Bab 20

Romance Series 21174

AKU lipat apron dan susun dalam locker. Beg tangan diambil dan aku terus melangkah keluar bersama sekotak donat bersaiz mini pelbagai perisa dan cawan berisi serbuk chamomile. Teh chamomile. Masuk saja ke dalam kereta, aku terus hantar pesanan ringkas kepada mama Fareez. Hanya beritahu yang aku dalam perjalanan nak ke sana.

Doa dibaca dan aku mula memandu. Kurang sepuluh minit perjalanan, aku tiba di depan rumahku. Ibu dan ayah yang sudah siap sedia menunggu aku, cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

Fareez baru discharge dua hari lepas. Aku belum berkesempatan untuk melawat memandangkan aku tak ada masa untuk ke sana. Semalam aku ke Sekinchan untuk jemput ibu dan ayah dan bawa ke sini. Rupa-rupanya ibu dan ayah tahu apa yang berlaku. Papa Fareez dan ayah kerap berhubung. Kiranya papalah yang sampaikan keadaan Fareez. Ibu dan ayah pun apa lagi, terus paksa aku datang jemput mereka sebab mereka nak melawat Fareez.

Aku kerling ibu yang duduk di belakang. Nampak ibu pegang mangkuk tingkat dan bakul buah-buahan.

“Masak apa, ibu?” soalku.

“Udang masak lemak cili padi.”

“Boleh ke Fareez makan udang? Tak gatal luka ke?”

“Bukan untuk dia. Untuk bakal besan kami!” Ayah mencelah.

Lah, jauh betul perginya. Besan? Dalam mimpi!

Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya kami tiba di pondok pengawal. Memang confirm kena tahanlah. Sudahlah bawa Myvi je, nak masuk kawasan elit pula itu. Nasib baiklah mama sudah beritahu aku yang aku hanya perlu isi borang pelawat sahaja sebab mama sudah maklumkan kepada mereka yang aku akan datang ke sini.

Selesai isi borang, barulah kami dilepaskan. Sampai di rumah mama dan papa Fareez, ibu dan ayah keluar terlebih dahulu sementara aku parking kereta. Sempat aku betulkan tudung dan pakai sikit minyak wangi. Almaklumlah, belum mandi lepas habis kerja!

Selesai. Aku capai beg tangan, kotak donut dan cawan. Melangkah ke arah dua pasang suami isteri yang begitu mesra berpelukan dan bersalaman. Aku ikut bersalaman sebelum kami dijemput masuk ke dalam. Mama dan papa suruh aku masuk tengok Fareez terlebih dahulu sebab dia nak bersembang dengan ibu. Jadi aku ikut sajalah. Itu pun sempat aku minta izin untuk ke dapur. Isi air panas ke dalam cawan untuk bancuh tehnya.

Aku dibawa mama ke bilik Fareez yang letaknya di tingkat dua rumah ini. Pintu bilik diketuk sebelum terus dibuka tanpa menunggu balasan. Tindakan yang salah! Adegan depan mata buatkan aku dan mama terlopong. Aku extra nak tergolek jatuh tangga!

.........           

Tajuk : Cinderlisa
Penerbitan :Karangkraf (Alaf 21)
Harga: RM 29
Platform Jualan : Shopee, Karangkraf Mall dan lain-lain.

Bab ini bukan clickbait. Saya nak iklan sekejap. Huhu.

Memperkenalkan, Cinderlisa (formerly known as Calon Isteri Upahan). Bakal diterbitkan oleh Karangkraf (Alaf 21) yang insyaAllah dalam bulan ini.

Manuskrip dengan genre romantic comedy ini saya tulis sebelum ayah saya kena strok, yang mengakibatkan saya tak lagi seceria dulu. (Ya, termasuklah untuk berlawak lagi.)

Di , saya akan hanya post sehingga bab 20 atas permintaan penerbit. Maka bab selebihnya, boleh bertemu dalam versi fizikal. ❤️

Pre-order telah dibuka oleh Karangkraf. Kalau berminat untuk mendapatkan novel Cinderlisa, boleh terus ke Shopee Karangkraf (paling mudah sebab majoriti mesti ada Shopee) atau di website Karangkraf Mall.

Pst, dekat Shopee boleh beli masa Karangkraf tengah live. Boleh guna voucher live Shopee. Pembaca saya yang dah beli, dapat harga serendah RM 19 daripada harga asal RM 29!
....

Fareez yang bertuala separas pinggang hingga bawah lutut. Tubuhnya nampak lembab tanda baru lepas mandi. Dia ikut sama terkedu di situ bila bertentangan mata dengan aku. Tangan kirinya yang sedang memegang sehelai lagi tuala sambil ditekap pada tubuh untuk mengeringkan badan pun terkaku sama.

Oopsie!

Aku berundur beberapa langkah ke belakang. Cukup jaraknya untuk menyorokkan pandangan aku daripada tubuh Fareez yang kali pertama aku jamah! Imaginasi liar tanpa sedar dulu rupanya betul belaka. Tubuh yang persis hero novel! Otot bukan hanya di tangan tapi di perut sama. Pokoknya, dia boleh lepas saringan akhir dan awal untuk jadi model Calvin Klein dengan mudah!

Mama pandang aku. Muka nak tergelak, tapi kesian dalam pada masa yang sama. Kesian dekat aku yang dah terjamah badan seksi anak teruna dia tanpa diminta. Dibelanja oleh mama si anak teruna sendiri!

“Kamu tunggu sini sekejap ye, Alisa? Biar mama suruh Fareez cepat-cepat sikit.”

Aku angguk penuh janggal. Okey...

Hilang saja mama di sebalik pintu yang tertutup, aku terus sandarkan tubuh ke dinding. Fuh, nak semput rasanya tadi! Rasa malu dan terkejut bersatu, tapi aku berjaya sorokkan. Nasib baik jugalah aku berundur, kalau aku terkam dia macam mana? Astaghfirullah haladzim! Tahap miang aku merundum hari ini. Lega!

Beberapa ketika menunggu di luar, pintu kembali terbuka. Mama keluar bersama sengihan yang masih sama. Tahan gelak.

“Alisa masuklah. Mama dah buka lampu. Mama tinggalkan pintu terbuka ye?” Tak menunggu balasanku, laju saja mama berjalan turun ke tingkat bawah.

Aku pula terus merapati pintu. Pintu yang ditinggal terbuka itu aku kuak lebih lebar sebelum aku sendalkan. Mata menganalisis bilik Fareez ini. Cantik! Minimalis dan berbau maskulin. Sama seperti bau cologne yang selalu dipakainya. Warna hitam dan putih mendominasi. Sesuailah dengan perwatakan dia yang berubah tak tentu masa itu.

“Ingatkan langsung tak nak melawat aku.” Fareez merapati aku sambil sarung baju T pada tubuh. Dia baru keluar daripada bilik yang rasanya macam wardrobe. Ada almari besar.

“Takkanlah saya tak melawat...” Aku labuhkan duduk di atas sofa tanpa dijemput. Ah, tak peduli! Darah aku ada dalam badan dia. Dia macam-macam, aku sedut balik darah itu!

Muehehe!

Kotak donut dan teh aku letak atas meja.

Fareez ikut duduk di sebelahku. Aku cepat-cepat mengesot ke hujung sofa. Halal gap yang ketara sampai Fareez tersenyum senget melihat aku. Apa? Lastik mulut tu karang baru tahu. Pakej tangan, kepala dan mulut berbalut nanti!

Diam antara kami. Aku pandang Fareez untuk beberapa ketika. Balutan pada kepala masih ada. Ada beberapa luka yang tidak lagi ditampal. Sudah dalam proses pemulihan. Luka di dahi masih bertutup. Banyak parut yang bakal ditinggalkan. Aku yakin.

“Kenapa pandang aku macam itu?” soal Fareez.

Aku pandang mukanya sambil menggeleng lembut. “Tak adalah. Cuma encik banyak luka. Mesti banyak parut nantikan?”

Fareez mengangguk tanpa teragak. Mengiakan fakta yang kami berdua sudah sama-sama sedia maklum.

“Kalau aku banyak parut. Tak macam dulu lagi. Kau masih nak kawan dengan aku tak?”

Aku terkebil pandang muka Fareez. Soalan yang tak dijangka langsung. Sebelum ini kami berkawan ke? Aku berkawan dengan dia? Wow, mandat besar itu! Aku kawan dengan anak Datuk Kamal Nazri! Kau hado?

“Encik akan tetap kacak seperti dulu. Jangan risau.” Kalau itu yang dirisaukan! Almaklumlah, muka itu memang aset berharga Fareez.

Aku rasa aku perlu tukar topik. Lupakan parut. Mulakan dengan secawan teh. Aku capai teh chamomile yang masih panas lalu aku hulurkan kepada Fareez. Fareez tak terus menyambut, sebaliknya dia pandang aku dengan sebelah kening dijungkit. Tanda dia mahu tahu apakah ini.

Yang penting ini bukan ye sedara!

“Teh. Lebih tepatnya, chamomile tea. Mama encik ada beritahu saya yang encik susah nak tidur lepas kemalangan itu. Saya ada baca yang teh chamomile bagus untuk insomnia. Ia juga bagus untuk kurangkan anxiety tau? Bila saya datang bulan, saya selalu minum untuk kurangkan cramp. Encik cubalah... Saya dah jampi tadi. Confirm encik tidur lena malam ini! Siap boleh mimpikan saya lagi tahu?” Fuh, terlebih yakin!

Tapi Fareez layan saja. Terus cawan bertukar tangan sebelum Fareez bawa ke bibir. Teh disisip sedikit lalu cawan diletakkan atas meja semula. Fareez pandang kotak donut pula.

“Ah, ini donut... Encik tahu tak yang coklat atas donut ini dimaniskan dengan gula tiruan yang boleh dimakan oleh pesakit diabetes? Coklat ini diperbuat daripada dark chocolate yang sangat tinggi kepekatannya, jadi gula buatkan pahitnya manis. Dark chocolate boleh bantu orang yang ada depression. Lagi-lagi yang original tanpa gula yang boleh tarik penyakit diabetes. Saya jamin tak terlalu manis. Sedikit pahit, tapi sedap! Encik mesti suka. Saya pun suka. Selalu makan kalau tengah stress, macam apa orang putih kata tu... Stressed spelled backwards is desserts. ” Sambil membebel menceritakan kebaikan coklat, sambil itu jugalah aku buka kotaknya. Donut coklat aku capai lalu tanpa segan-silu aku suakan ke bibir Fareez.

Aku tahu Fareez terkejut bila aku nak suapkan dia, tapi aku tak kisah! Hari itu dia yang minta aku jaga kan? Inilah cara aku menjaga orang sakit. Lagipun tangan kanan dia berbalut. Jadi makan sajalah! Aku dah cuci tanganlah tadi!

Lambat-lambat Fareez gigit donut, kunyah dan telan. Puas hati aku tengok Fareez yang terus jungkit kening seakan suka dengan rasa donut ini. Lagi puas hati bila Fareez berterusan makan donut yang aku suakan dengan penuh selera hingga gigitan terakhir. Teh disisip lagi, kali ini sehingga habis.

Wah, selera pula dia ye?

“Nak lagi?” Ada lagi tiga biji dalam kotak.

“Kejap lagilah. Nak makan nasi dulu. Mama kata, ibu dengan ayah datang. Mananya?”

“Oh, ada dekat bawah tengah bersembang dengan mama dan papa encik.”

“Ibu dengan ayah tak nak naik tengok aku ke? Aku tak boleh turun. Sakit kaki. Berjalan sikit-sikit bolehlah.” Alahai, kenapalah bunyinya kecewa benar? Sudahlah dia bahasakan ibu dan ayahku macam ibu dan ayah dia sendiri!

“Mama encik yang suruh saya naik dulu. Kejap lagi naiklah ibu dan ayah tu...” balasku.

Fareez mengangguk faham. Diam seketika antara kami. Aku gunakan kesempatan itu untuk jamah sebiji donut sebelum kotaknya aku tutup semula. Aku pun belum makan apa-apa. Berjimat punya pasal bagi menutup semula cela selepas keluarkan sejumlah duit untuk baiki king di luar sana tempoh hari.

“Alisa...”

“Hm?” Aku pandang Fareez.

“Hari itu Qairul beritahu yang kereta kau rosak. Betul?”

Aku mengangguk.

“Banyak keluar untuk repair?”

Angguk lagi. Tapi tak adalah aku nak nyatakan harganya. Tapi memang nilai yang besarlah untuk aku. Bila dah sangkut dekat bengkel faham sajalah macam mana. Semua benda dia nak tukar. Nasib baiklah ada Qairul sama. Kuranglah sikit mereka buli aku.

“Kalau kau sesak, perlukan bantuan atau duit, jangan simpan sendiri. Beritahu aku. InsyaAllah, aku akan tolong.” Prihatin Fareez bersuara. Hampir saja aku cair dengan dia.

Aku hanya senyum sebagai balasan. Tak menggeleng atau mengangguk. Selagi aku mampu bertahan, aku tak akan minta bantuan orang lain. Aku tak suka berhutang, apatah lagi untuk meminta. Biar kebulur pun tak apa asal jangan meminta-minta.

“Ambilkan makanan untuk aku, boleh?”

“Boleh. Tapi saya tak tahu apa yang ada dekat bawah tau? Saya ambil je mana-mana eh?”

Fareez mengangguk lembut. Dan aku terus keluar lalu turun ke tingkat bawah. Sehelai sepinggang tanpa bawa beg tanganku. Alah, nak risaukan apa? Fareez itu ada segalanya, takkanlah dia nak ambil duit aku. Lagipun dalam itu ada RM 50 je! Itu pun kalau campur dengan syiling. Huaaa, sedihnya hidup!

Masuk ke dapur, semua mata terus berkalih pandang aku. Mereka semua sedang duduk makan di meja besar itu. Pelbagai jenis lauk terhidang di atas meja. Salah satunya udang masak lemak. Tapi itu semua tak berjaya tarik perhatian aku, sebaliknya manusia yang ada di dapur. Entah kenapa, tapi semua orang tersengih-sengih. Seram pula. Apa yang disengihnya pun aku tak tahulah.

“Macam mana dengan Fareez, Alisa?” soal ibu.

“Macam okey. Baru lepas minum teh dan makan donut. Fareez minta tolong ambilkan makanan bawa naik ke atas.”

“Nampak betul mengada-ngada anak awak itu, abang! Nak juga ada Alisa baru reti nak makan,” kata mama. Bahu papa ditepuk geram. Bukan marah, malahan mama gelak bukan main kuat. Macam ajaib benar bila Fareez nak makan.

Tapi ada aku baru reti nak makan? Habis itu selama beberapa hari dia di hospital dan di rumah ini, dia tak makan ke? Badan Fareez memang nampak agak susut, tapi biasalah susut itu untuk orang yang tengah sakit.

“Alisa, apa kata kamu pergi naik atas dan suruh Fareez tu turun bawah. Kita makan ramai-ramai dekat bawah.” Papa mencelah.

“Tapi Fareez punya kaki kan tengah sakit?” Macam mana dia nak turun dalam keadaan macam itu? Rumah ini bukannya ada lif, jauh lagi escalator. Tangga punyalah tinggi dan banyak anak tangganya. Tak ke haru Fareez dibuatnya?

“Kamulah tolong dia turun. Dulu zaman-zaman kami, bukannya tak pernah sakit kaki. Buas lagi kami daripada dia. Terseliuh dan patah kaki itu biasa. Lepas berurut, rehat memang kena. Tapi aktiviti pun kena buat. Tak boleh kejung je kaki itu,” kata papa lagi. Dan ayah boleh pula angguk kepala penuh semangat. Bersetuju tahap gaban dengan kawan baik barunya.

Masalahnya macam mana aku nak tolong dia turun? Tak akan aku nak papah dia kut? Haramlah! Lagipun Fareez itu baru lepas kemalangan, bukannya tercedera sebab aktiviti biasa? Kalau salah langkah, mahu mengilai mamat itu.

“Tapi kan papa...”

“Buat jelah, Alisa. Jangan melawan. Papa dengan mama kamu ini pun tak adanya nak bagi mudarat dekat anak sendiri. Pergi je naik dan tolong Fareez turun.” Bila ibu ikut bersetuju, aku sudah tiada pilihan lain.

Baiklah...

                *TAMAT BAGI TUJUAN PROMOSI*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience