BAB 26

Mystery & Detective Series 13441

RUMAH FARIS DAN HIFZA ( MALAM )

Jam menunjukkan 1 pagi Shikin terjaga dari tidurnya " Aduii time ni lah tekak rasa dahaga saja tak nak bagi aku tidur " Shikin bangun dari katil lalu menuju ke pintu dia pun membuka dan memandang kiri dan kanan takut ada sesiapa terjaga. Shikin pun keluar dan turun menuju ke dapur. Dia melihat lampu dapur terbuka Shikin hala ke arah peti sejuk lalu membukanya " Wauuu ni peti ais ke banyak betul minuman macam dekat peti kedai hmmm nak mana satu ye ??? " Shikin mengomel seorang diri sambil memilih minuman namun dia tidak sedar ada seseorang berdiri di belakangnya " Jus apple lah nyum nyum " seorang yang berada belakang Shikin tak dapat menahan ketawanya Shikin yang mendengar suara lalu menoleh ke belakang " Arrrghhhhh " Adam Zariel cepat-cepat menekup mulut Shikin " Shuuuu jangan jerit nanti orang dalam rumah terjaga karang " Shikin menangguk Adam Zariel melepaskan tangannya yang menutup mulut Shikin " Kau tu buat aku terkejut tau tak mana tak nya aku menjerit " Adam Zariel mengerut dahi " Aikkk marah ke??? " Shikin menjawab " Tak lah tengah happy sekarang ni hahaha,,,,dah lah ketepi nak lalu " Adam Zariel terfikir sesuatu nak mengusik Shikin " Lalu lah tak halang pun " Shikin bergerak ke arah kanan namun dihalang Adam Zariel apabila Shikin ke kiri Adam Zariel pun ke kiri. Shikin berkali-kali lqkukan benda yang sama " Iiiisshhh kau ni nak bagi aku lalu ke tak " Adam Zariel tersenyum sengih suka melihat Shikin marah sebegitu " Lalu lah saya tak halang pun saya nak ambil air kat peti ais ni jugak awak yang halang saya atau awak sengaja nak kita berdua stay dapur ni lama-lama " Shikin menjawab " Takde masa aku nak bergurau dengan kau and lagi satu aku ni dah ada boyfriend dia 10 kali ganda handsome dari kau so jangan bermimpi lah ye nak dekat aku " senyuman Adam Zariel tadi bertukar serius dan merenung tajam ke arah Shikin lalu dia perlahan-lahan rapat ke arah Shikin manakala Shikin pula reaksi wajah berubah dan cuba undur diri dari Adam Zariel " Kau apahal ni pandang aku macam tu kau jangan nanti aku jerit " Adam Zariel mendekat dan mendekat wajahnya hingga tubuh Shikin melekat di peti ais kedua tangan Adam Zariel memegang bahu Shikin lalu mendekatkan wajah yang jarak dekat. Mata mereka berdua bertemu "kau pasti kau tak akan jatuh cinta dengan aku jangan ingat aku tak tahu sepanjang kita meeting pagi tadi dan dalam kereta mata kau tak berkedip tengok aku kan,,,,jangan ingat aku buat-buat diam aku tak perasan tindakan kau tu " Shikin menjawab " Sssuka hhati aku lah mata aku bebas nak tengok apa-apa pun kau tu yang perasaan " Adam Zariel senyum sinis " Kau yakin,,,aku akan pastikan kau akan jatuh cinta dengan aku suatu hari nanti dah pada hari itu aku akan bagi kau hukuman yang tak akan kau lupa seumur hidup kau " Shikin menepis kedua tangan Adam Zariel " Cubalah kalau kau berani ambil hati aku dah ketepi aku dah mengantuk nak tidur ". Adam Zariel hanya mampu melihat Shikin berlalu pergi.

KEESOKKAN PAGI RUMAH REZA HAIKAL

" Good morning mummy,,,good morning daddy " Prof Malik dan Puan Sabariah menyahut " Good morning Kal,,,,mari breakfast sekali mummy buat spesial hari ni nasi lemak sambal paru " kata Puan Sabariah kepada anaknya " Takpelah mummy Kal dah lambat ni nak ke office ada meeting " Prof Malik bersuara " pergi meeting ka nak jumpa Syikin " Reza Haikal senyum sengih " nak jumpa pun breakfast lah dulu penat mummy masak lagipun ada perkara penting nak bincang dengan kamu,,,meh duduk " Reza Haikal akur dengan arahan Prof Malik dia pun duduk di meja makan. Puan Sabariah mengambil pinggan dan mencedok nasi lemak untuknya. Reza Haikal pun makan sambil berkata " Ada apa daddy nak bincang dengan Kal ni " Prof Malik bersuara " Kamu bila nak masuk meminang Shikin tu tak elok usung anak dara hulu ke hilir takde ikatan sah,,,kalau kamu betul-betul sayang kan Shikin daddy boleh hantar rombongan,,,,sampai bila Kal kamu dengan Shikin macam ni malu daddy dengan mummy orang dok mengata Kal " Reza Haikal berhenti makan dan berkata " Bukan Kal tak nak kahwin dengan Shikin tapi belum tiba masa nya lagi tunggu lah Kal cukup duit kumpul nak masuk meminang ingat senang ke nak kahwin anak jutawan " Puan Sabariah berkata " Kenapa Kal cakap macam tu kalau Kal tak cukup duit mummy dengan daddy boleh sponser lagipun mummy tengok Shikin bukan nya jenis mementingkan harta dan kemewahan " Reza Haikal cuba menahan kemarahannya " Ye mummy itu Kal tahu cuma Kal dah kata belum tiba masanya lagi kalau Kal dah bersedia Kal bagitahu,,,dah lah mummy Kal kenyang Kal nak gerak pergi office " Reza Haikal bangun dari tempat duduknya " Nanti dulu Kal,,,mummy ada bekal untuk Shikin nanti makan tengahari sama-sama ya " Reza Haikal mengambil bekal tersebut dari Puan Sabariah tanpa memandang dan terus berlalu pergi " Tengok lah anak kesayangan awak tu susah betul nak bawa bincang kita ni nak bagi dia kahwin nak elakkan fitnah orang,,,saya rasa serba salah pula kat Said bawa anak dia duk usung sana sini kalau diorang kahwin lega lah hati saya takde orang nak mengata " Puan Sabariah menjawab " tak tahu lah saya bang,,,saya ni dah tahap berbuih mulut cakap benda yang sama dekat Kal tapi jawapan yang dia bagi tu juga ' belum tiba masanya lah itu lah ini lah ' saya berkenan sangat Shikin tu cepat-cepat jadi menantu kita " Prof Malik berdiam sahaja dan menikmati sarapan.

RUMAH FARIS DAN HIFZA ( PAGI )

Setelah Shikin selesai mandi Shikin bersiap memakai baju kurung baru pemberian Hifza " Cantiknya baju kurung ni warna biru favorite aku ni ". Setelah 20 minit kemudian Shikin bersiap dan berdandan dia pun keluar dari bilik menuju ke ruang makan. Sesudah berada di meja makan mata Shikin tertumpu satu hidangan " wahh kuih ketayap " tanpa membuang masa Shikin duduk di meja makan tanpa menanti Datuk Said serta keluarga Faris dia pun mengambil kuih tersebut. Satu gigitan kuih tersebut Shikin merasakan sesuatu gambaran yang terlintas di fikiran " Sedapnya kuih awak buat ni Zaf ",,,," Nanti dah kahwin Shikin minta je kat Zafran ni,,,,iiishhh kau ni Aiman " Shikin berasa dirinya hilang keseimbangan dan menyentuh dahinya " Ayaahhh!!!! " Shikin tak mampu menahan kesakitan lalu dia pun pengsan. 15minit kemudian Shikin membuka perlahan-lahan matanya dia kini terbaring di sofa dikelilingi keluarga Faris termasuklah Adam Zariel dan Datuk Said melihat keadaannya. Shikin pun bangun dan berposisi duduk. Datuk Said bertanya " Kamu ok ke tidak ni " Shikin menjawab " Tak tahu lah ayah kepala ni rasa pening sangat lepas tu Shikin dengar suara2 lelaki ketawa dan sebut nama Zaf ". Mereka semua terkejut apa yang dikatakan Shikin. " Khayalan kamu tu lagipun kamu tu mana nak pernah rehat asyik sibuk kerja sana sini " kata Datuk Said lalu Shikin pun menjawab " Hmmm yelah big boss pun kedekut nak bagi cuti " Datuk Said ketawa " Aikkk perli ayah ke ni,,,oklah nanti ayah bagi cuti dah2 jom makan,,,Faris,,,Adam jom sarapan " Adam Zariel melihat Shikin hendak bangun dari sofa " boleh bangun tak ni nak saya pimpin ke meja makan " Shikin menjawab " Tak payah aku boleh berjalan sendiri ke meja " Shikin pun bangun berjalan perlahan-lahan ke meja makan. Setelah selesai bersarapan Datuk Said dan Faris berborak di ruang tamu manakala Shikin pula duduk di halaman luar di pangkin sambil bermain whatsapps dengan Reza.

REZA : Morning baby boo manja kesayangan bila nak masuk office ni Biy rindu tau tak,,,,Mummy ada buat

nasi lemak untuk baby tak syok makan sorang2 balik lahhh

SHIKIN : Biy sabar tau baby dah cakap dengan ayah bila nak gerak ke office tapi dok kata nanti,,,nanti,,,baby

pun rindu juga rasa nak peluk erat2 tak nak lepas...Biy tunggu dekat bilik meeting tau tingkat 3 tu

REZA : Ok babe sayang biy tunggu tapi....hmmmm peluk je ke kut lah nak lebih dari peluk Biy boleh bagi

SHIKIN : Issshhh gatal Biy ni

REZA : Malam ni nak keluar tak kita pergi tempat istimewa just kita dua je

SHIKIN : Nakkkk,,,,kita nak kemana???

REZA : Adalah rahsia malam ni baby pakai cantik2 lawa2 nanti Biy pick up baby

SHIKIN : Ok sayang bye love you

REZA : Love you muchhhh more

Adam Zariel memerhati Shikin dari luar dia tahu Shikin sedang contact bersama Reza " Sabar wahai hati dan jiwa masanya akan tiba nanti kebahagian akan berpihak pada kau,,,,kuatkan iman ku Ya Allah hadapi semua dugaan ujian dari mu ". Pukul 11 pagi mereka berangkat pulang ke KL. Datuk Said dan Syikin singgah di office terlebih dahulu untuk selesai kan hal di pejabat manakala Adam Zariel pulang ke kondo di Petaling Jaya untuk berehat. Shikin meminta izin ayahnya untuk berjumpa dengan Reza Haikal memandangkan dia sudah menunggu di bilik meeting berada di tingkat 3 " Ayahh~ " Datuk Said menjawab " Haa nak apa duk buat suara manja ada lah tu nak menular " Shikin tersenyum sengih " Nak pergi tingkat 3 boleh Reza tunggu Shikin kat sana,,,,boleh lah ayahhh~" . Datuk Said berkata " Pergi jumpa sekejap je lepas tu mai balik sini kita nak gerak balik rumah mak dekat sana risau kita tak balik satgi ayah kena kuntau dengan mentarang guru " Shikin tersenyum gembira ayahnya memberi keizinan. Dengan perasaan tidak sabar Shikin segera ke arah lift. Setelah sampai tingkat 3 Shikin masuk bilik tersebut namun hatinya hampa Reza Haikal tiada di situ namun apabila Shikin menoleh ke belakang dia terkejut " Suprisezzzz " Shikin terkedu seketika terlihat boquet bunga yang cantik menutupi wajah Reza Haikal " Sayang suka tak " Shikin berkata " Of Coz lah suka sekali dengan tuan punya badan " Reza Haikal mendekati Shikin lalu mendepakan kedua tangannya " Sayang,,,,Biy nak hug " Shikin menolak lembut " Isshhh mana boleh ni kan office kalau ayah nampak habislah kena sembelih malam nanti kan kita nak keluar,,,,hmmm kita nak ke mana malam ni " Reza Haikal menjawab " Adalah tempat spesial Biy nak bawa,,,,jom makan mummy ada buat nasi lemak untuk Sayang nanti suap Biy boleh " Shikin tersenyum sipu " Iisshh mengadanya nak bermanja macam sebulan pulak kita tak berjumpa,,,,jom makan ". Reza Haikal pun mengeluarkan bekal tersebut dan makan bersama-sama.

maaf atas kelewatan post chapter yg baru

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience