Bab 19

Mystery & Detective Series 13441

OFFICE PENSYARAH SIR KHAIRUL
Shikin menunggu di ruang bilik sir Khairul sementara sir sedang menguruskan urusan kerja sir akan kembali semula dalam bilik setelah selesai. 10 minit menunggu Sir Khairul pun masuk ke dalam " Maaf ye buat kamu menunggu lepas ni kamu ada kelas komputer kan saya ambil masa kamu sedikit ada perkara saya nak bincangkan tentang kamu dan Reza soal progress tugasan berkumpulan " Shikin pun bersuara " Saya pun ada perkara nak bagi tahu sir juga tentang tugasan kami dan tentang Reza tapi sebelum saya bercakap saya nak minta maaf saya tak dapat nak teruskan tugasan dan bimbangan Reza untuk dia lulus sem ini sebab saya dah tak boleh dengan dia selalu tak serius dan tak fokus apabila kami study bersama atau buat tugasan saya tahu ini akan menjejaskan gred kami " Sir Khairul mendengar masalah Shikin " Tapi Shikin exam dah tak lama lagi saya tahu awak boleh target gred yang baik bersama Reza,,,saya ada perkara nak bagitahu awak Reza nak undurkan diri dari tugasan berkumpulan Reza ada call saya awal pagi tadi dia kata dia tak nak teruskan tugasan berkumpulan ini dia rela gagal dalam subjek dan tak mahu kamu yang gagal,,,,saya nak masalah kamu berdua ni settel secepat yang mungkin dan berbincang secara baik " Shikin terpaksa akur dengan keputusan Sir Khairul sekarang ni Shikin kena juga jumpa dengan Reza Haikal bagi meneruskan tugasan tersebut. Shikin pun keluar dari bilik Sir Khairul dan berjalan dengan wajah masam suram menuju ke kelas komputer. Bagi Shikin dia memang sudah tak mampu hendak meneruskan bimbing Reza Haikal memang lah selama mereka berkawan Reza kadang kala boleh ngam bersama akan tetapi apabila berbicara tentang pelajaran dia terus hilang mood dan cepat naik angin mereka habiskan banyak masa pergi lepak mall, pusat hiburan dan makan sebab itu Shikin tidak mahu teruskan baginya pelajaran adalah penting.

Kini mereka berdua berada di kafeteria Tina melihat Shikin dari tadi berdiam sahaja dalam kelas komputer pula melihat Shikin tak beri tumpuan " Wei Shikin kau okay tak ni macamana tadi kau jumpa dengan Sir Khairul dia setuju tak kau dengan Reza tak sekumpulan sekali " Shikin menggeleng tidak lalu menceritakan semua apa yang dibicarakan dalam bilik pensyarah " Berat juga ye masalah kau ni tak mengapa kau teruskan je lagipun betulkan sir kata exam dah dekat tapi yang aku bengang tu apasal Reza nak undurkan diri pulak dah la tak cakap pun kat kau baik tak payah jadi satu team dah lah tak membantu langsung lepas tu susahkan kau pula kut la ye pun anak lecture uni ni tapi jangan la nak buat sesuka hati rasa nak belajar datang uni kalau dah bosan berhenti ingat tempat ni hotel boleh check in out " marah benar Tina pada Reza Haikal " kau dah kenapa marah sangat sepatutnya aku yang marah hahahaha " Tina menjawab " Marah la dah dia buat bestfriend aku macam tu,,,ni sekarang apa plan kau?" Shikin berkata " Tina jom kita pergi rumah Reza nak " Tina kehairanan " Aikk kata tak suka si Reza tu " Shikin menjawab " memang lah aku still marah kat dia tapi kan kau ada cakap dia tak sihat so kita pergi melawat sekejap lepas tu kita balik la semarah-marah aku kadang ada rasa kesian dekat dia seburuk-buruk perangai dia aku tahu Reza ada sifat kebaikan " Tina pun iya kan saja dan ikut permintaan Shikin " Bila nak gerak? " Shikin menjawab " Sekejap aku mesej Zafran bagitau yang aku balik dengan kau lepas tu aku call ayah aku kata nak pergi rumah Prof Malik " Tina mengangguk faham. Sesudah selesai telefon dan Datuk Said mengizinkan mereka pun bergerak ke rumah Prof Malik di dalam kereta Shikin melihat cuaca kelihatan mendung " Tina kau rasa sempat ke sampai ke rumah Prof Malik " Tina menjawab sempat bukan apa Tina tidak suka memandu dalam keadaan hujan dia risau kalau bunyi kilat atau guruh dia cukup takut dan ia akan hilang kawalan semasa memandu.

RUMAH PROF MALIK
Akhirnya mereka sampai di rumah Prof Malik walaupun hujan gerimis Shikin pun keluar dari kereta dan menggunakan payung dia menuju loceng dihadapan pintu pagar beberapa minit kemudian pintu pagar terbuka Tina memandu masuk ke dalam dan memakir kereta Shikin pun menuju ke arah Tina setelah meletakkan kenderaan Shikin melindungi Tina daripada terkena hujan setelah itu mereka berdua menuju ke pintu utama loceng ditekan dan memberi salam. Mereka disambut Cikgu Sabariah " Kamu berdua rupanya mari la jemput masuk " melihat Tina sudah menggigil kesejukan " Kamu berdua duduk dulu makcik buat minuman panas " Shikin dan Tina duduk di sofa ruang tamu selang beberapa minit Cikgu Sabariah datang membawa minuman panas untuk menghangatkan badan lalu mereka berdua pun minum Shikin pun memulakan perbualan " Saya minta maaf makcik Riah saya datang tak inform makcik kami berdua datang ni nak melawat Reza dia sekarang macam mana dah sihat ke " Cikgu Sabariah menjawab " Ehh tak mengapa Shikin untuk kamu pintu rumah makcik sentiasa terbuka makcik tak kisah,,,,makcik nak ucap terima kasih ye sudi datang jenguk Reza dia sekarang masih belum sihat lagi makin teruk pula demam dia lepas tu Reza ni kalau dah sakit memang susah nak suruh dia makan pagi tadi dia makan sikit saja itu pun puas makcik pujuk " Shikin dan Tina mendengar keluhan Cikgu Sabariah " Makcik Riah kalau tak keberatan boleh tak saya nak minta izin tengok Reza " Cikgu Sabariah menjawab " Boleh makcik izinkan mana nak tahu kalau ada kamu dia akan lebih baik dan satu lagi makcik minta pertolongan dari kamu boleh tak kamu pujuk Reza makan " Shikin mengangguk faham " Tina kau tak nak naik sekali " Tina berkata tidak dia hendak berbual dengan Cikgu Sabariah biarlah Shikin yang saja melihat keadaan Reza Haikal. Shikin pun bangun dan naik ke tingkat atas apabila tiba di bilik Reza Haikal dia mengetuk pintu " Reza ni saya boleh tak saya nak masuk bilik awak ni " tiada balasan lalu Shikin memulas tombol pintu dengan perlahan pintu dibuka dia pun masuk melihat Reza Haikal baring di katil kelihatan Reza masih tidur Shikin melihat wajah Reza yang sangat pucat entah kenapa melihat Reza berkeadaan sedemikian hatinya timbul perasaan kasihan Shikin memegang kain yang ada di dahi Reza ternyata kain tersebut sudah kering lalu dia mengambil kain itu dan dibasahkan semula dalam mangkuk berisi air sejuk yang ada bersebelahan katil lalu diletakkan di dahi Reza Haikal. Sesudah itu Shikin ingin keluar dari bilik namun begitu dia merasa ada yang menarik hujung lengan bajunya Shikin menoleh dan melihat Reza Haikal sudah sedar dia berusaha untuk bersandar di katil dan bersuara walaupun tubuh badannya masih lemah " Kau kenapa datang sini,,,,kau sengaja datang nak tengok aku merana kesakitan,,,kau suka lah kan aku terbaring lemah dan kau pun boleh enjoy dengan jantan tu kan lepas tu kau dah lupakan aku tinggalkan aku macam sampah baik kau berambus!!!" ahhh sudah mengarut apa si Reza cakap ni tanpa berfikir panjang Shikin menampar pipi Reza Haikal " Awak sedar tak apa yang awak cakap ni saya ikhlas datang nak jenguk awak lihat keadaan awak tapi ini kata-kata awak terhadap saya sampai hati awak cakap macam tu kalau ikutkan saya memang tak nak datang sini tapi disebabkan atas dasar kawan saya datang kalau macam ni lah sikap awak tak berubah-ubah lagi persahabatan kita sampai sini saja " Shikin dalam keadaan mood marah segera keluar dari bilik Reza Haikal ingin menahan Shikin dari keluar dia rasa menyesal berkata begitu namun kudratnya lemah dia merayu " Shikin aku minta maaf,,,aku minta maaf " Reza Haikal merintih dan merayu pada Shikin dia pun terjatuh dari katil tubuh badannya sangat lemah Shikin yang sudah berada diluar bilik menoleh semula ke belakang Shikin panik melihat Reza Haikal berada di bawah lantai dia kembali semula ke Reza Haikal dan membantunya memapah membaringkan di katil " Awak ni degil la dah tahu sakit tak payah bergerak " Reza Haikal memegang tangan Shikin dan merayu berkali-kali jangan tinggalkan dia " Ye ye saya tak akan pergi mana-mana tapi dengan syarat awak kena janji dengan saya yang awak kena sembuh dulu kalau tak saya tak nak dah jumpa awak lagi sampai bila-bila " Shikin cuba menggunakan helah agar Reza Haikal cepat sembuh " Saya nak turun bawah kejap ambil makanan untuk awak,,,,awak kena makan baru ada tenaga " Shikin hendak bangun namun Reza Haikal ditahan lagi dengan memegang tangan Shikin,,,Shikin pun melihat perbuatan Reza Haikal lalu memukul tangan Reza Haikal " time sakit menyempat lagi awak ambil kesempatan " Reza Haikal melepaskan pegangan sebab sakit " Macam ni ke kau layan orang sakit aduhhh merah dah tangan aku ni,,,,aku pegang aku takut kau lari tinggalkan aku " Shikin menepuk dahi " Aduiii awak ni kan kita dah buat perjanjian ingat saya ni jahat sangat ke dah-dah awak duduk diam-diam jangan mengada nak turun katil ikut saya " Reza Haikal menjawab " okay fine jangan lama-lama nanti aku rindu " Shikin pun mengiyakan saja kalau cakap tak karang mula buat perangai dan keluar dari bilik Reza Haikal. Shikin turun ke bawah dan menuju ruang tamu terlihat Prof Malik sudah pulang dan sedang bersembang dengan Tina tak terlihat pula Cikgu Sabariah mungkin ada di dapur Shikin menuju ke arah mereka " Assalammualaikum pakcik Malik " Prof Malik menjawab " Walaikummusalam Shikin,,,kamu dah tengok ke si Kal tu kamu jangan melayan sangat Kal tu mengada-ngada kalau time sakit dah macam perempuan pakcik pun kadang keliru pakcik ni bela anak lelaki ke anak perempuan " Shikin hanya senyum saja " Kamu berdua stay lama sikit makcik kamu tengah masak makan malam tentang parents kamu berdua pakcik dah bagitahu nak bermalam sini pun boleh kalau ada kamu Shikin makin sembuh la si Kal tu kalau dengan makcik Riah makin payah Kal nak sihat " Shikin dan Tina berpandangan sesama mereka " Kau okey kita bermalam kat sini " Tinggal menjawab " Kita stay la lagipun esok kita tak ada kelas pagi kat luar hujan lebat lagi takut aku nak drive balik rumah " Shikin pun bersetuju " Pakcik saya nak minta izin ke dapur lupa pula saya,,,,saya turun nak ambil makanan untuk Reza " Prof Malik menjawab " Boleh,,,,,kamu dengan Tina jangan segan-segan ye buat macam rumah sendiri " mereka berdua mengangguk faham " Pakcik saya ke dapur juga ye boleh tolong makcik Riah apa yang patut " Prof Malik pun mengiyakan lagipun Prof Malik mahu bersihkan diri dan solat setelah pulang dari universiti. Shikin dan Tina pun menuju ke arah dapur terlihat makcik Riah dengan pembantu rumah " Makcik Riah " Cikgu Sabariah yang sedang sibuk menggoreng ikan dan api di perlahankan lalu dia berpaling melihat Shikin dan Tina " Shikin dah tengok ke keadaan Kal " Shikin menjawab " Sudah makcik saya datang dapur ni nak ambil untuk makanan Reza " Cikgu Sabariah membalas " Syukur alhamdulillah betul lah jangkaan makcik kalau kamu ada mesti dia nak makan kalau dengan makcik payah sungguh,,,kamu tunggu kejap makcik ambil bubur letak dalam mangkuk " Tina pula bersuara " Makcik Riah ada apa-apa ke yang saya boleh bantu " Cikgu Riah menjawab " Tak mengapa kamu tak payah buat apa-apa kamu tu tetamu makcik biar makcik yang sediakan kalau kamu bosan kamu boleh pergi tingkat 3 situ ada bilik istirehat nak main permainan game boleh tengok movie ke nanti makan malam dah siap makcik panggil kamu Shikin kalau nak solat kat dalam bilik tu juga situ dah ada siap telekung pakcik Malik dah bagitahu kat parent yang kamu berdua setuju stay sini lagipun kat luar masih hujan lagi bahaya drive cuaca macam tu nanti makcik Riah suruh bibik hantar baju untuk kamu berdua " Shikin mengucapkan terima kasih baik sungguh Prof Malik dan Cikgu Sabariah. Setelah selesai makanan diletakkan dalam dulang Shikin dan Tina menuju lif rumah untuk menaiki ke tingkat 2 bilik Reza Haikal manakala Tina tingkat 3 ke bilik istirehat sesudah tiba di tingkat bilik Reza Haikal Shikin pun keluar dari lif " Nanti aku dah bagi Reza makan aku naik ke bilik istirehat " Tina menjawab iya Shikin pun ke bilik Reza Haikal sampai saja di pintu Shikin memulas tombol pintu dia pun masuk terlihat Reza Haikal lena tidur Shikin menuju ke arah katil dulang yang dibawa diletakkan di meja belajar yang tak jauh dari katil Shikin mendekati Reza Haikal bahu ditepuk lembut dan memanggil " Reza,,,Reza bangun makan " Reza Haikal perlahan membuka matanya Shikin membantu dia bangun dan bersandar di katil yang sudah dialaskan dengan bantal Shikin mengambil bubur di atas meja " Alaaaa bubur je kfc macDonald tak ada ke tak pun bagi la chicken chop ke lobster seekor ke " Shikin dah naik geram " Helloo Encik Reza Haikal Bin Malik awak tu tak sedar diri ke awak tu sakit kena makan makanan orang sakit,,,ni ambil bubur makan " Reza Haikal menunjukkan wajah sedih meminta simpati " Kau tolong suapkan boleh aku tak larat la nak gerak kan tangan " Shikin menolak permintaan Reza Haikal betul lah kata Prof Malik sakit mengalahkan perempuan namun Reza Haikal terus menerus membuat muka kesian akhirnya Shikin mengalah kalau tak nanti merajuk dan tak sembuh " Yelah yelah saya suapkan " Reza Haikal tadi buat muka kesian bertukar ceria ish ishh drama melayu sungguh Shikin mencedok bubur tersebut dan menyuap Reza Haikal " Ni kau datang siapa " bersemburan sedikit makanan Reza Haikal bercakap " telan makanan dulu habis muka saya kena tempias " Reza Haikal berkata sorry " Saya datang dengan Tina la saya ni kan mana ada lesen drive kereta " Reza Haikal buat muka menyampah " Alahhh!!! kenapa dia ada sibuk la Tina tu aku baru nak merasa feeling berdua-duaan " Shikin mencubit bahu Reza Haikal dia mengaduh kesakitan" Jangan nak mengarut awak ni sakit mengada-ngada sekarang " Reza Haikal menjawab " Alah aku nak bergurau pun tak boleh ni macam mana kau nak balik kat luar hujan still lebat lagi " Shikin memberitahu yang di akan stay sini esok pagi baru pulang Reza Haikal yang mendengar apa yang diberitahu Shikin " Nanti kau boleh teman aku sepanjang malam dalam bilik ni banyak benda aku nak ceritakan " dalam hati Shikin berkata makin menjadi-jadi si Reza Haikal dah bukan gurauan dah ni Shikin pun cepat-cepat tukar topik " Eh dalam bilik awak ni takde jam ke macam dah lama je kita borak kesian Tina tunggu sorang-sorang dalam bilik saya nak naik ke atas la bubur ni makan bagi habis nanti saya datang balik " Shikin pun bagi mangkuk berisi bubur pada Reza Haikal dan cepat-cepat keluar dari bilik pintu di tutup Shikin merasakan satu perasaan aneh pada Reza Haikal seolah bukan Reza yang dia kenal. Shikin pun naik ke atas tingkat 3 dia ingin membersihkan diri dan menunaikan solat setelah Shikin berlalu pergi di dalam bilik Reza Haikal sedang ketawa sendirian riak wajah berubah senyumannya menyeringai hingga meleleh air liurnya" Aku bau anak dara segar kau tak kisah kan aku menyentuhnya " Reza Haikal bercakap sendirian perwatakannya berubah beberapa saat kemudian Reza Haikal berubah karakter muncul satu kabus hitam keluar dari tubuhnya dan berbicara " kau jangan cuba mendekati dia ini bukan masanya kalau kau ingkar dan melawan arahan aku,,,,kau akan binasa ingat nyawa kau di tangan aku sekarang kau masuk semula ke dalam cincin kotak itu " kabus itu hilang dari pandangan Reza Haikal.

TINGKAT 3
Shikin sudah berada di tingkat 3 dia mengetuk pintu bilik lalu masuk ke dalam Shikin terpegun melihat deko bilik tersebut betul-betul macam pusat hiburan ada set mini panggung ada katil saiz besar Shikin melihat Tina berbaring " amboi sedap landing atas katil " Tina mengajak Shikin sertai sekali " Wei Shikin datang sini layan movie dengan aku best tau kat rumah Prof Malik rumah aku mana nak ada semua ni " Shikin menjawab " Tak mau aku duduk dengan kau busuk masam hahahaa " Tina buat muka seposen " Macamana aku nak mandi deiii mak mertua kau tak bagi baju salinan karang aku berkemban tuala terbaring di katil terkejut beruk kau tak pasal-pasal kau ingat aku nak goda kau " Shikin buat muka berkerut geli nak muntah " Eeee kau ni takde maknanya aku tergoda kat kau lamberttt lagi asyik-asyik muka kau je aku pandang " mereka berdua pun ketawa bersama begitu lah mereka ada saja nak bergurau bertekak bersama beberapa minit kemudian kedengaran pintu bilik mereka diketuk Shikin membuka pintu tersebut " Maaf neng bibik mengganggu ni ada baju untuk diganti semua ni baju lama Puan harap neng berdua selesa " Shikin mengambil baju tersebut " Terima kasih bik " Shikin menutup pintu semula " Tina ni baju ganti kau mandi la dulu " Tina pun bangun dan mengambil baju tersebut " Weiii ni baju stail orang kampung lama ni aku pernah tengok kat tv anak dara dulu gemar pakai baju ni tapi Shikin aku tak reti la pakai kain batik ni " Shikin menjawab " Tak mengapa kau mandi dulu nanti aku tolong kau cara pakai kain batik ni " Tina pun menurut. Setelah 20 minit berlalu Tina selesai mandi dia pun memakai baju tersebut dan kain batik pula dililit dengan kemas " Lilit kuat-kuat Shikin risau aku terlondeh karang buta nanti bapak mertua kau " Shikin menjawab " Aishhh kau ni ada-ada saja nak bagi aku gelak percaya kat aku tak kan la nak bagi kau kain terlondeh kau lupa ke aku ni kan anak penjual batik kat Malaysia,,,okay dah siap tengok kat cermin sana kan dah nampak ayu lawa ni hari-hari kat uni berskirt-skirt bagai " Tina membelek dirinya di cermin besar berdekatan meja solek " Shikin cantik duhhh lama aku nak pakai macam ni " Shikin membalas " Dah pakai kain tu ayu-ayu lemah lembut sikit macam anak dara dulu jangan lasak sangat okey lah aku pula nak mandi solat " Tina mengangguk faham. Selesai saja mandi dan memakai pakaian ganti Shikin pun mengerjakan solat sesudah itu Shikin memberitahu Tina dia hendak turun ke bilik Reza Haikal " Tina aku nak pergi tengok keadaan Reza demam dia dah surut belum kau nak ikut aku tak " Tina mengangguk ya di ingin ikut Shikin pun melipat telekung untuk disimpan dan menyarung tudung hitam yang disediakan oleh makcik Sabariah sesudah selesai mereka berdua pun keluar dari bilik dan turun di tingkat 2 sampai di pintu bilik Reza Haikal, Shikin mengetuk pintu "Reza ni saya,,,saya masuk tau bilik awak " Shikin tak dengar Reza Haikal menyahut dia pun masuk Shikin melihat dia meja bersebelahan katil Reza Haikal mangkuk yang berisi bubur habis dimakan manakala Tina hanya memerhati Reza Haikal tempat dia berdiri di pintu bilik Shikin berjalan perlahan agar Reza Haikal tak terjaga lalu mangkuk tersebut diambil untuk dibawa ke dapur namun apabila Shikin ingin keluar menuju pintu Reza Haikal terjaga " Kau nak pergi mana??? " Shikin menoleh " Saya nak turun bawah saya tengok mangkuk bubur ni kosong kut-kut awak lapar lagi saya nak isi semula " Shikin melihat mata Reza Haikal tak berkedip melihat Shikin " Hoii!!! Reza kau tenung apa Shikin lama-lama tu aku cocok karang biji mata kau " terkejut Reza Haikal dibuatnya dengan kelantangan suara kuat Tina " Aku ingat daddy aku ambil maid baru,,,apesal korang pakai macam ni dah macam perempuan zaman kuno " Tina buat muka menyampah dan menjawab " amboi mulut kau suka hati panggil kitaorang ni maid kau sakit-sakit mulut kau boleh tahan juga ye,,,, Hello Mr Playboy mengaku je lah yang kau terpesona tengok Shikin kan aku tahu la stail playboy macam kau ni pandang perempuan cantik " Reza Haikal menahan geram karenah Tina ni betul-betul menguji kesabaran kata-kata Tina itu " Eeeii korang berdua ni dah lah asal jumpa korang asyik nak bertekak mulut,,,kau ni Tina tak kesian ke kat Reza dia kan sakit " Reza Haikal menjelir lidah ke arah Tina sebab kena tegur dengan Shikin " Ni nasib baik Shikin ada sejukkan hati aku tengah panas ni kalau tak kain batik aku pakai ni libas kat muka kau " Reza Haikal acah-acah ketakutan dan mengadu dekat Shikin " Awak tengok kawan awak ni nak pukul kitew " Tina menyampah tengok Reza Haikal tergedik manja begitu " betul la kata bapak kau tu sakit mengada-ngada macam perempuan aku rasa doktor salah check kau agaknya kau ni bukan sakit demam rasanya tapi masalah dalaman kekeliruan jantina hahahaha " pening kepala Shikin melihat perangai mereka berdua " Reza baik awak rehat saya nak turun ke bawah kalau rasa nak makan lagi panggil saja nanti saya datang,,,,Tina jom turun " Reza Haikal berkata " Nanti kau naik balik kan kat sini jangan tinggalkan aku tau kau dah janji " Shikin menjawab " Ya Reza dah rehat tidur " Shikin mengambil mangkuk kosong itu dan meninggalkan bilik tersebut bersama Tina mereka turun menuju ke dapur terlihat bibik dan Puan Sabariah selesai menyiapkan hidangan " Eehh awalnya turun makcik baru ingat nak pergi bilik panggil kamu berdua turun,,,Wahhh cantik betul kamu berdua pakai baju lama baju ni asal baju lama makcik masa muda dulu-dulu tu pakcik kamu boleh sangkut cintan kat makcik ikutkan makcik nak simpan untuk anak makcik kalau dapat anak perempuan sekali keluar seketul si Kal,,,,Reza macamana??? " Tina menggangguk faham patutlah Reza ni manja rapat betul dia dengan makcik Riah Shikin menjawab " Alhamdulillah makcik dia makin sembuh bubur ni pun dia dah habis makan saya suruh dia berehat tidur nanti lepas makan malam saya jenguk lagi" Shikin memberi mangkuk kosong itu dekat bibik "Jom kita ke meja makan " makcik Riah mengajak mereka berdua untuk makan malam Shikin dan Tina turut membantu bibik mengangkat pinggan makanan untuk dihidangkan. Prof Malik yang sudah ada meja makan terlihat Shikin dan Tina nampak berbeza cara pemakaian mereka " Amboi cantiknya kamu berdua ni pakai baju ala kampung teringat pakcik dekat makcik Riah muda-muda dulu ayu, lawa tapi sekarang jarang dah makcik kamu nak pakai tengok kamu berdua macam dah ada anak perempuan kalau tak asyik-asyik muka si Kal je pakcik tengok " Shikin dan Tina ketawa kecil " Baru sat tadi makcik cerita pasai baju ni pakcik dengan makcik ni memang pasangan serasi la " Prof Malik menyuruh mereka berdua duduk " Mummy dah habis ke kerja kat dapur tu mari makan "sesudah semua terhidang mereka pun menjamu selera " sedap masakan makcik ni " Shikin memuji masakan makcik Riah " Kan pakcik dah kata makcik kamu ni memang pro bab masak ni tu yang pakcik sayang tak cari lain dah " makcik Riah rasa segan dipuji suaminya di depan Shikin dan Tina " Abang ni malu la saya puji macam tu depan budak-budak ni " Prof Malik menjawab " Alah bukan orang lain mana tau esok lusa Shikin ni jadi bakal menantu anak kita " tersedak Shikin dibuatnya bila Prof Malik berkata begitu " Abang ni kan Shikin dah tersedak,,, jangan marah ye Shikin pakcik ni bergurau je " Shikin hanya senyum pucat namun dalam hatinya berkata ini bukan gurauan sabar je lah wahai hati Prof Malik kini bertukar topik cerita kali ini bertanya bab Reza Haikal dalam kelas " Macamana Kal dalam kelas pakcik dengar kamu bimbing Kal dalam exam sem ini " Shikin terpaksa berbohong " Alhamdulillah semua okay saya yakin dia boleh buat dan lulus exam " Prof Malik berbalas balik " Bagus lah kalau kamu dah kata macam itu pakcik pun yakin kamu boleh bantu Kal tapi kalau Kal tu ada buat sesuatu buat kamu marah ke apa bagi tahu kat pakcik ya risau pakcik dekat kamu kadang-kadang Kal tu angin perangai tak bertempat lepas tu susahkan kamu pula " Shikin hanya mengiyakan sahaja apa yang dikata Prof Malik. Setelah selesai makan dan berborak Tina membantu makcik Riah mengemas meja dan membantu di dapur manakala Shikin sedang menyediakan bubur serta ubat untuk Reza Haikal makan " Makcik saya dah siapkan semua saya gerak naik atas ya,,,Tina nanti kita jumpa kat bilik tau " Shikin pun naik ke tingkat atas menuju ke bilik Reza Haikal sesudah tiba Shikin masuk ke dalam bilik dan mengejut Reza Haikal untuk makan ubat sebelum makan bubur tersebut " Alahhh makan ubat lagi ke pahit la aku tak mahu " Shikin menjawab " Reza jangan la perangai budak-budak sangat dah nama pun ubat mana ada ubat orang dewasa manis-manis " Reza Haikal berkata " aku boleh telan ubat ni tapi dengan syarat kau suapkan kalau kau tak nak sampai kesudah aku tak mahu makan ubat" Shikin terpaksa akur Shikin meletakan ubat itu di sudu lalu menyuap Reza Haikal dengan perit Reza Haikal menelan ubat itu lalu minum air " Suapkan aku bubur pulak dah lapar ni " Shikin ambil bubur tersebut lalu ditiup perlahan bagi mengurangkan panas bubur tersebut lalu suap ke mulut Reza Haikal pandangan matanya tidak berkedip melihat Shikin didepan mata dan tersenyum sendirian walaupun mulutnya dipenuhi bubur dia terasa bahagia dilayan sebegitu Shikin kehairanan melihat Reza Haikal tersenyum sengih melihatnya " Jangan tengok saya macam tu boleh tak,,,,ni nanti awak dah sihat ada sesuatu saya nak bincang dengan awak tapi bukan sekarang lepas awak dah sihat kita jumpa nanti di uni " Reza Haikal tahu apa yang ingin oleh Shikin. Beberapa minit kemudian Reza Haikal habiskan bubur tidak banyak mereka berbicara " Awak ada nak tambah lagi tak bubur ni " Reza Haikal menggeleng tidak " Tak nak dah aku kenyang kau pergi la naik atas tidur kau mesti penat dulang tu biar situ nanti aku suruh bibik ambil " Shikin mengangguk ya memang dia terasa mengantuk mana tidaknya jam menunjukkan pukul 11 malam sudah Shikin pun bangun dan ingin keluar dari bilik tersebut namun terdengar Reza Haikal menyebut namaya lalu ditoleh ke belakang " Thanks for today Shikin kau jaga aku, suapkan aku makan, layan karenah aku ni aku hargai hope we are not just ordinary friends,,,Good night" Shikin iyakan saja dia kurang dengar ayat yang dikatakan oleh Reza Haikal sebab dia dah terlalu mengantuk " Okay goodnight " Shikin pun menutup pintu bilik Reza Haikal dan naik ke tingkat 3 sesudah sampai dia pun masuk terlihat Tina belum tidur lagi tengah menonton movie " Lama betul kau kat bilik budak manja tu,,, ni nak bagi tahu bakal tunang kau call kau banyak kali tadi aku angkat kata kau dengan Reza Haikal suara dia risau bebenor kat kau entah-entah cemburu kut hihihihi " Shikin pun mengambil telefonnya banyak misscall dari Afiq Zafran lalu Shikin pun menekan butang dail semula " Hello Assalammualaikum awak sorry ye ganggu saya minta maaf tak angkat panggilan awak tadi saya ada dengan Reza " Afiq Zafran menjawab "Walaikummusalam tak mengapa awak asalkan awak call saya balik dah lega saya rasa awak okay tak kat sana? Reza ada buat apa-apa tak kat awak kacau awk ke? usik awak ke? " Shikin ketawa kecil " Saya kat sini okay je awak jangan risau tau and terima kasih ambil berat pasal saya,,, Zafran saya mengantuk dah ni esok saya gerak balik rumah dan lagi satu saya esok kelas petang je tau nanti kita jumpa kat uni " Afiq Zafran menjawab " ohh yeke tak dapat la kita berjumpa saya ada kelas pagi sahaja hmmm kerinduan la saya nanti tak dapat jumpa awak nanti,,,awak sebelum tidur baca doa tau nanti saya send zikir awak tidur nanti pakai fon telinga zikir ni dapat awak tidur lena tanpa sebarang gangguan,,,okaylah awak saya dah mengantuk juga ni selamat malam sayang sweet dream Assalamualaikum " Shikin menjawab salam Zafran dan mematikan panggilan dia terkaku seketika apa dia tak salah dengar Afiq Zafran panggil dia sayang tiba-tiba jantung berdegup kencang " Ya Allah adakah ini cinta aduhhh jantung jangan la berdegup laju sangat " Shikin seolah nak menjerit juga disitu mukanya terasa panas dia mengipas mukanya Tina yang melihat Shikin sedemikian dan bertanya " Kau dah kenapa kibas muka tu aku dah pasang air cond punya kuat dah ni " Shikin memandang Tina " Tina jantung aku berdegup laju sekarang ni " Tina bertanya kenapa " Zafran panggil aku sayang " Tina buat muka seposen " So what?? " Shikin menjawab " Aku rasa lain macam " Tina membalas " Lain macam apanya kau tu kena kejutan cinta kau kan sebelum ni takde pakwe lain la aku ni hari-hari Jason panggil aku sayang lagipun kau dengan dia nak bertunang bila lagi korang nak bercinta " Shikin membalas "belum tunang lagi okay bakal tunang dah lah aku nak tidur selamat malam jangan tidur lambat kau tu nak drive esok pagi" Tina berkata "Okay Boss"......

Kepada pembaca yang suka novel sis ini sis minta maaf ambil masa yang terlalu lama untuk post bab yang baru banyak dugaan dan cabaran untuk mencari idea yang baru. terima kasih yang sabar menanti jangan lupa komen kalau tak suka pun boleh komen sis akan perbaiki, bagi star dan share.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience