“APA dia?! Lima ribu sekali kerja?!”
Terus tegak separuh badan aku yang tadinya berbaring tenang di atas katil memikirkan kerja apa yang aku patut buat selepas ini kalau kerja gila calon isteri upahan tak berjaya. Telinga digosok berkali-kali dan pipi ditampar berulang-ulang untuk pastikan yang aku tak salah dengar dan tak bermimpi.
“Yes, RM 5,000 for each job. Sekali panggil, lima ribu. Dua kali panggil, sepuluh ribu. Is that okey with you, Miss Alisa?” Suara penuh jantan itu kedengaran dari corong telefon, menyoal tenang.
Haa... Sekali kerja lima ribu? Dua kali kerja sepuluh ribu? Kalau lima kali? Dua puluh lima ribu.... Haaaa!!! Banyaknya fulus! Fuh… Aku yang memang mata duitan sejak azali ini dah mula congak sendiri jumlah duit yang mungkin aku dapat nanti.
“Game on!” Aku menyahut penuh semangat. Terus lompat turun dari katil. Teruja!
Kalau lelaki dalam talian ini nak suruh aku pergi mandi dan mula kerja sepuluh minit lagipun aku sanggup! Jangan kata sepuluh minit! Kalau dia suruh aku mula kerja sekarang pun aku sanggup! Tak mandi pun tak apa! Bau kepam pun, bau kepamlah. Tak pun, aku boleh sembur perfume satu botol. Dapat upah nanti, aku boleh beli seratus botol perfume baru.
“Oh, not so soon, querida. Send me a few photos of yours. No makeup! Lepas tu, baru aku akan buat keputusan sama ada kau menepati citarasa keluarga aku atau tidak. Kalau ye, maka kita akan berjumpa untuk tugas pertama kau pada malam sabtu nanti. Kalau tidak... Aku akan cari yang lain.”
Cis! Poyonya cara dia bercakap. Kalau muka itu macam Edward Cullen tak apalah juga nak demand tinggi-tinggi. Menepati citarasa keluarga konon. Melainkan kalau si pemanggil ini anak raja, rasanya aku ini boleh dikira calon menantu idaman juga!
Ewah, Angkat bakul sendiri nampak?
“I'm afraid I can't do that, mister I don't know who,” balasku. Benggang-benggang pun, aku tetap tunjuk sikap profesional. Demi duit! Tak makan dua jam pun aku sanggup.
Ye, dua jam je. Lebih, tak boleh. Hekhek.
“Muhammad Fareez Syah. And why is that so, querida?” soalnya.
Muhammad Fareez Syah! Amboi, panjang nama dia! Nasib baiklah lelaki. Kalau perempuan, memang berpeluh-peluhlah bakal suami dia nak sebut nama depan tok kadi. Tapi apa maksud perkataan di hujung katanya itu? Kerida? Apa itu? Aku tak habis explore kamus dewan bahasa dan pustaka lagi ke apa? Macam tak pernah dengar je.
Eh! Bukan macam, tapi memang aku tak pernah dengar pun perkataan yang macam itu selama ini. Hmm, atau aku pernah dengar, tapi aku dah lupa. Nantilah aku tanya ayah.
“Tak obvious ke? Sebab saya tak kenal awak. Kalau awak orang jahat? Gila seks? Siapa tahu? Precaution step. Mana boleh membuta je bagi gambar dekat Encik Muhammad Fareez Syah.”
Aku dengar dia mendengus beberapa kali di dalam talian. Gelak. Apa yang lawak pun aku tak tahulah.
“You can call me Fareez. Tak payah seru nama panjang. Esok, jam satu petang. Free?”
“Kenapa tanya?” Aku menyoal hairan.
“Let's meet somewhere nearby. Kau duduk mana?”
“Err... Puchong?” Aku menjawab ragu-ragu. Tadi minta gambar, sekarang minta lokasi pula. Senacam je ini…
“Puchong tu dekat mana, querida? Cara kau cakap macam Puchong tu kecil je.” Fareez mengetus geram di hujung talian.
“Err...” Aku berat hati nak menjawab.
Bila lama aku duk ber err, err macam baru kena diagnose dengan speech delay selepas berpuluh tahun hidup, terus Fareez mengeluh perlahan. Mungkin sedar akan keenganan aku.
“Macam inilah. Duduk dekat Puchong kan? Tunggu aku dekat kafe KN Properties. Esok, jam satu petang. Boleh?”
Apa dia cakap tadi? KN Properties? Company yang sudah tolak aku mentah-mentah kerana aku tak memiliki pengalaman tempoh hari itu?! Huh! Kenapalah dalam banyak-banyak tempat boleh jumpa, dekat situ juga yang nak dijadikan tempat perjumpaan kami? Jumpalah dekat luar! Kalau ye pun perlu jumpa dekat kafe syarikat, kan berlambak lagi syarikat dalam Puchong ini? Pilih je satu!
Atau mungkin sebab Fareez bekerja di situ? Hmm... Masuk akal.
“Okey. Jumpa esok...” Aku bersetuju.
“Okey. And please don't be late. I hate people who don’t appreciate time.” Sempat Fareez selitkan amaran di hujung katanya.
“Baik, Encik Fareez.”
“SURUH orang jangan lambat, dia sendiri lambat tak apa pula!” getusku perlahan. Geram!
Ini bukan marah lagi, sekarang ini aku dah masuk tahap Angry bird agaknya. Tinggal tunggu masa nak meletup sampai tercabut segala bulu dan terus angkat kaki keluar dari kafe ini je lagi.
Fareez kata semalam, jam satu petang di kafe. Jangan lambat sebab dia tak suka orang yang tidak menghargai masa. Makanya, tadi aku datanglah awal sikit. Oh, bukan sikit ye. Dekat tiga puluh minit awal jugalah aku sampai tadi. Sekarang dah masuk jam 2:21 minit petang! Dia lambat satu jam 21 minit kalau nak dikira dari waktu yang ditetapkan. Kalau nak kira dari waktu aku sampai sini, maka dia dah lambat dua jam!
Pekerja kafe ini pun rasanya tengah tinggal tunggu masa untuk seret aku keluar saja. Air yang dibeli tadi sudah tinggal suku walaupun aku sudah cuba sikit punya baik untuk minum perlahan-lahan supaya aku tak dihalau bila air dah habis atau terpaksa beli satu cup lagi. Mahal gila siot air ni! Guna cukai kerajaan Ayah Pin agaknya.
Jangan kata yang dia main-mainkan aku sudahlah!
Mana pula lelaki yang bernama Muhammad Fareez Syah ini? Kalau aku blah jangan marah pula!
Karang kalau aku dah meletup, memang aku pergi je buat pengumuman hilang anak dekat kaunter penyambut tetamu. Aku laung nama dia kuat-kuat. Baru padan dengan muka dia!
Hmm... Kejap. Aku baru teringat yang aku masih tak cuba untuk call dia. Baik aku call dulu untuk tanya. Tengah sembelit ke, terjatuh tangga masa on the way datang sini ke, sesat dalam tempat kerja sendiri ke? Tak pun tersangkut dalam lif ke. Kan?
Telefon yang ada di atas meja terus aku capai. Nombor lelaki yang masih berada di bahagian atas log panggilan itu aku ketik. Almaklumlah, terlajak single! Mana ada orang yang rajin nak call aku ini.
Beberapa kali bunyi tut tut kedengaran sampailah aku dapat dengar bunyi satu suara yang cukup jantan menyapa aku di dalam talian.
“Hi. Dah sampai?” Tenang suara di hujung sana menyoal.
Tenang dia itu sampai buat darah aku menggelegak. Dah sampai dia tanya? Aku ini tinggal tunggu masa untuk masuk dalam dan pergi buat temu duga dengan manager saja lagi! Semua tugasan mereka aku sudah hafal hasil daripada memerhati pekerja di sini sementara menunggu Fareez.
“Encik Fareez tak tahu nak tengok jam ke? Atau Encik Fareez tak ada jam? Encik kata pukul satu, sekarang dah 2:30 petang. Barista tu pun dah pandang saya lain macam tahu? Bengkek je muka dia. Kejap lagi confirm kena tendang keluar daripada sini,” bidasku.
Sekali lagi aku dengar beberapa dengusan dari dalam talian persis semalam.
“Aku dalam lif untuk turun ke bawah. Tunggu sekejap... Dalam lima minit lagi aku sampai.”
“Okey! Lima minit je tau! Lambat, saya balik! Lima minit dan sesaat pun saya balik! Tak kuasa saya nak tunggu lagi.” Tengok! Dah menurun bakat membebel Kak Hanan itu. Dengan ayat dia sekali aku taram kasi dekat Fareez.
“Ye. Tak lambat. Dah nak sampai pun.” Fareez membalas tenang.
Aku berhmm sebelum panggilan aku tamatkan. Aku buka kamera lalu periksa penampilan sendiri. Manalah tahu kalau selama aku menunggu ini, tiba-tiba taik hidung dah terkeluar ke kan?
Okey, cantik! Kemas dan rapi!
“Hi.”
Ha! Ini mesti Fareez!
Aku terus kuntum senyum semanis mungkin sebelum kepala aku angkat memandangnya. Tapi saat mata aku berlabuh pada wajah orang yang menyapa itu, terus senyuman di bibir aku perlahan-lahan mati. Digantikan dengan riak yang ditahan supaya tak memaparkan rasa hati aku saat ini.
Dia... Kenapa dia? Kenapa dia yang terpacak dekat depan aku sekarang?
“Sayang...” Bibir itu menguntum sebuah senyuman sambil menyebut satu perkataan itu.
Sayang...Ye, dia bukan Fareez. Lelaki ini orang lain. Orang yang aku kenali. Atau... Pernah kenal. Yelah, dah sewel ke apa Fareez itu nak bersayang bagai dengan aku. Mahu kena sepakan penalti ala Messi!
“Apa awak buat dekat sini?” Aku menyoal. Suara ditahan sehabis baik.
“Awak lupa? Kan dulu saya pernah kata yang cita-cita saya nak kerja dekat H's?”
Berkerut sekejap dahi aku mendengar jawapan lelaki itu. H's? Syarikat milik jutawan muda ketiga terkaya di Malaysia itu? Tapi H's terletak di Kuala Lumpur... Ini Puchong.
“Saya ada meeting dengan KN tadi, kalau itu yang buat dahi awak berkerut.” Seperti tahu apa yang sedang berlegar dalam kepala, dia menjawab secara tidak langsung.
Aku diam kali ini. Tidak menyoal apa-apa lagi. Terus tunduk kepala dan pandang meja. Sebenarnya dalam hati aku berharap agar dia cepat-cepat pergi dari sini. Lelaki yang tak ingin lagi aku kenali, kini berdiri di depanku. Aku tak nak ingat apa yang membuatkan aku begitu bencikan dia. Cukuplah.
Beg tangan yang aku letak di kerusi sebelah terus aku ambil. Telefon di atas meja juga aku capai sebelum aku bangun dari duduk. Nak keluar dari sini. Rasa diri seperti kekurangan oksigen bila duduk dalam satu ruang yang sama dengan lelaki itu.
“Sayang!”
Aku semakin melajukan langkah keluar dari kafe ini bila telinga dapat menangkap bunyi derapan kasut yang laju mendekat. Sampai di depan pintu, terus aku tarik besinya. Tapi entah macam mana pula boleh ada tangan lain yang turut sama memegang besi pada pintu kaca itu dari luar, serentak dengan aku. Dah macam tarik tali pula aku rasa bila masing-masing tak mengaplikasikan sign ‘push/pull’ tu dengan baik.
Lelaki berkot dan berseluar slack warna royal blue, lengkap bertali leher dan kaca mata hitam. Tinggi dan tegap. Berambut hitam yang ada sedikit bahagian perangnya. Kacak dan maskulin! Itulah yang dapat aku rumuskan buat lelaki yang tengah main tarik pintu dengan aku ini.
“Sayang!” Panggil lagi.
Panggil, bukan laung sebab lelaki itu sudah berada di sebelah aku. Lengan aku digenggamnya untuk menahan aku.
Hei… Main pegang-pegang pula dia!
Tangannya terus aku tepis kuat sebelum besi pintu kaca itu aku tarik semula. Dan kali ini, lelaki di luar itu pun tak lagi menarik sama. Sebaliknya, dia siap bantu aku untuk tarik pintu itu sebelum laju saja kaki ini melangkah keluar.
Baru tiga langkah jaraknya, sekali lagi perkataan sayang dilaung sebelum tangan aku disambar hingga buat aku hilang keseimbangan sebelum tubuh aku jatuh. Jatuh dalam dakapan lelaki berkot royal blue tadi. Mak, cliché! Tak sempat nak bangun sendiri, aku ditarik lagi supaya jauh dari lelaki yang baru saja jadi tukang sambut aku atas apa yang lelaki satu lagi itu buat.
“Awak ni dah kenapa?!” Tegak saja kaki terpacak atas tanah, aku terus mengherdik marah. Tangan direntap sekuat hati sebelum kaki menambah jarak.
Buat malu saja!
“I miss you so much, sayang. Saya nak bercakap dengan awak... Tu je, tak ada niat lain. Saya nak kita kembali macam dulu. Saya nak awak dengan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak.”
Ternganga aku mendengar kata-kata lelaki itu. Tak sangka yang ayat itu baru saja keluar dari mulutnya. Mulut seorang Zafran yang sudah membuang aku demi yang sempurna. Dengan rasa tak percaya dan marah, aku ketawa seketul-ketul. Bukan hahaha, tapi ha ha ha!
Dahi Zafran berkerut.
“Kejap, saya tak salah dengar kan? Awak rindu saya? Tak boleh hidup tanpa saya?” Aku menyoal dalam sisa tawa.
Laju saja Zafran anggukan kepalanya.
Tawaku mati, lalu diganti pula dengan bibir yang tersenyum sinis. Smirk!
“Tak mati pun,” kataku.
“Ha?” Berkerut lagi.
“Tak mati pun. Awak kata awak tak boleh hidup tanpa saya, jadi kenapa awak masih hidup lepas tiga tahun awak tinggalkan saya untuk perempuan yang sangat sempurna di mata awak tu? Kenapa awak tak mati lagi?”
“Sayang…”
Kali ini aku terus potong kata-katanya. Laju!
“Stop calling me sayang! Geli tahu tak? Awak tinggalkan saya untuk perempuan lain. Sebab waktu tu pada awak saya tak sempurna. Mana perempuan yang kononnya sempurna sangat di mata awak tu? Rindu? Tak boleh hidup tanpa saya? Jadi pergilah mati cepat! Jangan hidup lagi! Dumb dumb!”
Sejurus itu, aku terus sambung langkah yang terbantut tadi menuju ke arah Myvi yang terletak dalam kotak parkir tak jauh dari sini. Sungguh aku tak nak jejak kaki ke sini lagi. Agaknya masa aku kecil dulu ada nenek sihir culik aku dan mandrem sumpahan seumur hidup ke atas aku. Sumpahan itu mesti lebih kurang macam ‘Syarikat KN Properties atau Kamal Nazri Properties akan mendatangkan seribu satu bala terhadap si Alisa yang cantik rupawan. Sumpahan hanya boleh ditamatkan dengan kucupan hangat si putera menawan’.
Itu yang bukan main banyak bala aku dapat di sini.
“Alisa!” Kali ini bukan sayang yang dilaung Zafran, tapi nama aku pula.
Hai laa, lelaki ni... Apa lagi yang dia nak?
Aku pusing semula pandang belakang. Pandang dia yang masih statik di tempat tadi. Tapi kali ini mata aku tak hanya pandang dia, tapi turut sama pandang tubuh yang sedang tercegat depan pintu kaca kafe itu. Lelaki yang berebut untuk buka pintu dengan aku tadi.
Aduhai! Maksudnya sedari tadi dia jadi penonton setia drama sebabak depan kafe inilah ye? Malunya aku!
Tapi kenapa aku tengok dahi lelaki itu macam sedikit berkerut eh? Cermin matanya pun sudah dibuka, lalu dipegang bingkainya dengan jari sambil pandang ke arah aku dan Zafran bergilir.
“Maafkan saya, Alisa... Saya masih cintakan awak. Saya tak boleh lupa apa yang kita pernah lalui. Bagi saya peluang. Peluang kedua dan yang terakhir untuk saya. Untuk kita... Saya janji yang saya takkan sia-siakan awak lagi. Saya akan jadi yang terbaik untuk awak kali ni.” Serentak dengan langkah yang dibawa mendekati aku, Zafran merayu.
Mata aku kembali terarah pada wajah Zafran. Wajah yang nampak sungguh tulus itu, aku pandang penuh dengan amarah yang kian menebal. Kalau diikutkan hati nak saja aku layang beg tangan RM 30 hengget yang aku baru beli tak sampai seminggu dari Shopee dekat celah kangkang dia! Biar senak tiga hari tiga malam. Pakej masa terhad sekali dengan jalan mengangkang seminggu!
“Orang yang cintakan seseorang tak akan curang. Kalau saya cukup bodoh untuk maafkan awak, ia bermakna saya rela terjun dalam lembah kekecewaan dan patah hati untuk kedua kalinya. Dan maaf, awak tiada apa yang istimewa atau sesuatu yang bernilai untuk saya letak risiko dalam hidup saya sendiri. A cheater always remain a cheater.”
“Saya boleh berubah, Alisa. Bagi peluang...”
Aku buka mulut untuk membidas rayuannya. Tapi tak sempat nak keluar patah perkataan pun lagi, tiba-tiba nama aku dilaung. Sekali lagi, tapi oleh suara yang lain. Dan suara ini macam aku kenal...
“Alisa!”
Terus mata aku beralih pada lelaki yang sedang berjalan tegap menuju ke arah aku. Langkah Zafran yang tadinya nak menuju ke arah aku pun terus terhenti. Malahan, Zafran turut sama pandang lelaki itu dengan muka pelik.
Lelaki berkot dan berseluar slack royal blue tadi.
“Hi, querida...” Hampir jatuh rahang dibuatnya bila dua patah perkataan yang aku hanya faham hi itu keluar dari mulut lelaki itu.
Fareez?
Maksudnya, tadi aku jatuh macam Kajol itu, Fareez yang sambut aku? Huaaa... What an excellent way to start a relationship! Well, of course, not in a romantic way. But still! Ia sungguh memalukan!
“Siapa dia ni, sayang?” Zafran menyoal.
Kalau aku jawab yang aku pun tak kenal lelaki ini boleh tak? Atau aku perlu kata, kami baru berkenalan. Aku hanya tahu nama dia je?
“I'm Syah, Alisa's fiance.” Penuh tenang dan yakin Fareez memperkenalkan diri kepada Zafran yang terus ternganga saat dengar kata-kata Fareez.
Okey! Sebenarnya bukan Zafran je ternganga. Dengan aku-aku sekalipun ikut sama ternganga. Wah, cepatnya mandat naik ke tunang!
“What? Fiance? Sayang... Tell me that it's not true. You're nobody's fiance, right?” Zafran menyoal sambil aku dan Fareez dipandang bergilir. Muka macam tengah mengharap yang semua itu bohong belaka.
“Believe it or not, she is my fiancé and soon to be my wife. So please, mister nobody. Have your way out. Jangan pernah ganggu apatah lagi sentuh tunang saya. If you ever dare to lay a finger on her again, I'll make sure that you regret it for the rest of your entire pathetic life. You don't want to mess with what's mine.” Dan sejurus itu lengan aku terus ditarik oleh Fareez menuju ke arah kafe semula. Meninggalkan Zafran yang sempat diugutnya. Tapi aku tarik semula lenganku dan hanya membuntutinya.
Kenapalah semua orang asyik main tarik-tarik lengan aku?
Share this novel