IBU PEJABAT POLIS (PAGI)
Genap sudah dua bulan hasil pencarian Fasha dan rakan-rakannya berjaya dijumpai oleh orang kampung di sebuah rumah kayu terbiar terletak di hutan pendalaman saksi yang menjumpai mayat mereka melalui anjing peliharaannya ketika hendak memburu ayam hutan akan tetapi mayat mereka hanya tinggal tulang cuma mayat Fasha boleh di cam melalui hasil helaian rambut pada tengkorak Abang Riz cuba menyelesai secepat yang mungkin kerana keluarga Fasha mendesak pihak atasan yang menjadi mangsa orang bawahan terpaksa bekerja keras tanpa henti. Abang Riz siang malam berusaha keras untuk menyelesaikan kes tersebut dia kini ada berada di pejabat meneliti kes tersebut " Ya Allah permudahkan lah untukku selesai kan kes ni " kedengaran pintu diketuk " Masuk " rakan sekerja Abang Riz " Riz jom pi makan tengahari pekena nasi kandaq ka " Abang Riz menjawab " Hang pi makan sorang aku buzy " rakan sekerja Abang Riz menarik kerusi dan memandang Abang Riz kesian melihat Abang Riz siang malam sibuk dengan kes itu " Riz hang tak penat ka aku dok tengok hang siang malam pulun pasai kes ni muka hang aku tengok dah macam hantu zombie hang pi la bercuti kes ni serahkan kat aku buat sementara hang pi ambil cuti rehatkan diri dalam dua tiga hari spend time dengan marka hang ka,,,ehhh bukan ka minggu depan hari jadi adik hang tak apply cuti marka hang dah minta cuti awai " dengar saja hari jadi Shikin dia melihat kalender Abang Riz menepuk dahi " Ya lah minggu depan birthday adik aku awat la aku boleh lupa nasib baik hang ada ingatkan aku takpa minggu ni aku settle mana yang patut hal kes ni sebelum cuti aku bagi semua file maklumat dekat hang terima kasih tau hang la penyelamat aku ". Rakan sekerja Abang Riz melihat file tersebut sebelum hendak keluar makan " Makin berat kes kali ni hang punya marka pun aku dah tengok siasatan Lydia buat cara depa mati sama dengan perempuan pelacur atasan cuma lokasi lain tempat macam-macam penjenayah ni bunuh orang takda belas kasihan yang peliknya semua kata sebab binatang buas mai mana serigala tu hairan aku" Abang Riz menjawab " Tu lah aku sendiri tak percaya Mary ada mai office hari tu aku terkejut dengan keputusan DNA memang darah yang ada kat gudang tu darah haiwan kesemua mangsa pula hilang aku sampai ja tengok adik aku dah terbaring pengsan aku rasa penjenayah kali ni bukan biasa-biasa " kawan sekerja Abang Riz mengangguk faham.
UITM (PAGI)
Shikin, Afi, Shakira, Fiona dan Tina sedang berbual kosong sementara menunggu pensyarah masuk " Korang minggu depan aku buat majlis sambut birthday jangan lupa datang tau nak bawa parent masing-masing pun boleh lagi ramai makin meriah " mereka semua mengangguk kecuali Shakira menggeleng tidak " kau kenapa Shakira geleng kepala " Shakira menjawab " kau terlupa sorang lagi kau tak jemput " Shikin bertanya siapa yang belum dijemput yang lain tiba-tiba tersenyum sengih baru ingat siapa yang dimaksudkan itu " Cuba kau toleh belakang " Shikin mengikuti arahan Shakira dia menoleh ternyata Reza Haikal berada di belakangnya curi-curi dengar " Good morning girls" Shikin sedikit terkejut "Sejak bila awak ada kat belakang saya ni bukan nak bagi salam,,,awak buat apa datang sini" Reza Haikal menjawab " Saja datang tengok kau " yang lain semua senyum sengih sesama mereka " Wuuuu korang ni ada apa-apa ke" Afi sengaja nak mengusik Shikin " Aip aip Afi jangan nak memandai okay kita orang kawan je la " Reza Haikal senyum sinis " kau ni Afi aku dengan Shikin kawan je kalau aku nak awek sekali pun aku tak kan pilih dia taste aku kan perempuan yang sepadan dengan aku mesti seksi cun kaki panjang Shikin ni dah lah pendek kurang tumbesaran,,,korang habis kelas nanti jom lepak pergi makan mc donald aku belanja" yang semua gembira kecuali Shikin hanya senyum hambar entah kenapa dia terasa hati bila Reza Haikal berkata begitu. Beberapa minit kemudian Sir Khairul Sufian masuk " Okay kelas hari ni kita buat aktiviti berpasangan yang lain boleh cari pasangan masing-masing kecuali Shikin dengan Reza Haikal datang jumpa saya" setelah yang lain dah ada pasangan dan duduk ditempatkan oleh lecture dan mengerjakan tugasan yang diberi Shikin dan Reza Haikal bangun dari tempat duduk mereka menuju ke arah lecture mereka " Saya nak kamu berdua jadi pasangan asingment sepanjang sem ni Shikin saya nak awak bimbing Reza Haikal ni dapatkan gred yang terbaik macam awak saya puas hati dengan prestasi awak Shikin saya yakin awak akan berjaya di luar kelak menjadi usahawan dan mewarisi perniagaan keluarga awak " Shikin mengucap terima kasih mata Sir Khairul Sufian beralih memandang Reza Haikal " Kau Reza aku cukup tak suka orang yang gagal dalam kelas aku ni kalau ikutkan aku nak je gagalkan kau sem ni repeat balik tapi bila mengenangkan Prof Malik tu pensyarah terbaik dan bapa kau disini aku beri kau kesempatan kali kedua kalau kau gagal aku tak boleh nak pertimbangan lagi so guna peluang ini sebaik-baiknya " mereka berdua mengangguk faham " Okay balik ke tempat duduk siapkan tugasan saya bagi " Shikin dan Reza Haikal kembali ke tempat mereka. Dua jam kelas berlalu mereka semua menaiki kereta masing-masing menuju ke Mall yang tidak jauh dari uni sesudah sampai mereka memesan makanan masing-masing Shikin dan Shakira memilih tempat " Shakira nampaknya kena dua meja mana muat ni kita dah lah enam orang " Shakira menjawab " Apa susah kau duduk berdua dengan Reza tu boleh la korang berdating lagipun kau je yang single yang lain dah ada berpunya " Shikin mengeluh berat " Yelah yelah " Shikin terpaksa duduk dengan Reza Haikal sedangkan dia masih sakit hati tapi entah kenapa pada dirinya rasa perasaan tersebut. Setelah pesanan siap mereka pun menjamu selera Shikin hanya diam menyepi bersama Reza Haikal kawan-kawan perempuannya rancak berborak gelak tawa " Kau apasal hari ni diam je selalunya kau dengan aku tak berhenti sembang ke kau lapar lagi tak cukup aku pergi order " Shikin hanya menggeleng tidak " Habis tu kau tak sihat ke nak aku belikan panadol " Shikin menggeleng tidak juga Reza Haikal mengaru kepalanya dan berbicara dalam hati " Aduh dah kenapa dia ni aku tanya semua jawab tak complicated la nak faham perempuan" setelah puas fikir dia teringat pasal perbualan dalam kelas Reza Haikal tersenyum sendirian " Mesti dia cemburu ni apa yang aku cakap " bicara dalam hati Shikin memandang Reza Haikal kehairanan "Dah kenapa mamat ni senyum sorang-sorang biul ke " Shikin menegur " Dah kenapa senyum sengih saya tak buat lawak pun " Reza Haikal merenung Shikin " Aku tahu kenapa kau senyap je dari tadi kau terasa hati kan apa yang aku cakap dalam kelas kau sebenarnya suka kat aku sebab tu kau cemburu pasal ciri-ciri perempuan yang aku nak " Shikin jawab dengan bersahaja padahal dalam hati sudah mengelabah " Mana ada memandainya awak alah lagipun kita kawan je kan saya sedar diri tak cantik tak cun meletup gitu " Reza Haikal tidak menjawab hanya senyum saja " Ni minggu depan jangan lupa datang majlis birthday saya bawa sekali parent awak " tiba-tiba riak wajah Reza Haikal berubah tadi senyum ni serius semacam " Aku dah kenyang aku nak pergi basuh tangan kejap "Reza Haikal pun bangun dan menuju ke tempat membasuh tangan Shikin melihat makanan Reza Haikal masih lagi tersisa " Aduuhh aku ada salah cakap ke " bicara Shikin dalam hati.
RUMAH SHIKIN (PETANG)
Shikin sampai di depan pintu dia terlihat ada kasut berkemungkinan ada tetamu yang datang " Assalammualaikum mak,,,Shikin dah balik ni " Datin Aisyah memanggil Shikin datang ke ruang tamu " Ni mak dekat ruang tamu Shikin mai sini kejap " Shikin ke ruang tamu terlihat seseorang yang dikenalinya "Ehh Prof Malik " Prof Malik memandang Shikin " La kamu ni anak Said rupanya,,,Said budak yang aku cerita tu ni lah orangnya tolong aku masa aku sakit dekat parking dia dengan kawan sorang lagi kalau takda diorang ni entah apa lah jadi kat aku mungkin dah arwah " Prof Malik merupakan sahabat baik kepada Datuk Said mereka kebetulan terjumpa di universiti lalu menjemput datang ke rumah bercerita kisah zaman muda mereka yang telah lama terpisah Shikin duduk disebelah Datin Aisyah " Tengoklah ikut perangai siapa " kata Datuk Said, Prof Malik ketawa saja " Shikin kalau kamu nak tahu Prof Malik ni kawan universiti ayah dulu cuma lama dah tak contact Prof Malik habis graduate terus pergi Jepun entah-entah dapat bini orang Jepun agaknya,,,ayah terjumpa dengan Prof Malik ni masa nak ke uni kamu lecture Sir Khairul panggil ayah bincang pasal keputusan kenapa tak bagi tahu ayah pasal kamu dapat gred tinggi dalam kelas kamu ni suka berahsia " Shikin menjawab " Sorry la ayah Shikin buzy sangat lupa nak cakap " Prof Malik bersuara " Hmmm sama macam ayah kamu juga masa dekat uni dapat gred tinggi buat-buat senyap bila pakcik tanya cukup-cukup makan la tak dekan la hahahaha,,, pakcik dengar kamu bantu Kal dalam pelajaran tingkatkan prestasi gred anak pakcik tu pandai cuma itulah pakcik kesalkan sikap dia terpengaruh dengan sosial sekarang pakcik harap kamu bantu dan bimbing dia lulus dalam pelajaran " Datin Said bertanya pada Prof Malik siapa Kal itu " Ohh lupa aku nak bagitau kita asyik sembang pasal anak kau Kal tu sebenarnya anak lelaki aku Reza Haikal satu kelas dengan anak kau lepas aku habis graduate tu parent aku dah jodoh kan aku dengan anak kawan ibu aku lepas tu aku dapat tawaran belajar di Jepun anak bini aku tinggal kat Malaysia Kal aku bawa dia pergi Jepun selepas dia tamat SPM aku ingat nak Kal sambung study kat situ tapi tu lah akibat salah pilih kawan silap aku juga gagal jadi parent yang baik buat anak aku sebab tu aku pulang Malaysia jadi pensyarah dekat uni tu dan harap Kal berubah pada mulanya perangai Kal sama je dekat Jepun tu tapi sejak sebulan dua ni dia tak buat dah macam dulu balik rumah tak lewat pagi tak mabuk n selalu ada dekat meja makan sebab selalu aku dengan bini aku je,,,,Shikin nak tahu Kal selalu cerita pasal kamu di meja makan pakcik nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada kamu sebab dah ubah sikap Kal,,,,Said aku suka dekat anak kau ni aku nak jadikan dia menantu aku kita pun boleh la berbesan " Shikin hanya senyum saja padahal dalam hati tak nak jadi menantu Prof Malik dah lah Reza Haikal tu memilih pandai dia mention nama Shikin dekat parent dia sedangkan anak dia tu dah lah playboy dok berkepit perempuan sana-sini dekat uni tu Datuk Said menjawab " Amboi Malik lajunya nak merisik anak aku Insyallah kalau ada jodoh berbesan lah kita buat sekarang ni anak aku muda lagi biarlah lepas dia habis belajar lagipun anak aku ni apa pun tak pandai lagi buat kerja rumah tak reti hari cuti asyik layan drama korea je " Datuk Said sengaja nak mengusik Shikin " Eeee ayah ni malu la bagitau kat orang " Shikin acah-acah muka masam Prof Malik ketawa melihat gelagat mereka " Alah ayah bergurau je tu takpa belajar sikit-sikit pakcik faham dulu-dulu masa pakcik dengan bini makcik kahwin muda kelam kabut lama-lama nanti pandai la nak handle " Shikin menjemput Prof Malik datang majlis haru jadi minggu depan dah alang-alang datang.
RUMAH SEWA (PETANG)
Afiq Zafran tiba dirumah sewanya setelah selesai kelas untuk hari ini " Assalammualaikum " Afiq Zafran masuk ke dalam rumah dan terus sandar di sofa kerana keletihan banyak urusan assigment yang perlu disiapkan sebelum cuti semester Aiman yang berada di dapur membawa dua gelas air sejuk lalu diberikan pada Afiq Zafran "Walaikummusalam lambat kau balik hari ni lecture bagi lagi ke tugasan " Afiq Zafran menjawab ya " Aduhh bertambah demam lagi la aku hari ni punya sakit pun tak hilang lagi Zaf thanks tau hantar tugasan aku tu harap lecture terima la kerja aku tu ehhh kau dah hantar ke borang sambung belajar dekat Jeddah tu " Afiq Zafran mengangguk ya " Sudah kau punya permohonan pun aku dah hantar harap-harap kita berdua terpilih la ye sambung belajar dekat sana " Aiman bertanya pasal Shikin " Zaf pasal kau mohon sambung belajar dekat Jeddah dia tahu tak " Afiq Zafran menjawab " Amin,,,Dia tak tahu lagi aku ingat nak bagi tahu masa majlis hari jadi dia nanti aku dah buat keputusan dan aku pun dah habis fikir tentang hal ni and aku pun dah buat solat istikharah aku nak lamar dia jadi isteri aku yang sah aku tahu sekarang ni usia muda lagi banyak pekara yang belum dicapai tapi aku memang tekad nak ambil dia jadi isteri aku lagipun kakak dan abang aku setuju aku nak kahwin muda Insyallah aku akan jaga dia sepenuh nyawa aku " Aiman menepuk bahu Afiq Zafran " Bro kau memang lelaki gentleman aku kagum dengan sikap kau aku doakan semoga kau berjaya dan menjadi suami yang terbaik untuk bakal isteri kau nanti chayokk " Mereka berdua ketawa bersama. Setelah selesai bersihkan diri Afiq Zafran ke arah meja belajarnya lalu mengambil hadiah yang sepatutnya diberi kepada Shikin semasa hari karnival tersebut lalu dia tersenyum memegang bungkusan itu " Saya harap awak sudi menjadi bidadari syurga untuk saya didunia dan akhirat saya akan menyintai awak hingga hujung nafas kita " bicara Afiq Zafran sendirian dia yakin Shikin memang jodoh buatnya setiap kali solat Isyak Afiq Zafran akan melakukan solat istikharah bukan sahaja untuk pemilihan jodoh dan cinta malah setiap kali ada masalah dalam membuat keputusan dia akan melakukannya cuma kali ini dia sudah niat dalam hati untuk membuat keputusan dalam perkahwinan kerana dia tidak pernah rasa hubungan cinta itu kuat apabila Afiq Zafran bersama Shikin setiap malam Afiq Zafran selalu bermimpi Shikin hadir dalam mimpinya itu membuatkan dia mengambil keputusan itu.
Kepada pembaca yang suka novel sis ini sis minta maaf ye baru hari ni post bab yang baru sebab ada masalah dengan tablet n kena repair. Terima kasih kepada pembaca sudi sabar menunggu chapter yang baru. Jangan lupa komen jika ada salah dan silap sis akan perbaiki dan bagi star ye.
Share this novel