HARI MINGGU
RUANG SOLAT ( 6.00PAGI )
Semua ahli keluarga sudah berkumpul kecuali Shikin, Intan dan Aqila masih lagi belum muncul yang lain sedang menanti solat subuh diimamkan oleh Afiq Zafran beberapa minit kemudian mereka pun muncul " Maaf semua kami lambat " kata Shikin semua ahli keluarga memandang Shikin " Cantik telekung mana dapat ni " Datin Aisyah bertanya tentang telekung yang dipakai Shikin belum sempat nak berkata Aqila tolong jawabkan " Hadiah dari Zafran makcik hehehehe " Shikin menunduk malu tiber rasa segan dia jadi tumpuan mata-mata ahli keluarganya terutama malu pada Afiq Zafran mesti tengah tengok Shikin sekarang Abang Riz bersuara " Pandai betul tuan punya badan pilih " Abang Riz sengaja hendak mengusik Afiq Zafran " Okay semua nanti kita sambung sembang kemudian Afiq dah boleh mula iqamat azan " Afiq Zafran pun bangun menghadap ke hadapan dia tersenyum sendiri dalam hatinya berkata " Alhamdulillah terima kasih Ya Allah ". Sesudah selesai menunaikan solat subuh para lelaki mengemas ruang solat manakala yang perempuan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi " Mak nak naik atas kejap tukar baju nanti Shikin turun tolong kat dapur,,,Qila,,,Intan nanti kejut Tina bangun breakfast sekali " mereka berdua mengangguk Datin Aisyah berkata okey saja Shikin pun menuju ke biliknya yang tak jauh dari ruang solat dia menanggalkan telekung dan lipat dengan kemas dia memakai baju t shirt lengan panjang berwarna biru dan berseluar slack hitam dan tudung kelabu setelah itu dia menuju ke arah meja solek dia memakai pelembab pemerah bibir dan minyak wangi disembur sedikit wajahnya letak sedikit bedak setelah selesai dia keluar dari bilik dan turun menuju ke dapur yang lelaki ada di ruang tamu sedang berborak nenek Shikin menegur penampilan Shikin lain hari ni" Amboi wanginya lain macam ja cucu tok selalu dok rumah takda macam ni Chah tengok anak hang " Datin Aisyah yang sedang sibuk menggaul nasi goreng dalam kuali terhenti dan memandang anaknya " Aihhh lain macam ja hari ni mak tengok selalu tak macam ni kat rumah mulut tu merah muka tu berbedak " Aqila, Tina dan Intan sedang lap pinggan memandang ke arah Shikin " Habis lah makcik tak lama dah tu nak dapat menantu baru " Aqila sengaja hendak mengusik Shikin yang lain pun turut ketawa " Alah sekali sekala nak berhias diri tu tengok Kak Lydia selalu tengok pakai lipstik pakai foundation bagai mesti nak nampak cantik tu yang Abang Riz suka " Kak Lydia ketawa " Amboiiii pandai dia cari alasan ye akak pakai sebab akak kan kerja luar kalau tak pakai karang macam zombie penjenayah pun takut " sementara orang perempuan sibuk di dapur yang lelaki sedang berborak di ruang tamu ada atuk Shikin, Datuk Said , Abang Riz dan Afiq Zafran mereka berborak tentang hal-hal lelaki Abang Riz memandang Afiq Zafran seperti hendak memulakan sesuatu perkara " Ayah,,,Tokwan ada perkara yang hendak disampaikan tentang hajat seseorang ni " Datuk Said bertanya " Hajat siapa tu Riz " atuk Shikin sedia untuk mendengar Abang Riz menepuk paha Afiq Zafran dan dia menarik nafas " Sebenarnya pakcik saya nak masuk meminang anak pakcik saya nak jadikan Shikin isteri saya yang sah saya minta maaf kalau cara saya apa yang saya bicara ni buat pakcik dengan tokwan terasa hati jujur saya ikhlas mencintai anak pakcik saya berjanji akan menjaga Shikin hingga hujung nyawa saya " Datuk Said tersentuh dengan kata-kata Afiq Zafran itu namun dia tidak akan menunjukkan reaksi itu serta-merta Datuk Said acah-acah serius " Pakcik boleh bagi kamu kahwin dengan anak pakcik tapi ada syaratnya kamu sanggup ikut syarat-syarat yang pakcik bagi nanti " Afiq Zafran " Insyaallah pakcik saya sanggup ikut apa saja syarat-syarat pakcik" Datuk Said memandang atuk Shikin " Macamana Abah??" Atuk Shikin menjawab " Terpulang pada kamu Said,,,,Abah on ja " Datuk Said kembali memandang Afiq Zafran " Macam ni Afiq pakcik terus terang sebenarnya pakcik suka kamu jadi menantu pakcik tapi untuk masa sekarang pakcik nak Shikin biar fokus dulu terhadap pelajaran lagipun usia kamu dengan dia muda lagi tapi seandainya tuan punya badan setuju terima kamu sebagai suami pakcik tak akan halang pakcik restu hubungan kamu berdua untuk kahwin pakcik percaya pada kamu boleh menjaga dan membimbing Shikin sebab kamu tak macam pemuda-pemuda dekat luar sana hanya tahu seronok saja sebagai ibu bapa mesti risau apatah lagi anak perempuan harap Afiq faham ye apa-apa pun kamu berbincang dulu dengan tuan punya badan,,,,ni Shikin tahu tak tentang perkara ini ?? " Afiq Zafran menjawab " Shikin tak tahu sebab saya ingat nak suprise untuk dia insyaallah secepat mungkin saya beritahu saya sebenarnya tak lama lagi akan sambung belajar di Jeddah tapi tak pasti saya dapat ke tidak sebab itu saya dah plan saya nak ada ikatan sah dengan Shikin " Atuk Shikin membalas " kalau tokwan setuju ja Afiq kahwin dengan Shikin nak nikah malam ni pun boleh tokwan call tok kadi hahahaha " Abang Riz membalas " Amboi tokwan laju sungguh naa tapi apa yang ayah cakap tu betul la tu lagipun adik muda lagi biaq pi habis belajaq dulu,,,hang Afiq jaga tau adik kesayangan Abang Riz tu abang yakin kamu boleh jaga Shikin dengan baik " Afiq Zafran menarik nafas lega " Terima kasih banyak pakcik dengan tokwan beri kepercayaan kepada saya untuk bersama dengan Shikin saya janji tak akan sia-sia kan Shikin saya sanggup gadaikan nyawa saya walau apa saja yang terjadi " Atuk Shikin berkata pada Afiq Zafran " Tokwan doakan hangpa berdua temui kebahagiaan bersama hingga ke jinjang pelamin tokwan yakin hang calon yang terbaik untuk Shikin dan tokwan doakan hang dan kawan hang dapat sambung belajaq kat Jeddah sana bukan senang dapat tawaran sebegitu " Afiq Zafran menjawab " Terima kasih tokwan insyallah mudah-mudahan dapat Afiq dah lama simpan impian nak sambung belajar dekat sana ". Beberapa minit kemudian kedengaran Datin Aisyah " Abanngg!!! makanan dah siap mai meja makan ni " Datuk Said membalas sahutan Datin Aisyah " Yaa baiklah!!! Jom Abah,,,,Riz,,,Afiq sarapan " mereka berempat pun bangun menuju ke meja makan " Wahhh special betul masakan hang Chah hari ni lain macam " Atuk Shikin memuji hidangan sarapan pagi berbeza ada nasi lemak hijau bersama rendang daging kebiasanya kalau dirumah masak simple sahaja " Hari ni kita breakfast special kan ada tetamu,,,,Abah dengan yang lain duduk dulu nak ambil pinggan dengan minuman sat " Datin Aisyah beredar dari meja makan dan menuju ke dapur " Shikin bawa jag air bandung kat depan Qila kamu bawa teko air tea Intan kamu bawa air kopi Tina angkat beberapa cawan dengan gelas " semua angguk faham dah macam komando askar Datin Aisyah ni " Mak pi duduk dekat Abah pinggan dengan sudu garfu tu biaq Chah dengan Lydia angkat bawa depan " nenek Shikin pun meninggalkan dapur Shikin pula mengikuti nenek berserta yang lain membawa minuman dan alatan makanan " Amboiii dah macam kawat pembarisan bawa ayaq " Atuk Shikin melihat mereka membawa air-air tersebut " Shikin duk sebelah kanan Abang Riz,,,,Sayangku Lydia duduk disebelah kiri " Shikin merenung tajam ke arah Abang Riz tanda protes tak mahu kerana dia malu ada Afiq Zafran nak duduk dengan Tina tak boleh Aqila dan Intan dah cop tempat duduk awal-awal sengaja diorang ni nak kenakan Shikin so terpaksa lah duduk sesudah mengambil tempat mereka membaca doa makan dan mereka semua menjamu selera"Afiq jangan malu-malu segan makan banyak tau ni makcik dengan tok masak special " Afiq Zafran berterima kasih dan senyum dia gembira layanan diberikan " Shikin senyap je tak nak sembang dengan orang sebelah ke '' Shikin mencubit peha Abang Riz " Okay-okay ampun sakit woo " yang lain semua ketawa melihat gelagat mereka "Afiq nak air apa makcik tuangkan " Afiq Zafran menjawab "Saya nak air bandung" Shikin tersedak habis makanan dalam mulut terkeluar dalam banyak-banyak air minuman dipilihnya air bandung dia risau air dia buat tak sedap jarang dia masuk dapur nak bancuh air bagai ni " Tulah makan gelojoh makan perlahan-lahan " Abang Riz memberi air minum pada Shikin " Awak dah okay ke " Shikin mengangguk okey.
RUMAH AGAM FAHRIN
" Bahagia sungguh kau sekarang Shikin tak mengapa kau gembira sepuasnya dengan family kau dan jantan tu tapi bila masa itu tiba aku akan buat kau merana sampai kau tunduk bawah kaki aku dan aku akan buat kau serahkan tubuh suci kau pada aku,,,,,Madi telefon Kal datang ke sini ada sesuatu yang aku perlukan dari dia dan sediakan air mandian aku " Madi turuti permintaan Cikgu Fahrin dia berada di dalam bilik pemujaan dia melihat Shikin melalui bayangan didalam tempayan salah satu ilmu yang dituntut arwah ibunya dulu.
Sambungan di chapter lain harap pembaca sabar menanti,,,,,, ??????????
Share this novel