WAKTU KELAS TAMAT ( 5 PETANG )
"Yeahh habis dah kelas hari ni Tina aku nak ke surau nak solat Asar kau tunggu je lah kat kereta " Tina menggangguk faham mereka pun berpisah Shikin lalu ikut laluan sebelah kanan koridor hujung sekali jalan pintas ke surau manakala Tina menghala ke kiri ke tempat parking. Shikin pun berjalan sendirian menuju laluan koridor tu dia sedang berjalan langkahnya terhenti terdengar namanya dipanggil apabila menoleh belakang ternyata Reza Haikal " Awak nak ke mana ni jum kita lepak kejap kat Kafeteria " Shikin memandang Reza Haikal lalu menunjuk jam di tangan " Tengok jam sekarang dah waktu Asar solat la cheq oii " Reza Haikal menggaru kepala yang tak gatal " Hmm takkan sekejap pun tak boleh please!!! " Shikin mengeluh " Sorry lain kali ye saya nak solat n terus balik so tolong ke tepi bagi saya lalu " Shikin hendak gerak namun di halang tangan Reza Haikal lalu Shikin pun bergerak ke kanan akan tetapi tetap dihalang Reza Haikal ke kiri pun begitu juga " Reza tolong jangan buat perangai jangan bagi saya marah " Reza Haikal suka lihat Shikin marah macam dalam kelas tadi " Buat muka comel dulu baru saya bagi awak lalu " Shikin berasa geram sikap Reza Haikal "NO!!" Afiq Zafran ternampak Shikin di laluan koridor tersebut dia pun hendak ke surau sebelum pulang ke rumah ""SHIKIN"" Afiq Zafran memanggil dari jauh Shikin menoleh ke belakang " aduhh ni sorang lagi " bicaranya dalam hati Afiq Zafran pun berlari anak menuju ke arah Shikin " Shikin awak nak ke surau jum kita pergi sekali " Reza Haikal hanya memerhati mereka berdua " Ehem ehem " Reza Haikal bertanya pada Shikin " Sapa ni pakwe awak ke Shikin,,,Hai saya Reza Haikal kawan Shikin satu kelas sekali " Reza Haikal menghulur tangan untuk bersalam dengan Afiq Zafran namun huluran salam tak dibalas " Assalammualaikum saya Afiq Zafran kawan Shikin juga " Shikin melihat mereka berdua merenung tajam sesama mereka macam nak lagak gaduh pun ada Shikin malas nak layan tinggal mereka berdua kat situ " Ehh Shikin nak ke mana tu " serentak mereka berdua bertanya terkejung kaku Shikin baru jalan beberapa langkah lalu menoleh " Nak apa lagi korang ni saya nak ke parking balik rumah tak jadi nak solat sini " Reza Haikal bersuara " Biar saya hantarkan sampai parking " Afiq Zafran berkata " Jum saya teman awak sampai ke parking juga " Reza Haikal memandang wajah geram kepada Afiq Zafran " Kau apesal nak tiru aku ni " Afiq Zafran membalas " Suka hati aku la tak elok berduaan nanti ada syaitan " Shikin melihat mereka berdua bertekak mulut tak berhenti " DIAM!!!" mereka berdua senyap terus " Nak ikut sangat kan okey fine tapi dengan satu syarat kalau ada bunyi sikit keluar dari mulut korang berdua anggap lah hari ini hari terakhir tengok muka saya dan jangan jumpa saya lagi" mereka berdua setuju dengan syarat tersebut Shikin pun berjalan ke arah parking ditemani dua jejaka di belakangnya. Beberapa minit kemudian sampai di parking Shikin melihat Tina dalam kereta mendengar headphone Shikin mengetuk cermin kereta kerana pintu kereta berkunci Tina terkejut sedikit Shikin berdiri kaku cermin kereta diturunkan Tina perasan ada seseorang di belakang Shikin "Ni apa hal dua mamat follow kau sampai parking?,,,,,Hai Reza,,,,,Hai Zaf " Tina mengangkat tangan lambai ke arah mereka akan tetapi hairan tak balas pun diam membisu hanya senyuman saja " Nanti la aku cerita buka pintu " Tina menekan butang unlock pintu pada kunci tiba-tiba mereka berdua berebut tolong buka kan pintu untuk Shikin " Oit oit!! apa ni perangai macam budak saya ada tangan boleh buka sendiri dah2 tepi " Shikin pun buka pintu masuk ke dalam kereta tanpa memandang mereka berdua " Bye Shikin " serentak diorang bersuara sambil melambai tangan Shikin malas nak tengok cermin sisi kiri hmmm masalah masalah. Setelah kereta yang dipandu Tina berlalu pergi Reza Haikal dan Afiq Zafran masih berada di situ "Ceh,,,, tak sangka aku yang hot popular kat uni dibuli oleh gadis comel aku suka cara dia so bro aku warning dekat kau jangan mimpi nak jadi kawan dia milik aku seorang " Afiq Zafran diam kini bersuara " Yakin sungguh kau bro dalam mimpi saja lah Shikin akan pilih kawan yang terbaik untuk dirinya bimbing ke arah kebaikan bukan manusia dilindungi topeng muslihat Assalammualaikum" Afiq Zafran pun berlalu pergi Reza Haikal rasa kata-kata tadi seolah menyindir dirinya entah kenapa perasaan ingin tahu kuat dia merasakan ada sesuatu istimewa pada Afiq Zafran.
DALAM KERETA ( PULANG KE RUMAH)
"HAHAHAHAAA" Tina tak berhenti gelak tak sangka Shikin ni membuli jantan dua ekor tu patut lah Tina cakap hai tak disambut Shikin telah menceritakan semua apa yang terjadi "Tapi kan beb aku tengok diorang memang bersungguh nak berkawan dengan kau terima je lah Shikin mana nak tau salah sorang bakal jodoh kau " Shikin pun menjawab "Eeee lambett lagi aku nak kahwin matlamat aku ni nak capai impian mak ayah aku untuk teruskan legasi perniagaan tokwan n merasai kejayaan dengan usaha aku sendiri tapi kan wei bila diingat balik kelakar juga tengok diorang mudah kena pedajal dengan aku hahaha,,,,Tina kau rasa siapa yang ikhlas mean kau nampak diorang ni bersungguh nak berkawan dengan aku,,,,kalau kau pilih yang mana " Tina berfikir kejap " Hmm rasanya Reza dia hensem ada harta ada gaya bad boy gitu bagi pendapat aku la " Shikin menjawab " Eeeeiii si Reza tu menjengkelkan sikap dia kalau aku better pilih Zafran cara dia nampak matang walaupun nerd sikit tapi apa-apa pun aku nak tengok sejauh mana diorang boleh ambil hati aku untuk terima jadi kawan ". Sejam setengah kemudian mereka sampai rumah Shikin lalu keluar dari kereta " Kau tak nak masuk ke mak aku ada buat minum petang " Tina menjawab " Takpelah beb lain hari sampaikan salam hai dari aku " Shikin mengucapkan terima kasih dan kereta Tina pun berlalu pergi semasa hendak buka pintu pagar kecil Shikin merasakan deruan angin yang pantas dari belakang terangkat sikit hujung tudungnya Shikin melihat langit sedangkan cuaca elok saja tiada awan mendung hatinya rasa perasaan lain cepat-cepat masuk ke dalam rumah " Assalammualaikum mak,,,Shikin dah balik ni " Datin Aisyah terdengar suara Shikin " Walaikummusalam ni mak kat dapur mai teman tokwan dengan tok makan kuih ketayap" Shikin berlari anak ke dapur dengar ketayap laju sampai je di dapur terus duduk " Amboi laju dengaq kuih ketayap laju macamana belajaq hari ni okay ka " Atuk Shikin bertanya sesi belajar di uni " Setakat ni alhamdullilah tapi tu la tokwan ada ja manusia2 kacau Shikin " nenek Shikin bertanya " Sapa ni mesti student laki kan biasa la tu depa nak jadi kawan Shikin " Shikin mengeluh " Huhhh,,, kawan apa macam nak try ja bukan sorang tok tapi dua " atuk Shikin berkata pula " Tudiaa dua orang hmm tak lama lagi ada sambut menantu muda hahahaa " Shikin merajuk manja mengadu dekat Datin Aisyah " eeeiii mak tengok tokwan ni suka usik Shikin " Mereka bertiga ketawa mengusik Shikin.
BILIK SHIKIN ( MALAM )
Shikin baru saja selesai mandi dan solat maghrib hari ini dia kena siapkan tugasan pertama yang diberi Sir Khairul Sufian laptop dikeluarkan dari bag Shikin tersenyum gembira melihat wallpaper pada laptop tersebut indah kenangan semasa bercuti ramai-ramai namun kini masing-masing berpisah mengejar impian Shikin rasa rindu bila lagi ada moment macam ni *BIZZ* kedengaran telefon Shikin berbunyi namun nombor tersebut tertera nombor tak dikenali " Sapa yang call ni " Shikin pun mengambil phone tersebut lalu dijawab " Hello Assalammualaikum " tiada sebarang suara bila diberi salam " Saya off ni kalau takda jawapan "Shikin sengaja acah-acah off " Eehhhh nanti Walaikummusalam " Shikin bertanya " Siapa ni?? " pemilik suara tersebut menjawab " Saya Zafran maaf ganggu awak malam-malam ni saya telefon ni sebab saya nak minta maaf kalau saya ada buat awak marah petang tadi dekat uni saya tahu awak mesti tak selesa berkawan dengan lelaki saya faham saya sedia mengundurkan diri saya janji tak akan ganggu awak lagi " Shikin rasa serba salah pula Afiq Zafran cakap macam tu " Cepatnya awak putus asa yang pasal petang tadi tu saya tak marah cuma geram sikap si Reza tu saya nak ke surau boleh main halang pula tu yang keluar angin marah saya minta maaf silap saya awak kena tempias juga,,lagi satu mana awak dapat nombor saya ni " Afiq Zafran mengelabah hendak menjawab " Aaa saa yaa dapat dari kawan awak,,,awak tengah buat apa? " Shikin menjawab " Saya baru nak buat tugasan lecture bagi kelas pagi tadi okeylah saya nak siapkan tugasan Assalammualaikum selamat malam" " Okey maaf sekali lagi mengganggu awak tidur jangan lupa baca doa esok kita jumpa lagi selamat malam,,Walaikummusalam " Shikin pun mematikan panggilan. Afiq Zafran berasa lega dapat kemaafan dari Shikin malah hatinya berbunga-bunga dapat bercakap gadis yang dia suka Afiq Zafran bertekad akan berusaha untuk berkenalan lebih rapat dengan Shikin malah memiliki hatinya " Astagfirullahalazim aku dah berangan macam mat jenin la pula assignment tak siap lagi ".
Share this novel