“SIAPA lelaki tadi tu?” soal Fareez sebaik sahaja kami melabuhkan duduk di atas kerusi Starbuck. Kali kedua untuk aku!
Sempat aku lihat Fareez mengerling ke arah perkarangan kafe ini. Atau lebih tepat lagi, mengerling Zafran yang masih terkaku di situ.
“Ex-boyfriend,” jawabku
“He’s in total disbelief and denial,” rumus Fareez sebelum lelaki itu tenung pula muka aku.
“Right?”
Fuh... Dia ini model ke apa? Gayanya sungguh metroseksual! Atau patut ke aku rumuskan sebagai sangat bergaya dan maskulin? Bertubuh tinggi. Tadi waktu aku berdiri di sisi dia, aku hanya paras dada dia saja! Padahal aku ini kalau nak diletak dalam kalangan perempuan Melayu, aku boleh dikategorikan sebagai tinggi juga. 165 cm untuk seorang perempuan Melayu.
Tapi tetap aku jadi pendek bila berdiri sebelah dia. Selain tinggi, tubuhnya juga tegap betul!
“So, querida... Shall we talk about us now?” soal Fareez sekali gus mematikan lamunan pendek aku.
“Sure. Tapi apa querida tu? Kenapa awak asyik sebut querida?” Ha... Inilah yang jadi persoalan aku. Mulanya aku ingatkan dia tersasul, tapi bila dia asyik sebut benda yang sama...
“Nothing of concern, querida. Anggap je itu satu panggilan tak formal aku untuk kau.”
“Tapi saya masih nak tahu apa maknanya. Saya curious!” tegasku. Yelah, manalah tahu dia carutkan aku tanpa aku sedar ke.
“Curiosity killed the cat.” Fareez membalas dengan nada tegas. Maksudnya, lelaki itu isytiharkan untuk letak tanda noktah untuk topik ini.
“Sekurangnya bagilah tahu saya ejaan dia macam mana. Boleh saya Google sendiri dan cari maksud dia. Is it kerida as in K. E. R. I. D. A?” Tapi kalau dah namanya Medina Alisa mestilah tak makan saman! Sikap ingin tahu aku lebih tinggi dari segala-galanya. Kalau tak dapat jawapan, mahu semalaman aku tak dapat tidur.
Kecil mata Fareez merenung muka aku bila aku masih pilih untuk terus berdegil. Nak juga tahu maksudnya. Lama aku direnungnya sebelum satu keluhan terlepas keluar dari mulut lelaki itu.
“Kau tak takut dengan aku?”
Dengan dahi yang berkerut hairan, aku menjawab. “Kenapa kena takut? Lainlah kalau awak ketua mafia ke ketua Yakuza ke...”
Sekali lagi mata Fareez kecil merenung aku. Kali ini hanya sebuah renungan tanpa ada kata-kata dari dia. Dan kebisuan Fareez buatkan mulut aku automatik terbuka semula.
“Ke awak ni memang ketua mafia?” Aku buat spekulasi sendiri.
Dan soalan drastik aku berjaya buatkan kedua belah kening Fareez terangkat. Tapi tak ada jawapan yang diberikan daripada lelaki itu. Ah, mestilah tak ada! Mafia bagai ini wujud dalam novel dan movie je! Realitinya nak cari orang yang punya tangan cukup stabil untuk pegang sepucuk pistol pun susah!
“Tapi kan... mustahillah ada mafia muka macam awak...” Aku bersuara lagi.
“Oh, yeah?” Macam berminat!
“Yelah... Nama pun mafia. Mesti banyak main tumbuk-tumbuk, tak pun tembak-tembak. Dan semestinyalah dah banyak kali injured. Pada imaginasi saya kan... Mesti mafia tu banyak parut! Satu melintang dekat dahi, satu dekat pipi, satu dekat mata, bibir pun pecah! Mesti muka macam longkang tak siap! Mustahil muka dia macam Massimo dalam 365 Days tu!”
Aku lihat kepala Fareez dah semakin menyenget merenung aku dengan mata yang tetap dikecilkan. Kening pun dah hampir bercantum sebab asyik berkerut.
Mungkin dia hairan tengok aku yang terlalu banyak bercakap ini agaknya!
“Oh, maaflah Encik Muhammad Fareez Syah! Saya ni kalau dah bersembang memang tak reti nak senyap. Ibu saya pun kalau ada saya dekat rumah, sebolehnya dia nak sumbat telinga dia supaya tak dengar apa-apa yang saya bebelkan. So... Marilah kita kembali pada tujuan asal!”
Terjungkit sebelah kening Fareez sesaat sebelum lelaki itu terus betulkan semula duduknya. Tiada lagi kepala yang tersenget, kening yang berkerut atau mata yang dikecilkan tadi. Professional.
“Since tadi aku dah tolong jadi tunang upahan kau. Aku akan tuntut hutangnya di kemudian hari daripada kau. Tapi yang itu kita tolak tepi dulu, aku tak nak tuntut sekarang atau dalam masa terdekat. Bila? Just wait and see. Jadi sekarang, kerja pertama kau macam yang aku kata semalam. Jadi calon isteri upahan aku, yakinkan mama dan papa aku yang kau memang pilihan terbaik untuk jadi isteri. Pastikan lakonan kau convincing. Sebab kalau mama dan papa aku tak percaya, atau tak nak terima kau. I won't give you a single penny. Understood?”
“Kejap. Adakah ini bermakna Encik Fareez approved saya punya penampilan? Menepati citarasa keluarga dan Encik Fareez?”
Dan lelaki itu hanya balas dengan sebuah anggukan yakin. Sekali angguk saja tapi nampak betul-betul yakin!
Oh, wow! Rasa macam nak terpacak hidung ini! Aku bangga dengan diri sendiri sekarang. Haha! Lelaki sekacak Muhammad Fareez Syah baru je angguk dan approved penampilan aku!
Kau hado?
“Tapi sebelum tu, aku ada syarat untuk kau. Syarat sekali gus peraturan untuk kau ikut dengan baik sepanjang kau berkhidmat untuk aku. One strike and you're out.” Tiba-tiba aku rasa macam Fareez baru je tekan butang serius. Mukanya serius nak mati, tiada mesranya langsung kalau nak dibandingkan dengan muka yang tadi.
“Apa dia?” soalku. Seram pula bila dia dah tayang muka serius. Macam berat je syarat dan peraturan itu?
“Simple. The one and only rules. Don't fall in love with me and consider this rule as a warning. Don't. Ever. Fall. In. Love. With. Me.” Sempat lelaki itu ulang perkataan don’t ever fall in love with me itu sepatah-sepatah. Siap angkat satu demi satu jari untuk merujuk kepada jumlah patah perkataan dalam sebaris kata itu lagi.
Aku terkebil-kebil sekejap sebelum lambat-lambat aku mengangguk tanda bersetuju. Bukannya aku lambat-lambat setuju sebab aku tak yakin boleh halang diri dari jatuh cinta pada dia, tapi sebab aku terkejut dengan syarat dan peraturan dia itu. Dalam banyak-banyak benda, soal hati dan perasaan pula yang jadi peraturannya! Walaupun muka dia lagi kacak daripada Edward Cullen, tapi aku ini tak adalah terdesak sangat nak bercinta!
Keep it professional, nothing personal!
“Okey… Tapi saya juga ada syarat,” kataku.
“And what is that, querida?” soalnya, tenang.
“Saya kena balik sebelum pukul 12 malam. Tak kisahlah encik angkut saya pergi upacara angkat sumpah sekalipun. Pokoknya, saya kena balik sebelum pukul 12 malam. Lambat sesaat pun tak boleh. Wajib sebelum!” Aku ke udarakan syarat yang diberikan oleh Kak Hanan pada aku tempoh hari. Syarat wajib kalau aku tak nak kena kejar dengan ibu dan ayah satu Puchong.
Terus ternaik semula kedua belah kening Fareez bila dengar syarat yang aku beri itu. Bibirnya tiba-tiba menyenget macam tengah menahan sesuatu yang lucu. Macam tengah tahan gelak je gayanya.
“What are you? Cinderella? Or Cinderlisa?” Nada mengejek!
Cis! Geram pula tengok bibir dia yang menyenget itu. Aku lastik karang terus senget abadi tak pasal-pasal. Tapi, wow! Kami ada otak yang sama! Sepemikiran. Bukan ke hari itu aku pun ada kata pasal Cinderella juga?
“Betul. Siang saya Cinderella. Masuk jam 12 tengah malam tu akan terus bertukar jadi Sleeping beauty. Sebab tu kena balik jam 12 tepat! Tak boleh lambat sesaat pun. Kalau lambat takut nanti saya tergolek jatuh lepas tu tidur atas lantai. Itu okey lagi. Cuba kalau saya tergolek jatuh lepas tu tertidur dekat atas riba encik pulak. Tak ke susah kalau macam tu? Tak pasal-pasal encik fikir saya dah jatuh cinta dengan encik.” Dan aku pun iakan sajalah ejakan Fareez itu.
Aku lihat Fareez pusingkan mukanya ke arah lain. Pandang ke arah lain sebelum tiba-tiba aku dapat tangkap bunyi dengusan dua tiga kali yang terletus dari bibir lelaki itu. Lepas itu, barulah Fareez kalih kepala pandang aku semula. Tayang muka seriusnya seperti tadi.
“Okey, setuju. Aku setuju dengan syarat kau tu. Itu je ke syaratnya?”
Aku angguk. Angguklah buat masa sekarang, nanti kalau Kak Hanan tambah syarat, barulah aku update semula dengan Fareez. Haha.
“Okey, kalau macam tu, hari sabtu nanti jam lapan malam aku ambil kau. Hantar location kau nanti. Aku pick up terus depan rumah. Kalau nak suruh aku minta izin mak bapa kau pun tak ada masalah. Jangan risau, aku bukan pervert dan aku tak cukup gersang lagi sampai nak buat benda-benda pelik dekat kau.”
Hmm… Menyindir!
“Lapan malam tu mesti dalam janji je kan? Encik mesti sampai jam sepuluh malam kalau nak diikutkan rekod baik encik hari ni.” Kali ini giliran aku pula untuk menyindir dia.
Dan sekali lagi, bibir Fareez menyenget tersenyum seperti sedang menahan sesuatu yang lucu.
“Eight pm sharp. Takkan lambat macam hari ni lagi dah. Sorry kalau dah buat kau tunggu lama sangat. Sebagai tanda maaf, kau boleh pesan apapun yang kau nak. Aku belanja.”
“Tak apalah, perut saya dah kembung minum air masa tunggu encik tadi. Tapi boleh tanya sesuatu tak?”
Fareez jungkit sebelah keningnya pada aku. Itu tandanya Fareez bagi aku lampu hijau untuk teruskan dengan soalan yang nak aku ajukan itu. Bila dah dapat lampu hijau, terus aku mengesot ke depan sedikit, duduk di hujung kerusi supaya lebih dekat dengan Fareez.
“Encik kerja dekat KN Properties ni ke?” soalku.
Fareez jawab dengan sebuah anggukan tenang. Jadi, lelaki depan ini memang pekerja KN Properties ye? Ha…
“HR tu sakit mental eh? Ke chairman KN tu yang sakit mental? Ada ke cari pekerja nak yang ada pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang yang diminta? Dia fikir kitaorang ni keluar dari perut terus pergi ambil degree agaknya. At least, kasilah kitaorang ni peluang dulu. Ni tak, belum cuba lagi dah kena tolak mentah-mentah.” Aku berleter sendiri. Yang kena tempias leteran aku dah semestinyalah Fareez yang begitu tekun mendengar luahan perasaan sebabak aku itu.
“Kenapa? Kau ada cuba minta kerja dekat KN ke?” soal Fareez seperti berminat untuk tahu sebab menyebab aku berleter panjang sekarang.
“Saya minta hari tu dekat KN dengan H’s, tapi H’s memang tak ada kekosongan. KN pula ada kekosongan tapi tak nak bagi jawatan tu dekat saya sebab saya tak ada pengalaman kerja bahagian tu. Nak pula pengalaman tu kena tiga tahun minimum. Gila ke? Saya ni baru masuk 24 tahun. Bila masa pula ada masa nak cari tiga tahun pengalaman kerja tu? Takkan waktu sekolah menengah dah kena apply kerja kut? Kena buat part time ke? Pagi sekolah, petang kerja. Masalahnya minimum kelulusan kena degree. Eii, tak fahamlah!” Aku sambung berleter lagi. Muka dah masam habis, dahi pun dah berkerut seribu. Cukup untuk beritahu betapa tertekannya aku sekarang.
“Ingat lagi siapa yang interview kau hari tu?” soal Fareez.
Aku diam seketika, cuba untuk mengingat semula gerangan orang yang temu duga aku pada hari tersebut. Tapi tak termasuk dalam otaklah pula nama yang diperkenalkan sebelum dia mulakan proses temu duga itu.
“Tak ingatlah nama dia.”
“Apa-apa detail tentang dia yang kau ingat? Takkanlah tak ingat satu pun.”
Hmm…
“Lelaki. Kulit sawo matang. Rendah sikit dari saya. Dalam lingkungan empat puluhan dan perut bunci ke depan.” Aku senaraikan perincian tentang si penemuduga aku tempoh hari. Siap buat demonstrasi ukuran perut lelaki itu dekat perut sendiri lagi!
Sepertinya aku dengar seakan Fareez mengumam sesuatu. Macam sebuah nama. Tapi hanya dengar semata. Patah perkataannya aku tak dapat tangkap sama sekali.
Diam sekejap antara aku dan Fareez sebelum mulut terasa rajin nak menyoal dia lagi.
“Apa position encik dekat KN?”
Aku lihat Fareez seakan teragak-agak untuk menjawab soalan aku. Buktinya, soalan aku dibiarkan tidak berjawab buat beberapa ketika. Selepas hampir sepuluh saat kemudian barulah Fareez buka mulut.
“Biasa-biasa je.” Punya lama fikir, sudahnya itu je jawapan dia.
Aku anggukan kepala beberapa kali. Tak adalah pula aku nak paksa dia untuk namakan secara spesifik jawatan yang dia galas dalam syarikat gergasi ini.
“Saya dengar KN bayar pekerja dia mahal. Mesti gaji encik pun besarkan? Tak peliklah kenapa encik boleh tawarkan RM5,000 sekali kerja dekat saya. Tapi tak macam banyak sangat ke RM5,000 tu? Ke encik ni dah terdesak sangat sampai sanggup bayar orang untuk berlakon jadi calon isteri encik sebanyak tu?”
“Terdesak?” Bagai sedang bermonolog dengan diri sendiri saja lagak Fareez.
Aku pula hanya diam memerhati Fareez, sekali gus menunggu jawapan dari lelaki itu.
“Mungkin juga.” Dua patah.
Hmm… Tapi kenapa aku rasa macam ada yang pelik dengan lelaki ini ye? Yelah… Tengok sajalah rupa paras bak model Calvin Klein lelaki depan aku ini. Ini baru tengok dia dalam pakaian formal. Belum lagi tengok dia tak berbaju! Mahu boleh buat kira-kira abs lelaki itu.
Melihatkan tubuhnya yang tegap itu saja aku dah boleh bayangkan betapa sasanya badan lelaki ini. Jadi, tak pelik ke kalau lelaki ini tak punya calon sebenar untuk dibawa berjumpa dengan keluarga sendiri sedangkan rupanya memang cukup sempurna? Pakej lengkap untuk jadi kegilaan wanita seperti pemilik H’s yang selalu muncul dalam muka depan majalah itu.
Aku rasa dengan rupa paras yang Fareez ada, lelaki ini hanya perlu berdiri dekat kawasan lapang dan kata ‘Saya tengah cari calon isteri’. Confirm berderet perempuan angkat tangan untuk tawarkan diri sendiri. Fareez pula hanya tinggal angkat jari telunjuk dan pilih salah satu untuk dijadikan calon isteri sebenar. Habis cerita. Betul tak?
Hmm… Okey aku tak sepatutnya mempersoalkan semua benda itu. Mungkin Fareez punya alasan dan sebab sendiri untuk tak cari atau tunjukkan calon isteri sebenarnya. Mungkin dia ini bengkok? Gay? Mungkin dia upah aku supaya keluarganya tak syak status sexuality dia tu? Tapi err... Tolonglah jangan sampai apa yang aku fikir ini memang benar belaka. Tak sanggup aku nak bersubahat dan tanggung dosa besar macam itu!
Atau mungkin juga Fareez upah aku jadi calon isteri upahannya sebab calon isteri sebenarnya masih belum bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Belum bersedia untuk kahwin sebab masih ada banyak cita-cita yang belum berjaya dicapai?
Hmm… Mungkin juga!
“Berangankan apa tu querida sampai tenung aku macam nak terus masuk ke dalam hati aku ni?”
Suara Fareez buatkan aku tersentak sesaat. Bagaikan lamunan aku tadi direntap dalam sekelip mata. Tapi apa dia kata tadi? Tenung dia macam nak masuk ke dalam hati dia? Hohoi! Perasan betul!
“Tak adalah… Spaced out sekejap tadi,” dalihku.
Yelah, takkanlah aku nak beritahu dekat dia yang aku baru je terfikir yang dia gay pula kan? Kalau salah, aku makan penampar. Kalau betul dia gay, maka dialah yang akan makan penampar aku. Mana tahu tamparan aku ni pakej vaksin anti-gay ke?
“Alright. Kalau macam tu rasanya cukuplah untuk hari ni. Nanti aku akan mesej atau call kau untuk cerita serba sedikit pasal mama dengan papa aku. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. Okey,?”
“Okey!” Aku bangun dari duduk. Rasanya dah boleh balik kan?
“Kau datang sini dengan apa? Nak aku hantarkan kau balik?” soal Fareez yang masih duduk santai di atas kerusi sambil memandang aku.
Wah! Macam baik je lelaki ini? Siap offer nak hantar balik lagi!
“Saya datang naik king.” Aku tunding jari telunjuk pada satu arah di perkarangan kafe yang ada beberapa buah kotak parkir itu. Tunjuk Myvi aku yang sudah beberapa jam tersadai di situ.
Fareez tidak membalas. Hanya beri beberapa kali anggukan tanda mengerti.
Melihatkan reaksinya aku terus capai beg tangan dan telefon atas meja sebelum aku berura untuk melangkah pergi. Eh! Tapi terhenti bila aku teringatkan sesuatu.
Kena minta diri nak balik dululah. Macam kurang ajar je kalau terus blah macam itu.
“Saya balik dulu tau? Bye!”
“Bye.” Sepatah!
....
Okay, sedia untuk drama-drama antara Alisa dan Fareez?? Jumpa ahad ini!❤️
Share this novel