MENGIMBAU MASA LALU
TAHUN 2016 ( HARI PENDAFTARAN)
UITM SHAH ALAM
" Tina tengok ramainya orang daftar hari ni harap tak sesak la nak masuk dalam dewan tu " Shikin menjadi risau tengok ramai bakal pelajar beratur panjang untuk pendaftaran " Beb aku tengah fokus cari parking ni aduhhh macam penuh je ni semua jalan jem tadi la ni keluar awal dah tapi sampai lambat " Tina mengeluh naik lenguh dah kaki drive kereta. Setelah dapat parking mereka pun keluar dari kereta " Tina kau dah cukup ke semua dokumen check dulu karang ada yang tertinggal " Tina mengeluh lagi " Aduhh beb banyak kali dah kau ingatkan aku dari semalam lagi aku dah buat apa yang kau suruh tu jangan risau kau tu rilek la tau la excited nak jadi student kat sini" Tina tersenyum gembira sebenarnya dia pun teruja dapat juga study dekat universiti yang dia suka. Shikin dan Tina pun memasuki dewan setelah sejam mereka beratur berpanas peluh berada di luar akhirnya dapat juga merasai penghawa dingin " Selamat datang ke UITM junior-junior semua saya Suhaimi Irfan senior MPP khas pelajar bakal membimbing junior-junior semua untuk orientasi nanti setiap course ada presiden senior MPP masing-masing akan membantu junior-junior membuat lawatan ke sekeliling uni yang dimana boleh lalu dan tempat larangan so sekian dari saya hope u all happy belajar di uni ini " setelah selesai pengumuman dari senior Shikin dan Tina pun mendaftar di kaunter pendaftaran kemasukkan pelajar beberapa minit kemudian dalam dewan itu kecoh kedengaran teriakan perempuan bersorak Shikin dan Tina melihat aksi perempuan-perempuan yang berkumpul tu terjerit-jerit bagai " Beb kenapa dengan diorang tu kena rasuk pontianak ke duk jerit-jerit gedik macam ulat bulu buat malu kaum anak-anak dara sedunia macam gitu " Tina berasa menyampah " Alah biar le jum pergi makan lapaq dah ni " Tina mengangguk setuju pergi makan lagi bagus perutnya pun dah berbunyi mereka pun meninggalkan dewan esok baru start sesi orientasi belum sampai parking " Tina aku nak pergi toilet kejap tadi takde rasa lah pulak pergi toilet " Shikin ingin ke tandas " Kau nak aku teman tak " Shikin menggeleng tidak " Tak payah la teman aku okey pergi sorang okey lah aku tak tahan dah ni " Tina bertanya lagi " Kau tau tak toilet kat mana???" Shikin menjawab " Pandai-pandai lah aku cari aku tanya sesiapa nanti tunggu tau " " Hmmm yelah aku tunggu dalam kereta ni ". Shikin berlalu pergi rasanya dia perasan papan tanda menujukkan laluan tandas tak jauh dari dewan Shikin pun berjalan ke arah tersebut akhirnya jumpa tandas Shikin pun masuk setelah beberapa minit selesai Shikin pun membasuh tangan " Sayanggggg " Shikin terkejut terdengar di telinganya memanggil sayang Shikin berzikir dalam hati supaya tenang lalu membetulkan tudung Shikin melihat di cermin susuk tubuh hitam berdiri di belakangnya Shikin pun menoleh tiada sesiapa pun Shikin merasakan sesuatu aneh cepat-cepat keluar dari tandas secara tergesa-gesa namun malang tak berbau Shikin terlanggar seseorang dua-dua jatuh terduduk di lantai " Aduhhh sakitnya " Shikin merasakan dia dah terlanggar lelaki habislah dia suara garau je lelaki tu pun bangun lelaki tu pun baru sedar terlanggar perempuan " Awak okey ke boleh bangun tak tu " Shikin merasakan pinggangnya terasa sakit sangat namun digagahkan juga bangun lalu Shikin menundukkan kepala tanda minta maaf " Saya minta maaf salah saya tergesa-gesa keluar dari bilik air tak pandang depan " Shikin pun melihat lelaki itu akan tetapi lelaki itu bersikap aneh termenung kaku melihat Shikin " Hello awak okey tak ni " Shikin pun tepuk tangan betul-betul muka lelaki itu hingga tersentak dibuatnya " Ehhh sorry tergelamun pulak nama saya Afiq Zafran,,, nama awak? " Shikin melihat jam " Alamak sorry ye saya dah lambat ni kesian kat kawan saya tunggu lama bye " Shikin berlalu pergi dengan cepat dia tak berminat nak kenalan dengan mana-mana lelaki apa yang penting pendidikan diutamakan bercinta kemudian setelah Shikin berlalu pergi Afiq Zafran berbicara sendirian " Ya Allah indah sungguh ciptaanmu comelnya dia ". Shikin mempercepatkan langkah menuju parking kereta sesudah jumpa kereta Shikin masuk kat dalam dia mengeluh panjang Tina menegur Shikin " Kau ni pergi tandas ke pergi merentas desa mengeluh sampai tahap macam tu " Shikin menjawab " Takde apa lah jom pergi makan lapar tahap parkinson dah ni ".
8 PAGI SESI ORIENTASI
Shikin dan Tina tiba awal di uni pukul 6 pagi mereka bergerak risau berlaku kesesakan lalulintas hari ini sesi orientasi pertama mereka dalam course bidang perniagaan Shikin dan Tina berpakaian formal berbaju kurung. Mereka menuju ke dewan lalu duduk kerusi yang disediakan " Good morning semua junior-junior saya senior mpp awak untuk course perniagaan nama saya Nor Haida bersama saya Zac Jason mpp senior kamu semua sekiranya ada sebarang pertanyaan yang perempuan boleh jumpa saya yang lelaki boleh bertanya pada Zac Jason saya ucapkan selamat datang dan selamat menempuh segala cabaran mencapai kejayaan,,,,okey hari ni kita akan tunjuk kelas, kawasan boleh lalu dan kawasan larangan kita akan berpecah yang lelaki follow Zac Jason manakala perempuan follow saya,,,, semua junior bangun kita akan bergerak sekarang ''. Setelah 6 jam sesi orientasi selesai mereka penat dengan aktiviti la itu ini mereka mengambil keputusan rehat dan makan di kafeteria " Tina kau nak makan apa aku order kan " Tina mengeluarkan duit dari dompet lalu dihulurkan pada Shikin " Belikan jelah apa2 asalkan jangan nasi aku diet " Shikin pun ambil duit itu " Kau betul ni tak mau nasi kau ni kadang acah-acah diet " Tina senyum sengih " Ye sumpah aku betul-betul diet " Shikin pun menuju ke kedai menjual masakan Melayu " Makcik saya nak nasi kerabu ikan satu, jus epal dua dengan sandwich ni satu " Shikin mengambil sandwich lalu memberi makcik itu satukan sekali nasi kerabu yang di pesan ke dalam plastik makcik itu pantas membungkus dan membancuh air epal setelah selesai makcik itu menghulurkan makanan dan dua bungkus plastik jus epal kepada Shikin " Berapa ye makcik " Sepuluh ringgit " Shikin memberi sepuluh ringgit tersebut namun ketika hendak menoleh belakang di hadapannya berdiri seseorang Shikin memandang orang tersebut ternyata lelaki yang dilanggar Shikin hendak ke kiri orang itu pun ke kiri bila nak ke kanan orang tu ke kanan sambil tersenyum sengih "Eeee apa ni main block jalan tepilah " Afiq Zafran tersenyum mengganggu Shikin " Mana saya block jalan awak tu saja kan nak try tackle saya hahahahaa " Shikin buat muka menyampah " Huh bukan hensem pun sorry saya takde masa nak kenal mana-mana lelaki kat uni saya datang sini untuk belajar" Shikin pun meninggalkan Afiq Zafran yang terkaku berdiri di situ "Aku ni tak cukup hensem ke padahal kat uni ni ramai pompuan yang nak kat aku sampai tahap histeria takpa Zaf kau usaha lagi ambil hati dia " Afiq Zafran pun berlalu pergi. Tina melihat wajah Shikin masam " Oit minah dah kenapa? " Shikin pun bercerita " Ade orang kacau aku tadi nak try tackle aku " Tina menggeleng kepala ingat masalah besar sangat " Alah nak minta couple la tu biarlah abaikan je buat tak tau aku faham niat kau datang sini kita nak belajar bukan bercinta-cintun,,,,makan cepat aku nak balik prepare apa yang patut esok dah start kelas " Shikin cepat-cepat habiskan makanannya.
MALAM (RUMAH SHIKIN)
Shikin baru saja selesai mandi dan duduk di meja solek dia melihat telefon bimbit " kenapa banyak sangat miss call ni,,,,nombor sapa lah pulak ni " Shikin telefon semula nombor tersebut beberapa saat kemudian pemilik nombor tersebut angkat namun tiada suara walaupun berkali-kali Shikin ucap hello Shikin dah fedup tiada suara menjawab lalu di off call "Shikin turun makan semua dah ada ni " Datin Aisyah memanggil Shikin membalas ya. Selesai kemaskan diri Shikin meninggalkan meja solek namun apabila dia bangun telefon berdering nombor yang tadi lalu ditekan butang jawab "Hello sapa ni??" masih tiada jawapan juga " hoi jangan main-main aku off karang " Shikin pun off call tunggu punya tunggu fedup dah ni dan keluar dari bilik. Hari ini hanya tinggal Shikin sekeluarga sahaja berada di meja makan Abang Riz dan Kak Lydia pulang lewat mereka ada urusan kes di Kedah sesudah di meja makan " Shikin macamana hari orientasi okay ke " Datin Aisyah memulakan perbualan " Semua okay je mak esok pagi dah start boleh masuk kelas " Datuk Said pula berbicara " Belajar rajin-rajin nanti kalau dapat dekan semester berturut-turut ayah bagi hadiah istimewa " Shikin gembira mendengar hadiah " Hadiah apa ayah?" Datuk Said membalas " Rahsia " Shikin buat muka seposen Datuk Shikin pun ada sesuatu nak beritahu " Tok wan pun ada hadiah juga nak bagi Shikin kalau dapat dekan " Shikin bertanya pada atuk " Hadiah apa tokwan " atuk menjawab serentak dengan nenek " Kahwin " Shikin terkejut " Apa kahwin!!! eeiii tak mau la tokwan muda lagi duit sendiri pun tak merasa " Datin Aisyah tersenyum " Alahhh tokwan melawak ja tu Abah ni pun jangan duk lolaq sangat Shikin muda lagi banyak benda dia nak capai " Shikin menggangguk setuju sokong Datin Aisyah. Mereka sekeluarga ketawa melihat gelagat masing-masing. Setelah kekenyangan mereka bersantai di ruang tamu menonton tv "DINGDONG" bunyi loceng luar rumah " Sapa lah yang datang malam-malam ni " Shikin bangun dari sofa " Jum ayah temankan " Shikin ditemani Datuk Said melihat siapa yang datang apabila mereka buka pintu lihat luar pagar tiada sesiapa Shikin merasakan ada sapaan angin kuat Shikin menyentuh pipinya timbul satu perasaan yang kurang senang " Ayah rasa tak angin tadi " Datuk Said wajah kehairanan " Angin apa? tak ada rasa apa-apa pun perasaan kamu je tu dah masuk dalam ni mesti kerja budak-budak nakal main loceng rumah" Shikin rasa pelik siapa nak main loceng dekat tengah malam tak kan budak-budak merayap tengah malam ahhh whatever la Shikin masuk semula ke dalam rumah menuju bilik tidur dah rasa mengantuk Datuk Said tutup pintu lalu kembali ke ruang tamu " Shikin mana Said " nenek Shikin bertanya kepada Datuk Said " Dia dah naik bilik mengantuk kata nya esok kena bangun awai ". Shikin berada di bilik sedang seterika baju kurung dan tudung setelah selesai dia kemaskan barang pula dalam beg sesudah itu rambut panjang yang diikat dilepaskan telefon dicapai lalu on semula Shikin baring di katil Shikin melihat fac kalau ada pekara menarik sejam melihat screen telefon mata sudah mengantuk selimut ditariknya akhirnya Shikin lena. Jam menunjukkan 3 pagi Shikin terjaga dari tidur dia merasakan ada sesuatu menyentuh pipi, membelai rambut n rasa ada yang bernafas di lehernya selimut pula ditarik jatuh ke lantai manakala seluar tidurnya ditarik hingga nampak betis " Tak kan aku tidur lasak sangat tapi kenapa rasa ada orang dalam bilik ni aduhhh kering pulak tekak ni nak pergi minum air la " Shikin bangun meninggalkan katil lalu turun ke bawah menuju ke dapur Shikin terlihat Abang Riz duduk dalam gelap berdiri kaku menghadap kabinet tidak nampak wajah akan tetapi Shikin cam susuk tubuh Abang Riz dari belakang Shikin pun menekan suis lampu lalu menegur Abang Riz" Abang Riz ni buka la lampu boleh ke cari dalam gelap,,,, Abang Riz lapar ke meggi takde dalam tu " Shikin membuka peti ais ambil air sejuk diisi botol lalu mengambil gelas yang ada atas peti " Abang Riz nak air tak Shikin tuangkan??" Shikin menutup semula peti ais akan tetapi tiada respon dari Abang Riz dan masih berkeadaan begitu gelas dan air botol diletakkan atas meja Shikin pun menuju ke arah Abang Riz lalu memegang bahu Abang Riz " Abang Riz ni Shikin tanya nak air tak!!???" Shikin menjerit kerana itu bukan Abang Riz wajahnya yang cukup menakutkan mata merah muka penuh nanah dan ulat lidah sampai dagu Shikin pun pengsan. " Astagfirullahalazim " Shikin terjaga habis basah baju berpeluh Shikin melihat dirinya atas katil selimut yang guna masih di tubuh jam menunjukkan 6 pagi azan berkumandang " Ya Allah aku mimpi rupanya ".
Share this novel