BAB 22

Mystery & Detective Series 13437

TAHUN 2020 ( PORT DICKSON )

"Biy,,,jom lah kita balik dah nak malam lagipun saya dah lapar " Shikin melihat kekasihnya sambil menunjukkan reaksi muka comel " Alololo buat muka comel macam tu minta belanja la kan,,,ingatkan baby manja ni belanja sebab dapat untung syarikat beriban siap tuan syarikat tu kenyit-kenyit mata kat baby manja kita ni,,,,kalau aku nampak dia kat mana-mana aku korek biji mata tu sampai buta" Shikin mengeluh ni dah masuk orang yang kelima teman lelakinya cemburu setiap kali ada meeting dengan klien yang muda alah macam pelakon ala-ala korea jadi pemilik syarikat. Teman lelakinya merupakan CEO syarikat yang dahulunya hanya sekadar jadi student praktikal namun apabila melihat pontensi dan kemajuan syarikat semakin berjaya malah memberi keuntungan dia terus diambil bekerja hingga sekarang menjadi CEO muda. Justeru itu Shikin dan teman lelakinya sering berjumpa kerana mereka dibawah hasil kerjasama Datuk Said dan company teman lelakinya. Setiap kali ada meeting dengan klien mereka sentiasa bersama sebab itulah kekasihnya selalu cemburu terutama dapat klien lelaki yang muda-muda" Eeeiii tadi baru je bagi ayat-ayat sweet ni cemburu pulak,,,,,biy saya sayang awak sorang je buat apa saya pandang orang lain sedangkan teman lelaki ni dah cukup handsome macam penyanyi bts saya minat tu Park Jimin " teman lelaki nya menjawab " Cehhh tak habis-habis jantan korea tu,,,,kau pergilah couple dengan dia " Shikin tahu kekasihnya tu pura-pura merajuk Shikin pun acah-acah malas nak layan "Dah lah tak payah merajuk wahai Encik Reza Haikal Bin Malik saya tak nak pujuk " Shikin pun meninggalkan Reza Haikal di pantai. Melihat keadaan sebegitu cepat-cepat Reza Haikal bangun mengejar Shikin dan meraih tangannya Shikin yang terkejut tangan ditarik kini dalam dakapan Reza Haikal mata mereka menatap antara satu sama lain " Sorry buat baby manja sedih,,,cakap je nak apa yang baby manja nak tanda maaf dari biy " muka Shikin mula memerah ada-ada saja Reza Haikal makin hari makin mahu gugur jantung ini,,,itulah membuatkan Shikin makin jatuh cinta pada Reza Haikal. Yaa itulah Reza Haikal kini berjaya membuatkan gadis bernama Shikin menjadi kekasih hati akhirnya dapat dimiliki. Sejak terjadinya kemalangan tersebut semuanya telah berubah,,,,apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Shikin dan Afiq Zafran pada malam itu?????

MALAM DI RESTORAN
Mereka berdua kini berada di restoran yang telah ditempah khas " Wauuu romantiknya biy kita ni " Reza Haikal tersenyum melihat gelagat Shikin " Of course lah untuk baby manja,,,,order lah nak makan apa pilih je biy belanja makan sepuasnya tau jangan order sikit-sikit biy tak nak bayar " Shikin menjawab " Hisshhh order banyak-banyak sapa nak habiskan,,,,biy saja kan nak bagi saya gemuk lepas tu cari perempuan lain " Reza Haikal ketawa kecil " Kelakar lah baby manja ni,,,,biy sayang baby manja sorang je tak kisah lah baby manja ni gemuk sekali pun biy janji tak akan cari perempuan lain,,,,dah-dah jum makan nanti kita sampai rumah lambat mak baby marah " Shikin melihat Reza Haikal seperti sedikit sedih apabila menyebut tentang Datin Aisyah. Sepanjang mereka menjadi pasangan kekasih Datin Aisyah tak berkenan dengan Reza Haikal namun terpaksa diterima kerana memikirkan persahabatan Datuk Said dan Prof Malik. Selesai makan Shikin mendapat panggilan dari Datin Aisyah dan dia pun mengangkat panggilan tersebut

ON CALL

SHIKIN : Hello assalamualaikum,,,ye mak kenapa call?

DATIN AISHAH : Waalaikumussalam,,,,ni kamu kat mana?,,,,nak balik pukul berapa? Mak telefon ni nak bagitahu yang Adi dengan Lia ada kat rumah,,,,Lia ni haa menangis tanya kamu kat mana,,,,mak dah pujuk tak nak diam jugak,,,,balik cepat ye kesian Lia ni

SHIKIN : Adi dengan Lia ada kat rumah ( jawab dengan excited) ok ok Shikin on the way balik,,,mak bagi phone kat Lia nak cakap dengan dia.

Datin Aisyah memanggil Lia yang masih menangis di sofa " Lia sini datang dekat Tok Ma nak cakap dengan Mak Ngah tak " dengan berlari terkedek-kedek Lia ke Datin Aisyah lalu mengambil telefon tersebut

LIA : elluuu mak ngah kat aner alik apat Lia windu

SHIKIN : alololo Lia jangan nangis nanti mak ngah balik ye,,,,janji dengan mak ngah jangan nangis lagi kalau Lia janji nanti mak ngah sampai rumah bagi hadiah n candy banyak-banyak

LIA : okay mak ngah (jawabnya dengan gembira apabila mendengar candy)

Lia pun memberi semula telefon kepada Datin Aisyah

Datin Aisyah : Oklah mak off phone balik hati-hati ye...assalamualaikum

Shikin : Baik mak Waalaikumussalam

Shikin menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan " Biy,,,mak call tadi suruh kita balik cepat ada Adi dengan Lia kat rumah,,,Biy belum jumpa lagi kan dengan diorang " Reza Haikal menjawab " Boleh je saya pun lama tak jumpa budak-budak tu sebab time diorang bayi masa tu biy kan pergi China urusan kerja nanti kita singgah mana-mana kedai beli hadiah untuk diorang okay " Shikin tersenyum gembira. Setelah selesai makan mereka menuju ke parking kereta dan membeli hadiah di kedai yang berdekatan

RUMAH SHIKIN
Setelah sejam setengah menempuhi perjalanan mereka pun sampai di rumah Shikin. Reza Haikal memarkir kereta di hadapan rumah dan membantu Shikin membawa barang-barang yang dibeli oleh mereka berdua. Shikin pun beri salam dan menekan loceng rumah " Assalamualaikum ". Kedengaran pintu dibuka Datin Aisyah " Lamanya sampai rumah nasib baik Lia dengan Adi tak tidur depa dok tengok kartun,,,,," Adi!!!Lia!!! mai sini Makngah dah balik,,,,,,mana Reza? " Adi dan Lia mendengar nama mereka dipanggil vepat-cepat berlari ke arah pintu utama lalu menjerit kegirangan melihat Shikin "Makngah!!!" Shikin pun memeluk anak-anak buah kesayangannya "Aaahhhh rindunya Adi dengan Lia dah tembam-tembam semua" ketika Shikin memeluk mereka kedengaran suara yang menyapa Shikin " Tengoklah mana tak tembam tengok makngah depa dua kali lima " Shikin yang mendengar itu lalu melihat belakang Datin Aisyah " Eeiiiii Abang Riz nak kena belasah dengan Shikin niii " Abang Riz ketawa " Mak tengok anak manja mak ni dah besaq gajah perangai macam budak hahahaaa,,,ni Reza mana??? " Shikin melihat belakangnya ternyata Reza Haikal tiada " Aiikk lama benar ambil barang????Kejap Shikin pi panggil" Shikin pun pergi melihat kekasihnya ternyata masih didalam kereta" Biy kenapa lama sangat dalam kereta Mak dengan Abang Riz dah tunggu tu" Reza Haikal pun berjawab " Biy tiber rasa nervous nak jumpa mak " Shikin ketawa terkekeh " Aiikk sejak bila jadi macam ni mana si Reza Haikal yang berani tu,,,,alahhh biy jangan risau saya kan ada,,,,dah-dah jom masuk " Shikin dan Reza Haikal pun keluar dari kereta dan mengambil barang-barang dibeli. Mereka berdua pun menuju ke pintu utama dan menyapa Datin Aisyah serta menyalam Abang Riz " Apa khabar makcik,,,Abang Riz " Datin Aisyah hanya mengangguk sahaja tanpa sebarang perkataan manakala Abang Riz membalas ucapan Reza Haikal " Abang Riz sihat alhamdulillah,,,,,Adi,,,Lia salam Abang Reza " Reza Haikal melihat mereka dan senyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Adi pun bersalam akan tetapi bukan Lia dia bersembunyi di belakang Abang Riz " Lia kenapa ni?? pergi la salam Abang Reza tu " Lia mengeleng kepalanya menandakan tak nak malah ketakutan " tak nak antu antu,,,,abah ade antu adek akut " Abang Riz pun mendukung Lia. Namun begitu Lia tetap tak memandang Reza Haikal malah memeluk Abang Riz dengan erat serta suara nangis merengek Lia " Maaf ye Reza rasanya Lia ni dah mengantuk tu dok buat drama manja Abang Riz pi bawa Lia tidoq,,,,,Adi jom masuk tidoq satgi mama hang bising habislah abah nanti tidoq lewat,,,,mak saya masuk bilik dulu selamat malam semua " Shikin pun mendekati Lia dan Adi mencium pipi mereka " Candy Lia dengan Adi ni makngah simpan dalam peti ais naa esok boleh makan ". Shikin melihat Abang Riz berlalu pergi dan beralih pandangan ke arah Reza Haikal manakala Datin Aisyah berlalu pergi dengan riak wajah marah ke arah Reza Haikal. Shikin mengeluh dia tak faham kenapa Datin Aisyah sahaja tidak boleh menerima kekasihnya." Biy maaf ye pasal Lia tu tak pernah pulak dia merengek macam tu bila jumpa orang baru and terima kasih spend time masa bersama saya happy sangat,,,pasal mak biy jangan terasa hati ye saya akan cuba pujuk sampai mak saya boleh terima awak dalam family saya " Reza Haikal memegang kedua-dua tangan Shikin dan menjawab " its okay sayang,,,biy faham kita slow-slow ok cuba pujuk mak lagipun kita kan tak lama lagi nak bertunang lepas tu kahwin boleh lah biy tak sabar nak terkam sayang " Shikin pun melepaskan genggaman dan mencubit bahu Reza Haikal " Awww sakitlah sayang " Shikin menjawab " Biy tu gatai sangat otak kuning,,,,dah-dah balik Isnin nanti kita jumpa dekat office " Reza Haikal pura-pura merajuk dan memuncungkan mulut " Sampai hati halau biy,,,oklah biy balik "ketika Reza Haikal hendak melangkah pergi namun dia berpaling semula setelah Shikin mengatakan sesuatu " I Love You " Reza Haikal mendengar perkataan itu terus tersenyum dan membalas " I Love You too baby manja ". Reza Haikal pun berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah Shikin. Setelah Reza Haikal pergi Shikin menutup pintu utama dan hendak menuju ke dapur untuk menyimpan candy yang dibelinya di dalam peti ais. Di dapur terlihat Datin Aisyah sedang minum air " Aiikk mak??? ingatkan dah pi bilik tidoq dok buat pa lagi kat dapur ni " Datin Aisyah meletakkan gelas dalam sinki dan mula berbicara " Mak tak suka hang dengan Reza berpegangan tangan macam itu,,,,ingat Shikin hang dengan dia tak dak ikatan apa- apa jaga batas pergaulan dan lagi satu mak tengok hang dah tak macam dulu sejak bercinta dengan Reza semua berubah penampilan hang perangai hang " Shikin mengeluh kasar " Mak boleh tak kita jangan cakap hal ni lagi Shikin penat hari-hari dok ulang benda sama,,,apalagi yang mak tak puas hati dengan Reza tu dia lelaki yang baik,,,apa mak dah lupa ke jasa pengorbanan dia yang jaga Shikin sakit kat hospital,,,dahlah mak Shikin penat n malas nak gaduh sekarang ni nak naik atas tidur " Datin Aisyah merasa tidak puas hati " Tengoklah diri tu dah pandai sekarang melawan cakap mak ni mesti dari budak kurang ajar tu kan dulu Shikin tak pernah lawan n bantah kata-kata mak,,,,tengok hang sekarang pakai baju ketat terdedah aurat rambut kalau lah Zafran masih hidup hang tak akan jadi macam ni " dengar kata-kata sebegitu kemarahan Shikin tak boleh dikawal "Sudah!!!! tak habis-habis kau sebut nama Zafran dia tu siapa apa dia hebat sangat ke dia sampai kau agung-agung kan dia,,,,Aku tetap dengan pendirian Aku pilih Reza tu kekasih Aku sampai kami sah berkahwin kau tak boleh pisahkan kami dan halang kami nak buat apa-apa pun faham!!!! " mendengar suara Shikin yang kuat dari dapur Datuk Said dan Abang Riz keluar dari bilik dan turun manakala Kak Lydia sedang berehat di bilik kerana tak beberapa sihat. Mereka berdua pun menuju ke dapur Datuk Said melihat Shikin dengan muka kemerahan melepaskan kemarahan " Apa dah jadi Ayang " melihat Datin Aisyah menangis " Abang tengok Shikin ni dia marah saya padahal saya cakap elok-elok ja " Datuk Said memandang Shikin yang masih riak wajah marah memandang tajam ke arah Datin Aisyah " Riz,,,ayah rasa Shikin kerasukan cepat ambil bungkusan beg kecil tu dekat almari ruang tamu " dengan pantas Abang Riz berlari mengambil barang tersebut " Shikin dengar tak suara ayah ni beristighfar ingat Allah " Shikin memandang Datuk Said dengan mata terbeliak dan senyuman menakutkan " Kau jangan nak ajar dia menyebut perkataan itu aku tak suka,,,,hentikan apa yang kau baca di dalam fikiran kau " Abang Riz pun menyerahkan uncang kecil berisi garam dan lada hitam " Jauh kan itu dari aku!!!! " Datuk Said pun menggenggam isi uncang tersebut dan melempar ke arah Shikin dan mengelupur di lantai " Aaarrgghhh panas!!!! " Datuk Said menyuruh Abang Riz memegang Shikin sedang menahan kepanasan " Ayang ambil air " Datin Aisyah pun menurut arahan Datuk Said. Datuk Said mencapai gelas yang berisi air lalu dicampurkan garam dan lada hitam lalu di renjis serta menyapu di muka Shikin pun pengsan " Riz angkat Shikin bawa masuk bilik. Abang Riz pun membawa Shikin masuk dalam bilik dan membaringkannya di katil Datin Aisyah mengikuti Abang Riz dari belakang " Ni semua salah mak Riz,,,,mak tak patut sebut nama Zafran dekat dia lagipun mak tak suka sikap Reza tengoklah Shikin sekarang tak macam dulu " Abang Riz menenangkan Datin Aisyah " Ni bukan salah mak ini ujian dari Allah untuk uji kita sekeluarga,,,mak ingatkan pesan diorang supaya bersabar diorang tengah berusaha untuk pulihkan Shikin dan ingat pegang janji Zafran jangan kerap menyebut nama dia depan Shikin,,,,Zafran akan kembali untuk mengambil Shikin semula,,,,kita semua perlu berdoa dan memohon pada Allah agar semua dugaan ni berakhir " Datin Aisyah menangguk semarah-marah Datin Aisyah pada Shikin dia tetap sayang kerana ikatan ibu dan anak tidak pernah putus sepanjang hayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience