Rindu, My Other Half

Tulip Haura

Romance Series 86771
5
(561 ratings)

Synopsis

Setia vs curang. Tinggal vs pergi. Dua keadaan yang selalu berlaku setiap kali dia mencuba untuk memulakan sesuatu perhubungan ke arah yang lebih serius. Tapi malangnya hubungan itu pasti akan berakhir dengan kekecewaan dan kelukaan. Ian Ibrahim dan Rindu Aisha Medina, keduanya mengalami kesulitan yang sama. Lantaran kerana itu jugalah menjadikan keduanya 'malas' memikirkan soal cinta, apatah lagi isu nikah kahwin. Bagi mereka, soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu rahsia Ilahi. Biarlah semuanya berlaku di waktu dan masa yang tepat seperti yang sudah tertulis oleh-Nya. Di suatu tempat, mereka ditakdirkan berjumpa. Pertemuan kali pertama yang membuatkan hati Rindu Aisha Medina tak reti duduk diam setiap kali bertentangan mata dengan Ian Ibrahim. 'Love at the first sight? Maybeeee..... atau dia persis seseorang? Seseorang dalam 'kabus'. Kabus, apa maknanya?' Tapi, Kata hati Rindu Aisha Medina, Ian Ibrahim itu umpama orang asing yang tiba-tiba saja muncul dalam hidupnya. Asing tapi kehadiran dia cukup menghangatkan hati perempuannya. Cuma dia risau kalau-kalau pisang kembali berbuah dua kali. Lagi pula layanan lelaki itu tak ubah seperti layanan seorang majikan kepada pekerja, abang kepada adik. Itu sahaja. Bagi Ian Ibrahim pula, gadis polos seperti Rindu Aisha Medina itu diibaratkan seperti kain putih yang suci tanpa secalit warna. Bersih dan bebas dari noda. Untuk mencoraknya, banyak warna yang diperlukan untuk menjadikan sebuah lukisan yang indah. Tapi untuk melukisnya begitu sahaja, rasanya tidak mungkin. Dia juga telah banyak makan asam garam dari pengalaman lalu. Kerana sakit ingatkan masa lalu, membuatkan dia cukup berhati-hati dalam memberi sekeping hati. Tapi... seiringkah tindakan dengan bisikan hati? 'Rindu, kau belahan jiwaku?'


Share this novel

Rate this story


Comments

SAFIELA
2025-01-02 

Akhirnya Yan jumpa juga Ng org yang dicari...hak Yan sebagai bakal menantu ke ???...gaduh anakberanak lah ni...bawak diri jauh sampai Terengganu..bercerai Berai lagi..bertimpa2 masalah ayah Si Rindu ni..moga ada sinar lepas ni buat Rindu Ng ayahnya

aRdiana
2025-01-01  1 Replies

tq Haura update

aRdiana
2025-01-01  1 Replies

makin menarik.... abis la Abi, Ian da tuntut hak dia

Tulip Haura

1093 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience