Hari yang dinantikan majlis diadakan secara besar-besaran semua tetamu yang hadir menantikan ketibaan pasangan mempelai Abang Riz dan Kak Lydia manakala hari pertunangan Shikin dan Afiq Zafran diadakan serentak di hotel yang ditempah khas oleh Datuk Said dan privasi hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang hadir ke majlis tersebut namun adakah mereka akan merasai hari kebahagian itu..........
BILIK SHIKIN
"eeiii cemburu aku tengok kau Shikin dah nak bertunang dengan Zafran,,,,untung lah kau dapat dia pompuan kat uni semua mesti frust teruk " kata Tina pada Shikin manakala kawan- kawannya membantu merapikan pakaian Shikin dan perhiasan " Wei si Reza tu tahu tak hal ni yang tu lagi la nanti kemurungan jugak " tanya Tina pada Shikin dan dia menjawab " semua ni sudah ditentukan oleh takdir Tuhan Tina " ketika mereka berdua bersembang kedengaran pintu bilik diketuk " Intan tolong buka kan pintu tu " Intan menurut arahan lalu Intan pun membuka pintu terlihat seseorang yang Intan pernah lihat " awak Reza kan yang datang masa birthday Shikin " Reza Haikal mengiyakan dan berkata " Aku datang nak jumpa Shikin sekejap ada hal aku cakap dengan dia " Intan membalas " masuklah " Reza Haikal pun masuk diiringi Intan " Sapa tu Tan ? " Intan menjawab " Reza " Syikin pun bangun dan menoleh ke belakang " Girls boleh duduk luar sekejap ada perkara privasi nak cakap dengan Shikin " kata Reza Haikal pada kawan-kawan Shikin. Mereka semua memandang Shikin " Korang duduk luar sekejap apa-apa nanti aku panggil " mereka semua pun keluar dan sekarang hanya Shikin dan Reza Haikal berdua sahaja di dalam bilik tu " Sampai hati kau tak bagi tahu aku pasal pertunangan kau dengan mamat tu,,,,apa aku ni tak penting ke bagi kau,,,,kau buat aku macam tunggul,,,selama ini aku ingat kau rapat dengan aku anggap aku ni kawan kau tapi kau buat aku macam kawan persinggahan je kan " berkata Reza Haikal dengan serius sambil menatap Shikin penuh amarah namun dia menahan " Reza awak jangan cakap macam tu awak masih kawan saya sampai bila-bila saya tak pernah anggap awak sebagai kawan persinggahan " Reza Haikal menjawab dan meninggikan suara pada Shikin " Kau bohong!!!!! kalau aku kawan kau kenapa tak bagitahu,,,kenapa perlu berahsia,,,kau tahu bila dengar pasal pertunangan kau hati aku sakit aku rasa macam dikhianati aku baru nak merasakan sedikit kebahagian dari kau tapi apa yang kau buat kat aku sekarang ni,,,,perasaan aku,,,,hati aku,,,,diri aku seperti ditikam pisau " Shikin tidak mengerti maksud yang dikatakan Reza Haikal " Apa awak cakap ni Reza saya tak faham keadaan awak sekarang ni " Reza Haikal mendekati Shikin dan memegang kedua bahu Shikin " Apa ni Reza lepaskan saya sakit lah!!! " Reza Haikal berkata "Diamm" " Tahu pun sakit sama macam hati aku sekarang sebab kau,,,aku simpan perasaan ni terlalu lama tapi kau yang buta tak nampak aku yang kau pandang mamat yang fake alim berbanding dengan aku,,,,pleasszz Shikin putuskan pertunangan kau dengan mamat tu aku sayang n cintakan kau dari hari pertama kita berjumpa aku akan berikan apa saja yang kau nak lebih dari dia,,,,kau ingat tak pada malam hari bufday aku nak buat pengakuan yang aku cinta kan kau tapi mamat tu dah menganggu jalan aku untuk confess perasaan aku ni,,,,,aku merayu kat kau putuskan pertunangan kau dengan dia n ikut aku,,,,aku janji akan bahagiakan kau kita lari dari jauh dari sini tinggalkan keluarga lupakan diorang semua". Shikin pun sekuat tenaga menepis kedua tangan Reza Haikal dan menamparnya " Awak dah gila ke Reza awak nak saya tinggalkan orang saya sayang semata-mata ikut kemahuan gila awak tu,,,,Reza terima lah hakikat yang kita berdua ditakdirkan hanya berkawan sahaja,,,,saya tahu Reza awak seorang yang baik n terima kasih telah menjadi kawan saya yang selalu ada disamping saya masa saya sedih n itulah sahabat sejati,,,,saya minta maaf saya tak dapat balas cinta awak tapi tolong jangan hilangkan perasaan itu dan anggap cintakan sebagai seorang sahabat,,,,,saya doakan awak jumpa perempuan yang lebih sempurna menjaga awak n menyayangi awak selayaknya " Reza Haikal terasa sebak dengan kata-kata Shikin air mata yang ditahannya pun mengalir " Tak boleh ke kau bagi aku peluang kedua untuk terima cinta aku,,,aku janji aku akan berubah " Shikin menjawab " Maaf Reza saya tak boleh,,,,tolong Reza demi saya carilah perempuan yang selayaknya untuk awak,,,,maaf saya kena pergi majlis dah nak mula" Shikin pun keluar dari bilik tersebut dan melihat kawan-kawannya yang menunggu " Kau okay tak Shikin kenapa mata kau bengkak kau menangis,,,Reza cakap apa dengan kau,,,,iishhh nak kena si Reza ni " Tina melihat raut wajah Shikin yang sedih Tina segera ingin masuk kedalam bilik itu memarahi Reza namun begitu Shikin menghalang " Tak payah Tina kau masuk dalam bilik tu biarkan dia sendirian untuk berfikir majlis nak mula kita kena gerak sekarang " Aqila bersuara " Kejap aku fix dulu make up nasib baik la kau tak menangis teruk kalau tak nanti terkejut tunang kau ingat pontianak karang " mereka semua ketawa dengan lawak Aqila itu kecuali Shikin hanya senyum sahaja. Sementara Reza Haikal masih belum keluar dari bilik Shikin dia menelefon seseorang " Kau dah boleh bersiap sedia ingat pastikan tiada halangan yang boleh gagalkan plan Papa Rin buat,,,,aku akan inform next step apa yang patut kau buat " Reza Haikal mematikan panggilan dan senyuman jahat terserlah " Jangan ingat kau dah menang Zafran dapatkan Shikin,,,,permainan kita berdua baru sahaja mula aku pastikan Shikin milik aku selamanya hahahahaaa,,,,,,,,,,".
DI DEWAN
"Selamat datang para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan Rizal Bin Hamdan dan pasangannya Nur Lydia Binti Haris serta majlis pertunangan Afiq Zafran Bin Zuhar dan pasangannya Nur Shikin Binti Said saya Haris Jabbar MC pada majlis harini. Sebelum kita memulakan majlis marilah kita bersama berdoa dan membaca Al Fatiha agar majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar,,,,Bismillah" semua tetamu membaca doa yang dikendali oleh imam. Setelah selesai MC memulakan acara " Syukur ke hadrat illahi pada hari ini kita akan melihat pasangan mempelai dan majlis pertunangan kedua-dua anak Datuk Said dan Datin Aisyah disatukan,,,,saya mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat bertunang,,,,tanpa melengahkan masa saya menjemput pengantin perempuan boleh keluar dan duduk di bangku pelamin yang telah dihias indah. Pintu utama dewan dibuka semua tetamu tertumpu pada pintu tersebut Kak Lydia berjalan masuk diiringi pengapit sahabat-sahabat dari anggota polis menuju ke bangku pelamin. Setelah Kak Lydia duduk di bangku tersebut MC memanggil Shikin untuk masuk kedalam dewan Shikin berjalan dengan tenang dan diringi rakan-rakannya . Ramai tetamu mengkangumi kecantikan Shikin dan busana baju dipakai. Reza Haikal yang duduk di meja bersama keluarganya melihat Shikin berjalan dengan mata tidak berkedip kerana terpegun kecantikan Shikin. Selesai sahaja kedua-dua mereka duduk dibangku tersebut MC mula berbicara " Saya menjemput imam,Rizal, Datuk Said dan wakil wali bagi pengantin perempuan boleh duduk dimeja disediakan bagi upacara akad nikah. Sesudah mengambil tempat imam memulakan akad nikah bersalam dengan Abang Riz " Rizal Bin Hamdan,,,aku nikahkan dikau dengan Nur Lydia Binti Haris dengan mas kahwin sebanyak enam puluh ribu ringgit tunai " Abang Riz mejawab dengan tenang " Aku terima nikahnya Nur Lydia Binti Haris dengan mas kahwin sebanyak enam puluh ribu ringgit tunai " imam memandang Datuk Said " Sah " yang lain semua mengangguk " Alhamdullilah " imam membacakan doa tanda mengucapkan syukur pasangan yang telah disahkan. Setelah selesai MC meneruskan berbicara " Alhamdulilah tahniah kepada pasangan pengantin telah diijab kabul sebagai suami dan isteri,,,,kita akan teruskan dengan acara menyarung cincin kepada pasangan dijemput pengantin lelaki untuk duduk di bangku pelamin bersama pengantin perempuan untuk menyarung cincin serta wakil dari pihak lelaki iaitu kakak bagi pihak tunang lelaki naik ke pelamin bagi menyarungkan cincin pertunangan untuk Nur Shikin Binti Said. Kak Hifza pun naik ke tempat pelamin untuk menyarungkan cincin tanda manakala Abang Riz pula melakukan perkara yang sama. " Selesai sudah acara menyarungkan cincin para tetamu boleh lah jemput makan hidangan yang kami sediakan selamat menjamu selera " Kak Hifza memanggil Afiq Zafran untuk duduk di sebelah Shikin bagi sesi bergambar kawan-kawan Shikin terharu melihat mereka berdua pasangan yang serasi " Awak nampak cantik sangat buat saya makin jatuh cinta " Shikin malu-malu apabila Afiq Zafran berbisik pada Shikin " Aaiiii cehhh Shikin acah-acah malu geng tengok ni member sapa ni tak pernah-pernah jadi cam ni hahahahaahaaa,,,,,, Zaf nanti jangan lebih-lebih puji Shikin tengok jadi apa tah tiber gedik-gedik ni " Tina ni kalau tak mengusik tak sah. Photographer memanggil Afiq Zafran dan Shikin " Okay Cik Shikin sekarang kita bergambar dengan pasangan pengantin selepas itu baru ahli keluarga dan sahabat ".
4 PETANG ( SELESAI MAJLIS )
Selasai majlis pertunangan dan pernikahan para tetamu pulang kini yang tinggal hanya sahabat-sahabat mereka yang masih belum pulang. Shikin dan Afiq Zafran sedang makan ditemani rakan-rakan mereka manakala Abang Riz dan Kak Lydia bersembang bersama sahabat mereka. Datuk Said dan Puan Aisyah bersembang dengan keluarga Reza Haikal,,,dia dari tadi memerhatikan Shikin dan Afiq Zafran ketawa mereka terlihat bahagia namun bukan baginya yang sedang menahan amarah " Bila diorang ni nak bertolak balik " Reza Haikal tumpuannya pada jam sahaja sementara itu Prof Malik melihat anaknya seperti cacing kepanasan " Kal balik lah dulu tak payah tunggu Mummy dengan Daddy,,,,tadi Reza datang sendiri kan ingatkan tak nak datang kalau tak naik je skali dengan Daddy " Reza Haikal menjawab " Kal balik dengan kawan Kal tak bawa kereta datang sini " Prof Malik hanya menggangguk. Tepat jam 6 semua tetamu sudah pulang serta rakan-rakan mereka yang tinggal hanya keluarga Datuk Said ,keluarga Afiq Zafran dan Prof Malik " Said aku minta diri dulu ye kita sembang panjang lebar tak sedar dah dekat pukul 6 petang dah,,,,tahniah Said untuk kau dapat menantu baru dengan calon tunang untuk Shikin kalau kau ada anak dara lagi boleh lah kita berbesan aku berkenan kat anak kau jadi menantu aku tapi takpa lah takdir jodoh ditentukan oleh Allah " Datuk Said membalas " Apa kau ni Malik kau tetap kawan sejati aku walaupun kita tak berbesan pun nanti ada masa free datang je rumah aku " Prof Malik pun meminta diri untuk balik begitu juga dengan Reza Haikal namun sebelum dia pulang dia hendak berjumpa Shikin dengan Afiq Zafran. Reza Haikal menuju ke arah mereka lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Afiq Zafran dan Afiq Zafran menerima salam tersebut " Tahniah bro untuk hari pertunangan kau hope kau bertuah dapat Shikin n jaga dia baik-baik kalau kau buat dia sedih or menderita aku akan rampas dari kau " Afiq Zafran menjawab dengan tenang dan senyum " itu tak perlu risau bro,,,,dia pilih aku sudah tentu aku yang selayaknya menjaga dia,,,betul tak honeybear saya yang cantik ni " Shikin hanya senyum lalu dia memandang ke arah Reza Haikal " Terima kasih Reza awak datang ke majlis saya,,,,saya minta maaf kalau saya ada sakiti hati awak ke apa hope will be bestie forever " Reza Haikal hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa lalu dia beransur pergi dengan hatinya kini menyumpah kata-kata berharap Afiq Zafran mati dan Shikin akan menjadi miliknya.
PARKING KERETA VIP
Kini tinggal keluarga Datuk Said dan keluarga Afiq Zafran " Ni Shikin nak balik dengan ayah ke atau nak balik dengan Zafran,,,,Zafran bawa kereta kan " Shikin bertanya pada Afiq Zafran " Ehhh awak bawa kereta saya ingat awak datang sekali Abang Faris dengan Kak Hifza " Datuk Said berkata " Afiq tak bagi tahu lagi ke dekat kamu dia nak bawa kamu keluar pergi tempat special " Afiq Zafran menjawab " Maaf ye pakcik saya tak beritahu dekat Shikin ingat lepas majlis nak minta izin pakcik dengan makcik dulu,,,kami akan balik awal sebelum pukul 11 " Datin Aisyah bersuara " Nak balik lambat pon takpa aihh bukan orang lain nak jadi bakal menantu kami dah pun,,,,Zafran jangan panggil kami pakcik dengan makcik panggil je mak ayah,,,pergilah mak izinkan bawa kereta hati-hati. Afiq Zafran pun berlalu pergi bersama Shikin setelah mendapat keizinan. Datin Aisyah melihat Shikin dari jauh yang menuju hala ke parking kereta Datin Aisyah pun masuk ke dalam kereta bersama Datuk Said " Selesai juga majlis anak-anak kita kan Bang,,,,Ayang tengok Shikin rasa sebak dah besar kan anak kita n dah bertunang lepas tu nanti dah kahwin saya masih rasa Shikin tu kecil macam budak -budak lagi berat rasanya nak lepaskan dekat orang lain " Datuk Said mengenggam tangan Datin Aisyah " Ayang kena terima hakikat anak kita semakin hari semakin menuju alam dewasa kita dah jalan kan tanggujawab kita sebagai ibu bapa jaga dia dari kecil dan tiba masa kita akan lepaskan untuk insan yang boleh jaga anak kita dan belajar untuk membina keluarga seperti mana kita bina kebahagiaan rumah tangga kita Ayang,,,,Abang yakin Zafran adalah lelaki dan pembimbing yang terbaik untuk anak kita,,,,Dah-dah jangan sedih " Datin Aisyah berasa sedikit tenang tapi entah kenapa hatinya rasa tak tenang sekarang ni. " Bos diorang dah gerak kita follow ke " Reza Haikal menjawab " Takde lah kita gerak tahun depan,,,,,ikut lah diorang lah bodoh!!!! cepat gerak aku tak nak plan ni gagal". Sementara didalam kereta Afiq Zafran hanya kedengaran bunyi radio sahaja Shikin pun bersuara " Awak nak bawa saya pergi mana??" Afiq Zafran menjawab " Rahsia mana boleh bagitahu nanti tak suprise le,,,,,awak okay ke???" Shikin menjawab " Hmmm yelah,,,,Saya okay je n happy akhirnya saya temui seseorang yang terima saya yang tak beberapa cantik ni, pipi tembam, kuat makan " Afiq Zafran pun ketawa " Apa yang sayang mengarut ni sapa kata sayang saya ni tak cantik,,,,dimata Zaf,sayang yang paling cantik seperti bidadari,,,Zaf terima segala kekurangan sayang,,,,sejak pertama kali Zaf lihat Shikin hati Zaf dah terpaut dan berjanji akan ambil Shikin sebagai peneman hidup untuk selamanya dalam hati Zaf tak ada perempuan lain boleh ganti hanya Shikin seorang sahaja,,,,so jangan cakap sayang saya ni tak cantik ke apa " Shikin terharu kata-kata Afiq Zafran " Terima kasih sayang " Afiq Zafran membalas " Awak panggil apa tadi dekat saya tak dengar lah " Shikin sebenarnya malu nak cakap n Afiq Zafran sengaja pura-pura dengar " Saya panggil awak sayang lagipun saya nak panggil awak apa???sedangkan awak pun panggil tadi sayang " Afiq Zafran menjawab " Hmmm apa kata saya panggil awak sayang n awak pulak panggil saya honeybear macam dekat hotel tadi,,,,boleh???" Shikin menangguk " Baik honeybear hensem saya ni " Afiq Zafran tersenyum sedangkan jantungnya sekarang berdegup laju. Mereka pun berbual sementara hendak menuju ke destinasi. Reza Haikal masih mengikuti kereta mereka lalu dia mengeluarkan telefon " Kau dah boleh standby dekat tempat kita dah plan " Reza Haikal pun mematikan panggilan dan menyuruh pemandu berhenti ditepi simpang agar mereka tak dicurigai sementara menunggu panggilan dari orang suruhannya " Matilah kau Zafran malam ni ". Afiq Zafran kini berhenti di simpang dua lampu isyarat dia melihat sekeliling tak banyak kereta lalu dekat kawasan itu kebiasaanya sesak ketika lampu isyarat menunjukkan hijau Afiq Zafran pun gerak namun apabila dia hendak membelok ke kanan terdapat papan tanda jalan tutup dan terdapat seorang polis trafik menjaga. Polis trafik tersebut menyuruh Afiq Zafran berhenti dan menurunkan tingkap pemandu " Selamat malam Encik maaf jalan ni tutup encik kena lalu lorang belah kiri " Afiq Zafran membalas " Maaf ye tuan setahu saya jalan ni kalau hala belah kiri jalan mati " Polis Trafik itu menjawab " Ouhhh encik dah boleh lalu dekat lorong tu sebab JKR dah buat jalan yang baru nanti encik undur kereta ubah haluan saya bantu encik lagipun kereta encik je saya nampak " Afiq Zafran pun menurut arahan polis tersebut. Setelah bertukar haluan Afiq Zafran pun meneruskan perjalanan dia melihat jam sekarang menunjukkan pukul 8 malam akan tetapi hatinya merasakan tidak tenang entah kenapa dia berasa sebegitu. Police trafik yang menjaga jalan tersebut menelefon seseorang " Bos target dah masuk perangkap ". Setelah Reza Haikal mendapat panggilan dari polis trafik mereka pun bergerak ke arah jalan yang dirancang. Afiq Zafran pun memandu dengan berhati-hati namun benar apa yang dilihat jalan tersebut jalan mati dan dia pun reverse kereta namun laluannya dihalang tiga biji kereta hitam " Zaf siapa diorang ni saya takut " Afiq Zafran menjawab "Awak bertenang jangan risau saya ada ". Salah seorang keluar dari kereta dan menjerit " Serahkan perempuan tu kalau kau nak hidup " Shikin mula berasa panik, Afiq Zafran menenangkan dan menggengam tangan Shikin " Sayang stay dalam kereta biar saya tangani mereka kalau apa-apa berlaku saya nak awak janji dengan saya jaga cinta kita ni sampai bila-bila even saya dah tiada hope awak cari seseorang yang sayang awak,,,jaga awak dan mencintai awak seperti mana cinta saya berikan pada awak "Love you Bidadari syurga saya " Afiq Zafran sudah merasakan firasat yang buruk akan berlaku kepadanya sejak dia berkata-kata aneh kepada Shikin semasa dia datang memasak kuih kegemaran mereka berdua."Zafran jangan cakap macam ni saya taknak kehilangan awak,,,saya cintakan awak" Hoiii pekak ke aku kira sampai tiga kau tak keluar aku guna secara kasar satu,,,,,dua,,,,,,tig!!!! Afiq Zafran pun keluar dari kereta " Aku keluar,,,siapa yang hantar korang??? kalau kau nak perempuan ni lawan dengan aku " Afiq Zafran menatap tajam terhadap ketua mereka " Apa tercegat lagi pukul budak tu " dengan satu persatu Afiq Zafran berlawan walaupun dia sendirian dan terasa letih kerana mereka terlalu ramai Afiq Zafran tidak akan mengalah dia tetap melindungi Shikin apa-apa pun bakal terjadi " Shikin yang melihat Afiq Zafran keletihan menangani mereka dia pun mengeluarkan telefon bimbit namun malang tiada rangkaian di kawasan tersebut Shikin berasa ketakutan. Tiba-tiba ada ketukan tingkap yang kuat Shikin terkejut ternyata Afiq Zafran yang kelelahan berlawan dia pun membuka pintu " Sayang kita kena tinggalkan tempat ni " Afiq Zafran memegang tangan Shikin dan mereka pun berlari ke arah jalan tu semula namun tidak jauh mereka berlari terdapat dua lagi kereta menghalang mereka " Stay di belakang saya ". Terdapat 5 orang lelaki berbaju hitam seperti lelaki yang ditewas oleh Afiq Zafran akan tetapi ada seseorang yang keluar dari tempat memandu belakang namun wajahnya ditutupi topeng hitam " Kau siapa,,,,kau mahu apa dari kami!!!". Lelaki bertopeng hitam itu ketawa lalu berkata " Serahkan gadis di belakang kau itu kalau kau nak selamat " Afiq Zafran dengan riak serius dan marah menatap tajam terhadap lelaki topeng " Aku tak akan serahkan dia pada kau,,,,kalau kau tetap berkeras nak gadis ni lawan aku " lelaki topeng ketawa jahat lagi " Kau ingat aku takut,,,,korang tengok apa lagi pukul dia habis-habisan " lelaki bertopeng memberi arahan pada budak suruhannya. Afiq Zafran berlawan dengan mereka kali ini mereka lebih kuat dari yang lain. Shikin yang melihat Afiq Zafran penat berlawan dia menjerit " Hentikan!!!!! lepaskan dia,,,,aku akan serah kan diri aku pada kau tolong hentikan!!!! " Afiq Zafran menoleh ke belakang " Sayang jangan " akan tetapi salah seorang lelaki berbaju hitam telah memukul Afiq Zafran dengan kayu besbol dia jatuh ke tanah dengan kepalanya mengalir darah Shikin menjerit ketakutan melihat Afiq Zafran terbaring di tanah " Aaarrrgghhh Zafran " Shikin hendak menuju ke arah Afiq Zafran namun lelaki berbaju hitam yang masih bertahan menghalang Shikin kedua tangannya digenggam belakang dengan kuat "Lepaskan aku!!!! Zafran tolong!!!" Shikin hanya mampu menangis melihat keaadan Afiq Zafran. Sisa tenaga yang Afiq Zafran cuba untuk bangun namun dia dipijak oleh lelaki baju hitam dengan kuat agar tidak bangun " Jangan apa-apa kan dia kalau kau rasa anak jantan lawan dengan aku " lelaki bertopeng itu berjalan ke arah Afiq Zafran " Cehhhh kuat jugak yekk kepala kau ni kalis batu ke apa,,,,,,oiii kau apesal kau tak pukul kuat lagi aku kan suruh pukul dia sampai mati aiiishhh bodoh la korang buat keje tak teliti tapi takpelah aku bagi chance kau bersuara untuk permintaan terakhir,,,,,ada kata-kata terakhir kau nak cakap " Afiq Zafran sempat lagi tersenyum " kau tak akan menang apa yang kau buat akan dapat pembalasan dari Allah " Lelaki bertopeng itu terasa marah dengan kata-kata Afiq Zafran " Angkat dia campak ke dalam gaung sekali dengan kereta buat macam kita dah rancang " Shikin yang panik ketakutan menjerit " No!!!!No!!! jangan apa-apa kan dia,,,,,aku merayu!!!! ambil saja aku " lelaki bertopeng itu menuju arah Shikin yang tidak berhenti meraung menangis lalu memegang muka Shikin " Shuushhh sekarang kau tidur ye nanti aku bawa kau tempat yang terindah seperti kayangan syurga " dengan tiba-tiba Shikin berasa kepalanya berat dan mata kabur pandangan mula gelap.............
Share this novel