BAB 28

Mystery Series 14027

Setelah selesai makan malam telefon Reza Haikal berdering lalu dia pun menjawab panggilan telefon

Reza Haikal : Hello....ya papa Rin

Papa Rin : Kau kat mana??? datang sini sekarang aku ada hal penting nak bincang

Reza Haikal : Penting ke tak boleh bincang esok Kal ada hal ni

Papa Rin : Aku kata sekarang tu datang jelah!!!!!,,,,Dan jangan lupa bawa dia sekali

Papa Rin terus matikan talian Reza Haikal berasa frust dengan sikap bapa saudaranya. Shikin yang melihat kelakuan Reza Haikal lalu bertanya " Kenapa Reza???" dan Reza Haikal pun menjawab " Bapak sedara aku nak jumpa sekarang " Shikin membalas " Eehhh tak cerita pun kat saya ada bapa saudara bukan awak pernah kata daddy dah takde keluarga lain yang saya tahu mummy awak je arwah atuk awak " Reza Haikal tersedar dia terlepas cakap " Abaikan jelah saya kata tu jom balik " Shikin berkata " Jom jelah kita pergi mana tau ada pekara penting lagipun kita kan dah rancang nak kahwin saya kena lah kenal semua kawan-kawan awak,,,,sepupu sepapat or ahli family awak yang saya tak pernah tengok " Reza Haikal menghampiri Shikin lalu memegang kedua-dua lengan Shikin dan menunjukkan riak wajah marah matanya mula memerah berair " Aku tak boleh bawa kau jumpa dia!!!aku tak nak kehilangan kau lagi please jangan paksa aku buat benda yang aku tak suka " Shikin bersuara dengan nada sendu " Reza awak dah kenapa??? lengan saya sakit please lepas " Reza Haikal sedar akan tindakannya telah menyakiti Shikin lalu memeluk Shikin dengan erat " Maaf sayang aku teremosi aku tak nak jadi apa-apa dekat kau lagi " Shikin membalas pelukan Reza Haikal " Maafkan saya sayang buat awak marah " Shikin melepaskan pelukkan dan memandang Reza Haikal " Jom kita balik nanti sayang kena soal siasat pulak dengan ayah " Reza Haikal menangguk dan tersenyum kembali. Sepanjang perjalanan balik mereka bergelak tawa bercerita dalam kereta namun di persimpangan jalan mereka dihalang kereta hitam "Rezaaa!!!!" Reza Haikal sempat brek sebelum nyaris melanggar kereta hadapan Reza Haikal melihat keadaan Shikin yang sudah kelihatan pucat " Sayang okay " Shikin menjawab " Saya tak apa-apa awak okay tak??? " Reza Haikal menggeleng tidak dengan amarah membuak dia keluar dari kereta dan menjerit ke arah kereta hitam itu" Kau nak apa bangsat!!! " seorang lelaki berbadan besar dan tegap keluar dari kereta lalu dia berjalan ke arah Reza Haikal. Lelaki itu bersuara " Kau nak lari mana Kal bapak sedara kau kata apa bawa perempuan tu kan jangan langgar arahan dia " Reza Haikal membalas " Kalau aku tak nak ikut setakat kau je aku boleh lawan " Lelaki itu ketawa jahat " Ceihh,,,baik kau ikut sebab kau dah tak boleh lari mana dah " lelaki itu telah mengarah anak buahnya mengepung kereta Reza Haikal bahagian kiri,kanan dan belakang dikepung kereta hitam yang sama. Reza Haikal terpaksa akur lalu masuk semula dalam keretanya " Sayang siapa mereka semua saya takut " Reza Haikal memegang erat tangan Shikin " Sayang jangan risau always stick with me i will protect you ".

VILLA MEWAH (MALAM)

Mereka tiba di villa tersebut Shikin dan Reza Haikal keluar dari kereta mereka dikelilingi lelaki memakai sut hitam untuk mengawal gerak geri mereka.Reza Haikal memegang tangan Shikin dengan erat dia risau sesuatu berlaku pada Shikin "Jangan lepaskan tangan sayang " Shikin menangguk. Mereka pun masuk ke dalam disambut Madi " Selamat datang tuan muda,,,,Tuan Fahrin menunggu tuan muda diatas " Reza Haikal ingin menuju ke atas akan tetapi tangan Shikin ditarik kuat oleh lelaki berbadan tegap itu "Arghhh" Reza Haikal melihat kejadian itu lalu menolak kuat lelaki berbadan tegap " Kau pehal sialll main tarik tangan dia " Madi yang berdiri melihat pergaduhan itu bersuara " Perempuan tu stay disini Tuan Fahrin hanya mahu jumpa tuan muda sahaja " Shikin berkata " Sayang pergi settle dulu saya okay saya tunggu sini " Reza Haikal membalas " Are you sure gonna be okay??? " Shikin menangguk ya lalu duduk disofa dan Reza Haikal berlalu pergi berjumpa dengan Fahrin. Shikin melihat sekeliling suasana ruang yang suram bodyguard yang berada di depan matanya sentiasa melihatnya Shikin. Reza Haikal berada di depan pintu bilik Fahrin lalu mengetuk pintu tersebut sebelum memulas tombol tersebut. Reza Haikal pun masuk terlihat bapa saudaranya berdiri menghadap layar skrin tv dengan tangan bersilang ke belakang " Kau dah bawa perempuan tu " Reza Haikal tak menjawab " Jangan nak tanya pasal dia ada apa Papa Rin nak jumpa Kal " Fahrin ketawa sedangkan tiada apa pun yang lucu malah suaranya berubah lebih garau " Hahaha....takde apa yang penting pun aku hanya jalankan tugas tuan aku sahaja hahaha " Reza Haikal terkejut kedengaran suara bukan milik Fahrin " Macamana kau boleh terlepas dan masuk ruang bilik ni " Fahrin yang palsu menoleh dan memandang tepat pada Reza Haikal dengan mata hitam serta mulutnya penuh air liur yang meleleh keluar " Tuan Fahrin yang letak aku didalam bilik ni untuk berlawan dengan kau dan dia boleh bermesraan perempuan kesayangan kau hahahaha " Reza Haikal menjawab " Aku dah agak akan tiba masanya benda ni berlaku dan kau bukan tandingan aku,,,,aku dah bersiap sedia untuk berlawan dengan kau dan aku tahu kelemahan kau " Fahrin palsu terus ketawa lagi " Hahaaa kau tak akan dapat kalahkan aku " Reza Haikal membalas " Jangan cakap besar setan!!!!". Reza Haikal dan makhluk itu mula berlawan sedangkan yang dibawah tidak dengar apa yang berlaku didalam bilik tersebut. Shikin masih melihat sekeliling lalu dia terlihat frame gambar Reza Haikal masih bersekolah bersama bapa saudaranya " Muka Reza tak berubah hensem dari kecil " Shikin ralit melihat gambar tersebut sedangkan dibelakangnya berdiri seseorang mendekatinya " Pakciknya tak hensem ke?? " Shikin terkejut "Argkkh" sehingga frame jatuh ke lantai dan pecah Shikin menoleh terlihat seorang lelaki serupa dalam gambar bersama Reza Haikal " Saya minta maaf tak sengaja jatuhkan gambar ni saya terkejut " Fahrin senyum " Tak mengapa nanti pembantu rumah akan bersihkan " Shikin memandang sekeliling tiada satu bodyguard bersamanya tadi yang tinggal hanya dia dan pakcik Reza Haikal " Wahhh cantiknya awak mesti girlfriend Kal kan " Fahrin melihat Shikin dari bawah hingga atas dan matanya tidak lekang melihat tubuh Shikin yang berpakaian seksi. Shikin melihat kelakuan Fahrin berasa sedikit rimas " saya tunang Reza bukan girlfriend,,,encik ni mesti pakcik Reza kan " Fahrin tersedar apabila Shikin bersuara " Tak payah ber encik dengan saya boleh panggil Papa Rin atau panggil Daddy lagi mesra " Shikin hanya tersenyum sengih sedangkan dalam hati " Isshh gatal jugak pakcik Reza ni " Fahrin sedikit ketawa " Jangan salah faham Shikin mesti ingat Papa Rin cuba nak goda kan " Shikin terkedu sebentar macamana boleh tahu Shikin bercakap dalam hati. " Mari kita duduk dulu boleh sembang panjang berdiri lama-lama sakit karang kaki tu " Fahrin mempelawa Shikin duduk " Shikin nak minum apa nanti Papa Rin minta pembantu buatkan " Shikin dan Fahrin duduk disofa dan bertanya pada Shikin untuk menjamu minuman " Takpelah tak rasa haus lagi ". Suasana menjadi sunyi tiada perbualan antara mereka manakala mata Fahrin masih tidak lekang melihat Shikin dengan pandangan ingin menerkam lalu Fahrin memulakan bicara " So dah lama ke kenal Shikin kenal Kal??" Shikin pun menjawab " Lama dah sejak zaman uni lagi " Fahrin menangguk lalu bertanya lagi " Sepanjang kawan dengan Kal kamu dengan dia ada berhubung badan " Shikin yang mendengar itu agak terkejut namun dia cuba jawab dengan tenang " Maaf ye jika kata-kata saya sedikit kurang ajar soalan tu tak patut ditanyakan,,,saya memang berpakaian seksi tak bertudung litup kami sentiasa rapat tanpa ikatan tapi saya tahu mana halal dan haram dan Reza bukan lelaki sebegitu kami masih menjaga batas". Beberapa minit kemudian Reza turun dari tangga kelihatan sedikit letih. Shikin melihat Reza segera berdiri dari sofa menuju ke arah Reza " Sayang okay sayang nampak pucat" Reza menahan diri dari kesakitan " Berdiri belakang aku Shikin" Reza menatap Fahrin dengan amarah "Dah puas lihat dia sekarang jangan sesekali cuba sentuh dia" Reza pegang tangan Shikin dengan erat dan segera berlalu pergi keluar dari rumah agam mewah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience