BAB 24

Mystery & Detective Series 13441

" Huargghh mengantuknya tapi rasa lapar pula tengok drama korea ni kalau dapat layan ramen pedas sodap ni " Shikin mengambil telefon bimbit dan melihat jam " Aiigoo patutlah lapar dah pukul 11 malam rupanya acah-acah diet aku ni,,,,tu lah sapa suruh tak nak makan malam tadi mak yang masak kut,,,,hmmm yang aku ni dah membebel sorang-sorang dah kenapa " Shikin pun bangun menuju ke pintu keluar dan masuk kedalam ruang dapur yang mempunyai slide door " Nasib lampu dapur still menyala kalau tak jangan harap aku jejak kaki mau berlanggar kabinet dapur. Shikin membuka peti ais dia mengambil sosej mini serta keju lalu dia membuka kabinet atas dia mengambil ramen dan setelah itu dia mengambil air panas untuk di tuang ke dalam mangkuk ramen. Sesudah siap mee ramen kembang Shikin buang air tersebut lalu meletakkan pes ramen serta sosej kecil dan keju lalu di masukkan dalam microwave. Sementara menunggu ramen masak Shikin mengambil mug didalam kabinet tengah untuk mengisi air susu strawberry akan tetapi apabila dia menoleh ke belakang Shikin menjerit dengan kuat mug yang dipegangnya jatuh ke lantai dan pecah " Arrghhh pencuri!!!! Ayah!!!! " lelaki itu cuba hendak menenangkan Shikin " Shuushh awak jangan jerit macam ni saya bukan pencuri " akan tetapi lelaki secara refleks menoleh arah lain setelah melihat Shikin " Astagfirullahalazim ampuni dosa mata ku ". Datuk Said yang berada di bilik terkejut kedengaran Shikin menjerit lalu keluar dari bilik dengan kalut begitu juga Datin Aisyah. Mereka menuju ke dapur melihat Shikin bersama lelaki tersebut " Kenapa ni dok jerit macam tu,,,,ni kenapa lantai ada mug pecah " tanya Datin Aisyah menuju ke arah Shikin berhati-hati takut terpijak serpihan " Mak lelaki tu siapa dia " Datuk Said menjawab " Ohh dia ni tetamu kita ayah suruh dia stay sini,,,kamu tu buat apa malam-malam macam ni esok kan kita kena gerak awal pagi pergi meeting kamu layan drama korea lagi ye aisshhh ayah dah pesan tidur awal nanti kamu yang kena presentation projek syarikat " Shikin tersenyum sengih " Shikin lapar lah ayah hehehehe teringin nak makan ramen,,,Ayah lelaki ni bisu ke dari tadi dok kaku je " Datuk Said melihat lelaki itu tercenggang berdiri macam patung tidak melihat Shikin di belakangnya " Kamu dah kenapa " lelaki tu berbisik pada Datuk Said " Baju " Datuk Said melihat Shikin memakai baju tidur satin singlet dengan cardigan satin terbuka berseluar panjang " Astagfirullahalazim kamu dah kenapa pakai baju tidur macam tu mana lelaki ni tak kaku kejung,,,dah-dah pergi masuk bilik kaca-kaca ni biar ayah yang bersihkan " Shikin menjawab " Shikin punya ramen tu tak ambil lagi dah masak " Datuk Said membalas " Tu biar dulu kamu tu masuk bilik tukar baju elok sikit kita sekarang dah ada tetamu " Shikin pun meninggalkan dapur dengan mulut muncung tanda merajuk dia berjalan ke arah bilik. Datuk Said menyuruh Datin Aisyah tidur kerana risau isterinya terkena serpihan Datin Aisyah pun naik pergi ke arah bilik " Biar saya bantu " lelaki itu ingin membantu Datuk Said " Tak mengapa,,,kamu pergi ambil dulang lepas tu letak makanan yang Shikin buat tu dengan cawan nanti isi air susu strawaberry kamu pergi hantar dekat bilik Shikin " lelaki itu terkejut " Boleh ke ni risau saya " Datuk Said berkata " Kamu nak takut apanya lagipun kamu tu bukan orang asing,,,dah siap bawa pergi bilik garaj tu " lelaki itu menurut saja arahan Datuk Said.

BILIK GARAJ
" Aaaa laparnya,,,,yang ayah ni pun satu apa salahnya bagi makanan tu dulu " sedang Shikin mengeluh seketika kerana kelaparan dia mendengar suara ketukan pintu Shikin pun bangun dan memakai baju hoodie menutup baju tidurnya yang terdedah. Shikin membuka pintu " Nak apa datang bilik saya ni " lelaki itu membelakangi Shikin " Saya nak hantar makanan awak ni,,,,awak mesti lapar " Shikin melihat lelaki tersebut berbicara tidak menghadap dirinya " Nak cakap pun hadap muka saya ni " lelaki itu membalas " Saya menjaga mata takut awak tak tukar baju tadi " Shikin makin hairan tingkah laku lelaki dihadapannya " Saya dah tukar baju cepatlah bagi saya makanan tu " lelaki itu menoleh dan menghulurkan dulang tersebut Shikin pun tanpa buang masa terus mengambil dulang dan terus masuk ke dalam bilik tanpa melihat wajah lelaki itu dan mengucapkan terima kasih. Lelaki itu terpinga-pinga sikap Shikin " Lapar sangat gayanya tu " lelaki itu tersenyum sendiri lalu menyuarakan suara sedikit kuat " Lepas makan tu tidur awal nanti awak lambat bangun pula pergi kerja " Shikin yang berada dalam bilik menjawab " Iye iye dah-dah pergi jangan ganggu " Lelaki itu merenung dengan wajah sayu pintu bilik garaj tersebut " Awak dah banyak berubah sekarang saya rindu awak yang dulu,,,,selamat malam bidadariku " lelaki itu pun berlalu pergi.

PAGI
Kedengaran alarm berbunyi menunjukkan pukul 7 pagi Shikin segera bangun dan membersihkan diri sementara yang lain Datin Aisyah menyiapkan sarapan bersama lelaki tersebut membantunya di dapur " banyak lagi ke kuih yang kamu buat tu " lelaki itu menjawab " Sikit lagi mak lagipun nak bawa prepare bekal sekali nanti kan saya ikut pergi ke Kelantan " Datin Aisyah membalas " Kalau macam tu mak prepare bekal lah nanti lapar boleh makan dalam kereta " lelaki itu mengangguk senyum " terima kasih mak ". Sedang Datin Aisyah berborak dengan lelaki itu Datuk Said yang sudah berpakaian pejabat duduk di meja makan " Ayang,,,Shikin tak bangun lagi ke pukul 10 dah nak kena ada sana,,,,Ayang pergi kejut dia " Datin Aisyah menurut arahan dan menuju bilik garaj. Shikin selesai memakai baju dia duduk di cermin memakai make up 'TOK TOK' Shikin mendengar ketukan pintu lalu dia bangun membuka pintu tersebut " Ehh mak " Datin Aisyah bicara " Kamu dah siap belum ayah dah tunggu dekat meja makan " Shikin menjawab " baru nak pakai make up " Datin Aisyah membalas " Kamu pakai macam ni je " Shikin kehairanan pertanyaan Datin Aisyah " Pakaian macam biasalah ada yang tak kena ke " Datin Aisyah menjawab " Kamu tak pakai tudung " Shikin mengeluh dah beribu kali tanya benda yang sama " Mak ni dah kenapa asyik tanya benda yang sama Shikin dah cakap sampai masa nanti pakai lah,,,,Shikin tak nak bertekak pagi-pagi ni lagipun kenapa hari ni suruh pakai tudung Shikin pergi mana-mana tak pakai pun tak cakap apa-apa pun ke sebab ada tetamu tu suruh Shikin pakai tudung " Datin Aisyah menjawab " Hmm terpulang pada kamu lah bersiap cepat " Datin Aisyah pun keluar dari bilik Shikin " Merajuk lah tu tak habis-habis cakap benda yang sama " Shikin pun kembali ke meja makeup. Datin Aisyah berjalan ke meja makan dengan wajah kesal Datuk Said perhati kelakuan isterinya " Dah kenapa pagi-pagi muka masam macam tu " Datin Aisyah menjawab " Anak kesayangan Abang tu lah Ayang tegur je yang dia tak pakai tudung,,,,Bang sampai bila dia nak macam tu saya nak anak saya yang dulu " Datuk Said mengeluh berat dan memujuk isterinya " Ayang sabarlah sampai suatu saat dia akan kembali normal untuk masa sekarang kita kena ikut amanah bakal menantu kita,,,Ayang sabar ye ". Setelah siap sepenuhnya dan rapi Shikin mengambil dokumen serta laptop untuk dia melakukan presentation Shikin pun keluar dari bilik dan menuju ke meja makan " Good morning " terlihat Kak Lydia bersama anak-anaknya sudah berada di meja makan. Shikin pun duduk dimeja makan bersebelahan Lia " morning makngah " Shikin menjawab sambil mengguli pipi Lia " Morning baby gebu-gebu kiss sikit " Lia pun menurut arahan mecium pipi Shikin " Adi tak nak kiss makngah " Adi menunjukkan aksi kegelian Shikin pun ketawa. Datuk Said berbicara " Makan cepat Shikin kejap lagi kita nak bertolak " Shikin mengangguk dan melihat meja makan penuh dengan hidangan pagi akan tetapi matanya tertumpu satu kuih kegemarannya " Wahhh ada kuih ketayap sapa beli ni " Shikin melihat setiap sorang dari mereka namun semuanya mengeleng tidak Datuk Said pun berkata " Ada orang yang masak kejap ayah pergi panggil " Datuk Said pun bangun menuju ke dapur dan beberapa saat kemudian Shikin terlihat Datuk Said berjalan bersama seorang lelaki yang membawa kuih ketayap yang baru masak Shikin melihat lelaki tersebut dia terkejut bangun dari kerusi " Awak??? " Datin Aisyah bersuara " Shikin kenal ke??? " Shikin mengangguk ya " Awak buat apa dekat sini??? Macamana boleh kenal parents saya??? awak stalker saya ke sampai awak boleh tahu rumah saya??? " Datuk Said menjawab " Sabar banyak betul pertanyaan kamu ni,,,,Shikin kenal ke dengan lelaki ni " Shikin mengangguk dan menjelaskan bagaimana dia mengenali lelaki tersebut " Semalam Shikin jumpa dia dekat kedai buku masa bawa Adi dengan Lia pergi mall " Adi pula bersuara " Kan Abang Adi dah cakap dekat adik ustaz ni la kita jumpa semalam " Lia menjawab " Tapi semalam ustaz tak hencem " Kak Lydia menegur lembut anaknya " Aippp Lia tak baik cakap dekat ustaz macam tu " lelaki itu menjawab " tak mengapa Kak Lydia budak-budak " Lia melihat kuih yang dipegang lelaki itu " Ustaz Zafrr,,,," belum habis kata-kata Lia mereka semua terkejut " Shuushhh no no " dan Kak Lydia menutup mulut Lia. Shikin kehairanan melihat semua tingkah laku keluarganya pagi ni " Dah-dah semua duduk kerusi masing-masing,,,Ni ayah kenalkan nama dia Adam Zariel kamu panggil je Zariel,,,dia ni ayah bayar untuk ajar cucu-cucu ayah belajar mengaji lagipun dia ni Degree Pengajian Islam sekarang ni dia tengah cuti semester 4 bulan tu yang ayah ambil dia dan tinggal dengan kita,,,jadi sepanjang 4 bulan ni kamu duduk di bilik garaj tu dulu Ariel tinggal dalam bilik tetamu " Shikin menangguk faham lalu menghulur tangan " Hai saya Nor Shikin panggil je Shikin " Lia melihat itu lalu menampar peha makngah hingga terlatah Shikin dibuatnya " oiii anak hang " Shikin memandang Lia lalu bersuara " Aiishh apa makgah ni mana boleh salam lelaki berdosa bukan humrim " Adi membetulkan perkataan adiknya " Muhrim la Lia " Shikin dah merah muka kerana malu " Ariel kamu baca doa makan " Zariel pun membaca doa dan setelah selesai mereka menjamu selera. Shikin mengambil kuih kegemarannya lalu makan " Sedapnya tapi kenapa rasa ni seperti aku dah biasa makan " Shikin berbicara dalam hati Ariel yang melihat Shikin merenung kuih tersebut dengan wajah kosong " Kenapa Shikin tak sedap ke kuih ketayap tu ke nak saya buat kuih lain " Shikin sedikit kejut dan menjawab " Eehh tak payah susah-susah buat kuih lain cuma kuih ketayap awak ni macam pernah saya makan tapi saya tak tahu dekat mana n sapa yang masak,,,,rasanya sedap sangat pandai Zariel buat " Ariel tersenyum sipu " Alhamdullilah awak suka kalau awak nak lagi saya siapkan bekal untuk awak " Shikin mendengar itu matanya bersinar gembira " betul ni terima kasih sangat-sangat " Zariel melihat Shikin senyum begitu hingga terserlah kecantikannya buat Zariel terpaku Adi yang melihat kelakuan ustaz tersebut lalu mengetuk meja makan " Ehhemm " Zariel tersentak " Allahuakbar maaf ". Jam menunjukkan pukul 8 setelah mereka selesai sarapan mereka berangkat bersama. Suasana dalam kereta diam membisu Shikin melihat Zariel yang duduk disebelah memandu manakala Shikin dan Datuk Said berada dibelakang. Shikin membisik perlahan telinga Datuk Said " Ayah kenapa Ariel ikut kita sekali bukan sepatutnya dia dekat rumah ke? " Datuk Said membalas " Ayah bawa dia sebab dia dah biasa negeri Kelantan buatnya kita sesat macamana karang tender kerjasama dengan syarikat dibatalkan nak harapkan driver mana lah biasa pergi negeri orang jalan KL je yang driver tahu " Shikin faham apa yang Datuk Said katakan " Ayah siapa jadi partner Shikin masa pembentangan kerjasama kita dengan syarikat tu dia lelaki ke perempuan" Datuk Said menjawab " Nanti kamu tahu sendiri " Shikin malas hendak bertanya lagi lalu dia mengambil telefon dan membuka aplikasi Whatsapps terlihat Reza Haikal mesej Shikin dulu

WHATSAPPS CHAT

REZA HAIKAL : Morning baby boo manja,,,,baby dah bertolak ke????

SHIKIN : Morning Biy,,,,ni dok ada dalam kereta dengan ayah,,,,ni Biy dah breakfast ke???,,,Biy dah gerak pergi kerja belum???

REZA HAIKAL : Banyak betul pertanyaan baby manja kita ni yang buat Biy makin sayang,,,,Biy dah breakfast dengan Mummy dan Daddy,,,ni Biy dengan Daddy dalam kereta juga on the way nak pergi office hari ni Biy ada meeting dekat Subang maybe after lunch habis,,,,Baby manja habis meeting pukul berapa??

SHIKIN : Ooohh,,,pergi kerja hati-hati tau jangan lupa makan tengahari nanti sakit karang,,,Baby habis dalam petang lepas tu nanti balik office kejap siapkan dokumen yang patut tak banyak pun,,,hmm Biy nanti kalau Baby dah settle kerja kita pergi makan nak tiba-tiba rasa nak dating rindu awak Biy,,,,

REZA HAIKAL : Aikkk ingatkan Biy sorang je asyik-asyik rindu dekat orang tu,,,,boleh sayang nanti kita pergi dating okay anything for you baby manja,,,,Biy nak pesan ni kat sana jangan nak mengatal dengan lelaki lain kalau ada yang kacau call Biy cepat-cepat

SHIKIN : Isshhh Biy ni saya pergi sana sebab kerja lagipun ayah ada sekali siapalah yang berani kacau anak dia yang hodoh dah lah tak cantik,,,,Biy pun sama pergi sana jangan nak mengatal dengan perempuan lain kalau ada saya merajuk sebulan pandai-pandai Biy pujuk asyik kita je nak pujuk orang tu????

REZA HAIKAL : Siapa cakap baby manja ni hodoh,,tak cantik tu bagitau Biy nanti Biy pukul pijak sampai lunyai,,,,bagi Biy you are the most beautyfull girl like a angel,,,,Biy tak akan gatal mana-mana perempuan Biy setia pada yang satu walaupun Biy ni handsome nak mampus hahahahaaa????

SHIKIN : Eeiii menyampahnya acah-acah bajet handsome????

Sepanjang perjalanan Shikin dan Reza Haikal tak berhenti chat sesama mereka Zariel yang melihat Shikin dari cermin pandang belakang Shikin tersenyum gembira sedangkan Zariel hanya mengeluh berat dia yakin mesti bermesej dengan Reza Haikal. Tepat jam 11 pagi mereka sampai walaupun lewat nasib baik driver yang membawa mereka cekap memandu dengan kelajuan pantas dan klien mereka sabar menunggu. Datuk Said pun turun kereta bersama Shikin dan Zariel " Shikin ikut ayah nanti,,,,kamu Zariel boleh balik kirim salam dekat family kamu " Zariel menjawab " Baik Datuk terima kasih sudi tumpangkan saya " Ariel pun berlalu pergi meninggalkan mereka di pintu utama. Shikin hairan dan bertanya kepada Datuk Said " Dia balik naik apa ayah bukan ke driver dah pergi tempat parking jauh tu nak berjalan dekat parking " Datuk Said menjawab " Tak apa lagipun ada teksi banyak kawasan ni " Shikin membalas " Konfident betul ayah ni macam pernah datang sini bukan apa Shikin perasan laluan untuk teksi jauh dari bangunan ni " Datuk Said sudah pening hendak menjawab " Sudahlah kamu ni buat ayah pening lagipun dia bukan perempuan tak ada sapa nak kacau lainlah perempuan memang ayah tak bagi le,,,,dah-dah jum masuk klien dah tunggu " Datuk Said pun masuk kedalam diikuti Shikin dan menuju lift. Sesudah sampai di bilik mesyuarat terlihat seorang lelaki berumur sebaya Datuk Said dan dibelakangnya bersama seorang lelaki yang cukup tinggi seperti model,matanya sepet, berkulit putih dan wajahnya tidak seperti orang Malaysia " My old friend apa khabar komer udah lamei kita tak berjumpei yop " Datuk Said memeluk lelaki tua tu " Aduiii Salleh loghat Perak kamu tak hilang ye padahal dah duduk Korea bertahun-tahun " Datuk Salleh merupakan klien dari syarikat yang mengimport kain-kain yang berkualiti yang diambil dari Korea tempat asal isterinya namun setelah anak lelakinya berumur 14 tahun mereka pindah duduk Malaysia tempat kelahiran Datuk Salleh iaitu di Perak hingga lah Datuk Salleh membuka syarikat hasil usaha kerasnya hingga banyak investor melabur kerana produknya ada pontensi " Said oiii sejauh mana aku duduk aku tak akan lupa asal usul,,,ni aku kenalkan anak lelaki aku Kim Namjin nama korea dia tapi nama melayu Harith Fakhri panggil je Harith " Harith Fakhri bersalaman dengan Datuk Said " Assalamualaikum Datuk Said just call me Harith " Datuk Said bertanya pada Datuk Salleh " Anak kau ni faham ke bahasa melayu " Datuk Salleh gelak kecil " Dia faham sikit-sikit je maklumlah dia duduk Malaysia masa remaja habis SPM dia sambung belajar dekat Korea ambil course perniagaan dia nak jadi macam papanya usahawan berjaya nanti aku explain lah dekat dia kalau ada yang tak faham,,,,belakang kau tu siapa PA kau ke cantik benor ropernya " Datuk Said memandang belakang " Allahuakbar lupa nak kenalkan kat kau Salleh ni bukan PA aku tapi anak aku,,,,kau ingat tak dulu kau pernah dukung dia masa kecil ni lah Nor Shikin " Datuk Salleh sedikit terkejut sebab terlalu lama di Korea hingga lupa rupa Shikin " Allahu maafkan aku Said aku ingat PA kau,,,,dah besar Shikin sekarang makin cantik dan lawa,,,,Shikin ambil course perniagaan jugak ke " Shikin senyum menangguk " Wahh dah ada pewaris ambil alih syarikat kau Said tahniah,,,kamu dah kahwin belum " Datuk Said menjawab pertanyaan rakannya " Sudah di sunting oleh kumbang " Datuk Salleh mengangguk faham " Terlepas lah peluang nak ambil kamu jadi menantu pakcik " Harith hanya berdiam sahaja kerana dia masih baru bekerja dan kurang faham bahasa Melayu manakala Shikin hanya senyum sengih " Kita dah boleh mula ke meeting " tanya Datuk Said pada Datuk Salleh " Belum lagi kata PA syarikat ni kita kena tunggu tuan punya badan tengah bersiap " Shikin mula berbicara dalam hati " Hishh sapa sebenarnya partner aku ni yang tuan punya syarikat pun satu kata meeting 11 pagi tapi PA kata tengah bersiap takde planning ". Kedengaran pintu diketuk lalu seorang wanita masuk kedalam bilik dan memandang kami semua " Tuan-tuan sekalian boleh ambil tempat duduk masing-masing sebentar lagi pemilik syarikat akan datang dan Cik Shikin boleh prepare apa yang patut". Shikin pun bangun dan mengambil beberapa dokumen yang telah dia siapkan lalu menyerahkan kepada Datuk Salleh sebagai rujukan tentang produk mereka. Selesai persediaan untuk presentation Shikin menunggu di sudut layar skrin projector. Setelah beberapa minit menunggu kelihatan lelaki berpakaian suit biru berjenama LV dengan potongan fit badannya , berkaca mata serta rambut disisir rapi, kulit putihnya menyerlah sesuai dengan gaya office outfit trend terkini. Shikin yang melihatnya terpegun " Wahhh oppa " jawabnya dalam hati matanya tak berkedip dia melihat lelaki itu berjalan bersama PA nya hingga lah ke tempat duduk " Maaf tuan-tuan saya lambat sedikit kita dah boleh mula meeting,,,Aiman awak boleh mula presentation " PA nya bernama Aiman menangguk mengikut arahan bos nya manakala Shikin terkaku seketika dikejutkan oleh Aiman " Cik Shikin kita dah boleh start presentation " Shikin pun " Aaa oohh okay kita mula ". Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahri setelah 40 minit pembentangan Adam Zariel bersuara " saya berpuas hati perbentangan awak untuk bekerjasama dengan syarikat kami,,,saya setuju kita bergabung untuk memperkembangan bisnis perniagaan ini,,,bagaimana Datuk Salleh anda suka tawaran syarikat saya berikan untuk melabur di syarikat anda " Datuk Salleh bersetuju dia sangat berpuas hati tentang produk-produk yang ditawarkan oleh mereka " Saya setuju Tuan Adam Zariel " Shikin pun mengambil beg kerjanya untuk mengambil dokumen untuk di tanda tangan. Selesai sesi mengurus dokumen Adam Zafriel bangun " Tuan-tuan semua jangan pulang dulu memandang dah masuk makan tengahari kita ke hotel saya dah booking untuk kita semua menjamu selera,,,Aiman panggil driver bawa mereka ke hotel " Shikin pun mengemas barang-barangnya dan mengikut Datuk Said manakala Datuk Salleh berada didepan bersama anaknya mengikuti PA Adam Zariel yang membawa mereka ke pintu utama. Sampai di pintu luar terlihat dua buah kereta mewah menantikan mereka Shikin, Adam Zariel dan Datuk Said menaiki kereta pertama manakala Aiman, Datuk Salleh dan Harith menaiki kereta kedua. Sepanjang perjalanan ke hotel mata Shikin tak berhenti curi pandang melihat Adam Zariel yang sibuk dengan Ipad tab namun apabila melihat sikapnya berbeza sangat berbanding pagi tadi semasa sarapan bersama Adam Zariel terlihat ceria,mudah tersenyum dan pemalu akan tetapi berbeza di dalam pejabat sikapnya serius dan dingin " Cik Shikin okay ke??? " tanya Adam Zariel " Eehh aaa okay je " Shikin seperti orang tak keruan lalu memandang luar tingkap " Saya tahu saya ni handsome macam oppa kpop awak tengok dekat drama tu,,,jaga-jaga Cik Shikin nanti jatuh cinta dekat saya " senyum sinis terhadap Shikin manakala Datuk Said pula kenyit mata menunjukkan ibu jari tanda bagus " Cehh boyfriend aku lagi dua kali ganda handsome " Shikin berkata dalam hati. Setelah 15 minit perjalanan mereka sampai hotel mewah lalu memakir dihadapan laluan VIP dan disambut staff hotel. Mereka berjalan masuk ke dalam hotel diiringi manager hotel menunjukkan arah mereka menjamu hidangan. Sesudah masuk diruangan yang telah ditempah mereka duduk dimeja bulat yang sudah tersedia hidangan yang lazat Shikin mengambil tempat duduk disebelah ayahnya manakala Datuk Salleh duduk sekali bersebelahan kanan Datuk Said. Harith pula duduk disebelah kiri Shikin yang diikuti Aiman bersama Adam Zariel " Kita baca doa dulu sebelum makan " kata Aiman yang memimpin bacaan doa. Selesai doa mereka pun menjamu selera Shikin mengambil segala jenis lauk yang di meja ada namun matanya fokus ke arah lain melihat pinggan Harith dia memakan lauk tertentu sahaja " Harith why you take a little bit food??? isn't the hotel cuisine not tasty??? " Harith pun berkata " actually i have allergic with seafood and i not used to Malaysian food " Shikin melihat meja makan semula " Haa ahh lah banyak lauk seafood " Shikin memandang Aiman dan memanggilnya " Aiman " Aiman respon Shikin memanggilnya " Ye Cik Shikin " Shikin menjawab " Boleh tak minta tukang masak buatkan korean food dekat hotel mewah macam ni mesti ada kan selain masakan tempatan " Aiman membalas " Boleh saya pergi bagi tahu manager hotel tolong buatkan " Aiman pun bangun dari meja makan dan keluar dari ruangan tersebut. Beberapa minit kemudian pelayan membawa beberapa makanan korea Datuk Said melihat pelayan membawa makanan berlainan " Shikin kamu ke order makanan ni aiihhh sakit perut kamu karang makan pedas banyak semalam dah makan kan ramen " Datuk Salleh menjawab " Takpa lah Said anak kau order makanan lain lagipun baru aku perasan atas meja semua makanan seafood meralit kita menyembang anak aku tu ada alahan karang tak pasal bini aku dok pot pet memanjang hahahaa " Datuk Said memandang Adam Zariel " Tuan Zariel nanti makanan yang Shikin pesan ni biar saya yang bayar " Adam Zariel menjawab " Its okay Datuk pesan apa sahaja saya belanja " Datuk Said mengucap terima kasih. Shikin dan Harith semakin rancak berborak gelak ketawa membuatkan Zariel timbul perasaan cemburu memerhatikan mereka " So Miss Shikin do you have a boyfriend " Shikin menjawab " I have boyfriend now we 2 year in relationship " Harith membalas " He must be the special one for you right " Shikin menangguk " I love him so much he caring, sweet person even sometimes he bit annoying treat me like a friend but i think it's all a sign of him love for me " Adam Zariel yang mendengar rasa tidak senang duduk perasaan cemburu membuak akan tetapi Aiman melihat Adam Zariel dan berbisik dia berkata " Relax jangan ikut perasaan ". Setelah dua sejam menikmati makanan Datuk Salleh ingin pulang dia bersalaman dengan Datuk Said " Aku balik dulu Said nanti ada masa free datang rumah aku,,,Shikin nak datang rumah uncle nanti boleh lah merasa masakan mak Harith cakap ja nak makanan korea apa dijamin halal hahahahaa " Shikin menjawab " Baik uncle " giliran Harith pula berkata " Shikin can i get your phone number so next time we can hang out together " Harith memberikan telefonnya kepada Shikin lalu menjawab " Sure can " Shikin menaip nombor telefon dan setelah selesai dia menyerahkan semula pada Harith " Gomawo Shikin " Shikin membalas " Nee Oppa hahaaa " Shikin memanggil Harith 'Oppa' kerana jarak umur mereka beza 3 tahun. Harith ketawa melihat kelucuan Shikin lalu dia bersalaman dengan Datuk Said dan mereka pun berlalu pergi menaiki kereta yang dibawa driver milik Adam Zariel menghantar mereka ke pejabat semula.Kini tinggal lah Datuk Said, Shikin, Adam Zariel dan Aiman " Sekarang dah waktu Zohor,,,saya nak ke surau Datuk Said nak ikut sama? " Datuk Said menjawab " Boleh,,,kamu Shikin tunggu dekat tempat tunggu ruang utama hotel ayah pergi solat kejap " Shikin mengikuti arahan " Beg ayah tu biar Shikin pegang ayah bawa telefon dengan dompet " Datuk Said menyerahkan bag pejabat kepada Shikin " Ingat pesan ayah tunggu kat situ jangan merayau tempat lain pula " Shikin membalas sambil membuat tabik hormat " Ai Ai Ai Boss " Adam Zariel yang melihat kelakuan Shikin rasa nak ketawa namun ditahannya. Shikin berjalan keluar dari ruang tersebut dan menuju di tempat menunggu lalu dia pun duduk di sofa Shikin mengeluarkan telefonnya dia melihat skrin penuh dengan mesej dari Reza Haikal

WHATSAPPS CHAT

REZA HAIKAL : Baby!!!!Sayannnggg!!!!!Intan payung buah hati kanda dah habis belum hahahahaaa

SHIKIN : Apa ni buat perangai macam budak-budak,,,,,baru je habis ni tengah tunggu ayah solat kejap lepas tu balik office,,,,awak dah habis ke meeting dekat sana

REZA HAIKAL : Dah habis dua jam lalu Biy tengah tunggu Sayang lah ni bila nak balik boleh kita keluar makan,,,Daddy ajak Biy pergi lunch tapi Biy tak lalu nak makan kalau takde Sayang

SHIKIN : So Biy tak makan lagi lah ni hisshh saya dah pesan kan jangan lupa makan perut tu jangan ditahan sakit nanti macam mana saja bagi orang risau,,,,sekarang ni Biy pergi makan jangan tunggu saya kot saya lambat tak menyinggah office kesian kat Biy tunggu

REZA HAIKAL : Kenapa Sayang cakap macam tu sayang ada hal kerja lagi ke kat sana?

SHIKIN : Entahlah Biy,,,,ayah tu lah macam nak ajak pergi tempat lain je tapi tak tahu nak ke mana Biy jangan merajuk okay Sayang akan cuba balik office okay

REZA HAIKAL : Alahhhh tak kesampaian Biy nak melepaskan rindu kat baby manja,,,,Sayang hati-hati ye kat sana ada masalah ke apa cepat-cepat call

SHIKIN : Baru sehari je kita tak berjumpa dekat office tu pun nak rindu-rindu bagai,,,,oklah Biy nak off dulu ayah dah habis bye2 i love you saranghae Chagi

REZA HAIKAL : Bye2 baby boo manja love you too forever n ever n ever hahaaaa,,,,,

Shikin tersenyum gembira melihat chat tersebut lalu dia pun menyimpan telefon dan menoleh ke belakang " Ayah kat sini " Shikin lihat Datuk Said melilau mencarinya. Datuk Said berjalan menuju ke arahnya " Shikin hari ni kita tak balik office kita nak pergi suatu tempat " Shikin bertanya " Kita nak pergi mana ayah??? " Datuk Said menjawab " Kita akan ikut Zariel esok kita balik KL " Shikin terkejut " Apa balik esok?? ayah ni biar betul kita dah tak bawa baju salinan ke apa,,,,,ni mak tahu tak kita balik esok??? " Datuk Said membalas " Ayah dah bagitahu mak,,,kamu ni jangan buat muka terkejut macam tu ayah tahu kamu balik office nanti jumpa si Haikal tu sehari je pun tak jumpa,,,,kita tunggu Ariel sekejap dia pergi ambil kereta " Shikin bertanya lagi " Ayah kenapa Shikin tengok ayah dengan Zariel rapat sangat macam ayah dah lama kenal dia lepas tu Shikin tengok ayah layan Zariel tu macam lebih dari anak ibarat bapa mertua layan menantu atau ayah memang nak ambil dia jadi menantu,,,ayah jangan mungkir janji Pakcik Malik nak jadi besan Shikin tak nak orang lain selain Reza " Datuk Said menjawab " Kalau kamu nak ayah on je ambil Zariel jadi menantu malam ni juga ayah bawa tok kadi kahwin kan kamu dengan Zariel " Shikin mendengus kesal " Eeiishhh ayah ni jangan lah main-main " Datuk Said membalas " Buat apa nak main-main ayah tengok Zariel tu ingat zaman muda ayah sama umur macam dia dah ada bisnis sendiri ushawan muda yang berjaya terkenal untunglah sapa jadi isteri Ariel nanti semua package lengkap termasuk ciri-ciri lelaki idaman soleh " Shikin menjawab " Kalau macam tu ayah je lah kahwin dengan Zariel asyik-asyik puji dia dah tahap kayangan tapi apa-apa pun Shikin tetap pilih Reza dan kahwin dengan Reza ayah kena terima dia juga nanti Pakcik Malik tu berharap sangat ayah jangan nak cancel bagai" Datuk Said hanya mengangguk sahaja. Sesudah mereka menunggu Zariel mereka berempat menuju Rantau Panjang sepanjang perjalanan Zariel tidak berhenti melihat cermin pandang belakang terlihat Shikin yang termenung melihat luar tingkap namun Shikin mula perasan seakan diperhatikan " Kalau rasa tak sayang mata tu buatlah lagi saya cucuk mata Tuan Zariel jadi Kassim Selamat dasar pervert " Adam Zariel menjawab dengan senyuman sinis " Cik Shikin fikir saya ni pervert sangat ke saya just nak pastikan Pakcik Said selesa " Pakcik okay ke dekat belakang tu ".Datuk Said menjawab " Pakcik okay,,,,kamu ni Shikin jangan garang macam tu sekali dekat Zariel " Shikin menjeling menyampah ayahnya tak sudah backup Adam Zariel. Setelah 20 minit perjalanan Shikin melihat sebuah rumah banglo yang sangat cantik dihiasi warna biru laut dan pokok buluh disekeliling rumah serta bunga mawar putih ditanam berdekatan kolam renang " Wahh cantiknya rumah ni ". Pemandu tersebut memarkir kereta hingga ke garaj Adam Zariel pun turun serta diikuti Datuk Said dan Shikin " Jom pakcik kita masuk dalam kakak dengan abang saya mesti tak sabar nak jumpa dengan pakcik " Datuk Said menangguk namun Shikin menahan ayahnya lalu memegang lengan Datuk Said " Ayah rumah sapa ni???" Datuk Said menjawab " Ikut je lah " . Mereka pun berjalan menuju pintu utama kehadiran mereka disambut seorang wanita berpudah yang sedang mendukung kanak-kanak lelaki mungkin berusia 2 tahun " Assalamualaikum Hifza " wanita itu menjawab salam Datuk Said. Shikin pun bersalaman dengan Hifza dan matanya tertumpu kanak-kanak tersebut " Hey baby tembamnya dia,,,boleh saya dukung " Hifza membenarkan Shikin mendukung anaknya " Mari lah masuk kita berborak kat dalam rehat-rehat mesti penat kerja n tempuh jalan jauh,,,Zariel bawa tetamu duduk depan akak pergi buat air " Adam Zariel menurut arahan Hifza " Abang Faris tak balik lagi ke akak???" Hifza menjawab " Abang Faris kat masjid nanti balik le tu,,,,Shikin nak mandi ke atau tukar baju nanti bagi tahu Zariel nanti dia tunjuk bilik " Shikin menangguk faham sambil mendukung anak Hifza. Datuk Said dan Shikin mengikuti Adam Zariel ke ruang tamu. Shikin meralit bermain dengan anak Hifza " Eeiii geram auntie tengok pipi kamu yang tembam ni dah besar nanti jadi hencem boy tau " Adam Zariel melihat Shikin dia tersenyum sendiri lalu menjawab " Tengoklah pakcik dia siapa dah lah putih, handsome , muka ala-ala korea " Shikin yang mendengar kata-kata Adam Zariel begitu dia mula buat muka loya " Excuse me saya puji baby je pakcik yang tua bangka jangan nak perasan dah lah perangai macam atuk-atuk " Datuk Said berdehem " kamu ni apa cakap macam tu dekat Zariel " Shikin menjeling ke arah Adam Zariel " Suka lah tu ada backup " Shikin pun sambung bermain dengan baby. Beberapa minit kemudian kedengaran ketukan pintu Adam Zariel berjalan ke arah pintu lalu dibuka " Ohh Abang Faris lambatnya abang balik hari ni??" Faris menjawab " Ada orang masjid minta tolong kat abang berubat seorang budak lelaki ni kena ganggu biasalah budak waktu maghrib baru nak balik rumah,,,,ada tetamu ke??? kamu bawa balik dia???" Adam Zariel menangguk Faris menepuk lembut bahu adiknya. Faris masuk ke dalam dan menuju ke ruang tamu bersama Adam Zariel " Assalamualaikum Pakcik Said" Faris bersalaman dengan Datuk Said " Kamu sihat Faris??" Faris menjawab " Alhamdulilah pakcik " Shikin yang berada di sebelah Datuk Said berbisik " Siapa ni ayah " Datuk Said menjawab " Ni Faris abang Adam Zariel,,,tu baby kamu gendong tu abah dia " Shikin yang tidak tahu parents bayi tersebut lalu diberikan kepada Faris " Maaf saya tak tahu abang ni parents baby boy ni " Faris mengambil bayinya dari Shikin ( nama baby Yusof Ikmal ) " Anak Abi ni suka ye main-main dengan kakak " baby Yusof ketawa " Pakcik dengan Shikin dah makan belum??? kalau belum saya dengan Hifza masakkan " Datuk Said menjawab " Eehh takyah Faris,,,pakcik dah makan banyak dekat hotel tadi kamu tu baru balik mesti penat pergilah berehat " Faris menangguk " Zariel kamu bawa Pakcik Said ke bilik lepas tu tunjuk bilik untuk Shikin ambil baju salinan kat bilik abang,,,,Shikin punya baju nanti Kak Hifza bagi " Datuk Said dan Shikin menangguk faham " Pakcik Said,,,Shikin jum saya tunjuk arah bilik ". Mereka bertiga pun bergerak ke tingkat atas " Dekat atas ni ada enam bilik yang pertama bilik abah Asmadi bilik kedua Abang Faris dengan Kak Hifza yang ketiga bilik untuk baby,,,,Pakcik Said tidur bilik yang keempat Shikin pula bilik ke lima kalau Pakcik Said ada apa-apa hal cari saya dekat bilik hujung " Shikin bersuara " Maksud awak bilik hujung sekali tu sebelah dengan saya lah kan,,,Ayah kita tukar bilik Shikin tak nak bersebelahan bilik dengan dia takut kena skodeng time tukar baju ke apa ke " Datuk Said bercekak pinggang " Kamu ni jaga mulut tu Zariel bukan lelaki macam tu " Adam Zariel melihat situasi begitu mula bersuara " Pakcik sabar ye takpe kalau macam tu saya tidur di bilik bawah saya pergi ambil baju Pakcik " Shikin yang terdiam lalu masuk ke dalam bilik dan mereka pun masuk ke dalam bilik tetamu untuk Datuk Said " Maaf ye Zaf sikap Shikin macam tu kamu tahu kan sejak dari kemalangan tu sikap dia terus berubah " Adam Zariel senyum menangguk faham " Kita doakan dia cepat sembuh sebab itu saya bawa dia ke sini kita boleh bagi rawatan ayah jangan bimbang selagi saya bernafas saya akan berkorban apa sahaja ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience