~You are the trouble i'm in.~
Tak mahu berlama-lama dalam kabin 3, dalam keadaan kami berdua-duaan begini yang boleh mendatangkan fitnah. Aku segera menyiapkan tugasku menyusun helaian kertas keputusan ujian makmal mengikut bilangan nombor rujukan yang ada di dalam fail hitam dan tebal itu.
Selesai kerjaku, aku menitipkan pesanan kepada Encik Ian untuk mengingatkan kepada Encik Kemal berkenaan result FDT yang tercicir. Secebis nota kecil aku tampal di papan notis atas meja itu.
Encik Ian hanya mengangkat ibu jari, membalas pesananku. Lihat itu responnya, aku segera meminta diri. Baru saja ingin menolak dedaun pintu yang tidak ditutup rapat olehku tadi, aku terkejut bila ada tangan lain menarik semula tombol pintu lalu menekan punat tombol. Pintu dikunci!
Aku deras berpaling, terkejut. Bila dia tiba di sisi pun aku tak sedar tapi kenapa dia kunci pintu?
Dia membalas pandanganku dan tiba-tiba bibirnya bergerak, mengungkapkan sesuatu kepada si dia di hujung talian sana.
"Mama, I actually have one. And I bet you won't refuse it."
Aku berkerut, apa... apa maksud dia tu? Tak sempat nak bertanya, dia berbunyi lagi.
"Yes ma, i'm sure. Wait... wait a minute." Tak semena-mena dia mematikan telefonnya dan menekan sesuatu di skrin itu. Aku memerhati tingkahnya dengan detak jantung yang tidak keruan.
"Apa... apa encik nak buat ni? Kenapa encik kunci pintu tu?"
"Sekejap la... awak berdiri je elok-elok dekat situ," ujarnya. Dia bergerak pantas ke hadapan dan meletakkan telefonnya secara menegak, bersandar pada pen holder yang berada di atas meja Encik Kemal, meja yang sangat hampir dengan pintu dan sangat dekat dengan kedudukan kami.
Aku yang kebingungan, hanya menurut tapi seperti yang disarankan. Dah macam patung cendana pun ada. Blur tapi tetap berdiri tegak di situ sambil memerhatikan tindak tanduknya.
'Apa dia nak buat ni? Nak ambil gambar aku ke apa? Macam mana kalau ada orang ketuk pintu ni nanti? Masak aku...' Aku keresahan tapi tak sampai seminit, skrin telefonnya dihiasi dengan wajah seseorang. Membulat mataku.
"Hai ma." Dia melambai selamba lalu berundur tapak dan berdiri disebelah ku. Aku tercenggang lagi, kali ini berganda.
'Ma? Maksudnya, itu... ibu Encik Ian?' Ternaik keningku. Sekejap aku pandang dia, sekejap aku pandang skrin telefonnya.
"Hai." Wanita dalam skrin membalas lambaian Encik Ian. Bibirnya melebar, matanya tidak terlepas dari merenung kami berdua di sini seolah-olah sedang menganalisa berapa nilai 'keserasian' yang ada di antara kami berdua.
Aku membalas lambaian itu dengan sengihan sumbing, tak tahu apa yang patut aku respon dengan sapaan mesranya. Wajah yang aku agak sudah berusia itu kelihatan masih lagi ayu dan jelita di mataku. Kalau kata itu kakak kepada Encik Ian pun aku percaya! Jauh disudut hati, terbersit sesuatu. Macam pernah lihat tapi tak tahu di mana dan bila.
"So, inilah orangnya?" Wanita itu bertanya penuh minat, tapi aku tahu soalan itu tidak diajukan kepadaku tetapi kepada orang yang sedang tersengih-sengih di sebelahku.
"Yes. She is. So, what do you think?" Orang di sebelahku membalas yakin sambil berpeluk tubuh. Mencabar orang di sana mencaras cadangannya.
Aku kalih mata kepada Encik Ian semula. Berkerut-kerut keningku, tak faham apa hujung pangkal topik yang dibicarakan oleh mereka berdua. Sekejap-sekejap keduanya aku kerling.
"Emm... nice. I liked," sahut si dia dihujung sana. Sebelah keningnya dijongket bersama senyuman melebar. Nampak berpuas hati.
"See. I told you already, you won't refuse it." Encik Ian berbunyi lagi sambil menaikkan keningnya berulang kali bersama senyuman bangga.
Dahiku kian berlapis, terpinga-pinga dalam kebisuan. Tampang kacak Encik Ian, aku tenung lama. Nak bertanya tapi suara seolah-olah lekat di celah kerongkong, macam tersekat. Diorang tengah bercakap pasal aku ke apa ni?
"Well... Boleh dipertimbangkan untuk jawatan tu. So, bila nak bawa dia jumpa i? Dia kena hadap i dulu kan sebelum dapat jawatan tu?" Wanita di sana menyoal lagi membuatkan aku menumpukan perhatianku kepadanya. Mata itu tidak lepas menilikku dengan penuh minat.
"Jawatan? Jawatan apa?" Mulut gatal membisik Encik Ian, tak menahan dengan perbualan yang aku langsung tak faham.
"Emm..." Encik Ian bergumam tidak menjawab soalanku sebaliknya dia memikirkan apa yang patut dijawab oleh wanita anggun itu. Sesekali dia melirikkan hujung matanya ke arahku.
"You jangan fikir lama-lama sangat. I tak suka tangguh-tangguhkan lagi. Kalau betul you rasa dia sesuai untuk jawatan tu, bawak dia jumpa i dengan suami i. I akan arrange satu sesi interviu dengan dia."
Aku garu kepala disebalik tudung. Interviu pulak dah! Untuk apa ni? Ada ke aku bagitahu aku perlukan kerja baru? Rasanya tak! Dengan muka tak malu, aku mencelah.
"Erkkk... boleh saya tahu... untuk jawatan apa tu ya?"
Wanita di sana tergelak halus, Encik Ian pula mengerlingku dengan senyuman sengetnya. Aku jegilkan mata, salah ke pertanyaan aku?
"You tak bagitahu dia ke soal jawatan tu?" Sekonyong-konyong itu wanita dalam skrin telefon Encik Ian bertanya. Encik Ian menggeleng perlahan.
"Ohh... okay. Itu urusan you dengan dia so i tak nak masuk campur. I tahu you mampu handle. Tapi janji dengan i kalau you rasa dia layak untuk position tu, datang jumpa i. I sendiri yang akan interviu dia."
Encik Ian mengangguk berulang kali, faham apa yang patut dia lakukan selepas ini.
"Orait. You jangan risau, nanti i bagitahu you balik lepas i bincang dengan dia." Encik Ian menyahut yakin dengan mata memandangku. Keningku berkerut lagi.
'Apa kena dengan mamat ni? Dah kenapa tengok-tengok aku je? Jolok mata tu kan! Jadi Kassim Selamat kau!'
"Let me know, what's your name girl?" Suara itu berbunyi lagi. Bezanya kali ini soalan itu diajukan untukku.
Aku tergemap sekejap, terkebil-kebil pandang wanita di dalam skrin. Mata Encik Ian mengisyaratkan sesuatu, aku berdeham kecil sebelum menjawab soalannya.
"Saya Rindu, aunty.”
Tiba-tiba wanita dihujung sana menekapkan telapak tangan ke dadanya dengan memek muka terharu. Reaksinya begitu, aku tercenggang.
”Auchh... terima kasih sebab rindukan aunty. Tapi aunty nak tahu siapa nama kamu..." Lembut dia membalas, mengulang soalannya yang mungkin dia fikir aku 'tersalah' dengar tadi.
Aku ternganga lagi. Encik Ian disebelah pula sudah tergelak besar. Dengan sisa ketawa dia berlalu ke meja kerjanya meninggalkan aku layan 'video call' dengan wanita yang dipanggil 'ma' itu.
”Err.... bukan... bukan macam tu aunty. Nama saya, nama saya Rindu. Rindu Aisha Medina." Tergagap-gagap aku membetulkan tanggapan itu tambahan lagi aku tengah tahan sakit hati dengan Encik Ian yang tak sudah-sudah mengekek. Macam lucu sangat lah tu!
"Rindu? Maksud you, nama you Rindu?" Membulat mata itu, terkejut dengan namaku mungkin. Biasalah nama aku kan ala-ala pelik sikit. Aku angguk menjawab soalannya.
"Oh... i ingatkan you rindu i." Dia membalas senada sambil tangan mengibas mukanya. Mendengarkan jawapan itu, makin kuat Encik Ian mengilai.
Aku kertap bibir, memang dasar Encik Brahim, kau memang nak kena dengan aku ya? Aku kepalkan tangan, bibirku merekah senyuman manis. Ting, games on!
"Siapa kata saya tak rindu aunty? Saya rindu aunty sangat-sangat tau. Encik Brahim banyak cerita pasal aunty dekat saya jadi saya dapat rasa yang aunty ni memang seorang yang baik dan penyayang. Itu yang membuatkan saya rasa tak sabar-sabar nak berkenalan dengan aunty," ujarku lembut dan dalam masa yang sama aku sengaja mengenakan Encik Ian.
"Encik Brahim, who?"
Punyalah panjang lebar aku mereka cerita, hanya nama itu yang menarik minatnya? Termati gelak besar Encik Ian. Bingkas dia bangun mendapatkan ku.
"Awak cakap apa ni?" soalnya dengan suara celahan gigi, tidak mahu didengari oleh wanita yang ada dalam skrin telefonnya. Aku cuma senyum tanpa membalas.
"Ian, you're Encik Brahim?"
Encik Ian kembali pandang telefonnya dan mengambil gajet itu dari tempatnya.
"Okaylah, i end dulu ma. I ada kerja nak buat. Nanti i call you ya? Bye, Assalamualaikum."
"Okay, Waalaikummusalam."
Talian dimatikan. Dia mengerlingku.
"Kenapa awak cakap macam tu? Kenapa panggil saya Encik Brahim depan dia?"
Aku mencebik. Teringat pergaduhan kami semalam.
"Dah tu nama encik. Salah?"
"Salah sebab saya tak suka. Atuk-atuk sangat nama tu tahu!"
Aku senyum senget. Tahu pun tak suka. Dia panggil aku 'Rindu' tu, boleh?
"Atuk-atuk ke tak, itu tetap nama encik Brahim. Ian Ibrahim kan? Lagipun kita dah cakap pasal ni semalam kan? Tapi encik tetap degil nak panggil saya 'Rindu'. So, Encik jangan salahkan saya kalau saya tetap panggil encik, encik Brahim. Adil, kan?" cabarku. Aku tahu dia marah, padan muka!
Dia menjelingku tapi tak lama mukanya kembali biasa. Dia tersengeh nakal, ada akal mahu mengusikku.
"Awak rindu aunty heh? Awak tahu tak dia tu siapa?"
"Dia... ibu awak kan?" tebakku tanpa ragu lagi.
"Haa tahu pun. Dah tu kenapa perlu cakap macam tu? Tak risau ke kalau tiba-tiba ibu saya tu berkenan dengan awak nak buat awak jadi menantu dia? Awak nak ke?" duganya.
'Eleh, macam lah aku tak tahu yang semua tu cuma sembang kosong je, bukannya benda betul pun,' desisku. Aku mencebik.
"Kenapa, tak salah kan? Ke salah kalau ibu encik dah berkenan? Encik pulak tak berkenan ke?"
Encik Ian menjegilkan matanya dengan balasanku, mungkin tidak percaya itu yang terbit dari ulas bibirku. Aku mendengus, tak suka bila dia pandang aku macam tu. Macamlah aku terhegeh-hegeh.
"Alah encik Brahim jangan risaulah. Saya gurau je. Lagipun saya tahulah, orang macam encik Brahim tak kan pilih orang macam saya ni nak buat isteri. Nanti encik bagitahu aunty saya minta maaf terlebih reka cerita. Dan jangan lupa bagitahu eencik Kemal pasal result tu. Okeylah encik, saya keluar dulu. Hujan pun dah reda ni. Saya kena naik office atas pulak." Tombol pintu aku pulas dan kuak. Kebetulan pula telefonku berbunyi setelah itu.
"Hello, assalamualaikum encik Haikal."
"Waalaikummusalam. Aisha, awak ada dekat mana ni? Saya ada dekat kabin 1 ni." Suara Encik Haikal di hujung telingaku berbunyi sedikit garang.
"Saya baru keluar dari kabin 3 ni en. Haikal. Kenapa?" tanyaku sambil menapak ke kabin 1. Perihal Encik Ian dengan ibunya harus ditolak tepi. Masa untuk bekerja.
"Oh okay. Jom naik atas sebelum haji sampai. Ada result yang saya nak awak trace, urgent." Beritahunya lagi.
"Okey boleh je encik. Sekejap ya." Talian dimatikan setibanya aku di kabin 1.
Pintu kabin 1 aku tarik. Kelihatan Encik Haikal sedang membelek drawing di meja Kak Haira dengan wajah tegang. Kak Haira juga kelihatan serius sambil menaip sesuatu di komputernya. Kak Saaidah pula leka menekan-nekan kalkulatornya. Saera masih tidak kelihatan. Mungkin dia masih sibuk membersih ruangan pantry dan surau. Rutinnya setiap pagi.
”Encik Haikal." Aku menyapa, takut dia tidak menyedari kehadiranku di situ sebab dia langsung tidak memandangku sejak dari tadi sedangkan dia juga kata ada hal penting tadi.
"Emm..." gumamnya, masih tidak mengendahkanku.
"Encik Haikal nak naik atas sekarang atau nak saya naik dulu?"
"Awak naik dulu. Trace result yang awak dapat dari Kemal semalam dan bagi saya nanti," arahnya tanpa memandangku.
"Encik tak nak naik lagi?" tanyaku semula. Semenjak 2 bulan aku bekerja di sini sudah menjadi kebiasaanku dan Saera menumpang Encik Haikal atau Encik Amir yang tiba di pejabat tapak di kabin bawah terlebih dahulu sebelum kami ke kabin atas.
"Saya ada kerja dekat bawah. Awak naik dulu."
Tampang wajah yang serius itu sedikit sebanyak menguriskan hatiku. Kenapa dengan Encik Haikal? Sebelum ini dia layan aku dengan baik-baik saja, kenapa tiba-tiba jadi macam ni?
"Ok encik. Saya naik dulu." Aku angguk, mengendurkan bahu.
* * *
"Aisha!"
Aku berpaling ke belakang. Rizqi berlari-lari anak mendekatiku dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Eh, Qi! Dari mana ni?" tegurku.
Tak perasan pula dia muncul dari mana. Aku baru keluar dari ruangan pantry office atas, mengemas dan mengunci pintu pantry sebelum turun ke office bawah. Aku mematikan langkah menanti dia menghampiriku dengan muka mandi peluhnya.
Sesekali dia menyeka peluh dengan tuala kecil yang disangkut di belakang leher. Walaupun pagi tadi hujan, jangan disangka hujan akan berkekalan hingga ke petang sebabnya sekarang panas kembali menerik hingga ke angka 4 petang.
"Kenapa Qi?" soalku turut letih melihat dia yang tercunggap-cunggap menggali nafas.
"Saja, tadi Qi dari site. Ni baru keluar. Aisha sihat? Mana Saera?" Dia menanya bila menyedari hanya kelibatku sahaja di situ tanpa kehadiran Saera seperti biasa.
"Alhamdulillah Aisha sihat. Saera ada dekat bawah, wakil bigboss TTI Group nak turun site hujung minggu ni, jadi semua orang busy. Qi pun tahu kan?" ujarku. Baru aku tahu kenapa muka semua orang ketat saja hari ni, rupanya masing-masing tengah sibuk menyiapkan laporan kerja untuk dibentangkan ke pihak atasan.
Dia angguk lantas melabuhkan duduknya di bangku kecil yang ada di sisi kabin 4. Botol air yang ada di tangannya dibuka dan diteguk rakus. Selesai meneguk, botol ditutup kembali. Lelehan air yang keluar di celah bibir dikesat dengan tualanya. Dia pandang aku.
"Tahu, Semua orang sibuk. Qi pun baru je lepas pantau back pusher dengan back hoe buat clearing site dekat chainage 4000+." Sambungnya.
"Ohh.. sekarang dah start buat clearing di chainage 4000+ ya? Tapi bukan ke lot tanah situ ada masalah pengambilan?"
"Ha'a. Memang ada masalah pengambilan tanah dekat situ hari tu. Tanah orang kampung, biasalah. Bukan dekat sini je ada masalah macam ni ada, dekat tempat lain pun sama. Cuba letakkan diri kita di tempat diorang, tentu kita pun susah nak serahkan tanah kita macam tu je. Lagi sayang nak lepas kalau tanah tu diorang dah dibuat dusun buah, tanam sawit, getah. Itu sumber pendapatan diorang. Lagilah sayang nak lepaskan. Walaupun company bayar puluh ribu tapi rasa sayang tu tetap ada. Tapi itulah nak tak nak, kena serah juga sebab dah termasuk dalam layout projek pembinaan jalan."
Aku angguk. Setuju dengn buah fikirannya.
"Mana yang lain? Tak nampak pun." Rizqi menukar topik. Matanya melingas.
"Aisha seorang je kat atas?" Rizqi sambung, terkejut.
"Ha'a tapi tak lama pun. Haji dengan boss konsultan lain baru je masuk site. Aisha pun dah nak turun ni, nak kunci pintu dulu baru nak turun," ujarku kemudian, faham dengan kerisauannya.
"Eloklah tu. Jom lah kita turun sama-sama. Qi pun nak turun office bawah juga ni. Nak hantar resit dekat Kak Haira." Rizqi menyeluk poket seluar kerjanya, mengeluarkan resit yang ingin diserahkan kepada Kak Haira.
"Boleh-boleh. Sekejap Aisha nak tutup pc dan ambil beg."
Riqzi menanti diluar dan aku masuk ke dalam kabin. Usai kerjaku, aku menghampirinya.
"Jom Qi."
"Okay jom."
Maka berjalanlah kami menuruni anak-anak tangga menuju ke pejabat tapak bawah. Rizqi berjalan sedikit di hadapan dan aku mengikut dibelakang. Agak berjarak kedudukan kami.
"Qi ada terdengar geng-geng workers bercakap. Diorang kata Aisha dan nak bertunang, betul ke?" Rizqi tiba-tiba bertanya, menyentapkan jantungku. Terus termati langkahku. Aku tercenggang, macam mana boleh tersebar berita tu?
Rizqi yang perasan aku tidak meneruskan langkahku berpaling sedikit ke belakang.
"Betul ke apa yang Qi dengar tu?" soalnya sekali lagi.
"Mana Qi dengar?" Aku meneruskan langkahku menuruni anak tangga melepasinya.
"Workers bercakap-cakap dekat kantin tadi. Diorang kata kerani Konsultan dah nak bertunang, jadi Aisha la tu kan? Satu lagi, warung depan sana tu, warung mak saudara Aisha kan?" Rizqi membuntuti langkahku pula.
"Ha'a. Warung Mak Esah tu mak saudara Aisha. Kenapa Qi?"
"Diorang cakap, diorang dengar orang dekat warung tu bercakap. Jadi benda tu betul lah?" Rizqi yang masih tidak berpuas hati, mendesak jawapanku.
Aku cuma senyap, teringat amaran Mak Long berkenaan isu itu. Isu panas itu perlu didiamkan sebelum tiba masa dan hari kejadiannya. Aku terus menonong ke pantry pejabat bawah tanpa menghiraukan Rizqi yang sedang tagih jawapan dariku.
"Aisha..." Rizqi mencuba lagi.
Aku terus masuk ke pantry. Rizqi berdecit tidak puas hati dengan kesenyapanku.
"Kenapa Aisha tak jawab, benda tu betul ke?" Rizqi menyoal lagi.
"Tak ada apa saya nak jawab Qi." Aku mendengus.
"Aisha tak nak jawab sebab benda tu betul? Aisha dah nak bertunang?"
"Qi? Aisha? Kenapa ni?" Tiba-tiba Kak Haira muncul, matanya silih berganti memandang kami berdua dengan pandangan lain dari biasa. Dia menuntut penjelasan.
"Err tak ada apa-apa kak. Ni saya datang nak hantar ni. Saya... saya pergi dulu." Rizqi terus berlalu selepas menyerahkan resit invoice kepada Kak Haira.
Rindu kembali. Maaf ambil masa yg lama nk siapkan. Tq to all th readers. RMOH.
Share this novel