~It's like I want you to know, but I don't know want to tell you.~
Kedai makan bawah pokok cherry. Nama kedai yang sesuai dengan keadaannya yang terletak dibawah pohon cherry kampung yang besar dan rendang membuatkan kedai makan yang sesak dengan pengungjung itu kelihatan begitu redup. Sejuk dan nyaman walaupun sebenarnya sesak dan hingar bingar.
Aku meninjau beraneka jenis lauk yang bersusun di dalam tray bersegi empat di bahagian hadapan meja. Lunch buffet. Sebelah tangan mengampu pinggan berisi nasi. Sambil-sambil meninjau, aku tengah fikir lauk apa yang akan aku makan untuk tengahari ini. Inilah susahnya bila banyak sangat pilihan. Semua sedap-sedap pulak tu. Nasib baik aku ni jenis tekak tak memilih, boleh telan semua makanan termasuk lauk-lauk kampung macam ni.
"Kau makan ke ikan patin masak tempoyak, Yan?" tanya Kemal kepadaku sebaik sahaja aku menyentuh senduk yang ada di dalam tray ikan patin masak tempoyak.
"Makan je Mal. Aku ni ic je Kuala Lumpur tapi tekak aku ni, tekak orang kampung." Aku membalas, tangan menyenduk lauk itu ke pingganku.
"Tekak orang kampung Cekur ke?" usik Kemal. Dia menyenduk lauk ikan pari masak asam pedas lalu diletakkan di dalam mangkuk bersaiz sederhana.
Aku menggeleng sebelum tersenyum kecil dengan usikkannya. Tak dinafikan semenjak peristiwa aku menolong membawa gadis itu ke klinik tempoh hari, timbul gossip liar di antara aku dengan Rindu Aisha Medina dikalangan rakan sekerjaku. Kononnya aku dengan Aisha sudah rasmi couple. Haha ingat ni cerita zaman sekolah ke apa? Hish mengarut betul diorang ni tapi aku hanya diamkan saja. Malas menafikan dan malas juga mengiakan. Kalau benda tak betul, lama-lama senyaplah tu, kan?
"Pandailah kau ni, Mal." Aku bergerak ke meja makan, begitu juga dengan Kemal.
"Alah... apa salahnya Yan. Kau bukannya ada sesiapa pun lagi, kan? Masih bujang, tak ada tunang, tak ada isteri, kan?" soalnya tidak mahu mengalah. Pinggan nasinya, dia letakkan di atas meja.
"Jangan nak macam-macam Mal. Orang macam dia tu, mustahil lah tak ada yang berkenan." Aku turut melabuhkan dudukku disebelah Kemal dan Zulhelmi yang sedang elok melantak santapannya.
"Mana geng konsultan ni? Lambat pulak diorang ni." Faizol tiba-tiba merungut sambil melangut ke jalan. Nasi dalam pinggannya sudah habis separuh.
"Entah la. Kata tadi diorang dah on the way." Raqib, selaku QAQC Engineer mencelah. Jus tembikai laici dihadapannya ditarik lalu disedut rakus. Panas-panas macam ni memang elok la pekena minuman sejuk-sejuk.
Aku hanya pasang telinga. Membiarkan mereka yang menanti rombongan konsultan itu sampai tanpa aku peduli. Misiku untuk mengisi perut yang tengah berkeroncong kelaparan, itu lebih penting.
"Hah tu pun diorang baru sampai." Naufal, Site Engineer pula mencelah sambil memuncungkan mulutnya ke arah jalan.
Semua mata yang duduk di meja yang sama denganku tertumpu kepada Toyata Frontier berwarna silver metallic yang baru sahaja memakir keretanya di petak parkir kosong. Ir. Haji Ismail melangkah keluar diikuti dengan beberapa penumpang keretanya. Rindu Aisha Medina, Saera Tasneem dan Kak Saa keluar dari tempat duduk penumpang belakang. Haikal pula keluar dari sebelah hadapan tempat duduk penumpang.
Sebuah lagi kereta Toyota Frontier memasuki parking. Taufik, Fawwaz, Amin dan Kak Haura keluar dari pancuan empat roda itu. Masing-masing bergerak mendapatkan meja yang masih kosong.
Dari sini aku dapat lihat Aisha dan kawan-kawan perempuannya mengisi meja kosong yang duduknya agak jauh dari mejaku. Sempat dia layangkan aku senyuman nipisnya tatkala mata kami bertembung. Muka itu malu-malu saja. Argh mesti dia teringat pasal nota yang aku tampal di bekas makanannya tadi. Ingatkan itu, aku turut tersenyum.
'Gila Ian... kau memang dah gila sebab dah buat kerja gila!'
"Kenapa lambat ni Haji?" soal Faizol kepada ketua konsultan itu setibanya lelaki itu dimeja kami.
Masing-masing sibuk mempersilakan ketua konsultan itu melabuhkan duduknya. Sesudah mengambil tempat, suasana menjadi sedikit riuh dengan masing-masing bersembang entah apa topiknya. Aku lebih banyak pasang telinga. Hanya sesekali mengangguk bila ada yang menegurku.
"Tadi solat zohor dulu. Dah sudah makan ke ni?" tanya Ir. Haji Ismail semula sambil menjeling-jeling pinggan yang ada diatas meja kami.
"Dah sudah la Haji. Haji tu lambat sangat. Kata jam 12.30. Ni dah 1.30 dah Haji." Faizol membalas sambil kerling jam tangannya.
Haji Ismail cuba senyum dengan jawapan Faizol.
"Haji, jom lah kita tengok apa lauk lagi yang ada. Lapaq dah ni." Abang Amin, lelaki yang paling berusia antara kami mengajak Haji Ismail ke meja buffet.
"Ah.. jom lah." Haji bergerak ke meja buffet disusuli dengan anak-anak buahnya yang lain.
Aku menyambung kembali suapanku setelah suasana kembali tenang. Sekejapan, meja dibelakangku di isi oleh sekumpulan anak muda yang baru tiba. Masing-masing sibuk berceloteh itu, ini sambil menjamu selera. Macam-macam cerita yang diorang adunkan bersama membangkitkan suasana menjadi sedikit gamat. Gaya macam mereka sedang ber'reunion' pun ada.
"Eh Burraq, tu bukan ke Aisha?"
Erk.. tercekik sekejap rasa tekak ku dengar lelaki dibelakangku menyebut nama 'Aisha'.
'Aisha mana yang diorang maksudkan tu?' Aku tertanya-tanya sendiri.
"Aisha mana pula?" tanya seseorang yang mungkin namanya Burraq.
"Aisha junior kita dulu tu la... Tak kan kau dah tak ingat kot."
"Ha'a la.. aku rasa tu Aisha la..." Salah seorang dari mereka mencelah.
"Aisha mana kau ni? Ramai kot junior kita dulu nama Aisha."
"Alah... Yang nama dia pelik sikit tu... Aisha.. Aisha Medina ke apa namanya... Tapi ada lah depan tu lagi namanya... apa ntah... aku lupa dah.."
"Rindu Aisha Medina?"
Sebaik sahaja nama penuh gadis itu disebut, semerta itu jugalah aku rasa tekakku betul-betul tercekik makanan.
"Ha'a.. dialah nama tu..."
"Kau ni biar betul, kau nampak dia... Mana dia?" Suara teruja lelaki bernama Burraq itu kedengaran pula.
"Tu.. yang pakai tudung biru tu... Bukan ke dia tu?"
Mataku langsung memandang tempat duduk Aisha dan kawan-kawannya. Macam yang di perkataan oleh teman lelaki itu, memang Aisha yang memakai tudung biru. Gadis itu sedang enak menikmati santapannya tanpa sedar dirinya sedang diperhatikan. Aku pasang telinga lagi sambil menyambung seleraku yang sudah tak seberapa kena. Telan nasi pun dah rasa macam telan pasir. Teguk nescafe ais pun dah tak rasa sejuknya.
'Kau dah kenapa ni, Yan? Jangan nak buat hal. dekat sini...' Aku memberi amaran kepada diri sendiri. Selebihnya aku pelik kenapa dengan diri aku sendiri.
"Kau tak nak pergi tegur dia ke Burraq?" soal teman kepada Burraq lagi.
"Emm.. nantilah aku pergi tegur dia. Dia tengah makan lagi tu."
"Makin lain Aisha sekarang ya? Dulu kecil comel-comel je tuannya. Sekarang bila dah jadi besar macam ni, cantik-cantik pula orangnya. Bikin hati yang melihat rasa geram," sakat teman Burraq sambil ketawa disusuli Burraq dan yang lain-lain.
Aku berdecit. Tak tahu kenapa telinga aku ni rasa macam panas-panas saja.
'Aisha yang jadi hot topik diorang, kenapa kau yang panas, Yan?'
"Kau jangan nak melebih eh. Tengok boleh, bermimpi jangan." Amaran dari Burraq pula.
Hati aku makin tak tenteram. Dari segi percakapan Burraq tu, macam membuktikan yang dia dengan Aisha ada 'something' saja. Argh, sibuk pulak aku ni nak ambil tahu!
"Awal kasi warning tu.. haha.."
"Mestilah. Korang tu bukannya boleh kasi can. Ada je nak sambar."
Mereka ketawa lagi.
"Eh, Aisha bukan ke dah habis belajar?" tanya temannya yang lain pula. Masih lagi berkenaan topik Aisha.
"Emm.. baru je habis. Belum grade pun lagi. Dia kerja dekat projek baru, projek jalan kampung tu. Sepupu aku kerja sekali dengan dia."
"Sepupu kau, Saera?"
"Emm... ye lah."
"Oh patut la kau relaks ya... Rupanya dah hantar cctv perhatikan Aisha."
"Relaks la.. tak lari pun Aisha dikejar. Bila line clear aku masuk la line. Bukannya susah... aku dengan dia kan dah lama kenal," kata Burraq, yakin dengan jawapannya sambil tertawa senang hati.
Dan aku yang mendengarnya pula kacip gigi. Arghh aku tak suka perasan ni! Kenapa aku perlu rasa macam ni? Siapa Aisha pada aku?!
"Eh Burraq, tu Aisha dah bangun. Dia nak pi cuci tangan. Kau pergilah tegur dia. Gentleman la sikit."
Tak tahu apa yang merasuk aku, aku turut melontarkan pandanganku ke arah Aisha yang sedang berjalan menuju ke tempat basuh tangan. Tanpa membuang masa, aku lantas menolak kerusiku lalu bangkit berdiri dari duduk ku. Impak dari tolakkan itu membuatkan kerusiku dengan kerusi lelaki yang bernama Burraq itu bertembung, rupanya kami serentak berdiri. Bunyi kerusi berlaga, membuatkan kami saling berpandangan.
Burraq, boleh tahan orangnya. Segak. Mungkin usianya muda beberapa tahun dari ku dan dekat dengan Aisha. Lagipun usia aku dengan Aisha juga agak berjarak. Aku 27 tahun dan Aisha pula baru berusia 22 tahun. Tapi itu tak penting, yang membuatkan aku berminat sekarang ni tentang hubungan dia dengan Aisha. Dia dah lama ke kenal Aisha? Kenal yang 'jenis' macam mana tu? Adakah dia suka Aisha dan Aisha juga suka dia?
"Sorry-sorry. Saya tak perasan kerusi abang masa tolak kerusi tadi." Burraq menolak semula kerusinya ke meja sambil meminta maaf. Sopan tingkah lakunya tak seperti kebanyakkan lelaki lain.
Aku cuma diam, masih ralit memerhatikan dia yang ingin masuk 'line' Aisha bila line dah clear seperti katanya tadi dengan mata tajamku.
"Yan, kenapa ni?" tegur Zulhelmi yang baru tiba di meja setelah selesai membersih tangannya di sinki. Dia memandang aku dengan Burraq dengan pandangan yang tertanya-tanya.
"Sorry ya bang. Salah saya." Burraq memohon maaf lagi. Kawan-kawannya juga terkebil-kebil memandang aku dengan Burraq.
"Tak ada apalah. Saya yang tolak kerusi kuat sangat tadi. Tak perasan pula ada orang dekat belakang." Aku berdalih sambil menolak kerusiku ke meja. Sempat aku kerling Aisha dari jauh. Ekor mataku melihat Aisha sudah kembali ke tempatnya. Aku senyum puas hati.
'Padan muka!'
* * *
November 2014.
Sebulan kemudian.
Pagi itu aku naik ke pejabat atas, ada beberapa perkara yang perlu aku perlu bincangkan dengan Ir. Haji Ismail berkenaan dengan masalah yang terjadi di site. Pandangan Haji selaku konsultan perlu diambil kira.
Habis sahaja perbincangan kami, aku keluar dari kabin 4 dan bergerak menuju ke anak-anak tangga. Dokumen di tangan aku pegang erat, bimbang juga kalau terkena lumpur memandangkan semalam hujan lebat. Beginilah keadaan realiti di site. Berlumpur bila hujan dan berdebu bila panas terik.
"Yan! Yan!" Haikal melaung namaku.
Aku menoleh, Haikal menggamit aku ke kabin 5 iaitu pejabatnya bersama dengan tempat kerja Aisha. Aku berpatah balik. Alang-alang dah naik atas, apa salahnya jenguk gadis itu sekali. Sejak kebelakangan ini, aku sudah jarang berjumpa dengan dia. Aku sibuk dengan tugas ku, dia juga sibuk dengan kerjanya.
"Apa hal?" tanyaku setibanya di pejabat IOW.
Aku mengintai penghuni kabin 5, Aisha yang sedang menulis sesuatu di dalam buku site diary menoleh. Hanya dia seorang tanpa ada kelibat Saera. Sekejap sahaja kami berpandangan sebelum dia kembali menyambung kerjanya. Apa yang aku perasan gadis itu lebih suka berbaju kurung biarpun bekerja di tempat yang lasak macam ni.
"Saja je panggil kau. Nak ajak borak-borak. Masuk la dulu."
Aku menurut sekadar memenuhi undangan Haikal. Orang dah ajak, tak kan kita nak menyombong, kan?
"Borak pasal apa pulak?" tanyaku setelah melabuhkan duduk ku di kerusi hadapan Haikal.
"Saja lah. Kau ni tak kan lah nak melepak dekat sini pun kena ada topik... kau tu bukannya selalu naik atas, sesekali naik apa salahnya lepak lama sikit. Kat bawah tu bukannya ada apa pun..." Haikal tersengih.
Aku berkerut kening. Lain macam je ayat Haikal ni. Macam ada bunga-bunga nak kenakan aku je. Bukannya aku tak tahu diorang ni syok sangat kenakan aku dengan Aisha.
"Dah office aku ada dekat bawah bukannya dekat atas, jadi bawah la tempat aku. Apa yang ada dekat atas ni?"
"Kat atas? Ada Aisha. Kan Aisha?" Hujungnya Haikal menyebut nama Aisha dengan sedikit kuat membuatkan gadis itu lekas berpaling.
"Hah?" Muka dia tercenggang, terkejut pun ya.
"Aisha ada kan?" Haikal tanya Aisha pula sambil menyembunyikan senyuman nakalnya. Aku dah menggeleng kecil ada je Haikal ni nak kenakan gadis itu.
"Ada apa Encik Haikal?"
"Aisha ada dekat sini la. Kan?"
Dia berkerut dahi, tak faham lah tu.
"Tak faham?"
Aisha menggeleng.
"Tak, saya bagitahu encik Yan awak ni. Dekat atas ni ada awak, jadi dia kena la singgah sini selalu. Jenguk awak dulu sebelum masuk site, baru senang hati nak masuk buat kerja. Dia pun dah setuju dengan cadangan saya. Nanti selepas ni kalau tiba-tiba encik Yan muncul dekat sini, awak jangan terkejut pulak ya..."
Aku membulat mata. Aisha juga.
"Eh, kau ni Kal. Jauh pulak kau reka benda tak betul. Jangan dengar la cakap encik Haikal awak ni, Aisha. Dia kalau bab merapu cerita, bagi jela dekat dia." Aku menempelak.
"Tapi benda betul kan Yan? Tengok Aisha dulu baru rasa boleh buat kerja, kan? Betul tak aku cakap?" Haikal tak nak mengalah. Aku lihat pipi Aisha dah makin merona. Gadis itu malu.
"Kal, jangan nak reka benda tak betul boleh tak?" Aku menaikkan sedikit suaraku.
"Benda ni memang la tak betul lagi Yan, tapi mana lah tahu kalau sebulan dua lagi tiba-tiba benda ni jadi betul. Kau patut berterima kasih dengan aku."
Aku berdecit. Geram pula aku dengan Haikal yang senang hati mengenakan aku depan Aisha. Dia tak tahu ke aku tengah jaga tingkah laku aku depan Aisha?
"Err... encik Haikal..." Aisha di meja sebelah sudah berdiri sambil menyakut beg sandangnya ke bahu tanpa mempedulikan aku dengan Haikal tengah bertekak.
"Ya, Aisha?"
Kami berdua berpaling kepada Aisha.
"Ni buku site diary dan RFI yang dah saya isi dalam buku log. Nanti encik Haikal sign, ya? Saya nak turun bawah dulu."
"Dah nak turun ke?" tanyanya.
"Ha'a.. dah 12. 45."
"Okay lah. Hari ni Saera tak datang kan? Kalau tak ada hal, Aisha tak payahlah naik atas sebab kami pun lepas lunch terus masuk site maybe dah tak masuk office." Haikal menitipkan pesanannya untuk Aisha. Mukanya berubah sedikit serius. Kagum aku dengan pihak atas ni, walaupun kadang-kadang perwatakan dan kelakuan mereka gila-gila tapi tetap menjaga keselamatan pekerjanya terutama yang perempuan.
"Oo... okay encik Haikal. Saya nak pergi kunci dapur dulu sebelum turun." Gadis itu meminta diri sebelum keluar.
Haikal membuka telefonnya, mencari sesuatu. Kemudiannya dia mencatit sesuatu pada secebis kertas lalu diserahkan kepadaku. Ada nombor tercatat disitu. Macam nombor telefon.
"Apa ni, Kal?" tanyaku, nombor itu sekilas aku tengok. Nombor apa pula ni?
Haikal mendekatkan badannya ke meja.
"Tu nombor telefon Aisha." Dia membisik.
Jatung rahangku. Tercenggang.
"Nombor telefon Aisha? Dah kenapa kau bagi aku nombor telefon dia?" Aku juga membisik, risau kalau ada yang dengar.
Haikal senyum misteri.
"Aku dah bagi kau jalan. Pandai-pandai kau lah nak buat macam mana." Tambah Haikal lagi.
"Ish, apa kau ni Kal. Jangan nak buat pasal lah Kal. Entah-entah dia tu dah orang punya. Tak nak aku." Aku meletakkan semula cebisan kertas itu dihadapan Haikal. Bukan aku jual mahal tapi aku masih lagi tak faham kenapa aku boleh bertindak gila bulan lepas. Sebab aku rasa tak selesa dengan perasaan aku sendiri jadi aku sengaja menjauhkan diri dari Aisha.
"Ambik jelah Yan. Aku tahu dia bukannya ada sesiapa. Aku ada tanya dia dan dia memang mengaku, tak ada sesiapa yang special." Haikal menolak semula cebis kertas itu kepadaku.
"Tak nak lah aku." Aku memeluk tubuh. Bersandar belakang ke kerusi.
"Tak nak sudah. Aku bagi nombor telefon ni dekat Rizqi, anak buah Fendy. Boleh tahan juga budak tu. Aku pun dah banyak kali tengok dia sembang dengan Aisha dan Saera dekat bawah." Haikal memprovok aku.
Tanpa sedar, aku berdecit. Ya, aku kenal budak Rizqi tu. Anak buah Fendy, surveyor kami. Aku pun pernah nampak Aisha dan Saera bersembang dengan Rizqi minggu lepas. Nampak Rizqi teruja bersembang dengan Aisha. Arghhh sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Naluri aku mengatakan Rizqi sukakan Aisha tapi Aisha? Arghh sesak sungguh perasaan bawakan Aisha ni!
Encik Haikal sudah buka jalan... ayuh Yan! Tq to all the readers. RMOH.
Share this novel