Bab 18

Mystery & Detective Series 13437

RUMAH SHIKIN ( DI PAGI ISNIN )
Selesai saja bersiap merapikan diri di depan cermin Shikin pun mengambil beg galas dan telefon bimbitnya namun dia terlupa sesuatu pergelangan tangan disentuh dia lupa memakai jam tangan hari ni dia memakai baju kurung warna merah jambu Shikin melihat meja solek terlihat kotak jam tangan warna ungu pemberian Reza Haikal " Dah pakai baju warna pink better aku pakai jam ni nampak matching dengan baju " Shikin pun mengeluarkan jam tersebut dari kotak lalu memakainya sesudah itu dia pun turun untuk bersarapan terlihat semua ahli keluarga berkumpul di meja makan kecuali seorang tidak nampak kelibatnya " Ehhh Tina tak sampai lagi ke biasa jam macam ni dia dah datang duduk sekali breakfast " seorang pun tak menjawab pertanyaannya ada yang tersenyum sengih-sengih sendiri Shikin tak puas hati dia melihat Abang Riz riak wajahnya yang tak pandai penipu Shikin tahu ada sebaliknya " Abang Rizz!!! bagitau cepat ada sembunyikan apa-apa ka Shikin dok perhati Abang Riz ni karang ada yang breakfast tangan,,,bagitau cepat!!!! " Abang Riz menjawab " Eehh abang pula yang kena okaylah abang menyerah kalah nanti ada yang jemput kamu pergi uni sekali " Shikin bertanya siapakah orang yang akan pergi bersamanya. Kedengaran pintu diketuk Datin Aisyah menuju ke pintu utama lalu dibuka " Sampai pun mari le masuk sarapan sekali ni kamu sorang je ke kata bawa kawan sekali " Afiq Zafran menjawab " Ada makcik kawan saya tu dia duduk dalam kereta segan katanya " Datin Aisyah menyuruh Afiq Zafran bawa Aiman masuk Afiq Zafran pun pergi ke kereta " Aiman jum la masuk mak dia dah panggil tu " Aiman pun keluar dari kereta mereka berdua pun menuju pintu utama dan masuk ke dalam " Assalamualaikum semua " yang lain pun menjawab salam dari Afiq Zafran. Shikin berada di meja makan dia duduk di sebelah neneknya Abang Riz bersuara " Afiq duduk dekat sana kawan Afiq duduk sebelah Abang " Shikin melihat Abang Riz menunjukkan tempat dimana neneknya Shikin menoleh ke kiri " Aik tok cepatnya pindah tempat " ternyata ini semua dah di rancang oleh semua ahli keluarga Datuk Said juga telah memberitahu Datin Aisyah, dan nenek Shikin tentang niat Afiq Zafran " Meh Zafran duduk sini " nenek Shikin memanggil Afiq Zafran duduk berdekatan Shikin. Datuk Said meminta Afiq Zafran membaca doa makan " Semua pun dah duduk tempat masing-masing Afiq baca doa makan " Apabila semua dah bersedia untuk breakfast doa dibaca oleh Afiq Zafran. Jam menunjukkan pukul 8 pagi mereka semua selesai makan dan berborak Shikin pun mahu berangkat ke uni kelas mereka bertiga mula pada pukul 10 pagi mereka perlu gerak awal bagi menggelakkan kesesakan lalu lintas Shikin menyalami semua ahli kelurga begitu juga Aiman dan Afiq Zafran mereka pun menuju ke pintu utama Datin Aisyah menghantar mereka sampai ke pintu " Terima kasih makcik jemput saya datang sarapan sekali sedap masakan makcik tak larat dah nak sumbat risau saya tertidur dalam kelas nanti hahahaaa " Afiq Zafran memukul lengan Aiman " Maaf ye makcik Aiman memang macam ni kalau masakan tu sedap kalau boleh nak sumbat sampai muntah " Aiman mengosok lengannya " Betul apa masakan bakal mak mertua kau memang sedap " Shikin lihat saja gelagat mereka berdua " Mak Shikin pergi dulu " Shikin bersalam dengan Datin Aisyah mereka berdua pun mengucapkan terima kasih mereka bertiga menuju ke kereta Afiq Zafran melihat Aiman buka pintu belakang "Kau dah kenapa duduk belakang bagi Shikin duduk belakang kau duduk depan aku " Aiman bertanya pada Shikin " Shikin awak duduk depan boleh " Shikin menjawab " Boleh je " Aiman berkata " Dengar tu Afiq dia tak kisah pun lagipun biarlah korang berdua duduk depan boleh bersweet kan lagipun aku kan ada sebagai peneman orang ketiga sebelum korang ditemani oleh syaiton hahaha " Afiq Zafran mengelengkan kepala melihat Aiman ini ada-ada saja lalu dia pun membuka pintu depan untuk Shikin setelah itu dia pun masuk kereta dan memandu keluar mereka pun meneruskan perjalanan ke uni. Di pertengahan jalan raya kenderaan mereka bergerak perlahan terdapat kesesakan lalulintas Aiman yang duduk di belakang memerhati saja mereka berdua senyap dari tadi hanya bunyi suara radio sahaja " Ehem ehem senyap je korang berdua ni ke malu-malu kucing " mereka masih senyap namun dalam hati mereka memang betul pun apa yang Aiman cakap entah kenapa jadi malu-malu nak berkomunikasi sedangkan di rumah boleh pulak sembang itu ini mungkin bila berdua lain rasa situasi itu Shikin memulakan dulu sesi berborak " Zaf awak suka ke masakan mak saya sedap tak " Shikin tak tahu nak cakap apa dia pun satu tanya soalan tak kena je tapi nak buat macam mana dah ayat tu timbul dalam kepala otak hentam sajalah labu " sedap masakan mak awak tapi kan kalau saya dapat rasa masakan tuan punya badan mesti lagi sedap kan " Shikin mengiyakan saja sedangkan dia satu apa tak tahu bab masak anak dara apalah macam ni. Aiman yang diam tiba-tiba bersuara " Masakan mak Shikin memang sedap,,,,Shikin awak buat kan lah kuih ketayap untuk Afiq ni dulu dia pernah kata dia nak cari bini ke awek ke mesti tahu buat kuih ketayap " Afiq Zafran menjawab " Hisshh kau ni Aiman sejak bila aku cakap macam tu,,,awak jangan dengar cakap Aiman ni kadang-kadang tingtong sikit "Aiman ketawa melihat sikap gelabah Afiq Zafran tak senang duduk dibuatnya Aiman tak habis-habis mengusik Shikin melihat gelagat mereka berdua lalu curi-curi memandang wajah Afiq Zafran sumpah hatinya betul-betul cair dirinya dilamun cinta dia berharap Afiq Zafran pun mempunyai perasaan yang sama. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi nasib baik ada masa lagi Afiq Zafran pun memarkir kereta enjin dimatikan mereka bertiga pun keluar dari kereta Afiq Zafran melihat Shikin membawa buku tebal dengan beberapa fail lalu membantu Shikin " Buku awak tu biar saya yang pegang saya hantar awak sampai kelas " Shikin rasa serba salah hantar sampai kelas nanti Afiq Zafran lambat pula masuk kelas " Susahkan awak pula nanti awak lambat masuk kelas lecture awak marah karang " Afiq Zafran menjawab " Tak mengapa Aiman ada nanti bagitahu lecture saya masuk lambat sikit,,,Aiman kau pergi dulu aku hantar Shikin ni lagi satu tolong ambil barang dalam beg aku tangan aku penuh " Aiman pun turuti arahan Afiq Zafran beg dibuka Aiman mengeluarkan kotak pen dihiasi pelbagai corak manik berserta keychan bunga Aiman beri pada Shikin " Pen tu saya beli untuk awak tak lama lagikan awak nak exam jadi saya hadiahkan pen ni sebagai tanda semangat wish you goodluck " Shikin berterima kasih padahal dalam hati rasa nak menjerit iyalah suka kut orang yang kita suka prihatin, ambil berat aawwww rasa nak pengsan " Jum gerak Aiman aku pergi dulu jumpa dekat kelas nanti. Shikin dan Afiq Zafran menuju tangga ke tingkat 2 sesudah sampai di biliik kuliah Afiq Zafran menyerahkan buku kepada Shikin dan membantu buka pintu " Terima kasih Zaf tolong saya dari ambil saya dekat rumah sampai lah awak hantar saya ke kelas rasa serba salah pula susahkan awak je hari ni " Afiq Zafran menjawab " Tak mengapa saya tak kisah ni nanti habis sesi kelas kita balik sekali tau lagipun saya dah janji dengan family awak kalau pergi sekali balik pun bersama juga " Shikin menggangguk faham Afiq Zafran ingin menyatakan sesuatu namun tidak boleh diluahkan dari mulutnya " Ada apa-apa lagi ke awak nak cakap " Afiq Zafran menggeleng tidak dia pun segera meninggalkan bilik kuliah Shikin " Aikk cepatnya jalan dah kenapa dengan Zaf ni " Shikin pun masuk ke dalam sementara Afiq Zafran pula mempercepatkan perjalanan menuju ke bilik kuliah " hishh kenapa dengan aku ni kenapa mulut ni susah nak cakap kata-kata i love you itu " membebel sendirian Afiq Zafran.

BILIK KULIAH ( KELAS SHIKIN )
Shikin meletakkan buku di atas mejanya disebelah Shikin terlihat Tina merenung lama wajah Shikin " Kau dah kenapa Tina tengok aku sampai macam tu kalau rindu aku cakap saja tapi kalau aku nak rindu kau lamberrt lagi " Tina ketawa " Siapa kata aku rindu kau aku pun lambertt lagi,,,So macam mana dating dengan abang hensem dah bergetar ke lutut kaki kau ke dah tahap booommm!!! meletup " Shikin ketawa " Apa lah kau dok mengarut pagi-pagi ni hmmm kalau kau nak tahu sangat aku cerita sekarang ni aku rasa perasaan jatuh cinta tu ada cuma aku tak sure dia suka aku ke tak perasaan aku jadi berbelah bagi aku akui memang Zafran tu baik dan caring tapi aku pula rasa macam tak layak untuk dia dan Zafran sepatutnya dapat pasangan yang sama level dan lebih baik dari aku " Tina membalas " Kenapa kau cakap macam tu aku yakin kau yang sesuai dengan Zafran dan dia pun ada perasaan cinta dekat kau bukankah ada satu ayat ini perempuan yang baik akan dapat lelaki yang baik so kau lah perempuan yang paling sesuai untuk Zafran " Shikin hanya berdiam namun hatinya masih rasa keraguan itu Shikin beralih pandangan ke arah tempat duduk Reza Haikal yang kosong " Tina,,,Reza tak datang ke " Tina mengangguk " Budak-budak lelaki yang kawan dengan dia cakap dia tak sihat katanya " Shikin mengeluh " aduhh Tina apa aku nak jawab dengan sir Khairul ni dia tu masih dalam bimbingan minggu ni kita study week dia tu dah lah tak serius nak belajar dua minggu lagi exam semester" Tina berkata " Macam nak kau jumpa dulu dengan sir bincang hal yang kau dah tak nak ajar Reza mana nak tahu sir nanti pertimbangan cara lain nak settle hal Reza asalkan korang tak bersama dalam kumpulan " beberapa minit kemudian sir Khairul pun masuk ke dalam kelas dia meletakkan buku dan memasang layar skrin lampu kelas dipadam " Baik kelas buka buku kita akan ulangkaji setiap tajuk yang dah dipelajari dan satu lagi Shikin kelas jumpa saya " Shikin menjawab " Baik Sir ".

BERSAMBUNG..........

Terima kasih yang suka dan sabar menanti chapter yang baru dari sis. Jangan lupa komen dan bagi star dan share dengan rakan-rakan lain. Selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience