BAB 12

Mystery Series 13543

HOSPITAL KUALA LUMPUR (PAGI)
Shikin membuka mata dengan perlahan-lahan terlihat Datuk Said dan Datin Aisyah berada di sofa dan disebelah kanannya Tina " Aku kat mana ni Tina aduhh sakitnya mulut ni " Tina membantu Shikin bersandar di katil " Kau kat hospital Shikin,,,,kenapa kau boleh jadi macam ni??? aku risau tau aku tunggu kau sampai habis karnival kau tak balik lagi dekat booth lepas tu Reza call aku yang kau kena culik aku terpaksa tipu senior kau balik awal sebab tak sihat Shikin lain kali jangan buat aku risau lagi kau je lah bestfriend yang aku sayang" Tina dah mula nak menangis Shikin mengusap rambut Tina " Alololo jangan nangis,,,sayang juga kau kat aku,,,sepatutnya aku yang bimbang pasal kau semalam ada seorang ni kata kau pengsan aku panik tahu tak tapi tak sangka pula pekara lain yang jadi aku minta maaf Tina buat kau susah hati " Tina memeluk lengan Shikin " Tak mengapa asalkan kau selamat nasib baik ada Abang Riz dengan Zafran " Datin Aisyah pula bersuara " Maaf ye Tina makcik mencelah Shikin nak makan apa-apa tak nanti mak dengan ayah belikan dekat kafe,,,Tina kamu tengok-tengok kan ye Shikin ni apa-apa call makcik dengan pakcik" Tina mengerti pesanan Datin Aisyah manakala Shikin menggangguk ya dia sekarang berasa lapar Datuk Said dan Datin Aisyah pun berlalu keluar dari bilik hospital " Tina lama ke aku pengsan " Tina pun menceritakan apa yang berlaku semalam " Lepas diorang jumpa kau dekat gudang tu cepat-cepat Abang Riz bawa kau dekat hospital ni kau tak sedar semalaman yang paling panik tu boyfriend kau mengelabah tak tentu arah dia nak tunggu kau sampai sedar tapi Abang Riz kata tak perlu risau kau pun bukan cedera parah Abang Riz suruh balik berehat lepas aku dapat tahu kau ada dekat hospital aku segera datang Abang Riz yang cerita semua ni dekat aku dan satu lagi si Reza pula banyak kali tanya khabar pasal kau okey tak every hour Reza call aku cakap kat dia tak perlu risau nanti kau dah sedar aku bagi tahu untung lah ada dua bodyguard jealous aku " Shikin ketawa kecil saja tak boleh nak ketawa sangat bibirnya masih sakit tengok Tina merajuk macam budak kecik " Takpayah buat muncung itik tu walaupun aku ada dua penjaga tapi kau tetap nombor satu di hati aku heheheee" Tina buat reaksi geli pula " Bila kau cakap macam tu rasa nak muntah hijau duh uuwerk " Shikin menjawab " Nak muntah pula dah" sedang mereka bersembang kedengaran pintu diketuk Tina pun bangun dari tempat duduk dan melihat siapa di luar ternyata Reza Haikal " Kau rupanya Reza nak jumpa Shikin ke apasal tak call nak datang? " Reza Haikal buat muka seposen " Eeehh tak aku datang nak melawat makcik cleaner kat hospital,,,,kau ni Tina aku datang nak tengok Shikin la aku banyak kali tau call check telefon kau dah beribu misscall aku telefon so aku datang je lah terus ke sini " Tina ketawa kecil namun mata Tina beralih pada sejambak bunga mawar merah dibalut plastik pink dan beberapa bar coklat " Wuuu sejak bila kau jadi Mr Romantik ni berbunga bagai " Reza Haikal mengeluh penat pula melayan Tina ni bila nak bagi dia masuk " Tina kau nak bagi aku masuk ke tak ni " Tina menepuk dahi " Aduhh sorry banyak soalan pula aku ni mari la masuk " finally masuk juga Reza Haikal melihat keadaan Shikin rasa kesian mula timbul Shikin cuba senyum yang mampu kepada Reza Haikal mulutnya masih sakit " Tina kau boleh tak tinggalkan kami berdua sekejap ada hal penting aku nak bicara kami berdua" Tina mengangguk boleh dia bagi masa lima minit saja takut parent Shikin balik dari kafe Datuk Said berpesan jangan bagi sesiapa melawat selain Tina dan keluarga Shikin sahaja Tina pun keluar Reza Haikal duduk di kerusi sebelah kanan katil " Ni bunga untuk kau,,,kau sekarang macamana okay ke? " Shikin mengambil bunga mawar itu dan menjawab pertanyaan Reza Haikal "Terima kasih Reza datang melawat Insyallah petang ni saya dah boleh keluar hospital " Reza Haikal meminta maaf apa yang dah terjadi pada Shikin semua ini terjadi kesilapannya mencabar mat-mat rempit di depan kedai malam itu " Reza awak jangan salah kan diri awak saya pun silap juga tapi perkara itu terjadi pun sebab awak nak cuba lindungi saya dari kena pukul ketua mat rempit " lega hati Reza Haikal dia risau Shikin akan marah atau menyalahkan dirinya " Okeylah aku balik dulu ingat nak sembang lama sikit Tina bagi lima minit je jaga kesihatan jangan lupa makan jangan nak diet-diet bagai kalau kau gemuk sekalipun lagi aku suka" Shikin buat muka menyampah " Datang dah perangai annyoing dia tu " Reza Haikal ketawa melihat wajah Shikin macam tu rasa geram menengoknya " Tak payah buat muka macam tu boleh tak saja nak bagi aku rindu kat kau kan " Shikin buat geram manja akan tetapi tengah menahan ketawa melihat karenah Reza Haikal ni " Eeeeiii Dah lah pergi balik shuss shuhh " mereka berdua ni kalau tak bertekak mulut tak sah gaduh-gaduh manja gitu " Ye lah nak balik la ni ingat pesan aku tu bye bye" Reza Haikal berlalu pergi ke arah pintu dia pun mengenyit mata pada Shikin sebelum keluar dari bilik Shikin buat muka seposen sebab dah biasa tengok Reza Haikal selalu buat begitu Tina yang menanti di luar terus bangun menuju ke Reza Haikal " Dah puas hati ke jumpa buah hati kat dalam " Reza Haikal menjawab dengan gaya berlagaknya " Huh,,,bagi masa lima minit ingat cukup ke?? ni aku nak pesan jaga Shikin tu baik-baik kalau ada berlaku sesuatu cepat-cepat call aku" Tina menjawab " Iye ye lah mesti aku jaga bestfriend aku kan " Reza Haikal meminta diri dan terus menuju ke parking setelah masuk kedalam kereta entah tiba-tiba Reza Haikal ketawa sendirian "HAHAHAA!!!,,,,,Baru puas hati aku dapat bunuh mat-mat rempit tu semua boleh tahan hebat kuasa cincin ni " cincin yang dipakai dibelek Reza Haikal.

HARI KEJADIAN (PETANG)
"Der lu nak bawa kitaorang pergi mana ni der " Reza Haikal tak menjawab pertanyaan ketua mat rempit itu mereka bertiga berasa ketakutan yang amat selepas apa yang mereka lihat member mereka mati dibunuh depan mata Fasha pula tidak berhenti menangis kini mereka tidak tahu Reza Haikal membawa mereka entah kemana kaki dan tangan diikat manakala mata mereka ditutup kain hitam. Setelah dua jam perjalanan Reza Haikal pun sampai di suatu tempat ternyata dia membawa mereka ke rumah Cikgu Fahrin dia pun keluar dari van dan membuka pintu belakang van " Hoiii bangun " Madi turut membantu Reza Haikal mengeluarkan mereka dari van setelah masuk kedalam rumah agam itu mereka bertiga dibawa ke bilik Cikgu Fahrin " Papa Rin inilah mereka " Reza Haikal membuka kain hitam yang menutup mata mereka Fasha bersuara " Tuan tolong lah lepaskan kami tu semua kami acah-acah je nak takutkan perempuan tu ni semua salah dia nak balas dendam bagai kami hanya ikut saja " Fasha menyalahkan ketua mat rempit itu Cikgu Fahrin memandang mereka tiga dengan wajah yang serius akan tetapi mata Cikgu Fahrin memandang Fasha dari atas bawah lalu mendekati Fasha rambut Fasha dibelai manja " Kau jangan risau aku tak akan bunuh kau kerana kau special rugi kalau tak merasa,,,Madi bawa yang lain ke bilik biasa " ketua mat rempit itu berkata "Der lu nak bawa kitaorang pergi mana lagi der tolong la lepaskan gua lu nak diorang lu ambil " Reza Haikal pula bersuara " Wauuu hebat ketua korang ni ye jenis sanggup tinggalkan kawan untuk kepentingan diri sendiri apasal kau takut mati ke dasar manusia lemah HAHAHAA " Reza Haikal tepuk tangan sambil ketawa jahat " Sekarang ni aku nak korang tengok neraka yang sebenar Madi bawa mereka ke bilik biasa dan sisa yang ada dalam van kau bagi *DIA* dan satu lagi sediakan tempat pemujaan aku dan papa lama tak minum darah fresh,,,,,kau betina aku nak kau orang terakhir akan jadi mangsa just tunggu dan dengar,,,Bawa mereka pergi Madi " Madi menjawab "Baik Tuan Muda" Madi pun membawa ketua mat rempit dan membernya tinggal lah Fasha bersama Reza Haikal dan Cikgu Fahrin duduk di sofa khas mereka menanti laungan kegemaran mereka " tiga,,,,dua,,,,satu " Reza Haikal menghitung " Arghhh sakit!!! Tolonnnnggg sakit!!! " lama kelamaan suara jeritan lenyap tidak kedengaran lagi Fasha menjerit meraung menangis hingga lemah kakinya berdiri dan terduduk di lantai tak sanggup dengar suara mereka meminta tolong seperti diseksa sejam kemudian Madi pun datang semula ke bilik Cikgu Fahrin kini giliran Fasha "Tuan Fahrin,,,Tuan Muda segalanya sudah dilakukan hidangan di bilik pemujaan untuk Tuan berdua saya sudah sediakan " Cikgu Fahrin menyuruh Madi buat persiapan untuk Fasha " Madi bawa dia di bilik pemujaan seperti biasa aku nak semua sudah siap malam ni aku nak buat upacara untuk Tuan Muda bawa perempuan tu pergi sekarang " setelah Madi bawa Fasha keluar dari bilik kini tinggal Cikgu Fahrin dan Reza Haikal " Papa Rin ada pekara nak Kal bagitahu sekarang ni kita dah ada musuh halangan untuk dapatkan Shikin " Cikgu Fahrin menjawab " Itu Kal tak perlu bimbang Papa Rin tahu tahap kuasannya masih mentah lagi dia tak boleh buat apa-apa sekarang ni Papa Rin nak kamu fokus untuk upacara memperkuatkan lagi kuasa cincin tu semakin banyak darah suci anak dara kamu minum semakin kuat kekuatan tenaga batin Kal " Reza Haikal mengangguk faham. Setelah persiapan diselesaikan oleh Madi mereka berdua menuju ke bilik pemujaan Fasha dibaringkan atas kain kuning lilin merah dinyalakan sekeliling tubuh Fasha tiada seurat benang pada tubuhnya Fasha kaki dan tangan diikat dia menangis dengan lebat mengenangkan nasibnya bertemu ajal tak lama lagi Reza Haikal dan Cikgu Fahrin meletakkan bekas kemenyan yang telah diasapkan mereka berdua bersila di hadapan bekas kemenyan tangan pula seperti menyembah mentera diseru bersama.
* Kuasa kegelapan ku seru deruan angin bersatu
Aku waris batin terakhir memanggilmu,
Santapan dara ku beri sebagai pemula,
Tunjukkanlah kuasa agungmu,*
"Kal sarungkan cincin itu dan kau boleh mula " Reza Haikal memakai cincin itu serta merta tingkah lakunya berubah mata merah fizikal tubuhnya berubah ototnya mengembang dan reaksi wajah berubah senyuman menakutkan hingga keluar air liur dan mengeram seperti serigala kukunya panjang terbeliak mata Fasha gerun melihat perubahan pada Reza Haikal dia berasa ketakutan melampau badannya mengeletar Cikgu Fahrin bangun dan memandang anak buahnya tanpa rasa takut malah mendekati Reza Haikal " Selamat menjamu selera Kal " Cikgu Fahrin keluar dari bilik itu dan mendengar suara Fasha menjerit kesakitan kedengaran bunyi tulang dipatah-patahkan. Itulah akibat cari masalah dengan orang yang salah akhirnya menemui ajal yang sia-sia.

KAFETERIA HOSPITAL (PAGI)
" Assalammualaikum pakcik " seseorang menyapa Datuk Said dan Datin Aisyah sedang duduk menunggu makan yang dipesan " Walaikummusalam ohh kamu Zafran kamu dari mana " Afiq Zafran terus duduk di kerusi sebelah Datuk Said lalu menjawab " Saya dari rumah sewa datang nak melawat Shikin saya minta maaf ya pakcik dengan makcik tak bagitahu nak datang " Datin Aisyah lagi suka kalau Afiq Zafran datang " Tak mengapa Zafran makcik dengan pakcik tak kisah kami sangat mengalu-alukan kedatangan Zafran mai melawat Shikin hari-hari pun takpa " Afiq Zafran senyum tersipu malu dan berterima kasih " Kamu dah makan belum kalau belum pakcik order kan boleh makan bersama Shikin " Afiq Zafran menolak dia sudah bersarapan di rumah " Terima kasih pakcik saya dah makan dekat rumah ni saya singgah kafe sebab nak beli kuih ketayap dengan beberapa jenis coklat untuk Shikin " makanan yang dipesan Datuk Said pun siap setelah bayar makanan Afiq Zafran mengikuti Datuk Said dan Datin Aisyah menuju ke bilik Shikin pintu diketuk Datin Aisyah pun masuk mata Datin Aisyah memandang ke arah meja sebelah kiri Shikin " Ni siapa bagi bunga mawar ni" Shikin menjawab " Bunga ni kawan kelas yang bagi tadi dia datang sekejap terus balik" Datin Aisyah menggangguk faham Shikin tak beritahu yang bunga itu dari siapa " Shikin ni tengok siapa yang datang " Afiq Zafran senyum ke arah Shikin " Assalammualaikum Nor Shikin awak okay ke " Shikin senyum yang termampu " Sihat sikit bibir ni masih sakit terima kasih datang melawat " Datuk Said melaraskan katil Shikin meja ditarik memudahkan Shikin hendak makan " Ni ayah ada beli bubur nasi dengan roti bakar inti kaya Ayang dengan Tina jom keluar kejap ada perkara nak bincang " Datuk Said memandang Datin Aisyah dengan membuat tanda isyarat dua Datin Aisyah faham akan maksud suaminya itu " Tina jom kita duduk luar kejap pakcik kamu ni la entah apa nak cakap sangat tu " Tina hanya mengikut saja Datuk Said mendekati Afiq Zafran yang berada di sebelah Tina lalu berbisik " Pakcik bagi chance tau selamat berusaha " Afiq Zafran tersenyum malu lalu berbisik kembali " Terima kasih pakcik " Shikin memerhati ayahnya apa lah diorang ni berbisik bagai setelah mereka bertiga keluar kini tinggal berdua dalam bilik Afiq Zafran mengambil tempat duduk disebelah kanan katil Shikin "Ni saya belikan kuih ketayap untuk awak" Shikin pun mengambil kuih itu " Awak tak makan banyak ni awak beli " Afiq Zafran hanya senyum " Saya suka tengok awak makan tu yang saya beli tu,,,awak saya nak tanya siapa yang bagi bunga mawar tu " Shikin menjawab " Bunga ni Reza yang bagi entah lah sejak akhir-akhir ni dia caring pasal saya kalau saya dalam bahaya dia ada tapi tu lah yang paling saya tak suka kadang-kadang perangai annyoing dia kalau jumpa dia mesti nak bertekak mulut " Afiq Zafran terasa kecewa sedikit sepertinya Shikin suka pada Reza Haikal melihat Afiq Zafran terdiam Shikin bertanya " Zaf awak okay ke kenapa diam je pasal Reza tu awak jangan salah faham saya dengan dia kawan je macam saya kawan dengan kawan awak sekarang ni " Afiq Zafran mengangguk saja " Bukan apa saya just tak nak awak jangan terlalu rapat dengan dia " Shikin kehairanan kenapa dengan Reza Haikal tu " Saya bukan nak salah sangka cuma dia ada sesuatu yang saya rasakan pada diri Reza susah saya nak explain saya just bagi tahu jangan terlalu rapat,,,,Eh dah lah kita tukar topik awak mesti belum makan asyik sembang dari tadi perut awak tu dah berbunyi minta makan awak nak makan kuih ke bubur atau nak saya suapkan " Shikin dah rasa malu-malu Afiq Zafran offer nak suapkan makanan " Takpelah tangan saya tak sakit saya boleh makan sendiri malu la dah besar kena suap " Shikin acah-acah jual mahal padahal nak je Afiq Zafran suapkan. Entahlah perasaan Shikin kini berbelah bahagi sekejap suka dekat Afiq Zafran tapi bila bersama Reza Haikal perasaan suka tu muncul setiap kali bersama ahhh peningnya nak pilih mana satu ni.

PEJABAT POLIS
Abang Riz sedang meneliti gambar tempat kejadian Shikin diculik akan tetapi bila tiba di tempat kejadian tiada satu pun kelibat manusia kini dia menanti keputusan darah yang dijumpai Afiq Zafran kedengaran pintu di ketuk " Assalammualaikum buah hati kekandaku handsome ni " Abang Riz tersenyum gembira Kak Lydia datang office" Walaikummusalam adindaku yang manis masuk le " Kak Lydia duduk di kerusi " Riz tengah buat apa tu,,,Shikin macamana dah okay ke? " Abang Riz menjawab " Ni Riz tengah siasat kes Shikin kena culik entahlah masa hari kejadian tu Afiq kata dia dengar ada orang dalam gudang tu tapi bila kitaorang masuk satu kelibat manusia pun tak nampak tapi Riz jumpa bungkusan dadah baru lagi mereka gunakan dan darah yang ada di gudang pihak forensik dah ambil sample yang hairannya kalau ada darah disitu mesti ada mangsa yang mati ini tidak kes kali ni pelik lah " Kak Lydia mengangguk faham " Maafkan Lydia ye Riz tak dapat nak bantu kes yang mangsa perempuan pelacur mati tu belum settle lagi makin bertambah pula pekara berlaku " mereka kini diberi tugas berasingan oleh pihak atasan tak boleh bersama seperti sebelum ni hari pertunangan mereka terpaksa ditangguhkan dulu kerana banyak kes mereka perlu handle " Tak mengapa lah sayang Riz faham " kedengaran pintu diketuk " Masuk " ternyata Merry dari jabatan makmal " Oopss sorry i tak tahu pula ada Lydia sorry kacau korang dating ni i datang nak bagi result DNA pada u" Merry menghulurkan file kepada Abang Riz lalu melihat isi kandungan dalam file itu Abang Riz mengeluh berat " Merry u pasti keputusan ini betul " Merry mengangguk ya dan menjelaskan maklumat DNA itu " Mulanya i tak percaya tapi bila i dah buat banyak kali research dan test itu bukan darah manusia tapi darah haiwan apa yang buat i terkejut darah spesis haiwan liar a wolf blood " Abang Riz meletakkan file itu kepalanya dipicit " Ya Allah makin rumit kes kali ni " Kak Lydia bersuara " Macam tak logik kawasan macam tu ada haiwan liar wujud ke haiwan serigala ni " Merry duduk di sebelah Kak Lydia dan menjelaskan apa yang dia dah selidik " Apa yang i tahu serigala memang wujud spesis ni dipanggil Dhole hanya ada di timur Semenanjung Malaysia dan Sumatra itu pun kalau bernasib baik kalau mereka menemui kerana populasi haiwan ni amat merosot " Kak Lydia memberi kata-kata semangat pada Abang Riz " bertabahlah ye Riz Insyallah awak boleh selesaikan kes ini " Abang Riz senyum ala kadar saja " Terima kasih Lydia".

Maaf ye sis lambat post ada masalah sikit. Terima kasih yang sabar menanti untuk next chapter....Maaf sekali lagi kalau ada yang typo tu...... Suka dengan cerita sis jangan lupa rate star dan komen kalau tak suka novel sis ni pun boleh komen sis akan perbaiki kesilapan mana yang salah tu : ) SELAMAT MEMBACA : )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience