PAGI DI RUMAH PROF MALIK
Tepat jam 6 pagi Shikin sudah bangun untuk mengerjakan solat subuh pandangannya beralih di sebelah kanan terlihat Tina masih nyenyak tidur Shikin mengambil telefon bimbit terdapat mesej dari Afiq Zafran bertanya adakah dia sudah bangun atau belum Shikin pun menelefon Afiq Zafran " Assalammualaikum awak " Afiq Zafran menjawab " Walaikummusalam awak dah bangun belum suara macam baru bangun je ni " Shikin pun menjawab " Haah saya baru bangun maaflah suara saya perlahan Tina tengah tidur takut ganggu dia,,,,,ni saya nak pergi bilik air nanti saya call awak lagi " Afiq Zafran membalas " Ouhhh patutlah saya bau orang tak mandi sampai sini hahahaha,,,saya ingat tadi nak call awak tu saya mesej awak dulu" Shikin ketawa perlahan " Eeeiiii awak ni sempat lagi mengusik saya " ketika Shikin tengah sembang dengan Afiq Zafran di telefon kedengaran pintu diketuk " Awak ada orang ketuk pintu saya nak pergi tengok sekejap nanti saya call balik " Shikin pun matikan panggilan lalu meninggalkan katil dan berjalan menuju ke arah pintu apabila dibuka tiada orang pun Shikin berasa hairan lalu menutup semula pintu bilik namun beberapa langkah Shikin beredar dari pintu tersebut kedengaran sekali lagi pintu bilik diketuk Shikin kembali semula ke pintu " Siapa???" Shikin memandang ke bawah lantai ada bayang-bayang orang Shikin pun membuka pintu tersebut namun sama saja tiada sesiapa Shikin merasakan sesuatu perasaan yang aneh tadi ada bayang orang berdiri di pintu tapi apabila dibuka tiada sesiapa Shikin menutup pintu semula perasaan takut kini menguasai diri dia cuba beristighfar untuk hilangkan perasaan tersebut Shikin pun cepat-cepat ke arah bilik air untuk bersihkan diri dan mengerjakan solat. Tepat jam 8 pagi Tina dan Shikin bersiap dan turun ke bawah untuk bersarapan bersama Prof Malik dan Makcik Riah sesudah sampai terlihat Reza Haikal ada juga dimeja makan " Lambatnya turun aku dah lapar tau tunggu korang berdua " Prof Malik memandang Reza Haikal dan menegur dengan nada yang tegas " Kal jaga bahasa tu cakap elok-elok sikit dengan tetamu " Shikin dan Tina sudah tak selesa mereka anak beranak macam nak gaduh saja " Pakcik Malik tak mengapa saya okay je saya dengan Reza selalu macam ni kalau dekat uni Reza ni cara dia kasar tapi tak maksud apa-apa pun " kata Shikin pada Prof Malik,,,Reza Haikal pun menjawab " Dengar tu daddy Shikin okay je memang cara kami macam ni daddy tu over sangat,,,Shikin kau duduk sebelah aku Tina kau duduk je la mana-mana kau suka " Tina bercekak pinggang geram pula dia dengan Reza Haikal ni " Aku tak ingin pun nak duduk dekat dengan kau " Makcik Riah pula bersuara " Tina mari duduk dekat sebelah makcik jangan ambil hati ye Kal gurau je tu " Tina menjelir lidah ke arah Reza Haikal melihat gelagat mereka membuatkan Makcik Riah gembira terasa ada ramai anak kalau tidak hanya mereka bertiga sahaja dalam rumah itu dan apabila dimeja makan masing-masing buat hal sendiri terutama Reza Haikal dan Prof Malik. Tina pun menuju ke arah kerusi bersebelahan makcik Riah manakala Shikin pula duduk disebelah Reza Haikal " Kau nak apa aku ambilkan " sarapan yang terhidang di meja semua dimasak oleh Makcik Riah ada bihun goreng, nasi lemak berserta lauk sambal sotong dan manisan kuih seri muka Shikin berkata " Takpelah saya ambil sendiri " Shikin memilih nasi lemak dengan lauk sambal sotong dan mencedok letak di pinggan " Sikitnya kau cedok nasi boleh kenyang ke makan sikit macam tu,,,tambah lah sikit lagi nanti kau rindu masakan mummy aku ni karang tak pasal aku pulak kau terindu nanti " Shikin hanya senyum kepuraan entah kenapa Reza berperangai lain macam. Sesudah mereka bersarapan Tina dan Shikin bantu makcik Riah mengemas meja makan dan mencuci pinggan di dapur " Pinggan tu biarkan saja nanti bibik basuh kan " Shikin menjawab " Tak mengapa makcik kami tolong kemaskan tak susah pun " Makcik Riah tersenyum melihat melihat mereka rajin membantu di dapur " Nanti makcik sediakan bekal untuk kamu boleh hidang untuk family kamu berdua balik nanti " Tina membalas " Terima kasih makcik buat susah je tadi dah jamu makan segan pula kami ni " Makcik Riah senyum " Tak mengapa jangan rasa segan nanti kalau nak merasa lagi masakan makcik datang je makcik suka ada kamu berdua kat sini lagi meriah kalau kamu bawa Intan dengan Aqilah lama tak jumpa mereka " Shikin membalas " Insyallah makcik kalau ada kelapangan masa " mereka bertiga berbual panjang maklumlah sudah lama mereka tak berjumpa dengan cikgu pernah mengajar mereka di sekolah suatu masa dulu. Tepat jam 9 Tina dan Shikin berada di luar pintu utama ditemani makcik Riah, Prof Malik dan Reza Haikal " Bawa kereta hati-hati ye kirim salam semua dekat keluarga Shikin nanti ada masa datang lah lagi pakcik suka sembang dengan kamu berdua " serentak mereka Tina dan Shikin menjawab " Baik pakcik " Shikin memandang Reza Haikal seperti mahu berkata sesuatu " Reza ada apa-apa ke awak nak cakap " Reza Haikal menjawab " Thanks jaga aku " Shikin mengangguk Tina pula bersuara " itu je kau nak kata dekat Shikin aku ni tak nak cakap terima kasih ke " Reza Haikal menjelir lidah ke arah Tina perangai diorang berdua ni pening melayan macam budak-budak " Kami minta diri dulu ye Assalammualaikum " Prof Malik dan makcik Riah menjawab salam tersebut " Dah-dah lah tu Kal tengok diorang masuk dalam nanti sakit balik kamu tu susah nak jaga " Reza Haikal hanya memekak telinga malas nak bertekak. Di dalam kereta mereka berdua diam menyepi hanya kedengaran suara radio sesudah sampai di lampu isyarat kedengaran telefon Tina berbunyi " Shikin tolong ambil phone kat belakang dalam beg aku " Shikin pun mengikut arahan Tina " Ni pakwe kesayangan kau call " Shikin menekan butang hijau " Hello senior cari kekasih hati ke " Zac Jason membalas " Aikkk kenapa u yang angkat Tina mana? " Shikin pun menjawab " Tina tengah drive " Zac Jason membalas " Ouhh okay nanti u bagi tahu dia i sekarang ada dekat rumah dia i ingat nak pergi uni sekali u nak tumpang dengan kitaorang tak " Shikin diam seketika otaknya berfikir " Kalau aku ikut mengganggu diorang pula hmmm aku suruh Abang Riz la takpun Kak Lydia kalau salah diorang tu ada dekat rumah " Zac Jason menanti panggilan " Hello,,,helooo " Shikin membalas " Nanti apa-apa hal saya bagi tahu dekat Tina " Zac Jason berkata okay dan berpesan pada Tina bawa kereta tu hati-hati dan mematikan panggilan " Ni Tina pakwe Kau call dia kata dia sekarang kat rumah kau and satu lagi dia pesan drive tu hati-hati,,,risau bebenor pakwe hang ni " Tina ketawa " Of course la ada orang caring ada boyfriend katakan " Shikin membalas " Eleehhh ingat aku ni takde orang caring ke aku pun ada lah sekali petik 10 yang datang tau " Tina tak nak mengalah " Elehhh ingat disana boleh petik jari di sini pun korek celah gigi boleh dapat tau " Shikin ketawa " Hahahaha kau ni Tina sakit duh perut aku ni suka buat lawak ". Setengah jam perjalanan mereka pun sampai di rumah Shikin " Shikin kereta siapa tu parking kat rumah kau tu setahu aku tu bukan kereta family kau awal-awal pagi dah ada tetamu kat rumah" Shikin membalas " Haah lah bukan kereta family aku ni Tina aku masuk dalam kau tak nak masuk sekali ke breakfast kat rumah aku kut-kut la lapar lagi " Tina mengggeleng tidak " Tak nak lah lain kali aku nak balik terus kesian Jason mati otak nanti dia papa aku tu soal macam-macam dekat dia,,,kau macam tak tahu perangai papa aku tu dah macam polis buat soal siasat " Shikin menjawab " iyolah,,,,thanks Tina hantar aku sampai rumah nanti kalau aku nak tumpang dengan korang aku calling okey " Tina berkata " Macam biasa tapi kalau kau takde pun takpa boleh dating berdua hehehehe " Shikin ketawa " Tak guna punya bestfriend hahaha,,,,dah lah letih aku melayan kau ni aku nak masuk dalam pergi lah balik jumpa pakwe kesayangan tu " Tina pun ucap bye dan meninggalkan kawasan rumah Shikin. Shikin pun menuju pintu utama lalu masuk dan memberi salam " Assalammualaikum mak,,,Shikin dah balik ni " Puan Aisyah menyahut panggilan Shikin " Walaikummusalam ni mai kat meja makan " Shikin pun menuju ke arah meja makan dia terkejut ada tetamu yang cukup dikenalinya rupanya Kak Hifza dan Abang Faris,,Shikin terus ke arah mereka dan bersalaman " Kak Hifza dengan Abang Faris bila sampai sini" Kak Hifza menjawab " Akak dengan Abang Faris dah dua hari ada dekat KL datang melawat adik akak kat sini dah alang-alang tu teringat kat kamu tu akak mari " Shikin kehairanan sejak bila Kak Hifza ni ada adik tak pernah cerita pun mereka selalu sahaja berhubung melalui telefon tapi tak pernah cerita pun ada adik pandangan Shikin beralih dimeja terdapat sepinggan kuih ketayap kegemarannya " Rajinnya mak buat kuih ketayap selalu breakfast payah benor nak buat kalau Shikin minta " Datin Aisyah menggeleng kepala tidak bukan Datin Aisyah yang sediakan kuih itu " Kalau bukan mak ni mesti Kak Lydia atau Abang Riz beli " mereka berdua pun menggeleng tidak Shikin bertanya pada Kak Hifza " Kak Hifza ke yang bawa kuih ni " jawapan mereka pun sama juga " Ni mesti ayah beli takpun tokwan " Datin Aisyah menjawab " Ayah dengan tokwan kat bilik mana turun lagi tak kan masuk rumah tak perasan ayah dengan tokwan tak ada dekat meja " Shikin kebuntuan " Habis tu siapa yang buat kalau semua tak mengaku " nenek Shikin bersuara " Hang pi kat dapuq orang yang buat kuih ni dok ada situ " Shikin melihat neneknya tersenyum sengih ni mesti ada apa-apa mata Shikin beralih pada Abang Riz yang acah-acah serius tak boleh tahan ketawa Abang Riz ni kalau tengok reaksi muka tak reti nak menipu " Abang Riz dok tahan apa tu ingat Shikin tak tau Abang Riz sorok sesuatu Shikin belasah Abang Riz nanti" Abang Riz menjawab " Lah Abang pulak kena tak kata apa-apa pun abang dok senyap ja dari tadi " Shikin berasa keluhan letih melayan Abang Riz dari tadi tanya pasal kuih ini dia pun ke dapur nak lihat siapa yang buat kuih ketayap tersebut sesudah berada di dapur terlihat susuk tubuh lelaki sedang memegang spatula Shikin menyentuh sikit ke bahu lelaki itu dan lelaki itu berpaling merasakan ada seseorang menyentuh bahu mata mereka bertentangan Shikin kaku kejut seketika ternyata Afiq Zafran kini betul-betul di hadapannya jantung Shikin berdegup laju lidah menjadi kelu untuk berkata-kata tiba-tiba Shikin terbau sesuatu yang terbakar " Awak kuih hangit " Afiq Zafran pun sama macam Shikin juga tiba-tiba jadi kaku jantung berdegup laju seketika Afiq Zafran dengan kalutnya menterbalikkan kulit kuih ketayap habis hitam di tengahnya api segera ditutup Afiq Zafran memandang semula Shikin " Awak tak cakap pun nak datang and kenapa tak bagitahu saya abang Faris dengan Kak Hifza tu family awak " Afiq Zafran senyum sengih " Saya nak buat suprise kat awak Zaf minta maaf datang rumah tak cakap dengan Shikin ada perkara penting nak cakap dengan awak dan sekeluarga " Shikin bertanya apakah perkara yang penting itu " Nanti saya bagi tahu dekat meja makan tunggu semua berkumpul dulu " Shikin pun mengangguk ya " Ni banyak lagi ke awak nak masak kuih ketayap tu ada apa-apa yang saya boleh tolong " Afiq Zafran berkata " Boleh tolong saya tolong tengok je hari ni saya nak masak untuk awak nanti kita dah berjauhan tak dapat awak nak merasa air tangan saya " Shikin menjawab " Eeiiii jangan la cakap macam tu telefon kan ada boleh la calling selalu kalau awak buzy dengan tugasan ke tak mengapa saya faham " sedang mereka bersembang berdua di dapur kedengaran suara panggilan atuk Shikin " Uittt anak dara dengan anak teruna dok buat apa lagi lama-lama kat dapuq tu masak ka atau buat drama hindustan " jadi kalut bila dengar atuk menjerit panggil mereka Shikin dengan Afiq Zafran keluar habis semua bunyi pinggan mangkuk spatula jatuh. Sesudah selesai masak mereka berdua pun keluar dari dapur dengan membawa pinggan terlihat semua sudah berada di meja makan mereka pun meletakkan hidangan tersebut dan duduk di tempat masing-masing "Semua dah ada ni kita doa makan Zafran kamu boleh mulakan " Datuk Said meminta Afiq Zafran mulakan bacaan doa. Setelah selesai berdoa mereka pun menjamu selera Datuk Said memulakan bicara " Shikin macamana keadaan anak pakcik Malik dah sihat ke ???" Shikin pun menjawab " Alhamdulillah dah sihat Pakcik Malik dengan Makcik Riah kirim salam dekat kita sekeluarga " Datuk Said mengucap salam tersebut " Kamu ada kelas petang kan habis makan ni ada perkara kami nak bincang dengan kamu " Shikin mengangguk faham.
RUMAH PROF MALIK
Reza Haikal sedang bersiap untuk ke rumah Cikgu Fahrin setelah dia sembuh ingatkan dia belajar ilmu kebal itu dia tidak mudah jatuh sakit ternyata amalan itu tak boleh bertahan lama dia perlu dapatkan bekalan darah yang segar dari anak gadis yang masih dara beberapa minit kemudian dia pun keluar dari bilik dan turun ke bawah " Kal nak pergi mana??? kamu tu dah sihat belum ??? " pertanyaan bertubi-tubi membuatkan Reza Haikal rimas " Kal nak keluar daddy tak payah ambil tahu lah " Prof Malik menahan amarah dan bertanya dengan tenang " Salahkah daddy bertanya ini tanggungjawab sebagai bapa berhak tahu hal anak,,,bukan ke petang ni kamu ada kelas dah banyak kali daddy dengar dari lecturer kamu asyik-asyik ponteng, tak bagi tumpuan dalam kelas cukuplah Kal buat perangai tu bila kamu nak berubah" Reza Haikal dah naik menyampah lalu menjawab " Whatever la daddy Kal malas nak jawab soalan daddy tu " Reza Haikal terus keluar tanpa memandang Prof Malik. Sejam setengah perjalanan ke rumah Cikgu Fahrin dia memarkir di garaj lalu keluar dari kereta menuju pintu utama disambut Madi " Tuan Fahrin sekarang tiada dia telah pesan pada saya jika Tuan Muda datang dia minta untuk menunggu " Reza Haikal menanyakan kemana bapa saudaranya itu " Tuan Fahrin ada urusan penting yang perlu diuruskan seperti kebiasaannya " Reza Haikal mengerti dia tahu apa urusan *kebiasaannya* Cikgu Fahrin " Hidangkan sesuatu kepada aku seperti selalu " Madi menurut arahan Reza Haikal lalu keluar meninggalkan Reza Haikal sendirian di ruang kebiasaan mereka selalu berbual bersama Reza Haikal berjalan di sekeliling ruang tersebut dia melihat gambar-gambar yang mengingatkan dia bersama bapa saudaranya yang telah menjaganya walaupun makcik Riah dan Papa Rin adik beradik tiri Makcik Riah tidak tahu yang anaknya berhubungan dengan Cikgu Fahrin itulah akibat pentingkan hasutan nafsu kuasa dan kekuatan ilmu yang salah disisi agama menguasai diri Reza Haikal sanggup ikut segala arahan Cikgu Fahrin. Reza Haikal berasa bosan dia pun naik ke tingkat atas dia memasuki bilik bacaan Cikgu Fahrin untuk menggunakan komputer sesudah berada di bilik dia menuju ke arah komputer " Aikkk Papa Rin ni lupa nak off ke komputer ni sebelum keluar
" Reza Haikal pun on ke laman utama ketika dia ingin melayari laman web dia perasaan ada satu folder belum ditutup Reza Haikal pun klik di folder tersebut terdapat gambar Shikin berpakaian sekolah menengah hinggalah gambar yang terkini namun tak banyak gambar fokus pada Shikin hanya gambar menunjukkan bahagian badan private thing " Orang tua ni ketagihan sangat ke sampai simpan gambar-gambar macam ni " Reza Haikal tahu target mereka sekarang adalah Shikin akan tetapi perlu ke sampai tahap sebegitu dia juga lelaki dia sudah melihat perempuan lebih dari itu tapi tiada lah sampai buat simpanan. Sejam berlalu Madi masuk ke dalam bilik " Tuan Muda,,,,Tuan Fahrin sudah pulang dia menunggu Tuan Muda di ruang biasa " Reza Haikal pun meninggalkan bilik dan menuju ke bawah " Duduk,,,Reza,,, ada perkara penting yang aku nak bincang untuk sementara waktu ni kita tak payah berburu betina-betina kat luar sana aku tak nak polis syak kita kalau selalu buat,,,aku dah jumpa orang yang boleh bagi kita stok darah untuk sementara waktu ni aku nak memperkuatkan lagi ilmu batin aku dan aku nak apa kita rancang berjalan dengan sempurna hahaha!!!". Reza Haikal bertanya tentang musuh mereka " Itu kau tak perlu khawatir akan tiba masa itu nasib akan menyebelahi kita kau tunggu dan lihat setakat budak yang tak cukup kuasa tu senang je aku kalahkan ". Reza Haikal tak sabar nak melihat Afiq Zafran mati menderita dan Shikin akan menjadi miliknya.
RUMAH SHIKIN (SELESAI MAKAN)
Mereka semua berkumpul di ruang tamu Abang Faris memulakan bicara " Saya mulakan ye perbincangan kita sebelum itu saya nak ucap terima kasih Pakcik Said dan Makcik Aisyah sekeluarga menjemput saya dan isteri berserta adik saya Afiq dan menerima kedatangan kami,,,,,biarlah saya terus terang sahaja kedatangan kami ni ada hajat besar nak meminang Shikin untuk adik kesayangan kami Afiq Zafran " Datuk Said menjawab dengan tenang " Kami sekeluarga terima sahaja pinangan ni tapi kena tanya tuan punya badan setuju atau tidak " semua orang kini memandang ke arah Shikin untuk mengetahui dia terima atau tidak pinangan tersebut " Ehhh apa ni semua pandang macam tu " atuk Shikin bersuara " Kami semua nak tau hang setuju ke dak tokwan tak sabaq nak tau " Shikin hanya senyum dan mengangguk tanda setuju mereka semua pun mengucap *Alhamdulillah* tanda kesyukuran Datuk Said memandang Afiq Zafran "Memandangkan Shikin dah setuju macam pakcik dengan tokwan kata kepada kamu harap dapat penuhi permintaan kami dan satu lagi kalau boleh kita buat majlis tunang dengan majlis kahwin Riz dengan Lydia kami sekeluarga dah berbincang dan mereka pun setuju " Afiq Zafran mengangguk faham " Insyaallah saya akan ikut seperti mana pakcik dengan tokwan minta " Kak Hifza pula berbicara " Maaflah kami datang tak bawa cincin untuk disarungkan ke Shikin,,,Afiq kata nak pergi beli bersama spend time katanya bulan depan Afiq akan berangkat ke Jeddah " Datin Aisyah berkata " Tak mengapa Hifza makcik faham,,,,,,Afiq makcik bagi kamu chance hari ni pergi dating dengan Shikin tapi jangan balik lewat tau " Afiq Zafran mengangguk faham " Alhamdulillah semua dah selesai kami nak beransur pulang ke Kelantan nanti pada hari pertunangan saya bawa bapa mertua saya datang untuk wakil tok kadi bagi pihak Lydia " kata Abang Faris. Setelah selesai berbincang Afiq Zafran serta kakak dan abangnya hendak bergerak pulang Shikin dan Abang Riz menghantar mereka sampai ke kereta " Faris nanti kirim salam terima kasih tau dekat bapa mertua kau jadi wakil wali buat Lydia " Abang Faris menjawab " Takde hal la lagipun kita kan dah nak jadi biras untuk kau semua boleh " berbalik pada Shikin pula " Kak Hifza terima kasih terima Shikin jadi sebahagian keluarga akak " Kak Hifza senyum dan menjawab " Akak pun sama lagipun akak memang suka kalau kamu dengan Afiq bersatu,,,Afiq senyap je tak nak cakap apa-apa ke dekat bakal tunang kamu ni???" Afiq Zafran membalas " Ada kak long tapi segan kak long ada jadi kaku " Kak Hifza ketawa kecil " Yelah yelah kak long masuk kereta dulu " Shikin bersalaman dengan Kak Hifza lalu masuk kedalam kereta dan sekarang tinggal mereka berdua sahaja " Awak nanti ada kelas petang kan hari ni saya hantar pergi uni lepas tu kita pergi mall kita cari barang untuk hari pertunangan " Shikin menjawab " Okay boleh hari ni kelas saya sejam sahaja sempat la kita ke mall takde lah kita nanti sampai rumah lewat aaa lagi satu saya nak cakap terima kasih sebab terima saya dalam keluarga awak Insyallah saya cuba mencintai awak sepenuh hati " Afiq Zafran membalas " Bukan awak,,bukan saya hanya mencuba tapi kita akan tetap berusaha saling menyangi bersama ingat kata-kata saya cinta hanya sementara tapi kasih sayang saya pada awak hingga akhir hayat saya " hati Shikin seolah sudah dipanah dengan kata-kata Afiq Zafran yang mendalam dia yakin Afiq Zafran serius dalam perhubungan ini " Afiq dah la tu jom balik dah jadi patung sudah Shikin tu nak kamu bagi ayat sweet2 " Abang Riz menyiku lengan sedikit terkejut Shikin dibuatnya " Hisshhh Abang " Abang Faris dan Afiq Zafran pun masuk dalam kereta mereka pun meninggalkan kawasan rumah Shikin " Tak payah feeling-feeling sedih nanti Afiq datang balik jemput pergi uni " Shikin merenung tajam pada Abang Riz " Aaahhh sudah badak ayaq naik minyak hahaha " Shikin geram " Apa!!!!Abang panggil Shikin badak,,,,,,ni badak nak makan orang " Abang Riz pun cabut lari Shikin pun mengejar " Abannng!!! " haihhh diorang berdua nak jadi lelaki orang dengan tunangan pun perangai masih macam budak-budak Datin Aisyah mendengar mereka menjerit ketawa di luar rumah.
PETANG (DALAM PERJALANAN UNIVERSITI)
Shikin dan Afiq Zafran sedang menuju ke arah ke uni hanya mereka berdua di dalam kereta saja diam menyepi sementara menunggu lampu hijau Afiq Zafran pun memulakan perbualan dia ingin tahu sepanjang Shikin berada di rumah Reza Haikal " Awak saya nak tanya boleh??? " Shikin menjawab ya " time awak dekat rumah Reza dia ada buat pekara aneh ke atau usik-usik awak ke??? Shikin tersenyum *cemburu le tu* kata dalam hati " Dia tak buat apa-apa pun cuma kadang dia annoying makan ubat nak kena paksa, makan pun kena suap kalau tak sampai bila-bila pun tak sembuh lagipun saya kesian kat Prof Malik dengan mak Reza tu diorang macam tak ngam bersama macam tiada ikatan kekeluargaan,,,,awak tanya ni awak cemburu ke ??? " Afiq Zafran menjawab " Saja saya tanya sebab saya risau tunang saya nanti kena kebas bukan ke cemburu tu tanda sayang lagipun saya nak awak berhati-hati dengan Reza tu saya tengok lain macam " Shikin rasa kehairanan " Kenapa dengan Reza tu,,,,kenapa awak rasa lain macam????" Afiq Zafran hanya berdiam dia tidak mahu Shikin tahu belum tiba masanya Afiq Zafran menfokus ke arah jalan Shikin menanti jawapan Afiq Zafran " kita lupakan lah cerita pasal Reza tu kita tukar topik awak nak hadiah apa hari pertunangan kita nanti??? " Shikin pun ikut saja kata Afiq Zafran tidak mahu cerita tentang Reza Haikal " saya tak kisah hadiah apa-apa pun asalkan hadiah tu dari orang yang saya sayang " Afiq Zafran senyum gembira sampai stereng kereta digenggam kuat rasa malu tapi mahu. Setelah sampai di uni Afiq Zafran pun memarkir kereta dia pun keluar dan membuka pintu untuk Shikin " saya hantar awak sampai kelas " Shikin menjawab " tak mengapa kesian kat awak dah lah ambil saya kat rumah hantar sampai uni awak pergi duduk lepak ruang rehat kat perpustakaan tu nanti habis kelas kita jumpa kat situ " Afiq Zafran mengeleng tidak " Saya nak hantar sampai kat kelas awak juga macamana saya ambil macam itulah saya hantar awak pergi mana-mana sahaja awak amanah saya dan saya dah berjanji dengan mak awak " Shikin pun ikutkan sahaja. Mereka pun berjalan ke tingkat 2 terletaknya kelas sesudah sampai di pintu Afiq Zafran berkata " belajar rajin-rajin fokus tau jangan ingat saya pulak hihihihi " Shikin tersenyum "aisshhh awak ni oklah saya masuk dulu terima kasih " Shikin pun masuk dalam kelas dan menuju ke tempat duduk bersama kawan-kawannya " Geng tengok muka Shikin berseri-seri siak hari ni senyum dari tadi " kata Afi lalu Fiona menjawab " mana tidaknya senyum begitu ustaz hot yang hantarkan sampai depan pintu siap tolong buka kan lagi korang ado " Tina pula bersuara " Orang tu dah jadi milik ustaz hot frust la semua pompuan uni ni hahahaha" Shikin membalas " tajam ekk mata korang nampak je hmmm aku ada good new untuk korang aku dengan Zaf dah nak bertunang tak lama lagi sebelum dia berangkat ke Jeddah so aku nak ajak korang datang nanti kad udangan aku bagi jemput datang lah ye tak datang aku culik korang nanti hahahaa" Afi, Fiona, Shakira dan Tina menjerit terkejut rakan-rakan kelas lain dengan kelakuan mereka " uit uit slow sikit jerit tu terkejut diorang sorry gaiss tiber diorang ni jadi sawan " Shikin meminta maaf pada rakan kelas yang terkejut " Tapi kan kalau tunang mana cincin kau tak nampak pun " Shakira memegang kedua belah tangan Shikin " Belum beli lagi sebab nanti aku dengan Zafran keluar pergi mall cari barang apa yang patut dah alang-alang tu boleh cari hadiah untuk Abang dengan kakak aku kahwin nanti " Tina berkata " Eehh abang dengan kakak kau nak kahwin dah bila majlis " Shikin menjawab " family aku buat sekali dengan majlis tunang aku " Tina mengangguk " Ni kau dah bagi tahu ke dekat Qila dengan Intan bagi tahu diorang awal nanti entah diorang ada tugasan flight " Shikin menjawab " Nanti aku inform,,,ni bila lec nak masuk kelas dah macam lama je tunggu ni ". Shikin melihat tempat duduk Reza Haikal " Eehh Tina,,,,Reza tak datang kelas ke hari ni kan dia dah sihat " Tina menjawab " Hmmm macam biasa la tu ponteng kelas lagi ingatkan kau jaga dia berubah perangai hmmm sama jugak dah lah tak payah fikir dia fokus kita sekarang ni nanti untuk exam ". Shikin mengangguk faham.
Selesai sahaja kelas " Korang aku gerak dulu ye kesian Zafran tunggu lama-lama dekat libary tu ingatkan kelas sejam je ni dah jadi dua jam " yang lain pun mengerti " Selamat berdating dengan cik abang hahaha " kata Afi,,,,Shikin pun senyum dan melambaikan tangan pada mereka untuk beredar dari kelas. Shikin pun menuju ke lif untuk ke perpustakaan uni sesudah sampai Shikin pun masuk dalam dan mencari di ruangan bacaan ternyata Afiq Zafran berada disitu sambil membaca buku Shikin pun menghampiri " Zaf minta maaf ye buat awak tunggu lama saya ingat kelas sejam last-last jadi dua jam lecture saya masuk lambat kesian kat awak buat tertunggu-tunggu" Afiq Zafran menjawab " Tak mengapalah untuk awak saya sanggup tunggu selama mana pun janji awak jangan pernah lupakan saya,,,,oklah jom kita gerak awak mesti dah lapar kan kita pergi makan lepas tu kita beli barang " Shikin menjawab " Awak macam tau ehh saya tengah lapar sekarang " Afiq Zafran hanya senyum. Mereka pun gerak bersama menuju parking namun begitu sepanjang mereka berdua terdapat mata-mata yang memerhatikan mereka dari perpustakaan hinggalah tempat letak kenderaan lalu menelefon seseorang " Reza diorang dah gerak pergi ke mall nak aku follow ke??" Reza Haikal berkata " follow diorang lepas tu send location dekat aku yang lain aku settelkan,,,payment kau aku transfer nanti lepas kau dah send location " Reza Haikal mematikan panggilan " Sial kau Zafran kau keluar dengan Shikin asal kau suka ganggu hak orang tau tak Shikin tu milik aku takde orang lain boleh rampas hak aku,,,,kau tunggu nasib kau Zafran" Reza Haikal memukul stereng keretanya amarahnya tak dapat dikawal lagi.
MALL
" Awak nak makan apa minta je hari ni saya belanja " Syikin berfikir " Hmmm saya tak tahu lah nak makan apa awak pilih la saya okay je makan kat mana-mana pun " Afiq Zafran menjawab " Kita makan dekat restoran western food kat hujung sana " Shikin mengangguk setuju lalu mereka berjalan menuju ke sana sedang mereka berdua berjalan bersama Reza Haikal memerhatikan mereka berdua dari jauh dengan pandangan penuh kebencian. Setelah mereka selesai makan mereka menuju ke kedai cincin Reza Haikal kehairanan kenapa mereka pergi ke kedai tersebut,,Shikin melihat cincin yang ada di kedai tersebut " Wahhh banyak yang lawa-lawa pening saya nak pilih " Afiq Zafran memandang Shikin penuh kegembiraan gadis yang telah dia menjadi idaman yang lama dalam hatinya bakal selangkah menjadi miliknya " Zaf kenapa pandang saya macam tu malu lah " Afiq Zafran menjawab " Saya suka tengok senyuman awak cair hati saya,,,awak terima kasih sudi terima saya insan yang serba kekurangan insyallah selagi saya bernyawa saya lindungi awak dari apa sahaja halangan yang akan memisahkan kita berdua andai kata saya dah tiada di dunia ni awak jangan pernah lupakan saya dan rasa sayang kita sampai bila-bila " Shikin memukul lengan Afiq Zafran " Aisshhh awak ni dah kenapa cakap macam tu sedih tau saya lagipun Jeddah bukannya jauh pun saya boleh datang kan melawat awak lagipun apa guna ada telefon kita boleh chat dengan call kan,,,dah-dah saya tak nak awak merepek cakap mengarut semua ni,,,pilih lah nak mana satu cincin kita nanti nak cari hadiah lagi untuk Abang Riz dengan Kak Lydia pula " Afiq Zafran menjawab " okay okay sorry buat awak sedih saya tolong awak pilih cincin ". Reza Haikal terus memerhati mereka dari petang sehinggalah Afiq Zafran menghantar Shikin pulang sampai depan pagar rumah Shikin pun turun dari kereta " Awak terima kasih untuk hari ni nanti sampai rumah sewa kirim salam dekat Kak Hifza dengan Abang Faris,,,,betul ni awak tak nak masuk dalam dulu makan malam tak pun stay sini esok awak balik " Afiq Zafran menjawab " Tak mengapa lagipun esok pagi saya ada kelas jadi saya nak prepare kertas kerja untuk saya lapor diri nanti awak masuk dalam jangan lupa mandi dengan makan apa-apa mesej saya tau untuk awak 24 jam saya berjaga " Shikin tersenyum gembira sempat lagi nak bersweet-sweet Shikin pun masuk dalam rumah dan Afiq Zafran pun berlalu pergi manakala Reza Haikal pun pergi meninggalkan kawasan rumah Shikin dia memandu laju tanpa kisah bahaya di atas jalan raya. Shikin membuka pintu dan bagi salam " Assalamualaikum Shikin dah balik ni " semua ahli keluarga Datuk Said berkumpul di ruang tamu Shikin pun menuju ke arah ruang tamu " Seronok ke keluar dengan bakal tunang kamu tu " Shikin senyum lalu menunjukkan sesuatu di jarinya Datin Aisyah dan nenek Shikin terkejut melihat cincin yang menarik perhatian mereka " Wahhh cantiknya cincin sapa yang pilih ni " tanya Datin Aisyah pada Shikin lalu menjawab " Mestilah bakal menantu kesayangan mak tu " nenek Shikin bersuara " bertuah lah punya badan pandai hangpa cari calon jaga elok-elok si Zafran tu ".
untuk pembaca sis minta maaf lama tak update terima kasih yang sentiasa sabar dan menunggu sis akan update lagi jgn lupa share and komen if ada kekurangan atau kesalahan sis akan perbaiki.
jangan lupa komen n share if ada kesalahan boleh komen sis akan perbaiki......
Share this novel