk suami tersayang. Aku harap aku tidak menganggu dia yang tengah sibuk bekerja.
_Love, thanks for everything. Rindu juga rindukan Love. Happy 5th Anniversary._ ~Rindu.
Aku bangkit dari katil dan bergerak ke pintu bilik tidur. Tombol pintu aku pulas dan kaki melangkah keluar setapak demi tapak lalu sampai di ruang tamu. Sejenak, aku berhenti dan mengeliarkan mataku ke segenap isi ruang tamu. Ruang yang kemas dan bersih. Tiada sebarang sepahan mainan dan bebas dari sebarang habuk. Aku senyum kelegaan. Aku mendepakan tangan, menikmati rasa 'lega' ini dengan menyedut nafas sedalam mungkin. Aku sedang menikmati 'me time' aku sendiri. Perasaan inilah yang aku dambakan semenjak menjadi isteri dan ibu!
Puas begitu, aku bergerak pula ke ruang dapur. Perut sudah berkeriuk meminta isi. Sekejap, aku jeling jam dinding. Sudah 9 pagi, waktu kebiasaan aku bangkit sejak kebelakangan ini. Sebenarnya rutin harian aku agak kacau semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Aku jadi mudah penat, mudah letih.
Siang hari aku banyak tidur dan malam aku jadi burung hantu. Berjaga. Seperti biasa, aku akan ketiduran selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh dan meluangkan masa membaca surah Al-Kahfi dan surah Al-Waqiah. Aku akan bangun bila jam 9 pagi dan akan lena semula usai solat zohor. Kesian dengan suami dan anakku dengan perubahan mendadakku kali ini. Aku tak berpeluang melayan kerenah mereka dengan sebaik-baiknya.
Kaki sudah sampai di dapur, sedang aku berkira-kira apa yang perlu aku jamah untuk mengisi perut, tiba-tiba mata singgah pada meja makan. Ada tudung saji di tengah-tengah meja makan, menandakan ada makanan yang terhidang disitu. Dahiku sedikit berkerut. Tanpa menanti, aku mengangkat tudung saji itu lalu terpandangkan satu bungkusan plastik jernih berisi nasi kerabu biru dengan kuih pulut panggang di situ. Aku perkup mulut. Tak terkata sesaat. Ada nota kecil terselit di bawah bungkusan nasi.
_Especially for My Rindu.
1. Nasi kerabu + Solod lada - Check.
2. Pulut panggang - Check.
Enjoy your meal, Rindu. Kirim kiss untuk my princess. Bagitahu dia, nanti ayah belikan kek velvet ya? Tunggu ayah balik.
Love.
Bismillahirahmanirahim. Hari ini sy publish semula cinta hati saya ke 6 di np. Semoga sy boleh garapkan crita sy ini dgn baik. InsyaAllah. Kalau terpaksa slow update tu...maaf ya. Tq kpd yg sudi membaca n follow sy. Selamat datang Oktober. Bulan Cinta seorang Rindu dan Ian. Tq to all the readers. RMOH.
Share this novel
sambung lagi