Bab 3

Mystery & Detective Series 13437

FIRST DAY KELAS (8 PAGI)
" Shikin kau ok tak ni dalam kereta kau tidur sunyi aku bawa kereta sorang-sorang tak kan first day kelas dah layu macam ni semangat la sikit " Shikin pun menjawab " Entah la wei tak pernah aku rasa letih begini biasa aku tidur lewat bangun pagi okay je kau tau semalam aku mimpi buruk aku nampak hantu rupanya buruk seram " Tina pun berkata " Maybe kau tidur tak cuci kaki atau kau tak berdoa sebelum tidur tu yang datang benda-benda buruk " Shikin menggangguk ya maybe dia ada terlupa baca doa sebelum tidur. " Assalammualaikum selamat pagi student saya Sir Khairul Sufian lecture kamu dalam subjek keusahawanan selamat datang kepada pelajar baru yang berjaya menyambung pengajian anda di sini sebelum saya mulakan sesi pembelajaran saya ambil kehadiran" ""TOKTOK""" kedengaran pintu kelas diketuk seseorang masuk ke dalam kelas semua pelajar perempuan menjerit kecuali mereka berdua " Girl tolong senyap hormat lecture dalam kelas ni " Sir Khairul memarahi pelajar yang bising itu muka nampak garang terdiam terus " Saya kenalkan ni Reza Haikal student baru tukar ke uni sini sebelum ni dia study di Jepun oleh kerana bapanya dapat tawaran mengajar uni ini iaitu Prof Malik " yang lelaki seperti memandang sinis pada Reza Haikal manakala yang perempuan berbisik sesama sendiri Shikin dan Tina hanya mendengar saja " Hi guys korang boleh panggil saya Reza " Reza Haikal memandang Shikin dan memberi senyuman Shikin balas senyum hambar saja " Reza sila duduk pilih tempat kamu suka asalkan jangan dengan duduk bersebelahan perempuan karang ada yang kena sawan berbuih mulut " semua pelajar dalam kelas ketawa apa yang Sir Khairul kata Reza Haikal memilih barisan tempat duduk bawah dekat dengan Shikin kiranya belakang Reza Haikal barisan duduki oleh Shikin. Sir Khairul memulakan sesi pengajaran dalam kelas lampu ditutup hanya skrin layar saja yang bercahaya Shikin sedang fokus melihat slide di depan tiba-tiba mejanya diketuk perlahan oleh Reza Haikal dia memberi sekeping kertas note mini * Hai saya Reza Haikal saya nak berkawan dengan awak boleh * Shikin pun membalas dengan mengoyak separuh kertas dari buku catatan lalu menulis setelah selesai Shikin melipat kecil lalu campak tepat jatuh di meja Reza Haikal dan Shikin fokus balik ke arah skrin layar Reza Haikal membuka surat tersebut
*Anak buaya berjalan-jalan,
Sorry saya tak berminat nak berkenalan,
Makan roti sapu kaya,
Lambertt lagi nak jadi kawan saya,*
Reza Haikal tersenyum boleh tahan sombong juga Shikin ni tapi baginya tidak mengapa dia akan berusaha Reza Haikal menyimpan surat itu dalam begnya. Tepat jam 12 tengahari kelas Sir Khairul Sufian habis Tina dan Shikin keluar dari kelas mereka hendak ke kafeteria tinggal satu kelas saja untuk hari ini iaitu kelas komputer pukul 2 hingga 5 petang " Tina lepas makan aku nak pergi surau kau tunggu je lah dalam kelas cop tempat untuk aku " Tina menggangguk faham beberapa minit kemudian mereka sampai di kafeteria mereka membeli makanan di kedai nasi berlauk setelah siap makanan mereka bernasib baik ada tempat kosong penuh pelajar hari ini mereka pun duduk Shikin baru nak suap makanan dalam mulut ada yang beri salam " Assalammualaikum boleh tak saya nak duduk kat sini semua meja dah penuh " Shikin memandang orang yang beri salam itu ternyata Afiq Zafran " Walaikummusalam duduk la kami berdua je " Shikin melihat sekeliling memang tiada tempat Shikin pun bagi je lah Afiq Zafran duduk. " Hai saya Afiq Zafran panggil Zaf boleh Afiq pun boleh saya ambil course diploma pengajian Al-Quran dan Bahasa " dia memperkenalkan diri pada Tina " Hai saya Tina sebelah saya ni Nor Shikin kami ambil bidang perniagaan " Afiq Zafran rasa gembira dalam hati dapat tahu nama gadis yang dilanggarnya " Assalammualaikum Nor Shikin " Shikin menjawab salam akan tetapi tidak memandang Afiq Zafran matanya fokus pada nasi kerabu yang dibeli " Hmmm berapa kali nak bagi salam dah tahu kan nama saya so saya nak makan sekarang " Afiq Zafran tersenyum sambil makan mata Afiq Zafran asyik2 melihat Shikin,,,Tina memerhati gelagat Afiq Zafran hingga Shikin tak senang duduk " Zaf hello makanan kat depan awak bukan Shikin!!! " Tina memetik jari Afiq Zafran tersedar " Astagfirullahalazim maaf ye awak comel sangat bila makan maaf Nor Shikin buat awak tak selesa " Afiq Zafran rasa malu ditegur Tina "Haaa suka Shikin yee hahaha " Tina mengusik Afiq Zafran " Tinaaaa" Shikin mula buat wajah geram Tina hanya ketawa " Alaaa gurau je sorry beb". Tepat jam 1 petang mereka selesai makan " Tina aku gerak dulu pergi surau " Tina menggangguk faham Afiq Zafran bersuara " Nor Shikin nak ke surau ke jum kita pergi sekali kelas dekat tingkat 3 pukul 2 baru start kelas" Shikin menjawab " Okay kira sehaluan la ni kelas saya pun sama start pukul 2 juga n lagi satu jangan panggil nama panjang boleh tak panggil je Shikin kawan-kawan panggil macam tu " Afiq Zafran membalas " Jadi kalau saya panggil awak Shikin kira kita ni dah jadi kawan la " Shikin terdiam kalau ikutkan dia tak nak berkawan dengan lelaki seumur hidup dia tak pernah berkawan lelaki sebaya dengannya masa sekolah dulu kecuali Abang Riz lagipun Shikin fobia dengan peristiwa dulu lelaki yang pernah cuba ragut maruahnya dan dijadikan ritual pemujaan " Tengok la macamana nanti saya approve ke tak jadi kawan saya,,,,dah lah jum ke surau " Shikin dan Afiq Zafran pun gerak bersama ke surau manakala Tina menuju ke kelas komputer di tingkat 3. Sesudah sampai surau Afiq Zafran pesan kepada Shikin menunggunya " Shikin nanti dah habis solat tunggu Zaf boleh kita naik ke kelas sama-sama " Shikin hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. 10 minit kemudian Shikin selesai solat Zohor dia duduk di bangku yang dsediakan di surau menunggu Afiq Zafran beberapa minit menunggu Afiq Zafran pun keluar " Sorry lama tunggu " Shikin menjawab " Ehh mana ada lama lagipun awal lagi belum pukul 2 " Shikin melihat jam tangan baru pukul 1.30 petang Afiq Zafran pun mengambil kasut dekat rak melihat bangku yang diduduki Shikin kosong dia pun duduk sebelah Shikin namun tiba-tiba Shikin terkejut paha Afiq Zafran tersentuh sikit kena paha Shikin semasa hendak duduk Shikin pun bangun berdiri jauh sikit dari bangku tersebut Afiq Zafran kehairanan sikap Shikin " Ehhh Shikin duduk lah jangan takut Zaf tak makan orang pun " Shikin pun berkata " Takpa la dah rasa lenguh nak duduk " sengaja Shikin beralasan sebegitu sebenarnya Shikin sensetif dengan sentuhan perasaan takut tu akan timbul dia fobia yang pernah berlaku pada dirinya. Mereka berdua pun menuju lif yang tidak jauh dari surau mereka pun naik lif tersebut ke tingkat 3 tiada sebarang perbualan di dalam lif masing-masing diam membisu sesudah sampai mereka pun keluar Afiq Zafran menghantar Shikin sampai ke pintu bilik komputer " Okay dah sampai pun kelas Shikin belajar rajin-rajin jangan nakal dalam kelas " Shikin reaksi pelik bila masa aku nakal aku dalam kelas budak baik okay bicara sendiri dalam hati Afiq Zafran membuka pintu untuk Shikin " Thanks" Afiq Zafran pun berlalu pergi dengan perasaan happy malu pun ada juga apa la yang dia merapu tadi. Sepanjang di uni ini Afiq Zafran tak pernah dia bertegur sapa dengan mana-mana perempuan Shikin la gadis pertama dikenali ikut kan sikap Afiq Zafran ni pemalu orang entah kenapa gerak hatinya ingin berkenalan dengan Shikin malah rasa berdebar-debar bila dekat dengan Shikin di sekolah menengah dulu tiada sesiapa mahu berkawan dengannya mereka mengejek rupa dia penuh jerawat,gemuk, kulit gelap namun semua tu dia tidak peduli dengan sokongan keluarga dia berubah dengan berusaha bersungguh-sungguh malah dia telah buktikan kejayaan dalam SPM mendapat markah cemerlang sejak masuk uni Afiq Zafran jadi perhatian kalangan student perempuan yang ingin berkawan dengannya dia bersyukur kurniaan ilahi perubahan pada dirinya namun begitu Afiq Zafran juga dikurniakan kelebihan lain dan ia rahsia paling besar baginya. " Wuuu berdating ke siap tolong buka pintu lagi hehehehe " Tina nampak apa berlaku antara Shikin dengan Afiq Zafran " Aippp hang jangan nak memandai cheq oii aku dengan dia takda apa nah "Shikin mood geram Tina ketawa halus " Tudiaaa dah keluaq bahasa utara dia " Tina dah boleh agak kalau Shikin ni datang emosi marah ke geram atau benda yang tak suka mula speaking Kedah semasa mereka berbual kosong akan tetapi ada yang menyampuk " Hai girl boleh join sekali borak pasal apa " Reza Haikal menegur mereka berdua Shikin menjawab " Apa hai hai ingat negara Jepun ke,,, orang islam kan tak reti nak bagi salam " Reza Haikal terkedu kejap Shikin berkata begitu manakala Tina balas hai dari Reza Haikal " Hai nama saya Tina ni bff saya Nor Shikin nice to meet you " Shikin hairan tengok Tina ni dah kena gedik semacam " Oii oiii dah kenapa kau ni Tina kau sentuh ulat bulu ke jadi macam ni betul la kata Sir Khairul kau ni dah ada tanda-tanda nak kena sawan berbuih mulut " Shikin beralih memandang Reza Haikal " Dah tahu nama saya kan jadi sila lah balik ke tempat duduk awak atau nak saya bentangkan karpet merah " Reza Haikal ketawa dengar Shikin berkata begitu "Aikk aku buat kelakar ke aku serius ni " bisik dalam hati Shikin " Okay fine saya balik ke tempat duduk saya pun dah tahu nama awak hope we can be friend dan saya suka gadis kuat bebel macam awak nampak comel jumpa lagi si manis Nor Shikin bye Tina " Reza Haikal pun pergi ingatkan duduk jauh rupanya tempat di sebelah kiri Shikin geram rasa hendak hempuk dengan buku catatannya namun ketika Shikin hendak bangun Tina menahannya " Sabar la cik shikin oii dia gurau je tu jangan serius sangat dah jangan marah nanti jatuh cinta pula " Shikin mengucap agar hatinya cool down.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience