Bab 7

Romance Completed 24458

GUESS what?

Artikel calon isteri upahan yang aku post di Fac tempoh hari sudah membawa kepada kedatangan bala tentera lelaki-lelaki bujang kesepian tapi masih tak punya calon a.k.a tak laku atau masih tak nak kahwin menyerang markas Whatsapp dan panggilan suaraku.

Telefon aku yang memang cikai-cikai belaka ini sudah hang teruk disebabkan serangan bertubi-tubi mereka. Whatsapp aku pun dah menggila. Bila aku buka saja, terus keluar Whatsapp is not working! Sudahnya, selepas berperang untuk cuba membuka Whatsapp dengan telefon yang hang macam nak gila. Akhirnya, aku dapat scan QR code untuk terus buka Whatsapp dari dalam laptop.

Barulah aman dunia!

Nak jatuh kerusi aku bila tengok nombor yang terpapar di atas. 129 mesej! Ini baru mesej. Belum tengok lagi missed call! Satu-satu mesej aku baca. Dan tepat sekali jangkaanku, memang semua yang serang Whatsapp aku adalah lelaki bujang kesepian yang nak gunakan khidmat calon isteri upahan aku ini.

Weh! Agaklah kalau ye pun. Aku ini sorang je. Bukannya aku ada buka agensi Calon Isteri Upahan dan punya puluhan perempuan untuk dilelong. Kalau sampai 129 orang nak gunakan khidmat aku, macam mana aku nak uruskan?

Potong 12?

“Medina!” Dengar saja suara Kak Hananh melaung, cepat-cepat aku keluar dari bilik. Kalau lambat, mahu kena baling dengan sudip nanti.

“Kenapa, kak?” soalku.

Kak Hanan sedang berdiri di ruang tamu. Lengkap berapron dan di tangan tengah pegang sudip. See? Kalau aku saja-saja lambat keluar dari bilik tadi, sudip itulah yang akan melayang masuk ke dalam bilik aku nanti.

“Putera raja kau dah sampai. Hajat kekanda ingin bertemu dengan adinda calon isteri upahan.” Kak Hanan bersuara sambil bibir dijuih ke arah tingkap yang langsirnya sedikit terselak.

Aik? Fareez? Apa pula yang Fareez buat dekat sini? Rasanya kami tak ada apa-apa projek mega baru hari ini. Hari ini dan dalam masa terdekat ini. Sudah satu minggu juga rasanya aku dan Fareez tak bersua muka. Cuma lelaki itu rajin call aku pada waktu subuh untuk kejutkan aku. Lepas itu, mulalah dia nak menyindir aku macam-macam. Setiap pagi aku ditazkirah tahu?

“Menung apa lagi dekat situ? Calon suami jadian kau tengah tunggu dekat luar bawah terik matahari tu. Tak kesian ke?” Kak Hanan bersuara lagi.

“Kejap. Nak pakai tudung.” Aku terus masuk semula ke dalam bilik. Ambil tudung sarung lalu aku sarungkan saja atas kepala. Settle!

Keluar dari bilik, aku terus turun ke tingkat bawah. Kak Hanan hanya perhatikan aku. Macam tak ada niat nak pergi sambung masak dekat dapur sana. Ini mesti nak skodeng aku dan Fareez punyalah! Mode mak cik bawang Kak Hanan dah turn on! Silap langkah, mahu berevolusi KL Drift ibu dan ayah datang ke Puchong ini untuk sembelih aku.

Aku keluar dari rumah. Memang dari sini dah nampak Fareez yang sedang terpacak dekat depan pagar. Siap berkaca mata hitam dan bertopi lagi.

Tubuh Fareez aku analisis dari kepala sampai ke hujung kaki. Kalau orang tengok, mahu aku dah kena cop perempuan gersang lagi meremang. Tapi aku hanya nak tengok apa yang dipakai Fareez je.

Ringkas berbaju t-shirt polos berwarna putih dan jogger pant berwarna hitam. Berkasut sport jenama Nike. Macam pakaian orang nak bersukan.

“Encik buat apa datang sini?” Itu soalan pertama aku. Ada aura nak menghalau kan? Dahlah pagar pun aku tak buka. Muehehe.

“Mana telefon kau?” Soalan aku tak dijawab, tapi Fareez bagi soalan lain pula.

Telefon aku?

“Dekat dalam bilik. Kenapa?”

“Dari dua jam yang lepas. Kau ada dekat mana?” soal Fareez lagi.

Dah kena soal siasat pula!

“Dekat dalam bilik.”

Aku tengok kening Fareez terus terjungkit tinggi bila dengar jawapan aku. Kalau dia buka spek itu, mungkin sekarang Fareez tengah jegilkan mata pada aku.

Tapi dah kenapa?

“Kau ada dekat dalam bilik bersama telefon kau dari dua jam yang lepas. Dan dari dua jam yang lepas tu jugalah, kau langsung tak jawab call aku?” Fareez marah!

“Saya punya phone hang, encik. Banyak sangat mesej masuk.”

Aku lihat dahi Fareez sedikit berkerut bila aku cakap banyak sangat mesej masuk tadi. Helo? Kau fikir tak ada siapa nak mesej aku ke? Aku tak lonely sampai macam tu, hokey! Okey, fine, actually kalau tak disebabkan projek calon isteri upahan itu, memang tak ada siapa nak mesej aku. Huaaa… Aku lonely!

“Mesej apa yang banyak sangat sampai boleh hang? Kau ada hutang dengan Ahlong lepas tu cabut lari ke apa?”

What? Ahlong?

“Heiii… Saya tak terdesak sampai macam tu okey! Semua mesej tu datang dari spesis encik.”

“Spesis aku?”

Aku angguk laju-laju. “Spesis bujang terlajak dan terdesak macam encik.”

“Mulut kau ni… Kalau aku cium nanti sia-sia je.” Fareez mengugut aku. Nada geram dan benggang pula yang keluar.

Ha? Cium? Wah… Lain macam ini! Otak aku pun sudah lain macam juga. Terus terproses adegan yang Fareez sebut tadi dalam kepala. Ish! Astagfirullah! Kotornya otak aku! Otak orang beranak lima pun tak sekotor aku!

“Apa tadi?! Cium?!”

Nasib baik tak bersilat aku dan Fareez bila tiba-tiba suara Kak Hanan melenting naik. Bila pusing belakang, rupa-rupanya Kak Hanan tengah menghendap kami dari tingkap yang langsirnya terselak tadi.

“Oh? Cium ye? Ada hati kau nak cium adik aku ye?” Dengan lengkap berapronnya, Kak Hanan keluar dari rumah sambil sudip dilambung-lambung macam tengah tunggu masa nak dilayang ke kepala Fareez.

Aku pusing pandang Fareez semula. Muka Fareez berkerut. Seakan terancam dengan Kak Hanan! Fareez tanggalkan kaca matanya dan mata kami bertentangan. Aku terus sedekah sebuah pandangan yang bermaksud ‘Ha… Aiyok!’

“Saya…”

“Saya, saya apa? Oh… Kau ni baru sekali dapat jadi calon suami jadian adik aku, kau dah miang satu badan ye? Kau nampak sudip ni? Kalau aku rodok masuk dalam lubang pusat kau, sampai ke trakea tembus tau?”

Aku tahan gelak bila tengok Kak Hanan putar-putarkan sudip dengan gigi yang diketap geram macam tengah tunjukkan demo sesi rodok merodok yang bakal terjadi kalau Fareez cuba nak buat benda pelik.

“Saya rasa akak dah salah faham ni…” Fareez bersuara.

“Eh! Apa akak-akak? Adik aku kata kau lagi tua dari aku tahu? Oh… Patutlah pun terdesak sangat nak berbini sampai sanggup upah adik aku jadi isteri jadian kau ye?”

“Calon isteri kak… Bukan isteri.” Aku pula mencelah kali ini. Beza besar okey, calon isteri dan isteri! Dengar dek bakal suami aku nanti, habis tak lakulah aku.

“Ah! Tak kiralah! Yang penting korang tu bukannya suami isteri betul-betul! Jadian je! Kau jangan nak berangan main kiss-kiss adik aku ye? Sentuh hujung jari pun tak boleh! Aku dapat tahu kau sentuh dia, aku panggil bapa aku datang sini,” leter Kak Hanan lagi.

Eh, tapi nak buat pula sampai panggil ayah datang sini semata-mata sebab Fareez sentuh aku dengan hujung jari? Kalau kata nak panggil ibu itu aku fahamlah. Sebab aku dah boleh bayangkan ibu kasi gegar rumah Fareez atau kejar Fareez satu KL dengan rotannya itu.

Tapi kalau ayah… Hmm! Tak jalan!

“Kenapa?”

Cun pula Fareez buka mulut menyoal. Jadi tak payahlah aku nak bazirkan air liur lagi.

“Untuk nikahkan korang berdualah! Ha! Lepas tu kau nak bercium ke, kau nak buat apa-apa ke, aku dah tak peduli. Jadi, kalau tak nak… Sila berdiri dengan jarak sepuluh kaki, okey?” Lepas Kak Hanan selesai membebel, terus Kak Hanan pusing dan melangkah masuk ke dalam rumah semula.

Di depan muka pintu, Kak Hanan pandang Fareez sebelum sebelah tangan di angkat naik dengan jari telunjuk dan jari tengah ditalakan pada matanya kemudian mata Fareez pula.

“Akak kau memang macam tu ke?” Tiba-tiba Fareez menyoal aku dengan mata yang masih terkelip-kelip pandang pintu yang dah tertutup.

“Macam apa?”

“Pelik?”

Hahaha! Pelik? Kak Hanan itu tak cukup pelik lagi! Ibu segala pelik dekat dalam keluarga kami itu ialah aku!

“Itulah encik… Lain kali bercakap siang kena pandang-pandang. Nasib baik kakak saya yang dengar. Kalau abang saya? Mahu tercacak sudip Kak Hanan dekat kepala encik tahu?”

Diam sekejap di antara kami bila tiba-tiba telefon Fareez menjerit minta di angkat. Adalah dalam lima minit Fareez bercakap dalam telefon itu sebelum dia kembali pandang aku.

“Aku balik dulu, ada hal. Kau! Call aku, jawab! Mesej aku, balas! Artikel tu padamlah balik. Itu pun nak kena ajar ke?”

Eh? Aku pula yang kena?

“Mana boleh padam! Itu semua duit okey!”

“Aku kan dah ada? Duit apanya lagi?” Fareez dah berkerut. Hairan.

Aku kan dah ada? Hai... Kau itu calon suami sementara je Encik Fareez! Lepas kita bercerai nanti, aku ini kena cari makan juga untuk teruskan hidup.

“Orang kata sambil menyelam, minum air. Saya pula, sambil bekerja untuk encik, bila ada masa lapang, saya atur pula jadual untuk kerja dengan lelaki terdesak lain.” Aku sengih. Muehehehe!

“Apa lima ribu tu tak cukup lagi ke sampai kau nak kena buat dua tiga job sekali gus? Setakat nak sara perut kau yang kempis tu, apalah sangat?”

Heiii… Perut jangan main-main erk!

“Cukup. Tapi lagi banyak, lagi bagus! Kalau sorang upah saya paling kurang dua ribu, kalau dalam waiting list ada sepuluh orang. Maksudnya saya akan dapat dua puluh ribu!”

“Mata duitan rupanya kau ni…”

Aku mencebik. Tak kesah! Dalam dunia dan zaman sekarang ini, semua orang perlu jadi mata duitan untuk memastikan kelangsungan hidup. Jadi, cakaplah apa yang nak dicakap! Aku tak peduli. Yang kata aku mata duitan itu pun anak jutawan! Mana pernah rasa hidup susah macam orang biasa ini!

“Apa-apa jelah. Asalkan kerja kau yang lain takkan ganggu kerja kau dengan aku. Aku balik dulu, bye.” Fareez angkat tangan sesaat. Saat Fareez berura nak pergi…

“Encik!” laungku.

Fareez jungkit kedua belah kening. Muka serius ditayang tanpa gagal. Agaknya dia keluar dari rahim mama dia dulu pun, memang muka tang itu juga yang keluar.

“Encik baru balik dari gym ke?” soalku. Si kepoh dah kembali! Muehehe.

“Hm. Kenapa? Teringin nak cium ketiak aku?” Habis je Fareez tanya soalan itu, tiba-tiba kami dengar pintu rumah diketuk-ketuk kuat dari dalam. Tak habis-habis lagi Kak Hanan ini!

“Tak adalah. Tanya je. Encik nampak lagi hensem bila pakai kasual macam ni.” Ye! Kasual dan ringkas, tapi bila Fareez yang pakai. Terus bertukar jadi less is more!

“Hensem?” Dahi Fareez berkerut. Mata pun sudah lain macam. Pandangan membawa amaran!

“Ingat, Alisa. Jangan jatuh cinta dengan aku. Kau yang akan sakit nanti.” Cermin mata dipakai semula sebelum Fareez pusing dan terus masuk ke dalam kereta.

Jatuh cinta? Huh! Anak siapalah yang keyakinannya tinggi mencanak sangat ini? Sikit-sikit jangan jatuh cinta. Sikit-sikit jangan jatuh cinta. Macamlah aku ini hamak sangat nak jatuh cinta dengan dia. Aku hanya sekadar memuji okey! Sebab Fareez memang nampak lebih helok bila dia pakai pakaian kasual macam tadi. Manalah tahu disebabkan pujian aku, Fareez nak terus pakai baju T dan jogger pant setiap masa ke?

Oh! Jangan fikir sebab aku nak cuci mata pula. Sebaliknya, aku hanya fikirkan jalan untuk kasi mana-mana perempuan melekat dekat Fareez. Jadi lepas ini, tak adalah Fareez jadi bujang terlajak lagi! Tapi lain pula yang Fareez fikir…

Jatuh cinta? Huh! Tak hingin aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience