HARI KARNIVAL ( PAGI )
"Selamat datang kepada pelajar dan pengunjung yang baru tiba di uni kami pelbagai aktiviti, persembahan dan jualan dari setiap course dianjurkan harap tuan-tuan dan puan-puan enjoy hari karnival kami sebarang pertanyaan mengenai uni kami bolehlah berjumpa dengan saya Sufian Irfan MPP Hal Ehwal Pelajar di booth sekian dari saya have fun" setelah MC selesai beri pengumuman kumpulan band dari course muzik memulakan persembahan pertama. Ramai pengunjung tiba di padang Shikin dan Tina duduk di booth senior membantu mereka dalam jualan barangan, memperkenalkan course bidang perniagaan bagi remaja yang lepasan SPM yang ingin belajar di universiti ini dan lain-lain lagi " Tina aku nak pergi booth Zafran aku dah janji dengan dia nak singgah kau handle booth ni kalau senior kesayangan kau tu tanya cakap nanti aku tolong time habis karnival ni okey habis tu aku nak merayap pergi tengok booth orang lain" Tina menjawab " Yelah tapi jangan lama-lama karang apa kata senior kalau junior tiada nanti ingat menular pula sesat call aku tau " Shikin ketawa " Takde maknanya aku sesat kat uni ni,,,Alah kau kelentong sikit kalau diorang tanya pasal aku ke okey lah aku gerak dulu thanks tau Tina ni buat aku bertambah sayang dengan kau love you babe " Tina acah-acah menjeling " Sejak bila aku sayang kau tak nak pun sayang dari kau dah-dah pergi nanti tertunggu pulak boyfriend kesayangan kau tu,,,Shikin nanti belikan aku makanan dekat booth course kulinari tau " Shikin menggangguk faham beg tangan diambil lalu beredar dari booth tersebut. Shikin berjalan-jalan melihat setiap booth macam-macam ada dari barang hinggalah makanan terdapat empat barisan kira satu barisan tiga gerai yang disediakan booth Afiq Zafran di barisan yang ketiga sekarang ni Shikin baru baris yang kedua booth Shikin terletak di barisan pertama setelah Shikin tiba di barisan yang ketiga langkahnya terhenti melihat terdapat student perempuan beratur di booth Afiq Zafran sedang melakukan seni khat ada yang over tergedik-gedik senyum sengih terdapat ada salah satu dari mereka duduk di sebelah Afiq Zafran entah kenapa timbul satu perasaan cemburu dalam diri Shikin melihat Afiq Zafran melayan student-student perempuan itu sedangkan semalam Afiq Zafran begitu prihatin hanya tertumpu padanya saja semasa sakit Shikin mengeluh lemah " Hai cik kak cemburu ke " Shikin menoleh kirinya melihat suara siapakah itu " Awak rupanya Reza mana ada saya cemburu saya dengan Zafran just kawan biasa je sama juga macam awak andai kata Zafran suka saya pun saya kena sedar diri juga saya ni banyak serba kekurangan dia segalanya sempurna dah lah baik, alim , pandai dan boleh dikatakan Zafran ni lelaki idaman setiap wanita,,,lelaki yang baik untuk perempuan baik" Reza Haikal memandang Shikin dia merasakan Shikin telah jatuh cinta pada Afiq Zafran, terguris hati Reza Haikal kalau Shikin suka pada Afiq Zafran kerana dia pun mencintai Shikin dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan cinta itu Reza Haikal memegang tangan Shikin lalu menariknya meninggalkan kawasan itu Shikin terkejut tindakan Reza Haikal sebegitu " Reza awak buat apa ni lepaskan lah " Reza Haikal meletakkan jari telunjuk di bibir tanda rahsia dan senyum Shikin pun ikut jelah kemana Reza Haikal membawanya ternyata Reza Haikal membawa Shikin ke gerai course kulinari yang menyediakan makanan pencuci mulut yang sedap dan kreatif teruja Shikin melihat manisan pelbagai bentuk dihasilkan Reza memanggil salah satu student kulinari " Fir ada tempat duduk yang kosong tak untuk dua orang " Fir mengangguk ada lalu membawa mereka ke tempat duduk " Korang nak set pencuci mulut yang mana set biasa, sederhana atau mewah" belum sempat Shikin berkata apa Reza Haikal dah pesan hanya menunjukkan tiga jari maybe set mewah lah tu Fir pun faham dan berlalu pergi beberapa minit kemudian Fir bawa empat pinggan pencuci mulut berbeza akan tetapi Reza Haikal tunjuk tiga " Reza ni kenapa ada empat pinggan sepotong kek tapi kenapa awak tunjuk tiga dekat budak kulinari tu " Reza Haikal ketawa " Aku tunjuk tiga sebab aku upah dia buat manisan khas untuk kau. " Shikin seakan tidak percaya semua manisan itu dibuat khas untuknya saja "Reza awak tak nak ke tak kan saya makan sorang " Reza Haikal menggeleng tidak Shikin pun menikmati makanan " Kau nak tahu tak kalau kita makan benda manis macam pencuci mulut ni segala kesedihan akan hilang " Shikin seakan tidak percaya " Ye ke mana awak tahu semua ni Reza Haikal pun menjawab " Bukti dah ada orang depan aku ni bila aku tengok gelagat kau pandang semua manisan itu aku nampak reaksi wajah kegembiraan yang ikhlas so maknanya tadi kau sebenarnya sedih and cemburu kan tengok si dia tu layan student-student perempuan sekarang aku nak sembuhkan kau dengan manisan kalau tak cukup lagi tambah aku belanja " Shikin berasa terharu terhadap Reza Haikal memahami diri Shikin "Thanks Reza awak adalah kawan yang terbaik walaupun perangai nakal tu buat menyakitkan hati saya namun awak memahami keadaan saya sekarang untung lah perempuan yang jadi kekasih awak nanti hahaha!!!,,,,Ni makan je yang hantar air takde ke " Reza Haikal menepuk dahi " Ye lah baru perasan air takde hishh Fir ni buat jual makanan tapi air tak letak dalam menu kau tunggu kejap aku pergi ambil air mineral dekat booth MPP " Shikin menyatakan tak payah susah pergi ambil air kenapa tak beli saja " Tak payah beli air yang dekat tak masak aku tak nak kau sakit perut karang aku juga yang susah nanti bawa kau klinik bagai tunggu tau " Reza Haikal berlalu pergi Shikin terpaksa ikutkan je lah karang merajuk jenuh memujuk tapi ada betul juga kata Reza Haikal tak elok beli minuman dari sumber air yang tak masak.
BOOTH PENGAJIAN AL-QURAN DAN BAHASA
"Zafran kau dah habis ke buat seni khat tu ni aku dah siapkan Al-Quran mini yang kau nak siap jahitan nama khat yang kau reka tu aku dah buat dekat cover kalau telekung biru yang kau tempah tu kau minta kat Jannah" Aiman merupakan rakan sekelas dengan Afiq Zafran dia membantu Aiman menjual Al-Quran mini yang mudah dibawa kemana saja dengan variasi dilakukan adalah reka cipta perlindung kalis air serta boleh buat tempahan nama pada cover tersebut senang cam Al-Quran sendiri dan dibawa kemana saja "Terima kasih Aiman fuhh settle akhirnya dengan pelajar-pelajar perempuan tadi macam-macam karenah betul diorang ni,,,,Aiman ganti aku boleh aku nak pergi jumpa Jannah kejap " Aiman mengangguk okey Afiq Zafran pergi ke booth rakannya Jannah tak jauh dari booth mereka untuk mengambil telekung itu beberapa minit kemudian Afiq Zafran sampai " Assalammualaikum Jannah saya datang nak ambil telekung tu " Jannah yang sedang menyusun barang jualan lalu menoleh ke belakang " Walaikummusalam Zafran datang nak ambil telekung ye tunggu kejap boleh " selesai Jannah lakukan tugas dia ke arah beg besar yang dibawanya terletak di meja pelbagai rekaan telekung dibawanya ramai student menempah telekung dari Jannah kerana itu semua hasil dari tangan Jannah sendiri dan menjadikan sebagai side income untuk support dirinya sebagai student " Awak tempah warna biru kan " Jannah mengambil lalu membuka bungkusan itu lalu diserahkan pada Afiq Zafran " Macamana okay ke kalau tak okey saya ada pattern lain " Afiq Zafran melihat telekung itu dia sudah terbayang mesti ayu Shikin pakai telekung ni " Nice Jannah saya suka hmm boleh minta tolong tak awak bungkus cantik-cantik letak sekali dengan Al-Quran mini nanti saya bayar double " Jannah menjawab " Okey boleh je tunggu kejap ye " telekung tadi dilipat kemas dan dletakkan semua dalam bungkusan plastik dengan pantas Jannah membalut bungkusan dan diletakkan dalam beg hiasan berserta Al-Quran mini Afiq Zafran memerhati hasil kerja Jannah memang puas hati " Okey dah siap " Afiq Zafran menghulur duit seratus ringgit pada Jannah dan dia pun beri salam terus berlalu pergi dia menuju ke booth Shikin namun hanya tinggal Tina saja yang ada " Ehh Zafran cari Shikin ke dia takde sebab dia kata nak pergi booth awak " Afiq Zafran kehairanan kalau Shikin ke booth dia lama dah sampai ni tak ada pun " Takpelah Tina maybe dia singgah tempat lain saya pergi cari dia " Tina mengangguk okey Afiq Zafran pun meninggalkan booth Shikin dia berjalan setiap booth mencari Shikin toleh ke kiri toleh kanan akhirnya jumpa Shikin bersendirian tengah makan kek di booth kulinari namun baru hendak melangkah menuju ke sana dia melihat Shikin bersama Reza Haikal mereka berdua nampak mesra bergelak ketawa bersama Afiq Zafran memerhati mereka dari jauh perasaan dia sekarang bercampur namun dia masih menahan sabar dan berzikir dalam hati agar nafsu kemarahan tidak menguasai dirinya kerana sikap pemarah, dengki dan pendendam itu disukai syaitan dia berkata dalam hati jangan mudah putus asa dia akan berusaha mendapatkan cinta hatinya " Hmmm kesian kau hadiah tak dapat bagi kat tuan punya badan tidak mengapa lah habis karnival ni aku bagi la " Afiq Zafran pun meninggalkan kawasan itu dan balik semula ke gerainya.
Shikin menghabiskan pinggan manisan yang keempat " Akhirnya habis juga makan pinggan yang keempat " habis lincin pinggan dibedal Shikin " So macamana sedap tak kalau tak kenyang order lagi aku belanja " Shikin menutup mulut menggeleng tidak " Tak nak dah makan benda manis banyak nanti saya gemuk lepas tu karang kena kencing manis " Reza Haikal mengangguk setuju betul la tu makan banyak manis boleh membawa penyakit seketika itu dia teringat sesuatu Reza Haikal bangun meraba poket seluarnya " Awak cari apa ada barang hilang ke??" Reza Haikal menjawab " Aku ada beli something dekat kau masa aku pergi ambil mineral nak on the way ke sini,,,alamak!!! mesti tertinggal dekat gerai tu kau tunggu kejap aku pergi ambil " Shikin mengangguk okey Reza Haikal pun pergi setelah itu ada seseorang mendekati Shikin " Hi awak Shikin kan kawan Tina " Shikin menjawab ya " Saya Fasha dari team sabit merah kawan awak pengsan dia tak berhenti sebut nama awak ikut saya sekarang " Shikin mula panik dan bimbang tentang Tina dia pun bangun dari tempat duduk dan terus mengikut Fasha. Beberapa minit kemudian Reza Haikal sampai akan tetapi Shikin tiada telefon bimbit dikeluarkan namun tidak diangkat Reza Haikal menuju ke booth maybe Shikin ada disana.
Fasha membawa Shikin ke parking dia berasa tidak sedap hati bukan ke orang sakit akan dibawa ke bilik kesihatan yang disediakan uni Fasha perasan sikap Shikin mula curiga kenapa dibawa ke parking " Awak jangan salah faham kawan awak dalam van ambulans sebab dekat bilik kesihatan alatan oksigen kurang jadi dia diberi rawatan dalam van " Shikin faham rasa curiga itu hilang setelah apa yang di jelaskan oleh Fasha setelah sampai Shikin terkejut ada dua orang lelaki berada di van tersebut memandangnya tersenyum sengih diselangi ketawa lalu mendekati Shikin akan tetapi dia dikepung oleh Fasha dan dua lelaki lain yang menumbuk muka Reza Haikal pada malam itu " Korang nak apa jangan buat hal aku jerit karang " mereka ketawa melihat Shikin ketakutan " Jeritlah tak akan ada orang nak tolong kau geng cepat bawa dia masuk van " salah satu lelaki menerkam Shikin dari belakang "Aaargghh tolong!! tolong!!! " lelaki itu menekup mulut Shikin dia cuba melawan namun lelaki itu lagi kuat lalu mengheret Shikin masuk kedalam van geng penculik itu pun pergi meninggalkan kawasan parking.
Afiq Zafran sampai di gerainya lalu duduk di kerusi disediakan belakang booth itu Aiman melihat wajah Afiq Zafran muram saja dan matanya terlihat bungkusan di pegang " Zaf kau tak bagi lagi hadiah tu dekat dia ke,,,kau okay tak muka tu muram je ada masalah ke ceritalah dekat aku " baru Afiq Zafran hendak bercerita telinganya terdengar suara Shikin meminta tolong dia memejam mata kelebihan yang dimilikinya digunakan bayangan Shikin meronta-ronta meminta tolong ada empat orang lelaki dalam van dan seorang perempuan mereka sampai di suatu tempat Afiq Zafran buka matanya semula " Aiman aku kena gerak sekarang dia dalam bahaya kau tolong jaga hadiah ni " Aiman kehairanan melihat Afiq Zafran kelam kabut bungkusan hadiah itu Aiman ambil Afiq Zafran dengan pantas meninggalkan gerai dan menuju parking uni. Puas Reza Haikal cari Shikin di booth tiada dia terpaksa tipu Tina yang Reza Haikal pura-pura call dan menyatakan Shikin masih di booth kulinari membeli makanan untuk Tina sedangkan Shikin sudah tiada di situ seketika kemudian Reza Haikal mendapat panggilan nombor yang tak dikenali dia beredar dari booth pergi ke tempat jauh dari gangguan bising " Hello siapa ni " kedengaran suara menjerit minta tolong " Reza!!!Tolong saya!!!" Reza Haikal terkejut dengar suara itu " Kenapa diam bro terkejut awek lu ada dengan gua kalau lu rasa anak jantan sejati datang ke gedung lama kalau lu lambat awek lu jadi santapan makan malam member-member gua HAHAHAHA!!!" talian dimatikan "Tak guna mat rempit tu siap lah korang aku kerjakan sampai mampus " Reza Haikal teringat akan cincin yang dibawa dan disimpan dalam kereta Reza Haikal sentiasa bawa bersama cincin itu jika berlaku pekara yang tidak diingini agar dapat melindungi dirinya dia pun berlalu pergi menuju parking.
GUDANG LAMA (PETANG)
" Lepaskan lah aku!!! Aku merayu aku sanggup bayar berapa korang nak " mereka semua ketawa ini yang mereka tunggu kan wang tebusan dari Shikin setelah tahu sepenuhnya latar belakang Shikin yang merupakan anak jutawan kaya di Malaysia ketua kumpulan mat rempit yang pernah ditampar oleh Shikin mendekatinya " Memang itu gua mahukan tebusan dari keluarga lu tapi ingat kami ni tak bodoh gua tak akan senang-senang serahkan dekat family lu selagi kami belum kenduri kan lu betina dan gua akan pastikan lu balik dalam keadaan mayat mati bersama balak lu hahahaaa!!! " ketua mat rempit itu mengambil telefon Shikin daripada beg tangan dia mencari nombor Datuk Said untuk meminta wang tebusan setelah dapat nombor tersebut lalu didail.
RUMAH SHIKIN (PETANG)
Datuk Said berada di ruang tamu bersama Datin Aisyah dan keluarga mertua beristirehat menonton television kedengaran telefon bimbit Datuk Said berdering lalu diambil didalam poket bajunya nombor Shikin tertera di skrin lalu menjawab " Ni ada apa telefon ayah karnival dah habis ke " mat rempit itu menjawab "Belum lagi bakal bapak mertua ku hahahaa!!! " Datuk Said terkejut ada orang lain menggunakan telefon anaknya suara Datuk Said bertukar serius dan garang " Kau siapa mana anak aku " mat rempit itu membalas " Relax der bagi gua cakap habis anak lu ada dengan gua kalau nak anak lu selamat gua nak duit tebusan tak banyak pun gua minta tiga juta ringgit je bagi lu mesti macam tiga ringgit kan gua bagi masa sejam kalau lu lambat kirim salam maut sajalah lokasi gua hantar kemudian cepat ye bapak mertua ku muahhh hahaha!!!" Datin Aisyah sudah berasa bimbang panik bagai melihat riak wajah Datuk Said serius lalu bertanya pada Datuk Said " Apa dah jadi abang siapa yang telefon abang tadi " Datuk Said mengurut dahinya rasa mahu pengsan ada " Shikin kena culik penculik tu minta wang tebusan abang nak call Riz sekarang " Datin Aisyah terkejut apa yang diberitahu Datuk Said terduduk Datin Aisyah mula menangis nenek Shikin cuba menenangkan Datin Aisyah " Sabaq Chah biaq Riz settle Insyallah Shikin akan selamat " Datuk Said menelefon Abang Riz " Hello Riz ayah nak minta tolong ni Shikin sekarang kena culik mereka nak duit tiga juta dalam masa sejam nanti ayah hantar location jangan libatkan Lydia dia perempuan nanti bertambah masalah" Abang Riz menjawab " Baik ayah Riz akan bantu Insyallah Riz akan bawa Shikin dengan selamat " Abang Riz tamatkan talian dan segera meninggalkan pejabat polis.
GUDANG LAMA (PETANG)
"Der lama lagi ke kita nak tunggu duit gua tak tahan dah tengok betina tu jom la der layan lauk kenduri gua nak dulu " ketua mat rempit itu memukul kepala membernya " bodoh lah lu reti sabar tak kalau lu dah sangap sangat lu pergi sedut barang dulu selagi kita tak dapat duit tiga juta tu kita tak boleh sentuh kalau gua nampak lu semua sentuh betina ni gua kerat gua cincang bagi anjing makan " member mat rempit minta ampun tak akan cuba sentuh begitu juga yang lain mereka takut akan ketua mereka kerana ada yang sebelum ini pernah terjadi tetak orang sampai semua anggota kaki dan tangan berpisah dari badan lagi menakutkan kalau dibawah pengaruh dadah tidak sedar ketua mereka kerat badan orang yang dia dendam macam potong ayam. Afiq Zafran tiba di lokasi yang dia nampak dalam bayangannya dengan kelebihan yang ada dapat memudahkan perjalanan ke sini dia memakir kereta jauh sikit dari gedung lama itu dia dengar suara Shikin merintih walaupun belum masuk ke dalam gedung lagi seketika itu telefon berdering nasib baik telefon dalam mode senyap Abang Riz menelefon Afiq Zafran lalu diangkat panggilan itu " Afiq dekat mana Afiq tahu tak yang Shikin kena culik " Afiq Zafran menjawab dengan nada berbisik " Tahu Abang Riz sekarang ni Afiq ada dekat tempat Shikin culik " Abang Riz menjawab " Apa Afiq dah ada dekat situ kenapa tak inform dekat Abang sekarang tunggu abang sampai jangan bertindak sesuka hati Afiq tahu tak mereka minta duit tebusan kalau dalam masa sejam tak bagi mereka nak cederakan Shikin " Afiq Zafran menggangguk faham. Sejam pun berlalu ketua mat rempit itu mula mengamuk menggila habis tong besi ditendang sampai kemik " Ni yang gua nak naik angin janji tak ditepati dah sejam tunggu duit tak sampai si mamat poyo tu pun tak muncul Fasha lu on kamera yang lain tunggu apa lagi kasi bedal itu betina " Shikin merayu-rayu jangan di apa-apakan namun mereka tidak peduli rayuan itu mereka kini dibawah pengaruh dadah hidup dalam dunia mereka mana tahu erti perasaan belas kasihan dua member ketua mat rempit itu mendekati Shikin dan memegang kaki dan tangan ketua mereka mendahulukan lalu menindih Shikin tudungnya ditanggalkan " Wanginya rambut lu ni hahaha!!!" yang lain turut ketawa Shikin pula menangis tak berhenti " Relax la pompuan lu nak menangis meraung bagai apesal hari tu bukan main berani tampar gua depan member-member gua yang lain malu siak muka gua ni lu bikin gua dayus sekarang ni lu rasa tamparan gua pula " ketua mat rempit itu membalas semula dengan menumbuk muka hingga berdarah bibir Shikin puas dia merayu berhenti memukul namun tidak diendahkan akhirnya Shikin pengsan " Aik mati dah ingatkan kebal sangat dah alang-alang lu dah tidur gua sempurnakan malam pertama gua " belum sempat berbuat apa-apa kedengaran bunyi kuat dan nyaring hingga telinga mereka berdesing " Apa ni sial sakit telinga gua ni " setelah bunyi tu hilang mereka semua pandang ke arah satu sosok manusia berdiri wajahnya ditutupi hoodie hijau " Hoi lu sapa berambus sekarang " lelaki hoodie hijau itu ketawa seperti orang menggilai lelaki itu menuju ke arah mereka sarung di hoodie dibuka kelihatan wajah yang bengis anak mata bertukar merah ketua mat rempit tu bangun dan menghadap lelaki hoodie hijau itu "lu rupanya jantan bajet poyo lu apesal lambat sikit lagi gua nak rasa cikaro lu sekarang ni gua nak balas dendam gua nak belasah lu sampai mampus geng belasah dia " salah satu member mat rempit itu menyerang Reza Haikal hanya dengan satu tangan sahaja menembus ke perut rakan mereka segala usus perut terkeluar berpisah dari badan darah mengalir laju jatuh di lantai percikan darah terkena muka Reza Haikal mereka yang melihat terkejut dan ketakutan " lu pula pergi bereskan mamat poyo tu " ketua mat rempit itu menyuruh membernya yang memegang tangan Shikin " Aku tak nak mati sial aku nak blah" membernya itu berlari menuju pintu gudung namun pergerakan Reza Haikal lebih pantas dia mencekik leher sehingga bunyi tulang leher patah dan mencabut kepala berpisah dari badan darah memancut keluar habis muka Reza Haikal dipenuhi darah fresh lalu mencampak tubuh itu ke lantai kini hanya tinggal bertiga Reza Haikal berjalan menuju ke arah ketua mat rempit darah yang ada dimukanya dijilat ketua mat rempit ketakutan sampai tahap kencing dalam seluar " Kenapa bro takut ke ini baru salam pembukaan dari aku hahahaa!!! " Reza Haikal ketawa melihat ketua rempit ketakutan yang amat apabila mereka bertentangan mata Reza Haikal melihat Shikin pengsan dengan mulut berdarah wajah Reza Haikal bertukar bengis dan marah lalu mencekik leher ketua mat rempit itu. Berbalik pula pada Afiq Zafran menanti Abang Riz beberapa minit kemudian Abang Riz datang lalu keluar dari kereta dengan membawa beg bimbit berisi wang tiga juta " Abang kenapa lambat datang dah lebih sejam dah ni saya risaukan Shikin tadi saya terdengar suara orang menjerit kesakutan saya tak dapat guna kelebihan yang saya ada untuk mendengar ada aura yang menghalang " Abang Riz menjawab " Abang kena ganggu dengan tiga orang mat motor itu taktik diorang saja melambatkan masa Abang apa lagi terpaksa lawan " Afiq Zafran mengerti mereka pun segera masuk dalam gudang itu akan tetapi tiada satu pernampakan manusia lain kecuali Shikin yang masih terbaring pengsan Abang Riz segara kesana dan memeriksa Shikin lalu menanggalkan jaket dipakai menutup tubuh Shikin serta Abang Riz menyarung tudung bagi menutup aurat rambut manakala Afiq Zafran pula melihat sekeliling kenderaan van tiada Afiq Zafran menghidu sesuatu bau darah yang kuat apabila melihat lantai terdapat darah yang pekat apa yang terjadi sebenarnya dalam gudang ni?
Share this novel