Silauan cahaya jendela membuat Shikin terjaga dia membuka mata perlahan-lahan kepalanya terasa berdenyut dia melihat sekeliling " Ini bukan bilik aku " Shikin pun bangun dia bersandar di bantal namun badannya rasa lemah dan rasa sakit di bahagian pinggang apabila Shikin menundukkan kepala menjerit dia melihat perutnya besar seperti orang mengandung 8 bulan dengan tangan menggeletar Shikin menyentuh perutnya terasa ada gerakan " OMG!!! kenapa aku boleh jadi macam ni aku mengandung anak siapa " Shikin berbicara sendirian dia keliru, gelisah dan risau keadaannya sebegitu Shikin memandang sekeliling bilik itu dipenuhi bunga rose merah di lantai pula terdapat kelopak bertaburan bunga rose merah di atas katil juga ada pakaian Shikin pun berubah dia memakai baju orang mengandung berwarna pink rambutnya yang panjang mengurai terdedah tiada tudung Shikin kedengaran pintu dibuka " Good morning,,,sayang dah bangun sayang dengan baby mesti lapar ni hubby bawakan sarapan " terbeliak mata Shikin melihat orang itu masuk ke dalam bilik " Reza " Reza Haikal senyum berdiri tegak di hadapan katil Shikin dengan membawa dulang tersedia sarapan ketika itu juga kedengaran seseorang lagi masuk ke bilik " Selamat pagi kekasih hati abang,,,ni abang ada bawa sarapan untuk isteri tercinta dan anak abang dalam perut tu " Shikin sekali lagi terperanjat kini Afiq Zafran pula yang masuk bawa dulang sarapan dengan senyuman yang gembira apa dah jadi ni dalam perut aku mengandung anak siapa Shikin melihat mereka berdua berdiri kaku dengan senyuman macam scary pun ada Shikin merasakan sakit perut seperti ada tendangan mahu keluar Shikin minta tolong kerana sakit yang amat namun mereka seperti itu kaku tak bergerak langsung Shikin menjerit terasa sakit di bahagian kemaluan dia terpaksa kangkang kedua-dua kakinya di hadapan dua lelaki itu tak peduli perasaan malu Shikin merasakan ada basahan di katil dia melihat tangannya penuh darah merah yang pekat puas Shikin teran terasa cecair keluar dari kemaluannya mengalir keluar seperti air paip Shikin mengangkat sedikit kepalanya melihat kedua kawannya alangkah terkejutnya kepala mereka dipenggal seseorang memakai jubah hitam memegang pedang darah memanjut keluar dari leher mereka orang yang memakai jubah itu mendekatinya " Jangan jangan " Shikin terasa perit kesakitan di kemaluan tubuhnya dan kakinya masih berposisi kangkang dia terasa ada sesuatu masuk kedalam kemaluan dan menarik keluar sakit tak terkata Shikin menjerit kuat sekali diiringi suara tangisan bayi dengan tenaga yang ada Shikin melihat orang jubah hitam itu mengendong bayi yang masih menangis dan badan bayi itu diselaputi darah orang yang berjubah hitam itu membuka sarung kepala ternyata Cikgu Fahrin " Comel kan anak kita kan terima kasih permaisuriku hahahaaa!!! " Cikgu Fahrin memperlihatkan wajah bayi itu Shikin menutup telinga dan kedua matanya "Pergi!!!jangan kacau aku!!!" wajah bayi itu menakutkan senyum menyeringai dan memanggil Shikin *Mama* berkali-kali.
" Shikin bangun!!! Shikin bangun " pipi Shikin ditepuk banyak kali oleh Datin Aisyah dia pun sedar Shikin terus bangun berposisi duduk lalu menunduk kepala dan meraba perut kempisnya " Ehh tak ada " Datin Aisyah kehairanan melihat gelagat Shikin tak habis-habis usap perut " Macamana boleh ada dekat sini mak setahu Shikin ada dekat luar,,,eehh kenapa bilik buka lampu ni bukan dah pagi " Datin Aisyah memberitahu apa yang belaku "Pagi apanya belum lagi kamu tu pengsan kat luar rumah mak ayah nampak kamu terbaring badan kamu panas demam seluar kamu penuh dengan darah ayah dengan tokwan sampai mengelabah telefon ambulans bila mak check kamu hidup lagi ayah pun angkat kamu masuk dalam bilik,,,seluar kamu pun mak tukar yang baru tapi nampaknya kamu ni period teruk" Datin Aisyah perasan selimut Shikin timbul tompokan darah fresh Shikin memegang seluarnya makin banyak sedangkan Datin Aisyah sudah letak tuala wanita pada seluar baru Datin Aisyah membantu Shikin bangun bawa ke bilik air dan meninggalkan Shikin disitu bagi membersihkan diri manakala Datin Aisyah menukar cadar baru nasib baik tidak tembus tilam jenuh nak mengangkat. 15 minit kemudian selesai mandi dan mengenakan pakaian yang baru dan bersih Shikin merebahkan diri atas katil telefon di capai baru pukul 11 malam rupanya dalam mimpi waktu pagi Shikin mengeluh kasar " macam real je aku mimpi tadi tapi tak mungkin tak kan dia ganggu aku lagi " Shikin menepuk kedua belah pipi " Eeehhh apa ni ingat Shikin pesan Kak Hifza jangan diingat pekara tu jangan lalai,,,Hurrghh mengantuknya tidur la" ketika dia hendak melelapkan mata kedengaran telefon berbunyi Shikin pun ambil dan lihat skrin Afiq Zafran yang telefon Shikin pun menekan butang dial " Hello Assalammualaikum ada apa call saya ni " Afiq Zafran menjawab " Walaikummusalam sorry kacau awak malam-malam macam ni saya just nak pesan tidur tu jangan lupa cuci kaki, baca doa better awak pasang zikir dalam bilik awak biasa perempuan datang bulan ni syaitan suka datang dekat " Shikin berasa pelik dengan Afiq Zafran dah kenapa mamat dan sedikit terkejut adakah telinganya tidak salah dengar Afiq Zafran mention bab period " Awak tadi saya dengar awak ada mention pasal datang bulan mana awak tahu sekarang saya tengah period skodeng saya ke " tiba-tiba Afiq Zafran jadi gagap " Aaaa,,,errr,,eehh saya tak tahu pula awak datang bulan saya teka je okaylah saya off call sorry ganggu awak bye Assalammualaikum" cepat-cepat Afiq Zafran tutup mengelabah dia " Eee mulut aku ni hisshh kan dah kantoi " Shikin belum sempat nak berkata-kata apa dah off call " Hmm ikut je lah apa yang dia kata,,,,hihihi makin caring la Zaf ni untung lah siapa bakal kekasih dia " Shikin pun memasang alunan zikir dari telefon bimbit dan dia terlena.
RUMAH PROF MALIK (12 TENGAH MALAM)
Pintu dibuka Reza Haikal memasuki ke dalam rumah dia ingin menuju ke bilik namun langkahnya terhenti ditegur Prof Malik berada di sebelah kirinya berdiri tegak berpeluk tubuh memandang dengan wajah serius " Kal dari mana tengah malam baru balik tak habis-habis buang masa kat kelab malam tu berubah lah Kal sampai bila nak jadi macam ni tak kesian ke dekat mama dengan daddy yang menanggung dosa kamu buat sekarang ni " Reza Haikal pun memandang Prof Malik penuh kebencian namun belum sempat buka mulut Prof Malik perasan luka di bibir " Tu dah kenapa bibir terluka Kal kamu bergaduh ke " Prof Malik menarik nafas agar dapat mengawal kemarahan " Habis dah membebel daddy tak payah sibuk tanya pasal luka ni even Kal mati sekalipun ada daddy dengan mama ambil peduli pasal Kal sekarang ni Kal penat nak naik atas tidur " Reza Haikal berlalu pergi menuju ke bilik " REZA HAIKAL!!! daddy tak habis cakap lagi dengan kamu " berkali-kali Prof Malik panggil Reza Haikal segaja buat-buat tak dengar Prof Malik memegang dadanya terasa sakit namun ditahan pening dengan perangai Reza Haikal tak tahu bagaimana lagi hendak di tegur lagi dia tak mahu anaknya sesat akhlak bergaul rakan-rakan liar bergelumang dengan dosa. Reza Haikal masuk dalam bilik pintu dihempas kuat lalu dia pun rebahkan diri di katil " Orang tua ni nak sibuk pasal aku better kau mampus senang aman hidup aku " baru saja hendak lelap dengar ketukan pintu " Aduh nak apa lagi orang tua ni "terpaksa bangun Reza Haikal buka pintu ternyata mamanya " Mama nak apa tolong la bagi Kal rehat penat tau tak " Mamanya bersuara " Kal ada pekara mama nak cakap dengan Kal " Reza Haikal mengeluh kasar " Nak cakap apa lagi mama tadi daddy dah membebel sekarang mama pula nak membebel dekat Kal esok-esok je lah Kal penat nak tidur " namun mamanya merayu kepada Reza Haikal untuk berbicara sebentar terpaksa dia mengalah " You have 2 minit mama pekara apa mama nak cakap kan tu " mama Reza Haikal pun memulakan bicara " Sampai bila Kal nak macam ni tak kesian dekat mama dengan daddy ke berubah lah Kal jangan sampai perbuatan kamu buat meninggalkan kesan terhadap diri kamu hanya Kal seorang je anak mama dan daddy buang lah semua sifat dendam dan ego itu,,,,Kal mama dan daddy minta maaf selama kamu membesar kami jarang bersama kamu,,,apa yang mama dan daddy usaha ni untuk Kal juga masa depan Kal jadi mama berharap kamu berubah jadi manusia yang berguna " Reza Haikal pura-pura menguap " Dah habis ke sesi tazkirah mama tu dah lah Kal nak tidur pasal Kal tak payah nak risau pandailah Kal jaga diri selama ni pun Kal hidup keseorangan tanpa mama dan daddy,,,Goodnight" terus Reza Haikal tutup pintu hati seorang ibu mana tidak sedih melihat anak sedemikian rupa silap mama Reza Haikal dan Prof Malik sibuk dengam kerjaya masing-masing hingga tiada masa bersama anak mereka Reza Haikal menuju ke katil semula dan tidur keletihan.
HARI MINGGU ( 8 PAGI )
Semua family Shikin berada di meja makan termasuk lah Abang Riz dan Kak Lydia manakala Shikin pula berada di bilik berehat dia mengalami senggugut teruk dia hanya terbaring di katil selepas dia bersihkan diri dan menukar pakaian baru. Abang Riz memulakan perbualan di meja makan " Mak satgi ada orang nak mai rumah lagi beberapa minit dia sampai " Datin Aisyah bertanya siapa namun Abang Riz memberitahu orang yang nak datang tu rahsia giliran Datuk Said pula bertanya " Dia nak datang sini jumpa siapa " Abang Riz senyum dan menyatakan perkara sama orang itu rahsia. Sejam kemudian kedengaran loceng luar Abang Riz bangun nak melihat siapa lalu menekan butang membuka pintu pakar kereta Myvi hijau memasuki perkarangan rumah tersebut lalu memakir di tempat letak kereta Abang Riz pun keluar dan menyambut tetamu itu " Lambat sampai Abang ingat Afiq sesat jalan ke " pemilik kereta itu ternyata Afiq Zafran " Sorry bang Afiq singgah beli bunga dengan hadiah tu yang lambat tu " Abang Riz menjawab " Ohhh jom masuk semua orang ada dekat rumah " langkah Afiq Zafran terhenti sekejap tiba-tiba timbul perasaan gementar kakinya terasa berat " Bang tunggu kejap Afiq takut lah tiber rasa nervous " Abang Riz ketawa " Aikk masa kat Kelantan berani jumpa family Shikin ni sekarang ketaq kaki relax la be gentleman Afiq kamu tu kena biasakan diri datang selalu jumpa bakal mertua baru tak takut dah " Afiq Zafran menarik nafas dan menadah tangan " Bismillah permudahkan urusan ku Ya Allah,,,okay bang jom masuk " Abang Riz membawa Afiq Zafran masuk kedalam rumah " Assalammualaikum " semua di meja makan menjawab salam " Tudia ni ka Riz dok kata rahsia bakal menantu hampa berdua dah mai ni jemput duduk Zafran mai breakfast sekali nampak segak hari ni siap bawa bunga dengan coklat " atuk Shikin bukan main teruja lagi lihat Afiq Zafran bersalam dengan atuk Shikin dan Datuk Said sebelum duduk " Zafran makan dak lagi ni rasa kuih ketayap tok buat ni " Afiq Zafran berasa teruja melihat kuih itu kerana kuih tersebut kegemarannya " Sedap tok kalau tok nak tahu ni kuih favorite Zafran " nenek Shikin menjawab " Hmm ada geng la si Shikin tu suka sangat dengan kuih ketayap memang serasi la diorang berdua ni " giliran Datin Aisyah pula berbicara " Zafran duk lama sikit sini boleh makan tengahari bersama Shikin pun tak beberapa sihat kesian kat dia tak dak kawan Zafran temankan dia boleh makcik bagi chance nak kenal-kenal dengan Shikin " Datin Aisyah beri peluang kepada Afiq Zafran mengenali Shikin dia berkenan sungguh memang sesuai kalau buat menantu " Terima kasih makcik beri peluang dan kepercayaan kepada saya Insyallah saya akan jaga anak makcik sepenuh jiwa dan nyawa saya " Datuk Said menyuruh Datin Aisyah naik ke atas beritahu Shikin yang Zafran datang " Datin Aisyah mengangguk dan beredar dari meja makan. Datin Aisyah mengetuk pintu bilik 'masuk' Datin Aisyah memasuki bilik " Eh mak ada apa masuk bilik ni kalau suruh makan tak mahu lah tak lalu tekak ni asyik nak muntah je " Datin Aisyah menuju ke almari tudung diambil lalu memberi pada Shikin " Nah pakai tudung ni ada tetamu datang nak melawat kamu " Shikin berasa pelik waktu pagi macam ni ada tetamu " Siapa mak yang datang " Datin Aisyah hanya senyum dan keluar dari bilik Shikin pun menyarung tudung. Datin Aisyah turun terus menuju meja makan " Zafran mai ikut makcik,,,makcik tunjuk bilik Shikin " Afiq Zafran pun bangun mukanya berpeluh-peluh " Afiq gudluck naaa hihihi " Abang Riz ni suka mengusik Afiq Zafran sampai gementar Kak Lydia mencubit peha Abang Riz " Auchh sakit la sayang " " Awak ni jangan usik dia macam tu berpeluh-peluh dah budak tu,,, selamat berjuang memikat Shikin "Kak Lydia beri kata-kata semangat pada Afiq Zafran mereka pun berlalu pergi naik tingkat atas sampai saja bilik Shikin, Datin Aisyah meninggalkan Afiq Zafran di pintu bilik Shikin " Bismillah" Afiq Zafran mengetuk pintu " Masuk " dia pun memulas tombol salam diberi " Assalammualaikum " Shikin menjawab salam dengan gagap terbeliak biji mata memandang Afiq Zafran datang kerumahnya setahu Shikin yang hanya tahu rumahnya hanya Reza Haikal saja Afiq Zafran senyum berdiri tegak sambil memegang bunga dan kotak coklat di hadapan katil Shikin menutup muka kerana malu dan berbicara dalam hati " Aduhh handsome giler Zaf hari ni rasa segan pula nak pandang mesti gugur jantung ni kalau aku tengok dia,,,,,aduhhh hati bertabahlah " Afiq Zafran melihat gelagat Shikin tiba-tiba tutup muka " Nor Shikin awak okey ke tu kenapa tutup muka awak dah tak sudi ke tengok wajah saya ni,,,kalau begitu saya balik dulu lah " Afiq Zafran melangkah keluar baru setapak langkah Shikin bersuara " eehhh nanti jangan balik hisshhh dia ni main acah-acah merajuk saya tutup muka sebab malu muka saya ni scary pucat macam mayat tak cantik dah " Afiq Zafran mengambil kerusi di meja belajar dan duduk di sebelah kanan katil dan merenung Shikin "Siapa kata awak tak cantik dimata saya hanya nampak bidadari yang paling anggun dan comel seribu kali cantik dari perempuan lain,,,, ni saya ada beli bunga dengan coklat hope awak suka" Shikin tersipu malu lalu mengambil bunga dan coklat.
JUMAAT 6 NOV
Share this novel