BAB 23

Mystery & Detective Series 13441

HARI MINGGU (PAGI) RUMAH SHIKIN

Deringan jam loceng yang kuat membuatkan Shikin terjaga dari tidur dan mencuba untuk bangun " aduhh asal kepala aku ni sakit sangat " Shikin melihat dirinya berpakaian berlainan kerana kebiasaannya sebelum tidur dia akan memakai pajama " Semalam aku ada keluar ke??" Shikin cuba untuk ingat akan tetapi makin fikir rasa sakit kepala makin kuat Shikin kembali rebah di katil dia terlalu lemah untuk bangun. Beberapa minit kemudian kedengaran seseorang masuk ke dalam bilik Shikin dengan membawa dulang " Shikin bangun ni mak bawa ubat sakit kepala dengan sarapan pagi,,,kamu belum ambil ubat untuk pagi " Shikin membuka mata perlahan-lahan dan cuba untuk bangun " Mak tak payah susahkan diri bawa ubat dengan makanan rasanya ni penat kerja kat office,,,,hmmm mak semalam Shikin ada keluar pergi mana-mana ke" Datin Aisyah melihat Shikin bertanya begitu lalu menjawab " Semalam kamu keluar dengan Reza lepas tu kamu pengsan Abang Riz yang angkat kamu masuk bilik " Shikin menangguk dan bertanya lagi kepada Datin Aisyah " Kenapa Shikin pengsan???,,dekat mana????" Datin Aisyah tidak dapat menjawab pertanyaan itu kerana risau Shikin akan sakit semula. Begitu lah keadaan Shikin sejak kemalangan segalanya sudah berubah dan yang paling parah dia koma selama 3 bulan yang hanya dia ingat adalah ahli keluarga, rakan-rakan dan Reza Haikal sahaja. Doktor memberi peringatan kepada ahli keluarga agar Shikin di pantau dengan rapi dan jangan terlalu memaksanya mengingati memori dulu dan memakan ubat sentiasa.Tentang kemalangan yang berlaku mereka merahsiakan dahulu dari Shikin demi kesihatannya " Sudahlah kamu tak payah ingat semua tu,,,,makan ubat dengan sarapan lepas tu mandi Adi dengan Lia ada dekat bawah tak sabar nak jumpa kamu tapi mak cakap jangan ganggu dulu makngah nya sakit " Shikin mendengar tentang Adi dan Lia dia tidak sabar nak jumpa mereka berdua " Iya ke mak bila diorang sampai " Datin Aisyah menjawab " Semalam Abang Riz datang sini minta tolong mak tengok kan kak Lydia kamu tu dia tak sihat,,,dah-dah cepat mandi bersiap jumpa Abang Riz kamu tu dah nak balik sana bertugas " Shikin pun segera makan ubat dan sarapan dia pun terus ke bilik air.

RUANG TAMU
Setelah siap mandi dan tukar pakaian Shikin pun turun menuju ke ruang tamu dia melihat dua kanak-kanak sedang leka menonton kartun. Tiba-tiba terlintas di fikiran Shikin hendak mengusik mereka dan Shikin pun berjalan perlahan-lahan tanpa ada sebarang bunyi. Sesudah sampai di sofa Shikin pun mengejutkan mereka dengan suara seperti harimau " Rarrrrrwwwrrr makan budak " lalu Adi dengan Lia pun menjerit terkejut Makngah mereka menunjukkan reaksi tersebut " Argghhhhh Abahhhh " Adi lari meninggalkan ruang tamu menuju ke dapur manakala adiknya di sofa sudah menangis ketakutan " Alololo Lia jangan nangis makngah bergurau je " Shikin pun mendukung Lia lalu memujuknya " Alahhh makngah sorry okay jangan nangis " melihat Lia masih menangis Shikin pun mengajuk Lia " Makngah dah say sorry,,,,kalau Lia tak berhenti makngah join sekali lah nangis huaaahhgggg " Lia pun berhenti melihat Shikin " Makngah ni dah besar cry macam baby " Shikin pun ketawa " Lia la ni buat makngah nangis dah say sorry pon tak nak,,,,makngah merajuk la macam ni tak nak kawan Lia " Shikin pura-pura merajuk dia nak tengok Lia boleh memujuknya atau tidak. Lia melihat Shikin merajuk lalu memegang kedua-dua pipi makngahnya " Makngah i sorry ok " Shikin acah-acah tak nak " Kalau nak sorry kiss dulu pipi makngah yang comel ni " Lia pun mengikut arahan Shikin. " Shikin mai dapur ni bawa Lia sekali mai makan " kedengaran suara Datin Aisyah dari dapur " Tu Tok Ma dah panggil,,,,Lia dah makan belum??" Lia menjawab " Dah tapi Lia nak makan lagi " Shikin buat muka seposen " Hmmm patutlah Lia ni makin berat makan banyak-banyak mahu patah pinggang Makngah hari-hari dukung Lia jadi nenek si bongkok tiga " Lia hanya mendengar Shikin membebel " Memang makngah macam nenek pun suka membebel " Shikin ketawa " Amboiii mulut,,,,dah-dah jom kita ke dapur makngah suap kan " Lia bersorak gembira. Mereka pun ke dapur terlihat Datuk Said,Datin Aisyah dan Kak Lydia " Shikin hang jangan dok dukung Lia sangat satgi manja Abang Riz tak larat nak dukung dah makin tembam macam Makngah dia hahahahaaa" Shikin dengan geram dia melepaskan dukungan Lia lalu mencubit lengan Abang Riz " Aaauchh ampun Abang Riz gurau" Shikin menjawab " Cakaplah lagi kalau nak merasa cubit the best in the world " Datuk Said menggeleng kepala melihat anaknya dah masuk umur 20 an pun perangai masih budak-budak " Dah-dah tu Shikin jangan kacau abang tengah breakfast,,,,mai duduk suap Lia ni " Abang Riz memandang anaknya " Ehhhh adik makan lagi Abah dah suap tak kenyang-kenyang lagi " Lia hanya senyum sengih " Sayang ni biarlah Lia nak makan lagi budak nak membesar lagipun Lia nak sangat makngah dia suapkan makanan " Abang Riz menjawab " Okay Sayang,,,,ni Shikin,,,Abang mungkin tak ada dalam 2 bulan Shikin tengok kan Lia dengan Adi,,,,Kak Lydia sekarang asyik kurang sihat kadang-kadang muntah lepas tu pening " Shikin membalas " Ayookkk apa Abang dah buat dekat Kak Lydia " Kak Lydia sudah beraksi gelabah " Ehhh jangan salah faham akak sakit biasa-biasa je maklum lah banyak kerja dekat balai,,,,sudahlah cukup dua orang " Abang Riz menepuk lembut peha isterinya " Aissh Sayang ni apa salahnya tambah lagi baru meriah " Shikin mendengar itu terus kegelian " Excuse me nak bincang anak bincang dalam bilik kat sini ada kanak-kanak under age " Abang Riz ketawa " Siapa yang under age tu sini semua dah kahwin lain macam orang tu single hahahahaha" Shikin mula merajuk lalu mengadu ke Datuk Said " Ayah tengok abang ni " Datuk Said menjawab " Betul apa kata abang kamu tu,,,,kamu tu umur makin meningkat,,,ke nak ayah carikan calon " Shikin membalas " Apa ayah mengarut ni nak carikan calon Reza kan boyfriend Shikin lagipun ayah jangan nak buat-buat lupa dah janji kan nak kami berdua kahwin,,,,Uncle Malik pun suka kalau ayah jadi biras dia " Datuk Said memandang Abang Riz seperti mereka bertelepati sesama mereka " Okay terserah kamu ayah tak boleh halang kehendak kamu " Shikin senyum gembira. Setelah selesai sarapan dan bersalaman dengan Abang Riz. Shikin ingin keluar ke mall dan dia membuat keputusan untuk membawa anak buahnya sekali . Shikin meminta izin kepada Kak Lydia " Akak nak bawa Lia dengan Adi pergi mall boleh lama tak bershopping dengan budak-budak ni " Kak Lydia menjawab " Boleh tapi jangan balik lambat diorang tu ada kelas mengaji petang nanti " Shikin menjawab " Ehhh akak Shikin tak tahu pun diorang ada kelas akak hantar kat pusat mengaji ke atau panggil mengajar kat rumah " Kak Lydia kata Datuk Said yang membayar pengajar tersebut datang ke rumah untuk mengajar Adi dan Lia biar mereka belajar mengaji dari usia muda. Shikin pun menangguk faham lalu dia pun naik ke atas untuk bersiap. Sejam kemudian mereka bertiga bersiap dan menuju ke kereta " Adi dengan Lia nak apa-apa bagitau kat makngah okay,,,,hari ni makngah belanja " Adi dan Lia bersorak gembira " Adi nak buku baru boleh tak makngah " Shikin menjawab " Boleh sayang,,,Lia nak apa sampai mall nanti " Lia menjawab " Lia nak buku gak nak buku princess " Shikin membalas " Wahhh anak-anak makngah ni rajinnya semua nak buku biasa minta beli mainan " Adi menjawab " Adi dah besar lah makngah mainan untuk budak kecik lagipun nanti Adi nak jadi macam Abah kerja polis " Shikin menunjukkan ibu jari tanda bagus dan sokong Adi " Lia pula dah besar nak jadi model,,pakai baju cantik,,pakai make up macam ibu " Shikin mula hendak mengusik Lia " Kalau nak jadi model kena tinggi,,rajin mandi,,gigi pula kena penuh,,makngah tengok gigi Lia banyak hilang " Lia tahu makgah dia suka cari gaduh " Alaaa makngah tu keluar rumah pakai cantik-cantik kat rumah macam hantu,,tidur pula keluar air liur basi " Shikin terasa terpukul kata-kata " Aisshhh budak ni aku nak kenakan dia tapi terkena balik kat aku pulak " bicara dalam hati " Okay-okay makngah mengalah tau-tau je Lia ni hahahahaa ".

MALL
Setelah memarking kereta mereka bertiga menuju ke kedai buku. Mereka ke ruang buku khas untuk kanak-kanak " Adi dengan Lia pilih nak buku yang mana Makngah pun nak cari buku juga,,,,ingat pesan makngah jangan cakap dengan orang tak kenali lepas tu dah pilih buku terus ke makngah,,,makngah ada dekat ruang novel hujung sana makngah tunggu situ n lagi satu Adi tengok adik juga,,,faham??" Adi dan Lia menangguk faham. Shikin pun berlalu pergi ke ruang novel dan memilih buku yang ada disitu " Wahh banyak buku novel baru kena beli ni " sedang memilih buku matanya tertumpu satu buku yang menarik perhatian nya lalu hendak mencapai buku tersebut namun ada tangan lain yang menginginkan buku tersebut. Shikin memandang ke arah kanan untuk mengetahui pemilik tangan tersebut seorang lelaki berkulit putih seperti pau kukus berkaca mata dan lelaki itu lebih tinggi Shikin terpaksa mendongak sedikit untuk melihat wajahnya " Maaf " kedua-dua saling menatap lelaki tu mula bicara " Cik ambil lah buku tu saya pilih yang lain " Shikin menjawab " Eehhh tak apa lah awak ambil sebab awak dah pegang dulu saya cari lain lagipun dekat tangan saya ni pun dah banyak ambil " lelaki itu tersenyum merenung wajah Shikin sedangkan Shikin berasa kurang selesa pandangan tersebut " Aiishhh dah kenapa mamat ni tau la aku ni cantik tapi tak payah pandang macam tu " Shikin melambai tangan ke arah muka lelaki tersebut " Hellloo Encik okay tak " Lelaki itu tersedar dari lamunan " Maaf,,,,Cik memang penggemar buku novel misteri ke saya tengok banyak cik pegang " Shikin menangguk " Yup sebab saya tak berapa suka sangat buku novel cinta ni macam awak pegang tu " Lelaki tersebut menunjukkan buku di tangan kirinya " Ouhh buku ni saya beli untuk kakak saya,,,Saya pun tak suka baca novel-novel cinta ni " Lelaki itu terus bertanya lagi " Hmm ni awak datang sorang je ke tak ajak boyfriend " Shikin mengerut dahi kehairanan macam mana tahu yang dia ada boyfriend " Awak jangan salah faham macam mana saya boleh tahu awak ni ada boyfriend saya just teka je sebab perempuan secantik awak ni mesti ramai peminat,,,,Saya nak ajak awak pergi cafe boleh kita berborak saya nak berkenalan dengan awak " Shikin membalas " Saya tak datang seorang saya datang den...." belum Shikin menghabiskan ayat terdengar suara kanak-kanak memanggilnya mama Shikin pun memandang belakang ternyata Lia dan Adi " Mama kami dah pilih buku jom lah pergi makan adik dengan Abang Adi dah lapar " Lelaki itu melihat gelagat mereka " Awak dah kahwin maaf saya tak tahu maaf sekali lagi saya menganggu " Shikin membalas " Eehhhh jangan salah faham saya ni kahwin pun belum lagi diorang ni anak buah saya,,,,saya bawa diorang ni pun sebab bosan duduk rumah,,,hmm okaylah saya gerak dulu lain hari ye kita borak dekat kafe '' Shikin dan anak buahnya menuju ke arah kaunter pembayaran manakala lelaki tersebut hanya melihat Shikin berlalu pergi dengan wajah yang sayu " akhirnya saya dapat jumpa awak bidadari syurga saya,,,saya janji kita akan bersama semula dan bahagia seperti dulu ". Shikin kini berada di tingkat lain mereka menjamu selera di Mcdonald " ada apa-apa lagi tak nak beli baby-baby makngah ni '' Adi bersuara " eiiii!!! apa ni makngah panggil kami baby Adi dah besar okay panggil abang " Lia pula " Haah apa makngah ni panggil baby call me adik " Shikin pun bercekak pinggang " Habis tu kenapa tadi panggil makngah ' Mama ',,,korang plan yekk prank makngah,,,abang tadi dah salah faham ingat makngah ni dah kahwin,,,,makngah merajuk la macam ni " Shikin berpura-pura merajuk dia ingin kenakan anak-anak buahnya " Lia la ni nak prank makngah " Adi tunjuk pada adiknya Lia " ehhh kenapa Lia pula plan Abang Adi kan " Adi tak puas hati dia tetap salahkan adiknya " Aahhh takde2 ni plan Lia nak prank makngah,,,pergi minta maaf kat makngah " Lia pun akur dengan kata-kata abangnya. Lia pun turun dari tempat duduk dan dia ke arah Shikin. Lia hulur tangan " Makngah,,,,Lia sorry sebab prank makgah Lia tak sengaja Lia suka-suka je " Shikin melihat anak buahnya sudah mahu mengalir air mata Shikin pun mendukung Lia duduk di pehanya " Okay makngah maafkan Lia jangan nangis,,,makngah tak marah pun sebenarnya saja nak prank Lia dengan Adi,,,i sorry ok " Shikin pun memeluk erat Lia " Adi tak nak ke makngah peluk " Adi melihat Shikin reaksi kegelian " Eeeiiii tak nak Adi peluk-peluk gelilah dah besar malu lah kena peluk dengan perempuan" Shikin memandang Adi dengan wajah menyampah " Ciss geli konon Adi dengan Abah sama je berlagak macho,,,,jangan jeles yee kalau makngah asyik dukung Lia " Adi menjelir lidah Shikin pun dua kali lima tak mahu kalah dengan anak buah " Dah-dah makan bagi habis kita nak gerak balik petang karang ada kelas mengaji " Adi dan Lia pun segera menghabiskan makanan mereka.

RUMAH PROFESOR MALIK
Reza Haikal berada di ruang tamu sambil menonton television hari minggu nya bersantai dirumah sahaja. Reza Haikal melihat jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengahari lalu matanya beralih melihat telefon bimbitnya " Aiishhh mana lah Shikin ni kenapa takde mesej masuk hari ni,,,,dia ni saja nak buat aku rindu " Reza Haikal mengambil telefon dan melihat layar skrin dia pun menekan aplikasi Whatapps

VOICE CHAT
REZA HAIKAL : Oiii kau dekat mana??? asal hari tak chat aku macam selalu saja kan nak buat orang rindu,,,aku bosan duduk rumah kita keluar nak malam ni pergi dating.

SHIKIN : Apa oiii oiii ni??? aku ni girlfriend kau ke or member kau,,,,dasar tak sweet langsung :(

REZA HAIKAL : Of course le girlfriend aku,,,,okay lah fine sayang baby boo manja nak keluar dating tak malam ni Biy belanja cakap je nak apa sayang baby ni nak tapi sebelum tu bagitau Biy kenapa tak chat Biy pagi tadi,,,Sayang tau kan Biy hari-hari rindu Sayang,,,sehari tak jumpa rasa nak demam n sakit.

SHIKIN : Eeeiiii mengadanya Biy kita ni,,,,Sorry Biy tak chat pagi tadi saya bawa Adi dengan Lia jalan-jalan pergi mall belanja diorang beli barang lepas tu pergi makan,,,saya pergi kejap je ni saya dah ada kat rumah ingat nak jalan-jalan sampai malam tapi diorang ada kelas petang nanti,,,,,Malam ni saya rasa tak nak keluar esok saya dengan ayah ada meeting dekat Kelantan,,,kita keluar lain hari ye Biy.

REZA HAIKAL : Haah lah,,,,,aduhhh Biy lupa yang sayang ada meeting syarikat dekat Kelantan esok,,,hmmm Biy mula nak demam la ni tak dapat jumpa Sayang,,,,kalau kita tak jadi keluar malam ni Sayang datang rumah Biy boleh petang ni Biy sunyi lah sorang-sorang dekat rumah Mummy dengan Daddy pergi majlis kenduri

SHIKIN : Aipppp apa ni buat perangai manja nak demam bagai esok kan boleh jumpa dekat office n lagi satu jangan nak mengada-ada ye nak suruh Sayang pergi rumah Biy time Uncle Malik takde kalau kena tangkap dengan pejabat agama macam mana karang tak pasal-pasal kahwin free,,,Saya tak nak kahwin haram saya nak kahwin yang halal,,,Ni Biy kenapa tak ikut Uncle Malik takde la bosan sorang-sorang kat rumah tu.

REZA HAIKAL : Bosan la pergi kenduri karang ada orang goda Biy macam mana Sayang kena tau Biy ni kan handsome macam oppa korea macam siapa tu Sayang asyik kata Biy ni Park Jimin,,,,Biy tak nak perempuan lain selain Sayang

SHIKIN : Eiiiiii!!! sejak bila saya kata Biy ni handsome macam Park Jimin,,,kalau diberi pilihan saya pilih Park Jimin heheheheee,.....

REZA HAIKAL : Arrghhh Sayang ni saja kan nak Biy cemburu merajuk lah macam ni,,,,okaylah Biy nak off phone bye.......

Shikin terpinga-pinga tiba-tiba Reza Haikal nak sentap dan dia mengeluh " Hmmm merajuklah tu mesti nak minta pujuk ni aiishhh makin menjadi-jadi manjanya tapi takpelah aku pujuk konferm cair lagipun dia memang comel kalau lagi merajuk hahahahaa ". Berbalik pada Reza Haikal dia terus off data chat lalu dia tersenyum sendiri dan memandang atas siling dinding " Sorry Sayang,,,,Biy nak uji Sayang boleh tak pujuk boyfriendmu ini,,,,Biy suka tengok respon Sayang pujuk Biy ". Sedang Reza Haikal mengelamun mat jenin telefon bimbitnya berbunyi dia pun mengambil telefon tersebut dan melihat nama di layar skrin " S**l orang tua ni sehari tolong lah jangan ganggu hidup aku " dengan rasa bengang dia terpaksa angkat panggilan tersebut
ON CALL
REZA HAIKAL : Ada apa Papa Rin call Reza

PAPA RIN : Bila kau nak bawa perempuan tu jumpa aku dah banyak tempoh masa aku bagi,,,,aku nak perempuan tu jadi milik aku sepenuhnya

REZA HAIKAL : Papa Rin boleh sabar tak Kal tengah usaha lagipun Kal tunggu masa yang tepat bawa dia jumpa Papa Rin,,,bagi Kal tempoh lagi Kal sekarang buzy dengan syarikat ingat senang ke nak ambil hati keluarga mereka,,,Kal tak nak semua kita plan yang bertahun-tahun sia-sia

PAPA RIN : Okay aku bagi kau tempoh masa lagi,,,,aku percayakan kau Kal and jangan cuba nak khianat aku dengan apa yang kau ada aku boleh tarik semula kuasa kau sampai kau bertemu penghujung nyawa ,,,,INGAT!!!!!

Papa Rin off talian manakala Reza Haikal pula mencampak telefon di meja dia serabut dengan bapa saudaranya " Dasar orang tua $**L aku tak akan serahkan dia,,,aku yang susah payah selama ni buat itu ini,,,aku kena fikir cara nak bunuh orang tua tu dan dapat semua kekuatan kuasa kebal dan Shikin hanya milik aku seorang,,,,bila masa itu tiba aku akan jadi orang terkuat tiada seorang pun dapat tandingi aku hahahahaaa". Sementara di rumah Papa Rin " Cisss dasar budak mentah kau ingat aku tak tahu taktik kau cuba nak rebut kuasa terkuat dan Shikin tu jadi milik kau,,,,aku nak tengok sejauh mana permainan kau nak jatuhkan aku " Papa Rin mengambil tablet dan membuka galeri gambar dia melihat gambar Shikin sambil bercakap seperti psycho gila " Shikin sayang kau semakin cantik sudah terlalu lama aku menahan nafsu ini aku nak peluk kau,belai rambut kau, sentuhan di setiap tubuh kau yang menawan termasuk bibir kau yang aku inginkan,,,aku tak pernah lupa kali pertama aku lihat kau masa sekolah wajah yang selalu aku rindukan walaupun kau tolak cinta aku itu semua akan membuat aku bertambah keinginan memilikimu sayang,,semua perempuan yang aku pernah tidur aku akan membayangkan kau bersama ku Shikin Sayang " Papa Rin terus menerus bercakap sendirian dan merenung gambar tersebut.

PETANG ( RUMAH SHIKIN )
Shikin kini berada di ruang tamu setelah selesai membersihkan diri dan menonton drama korea kegemarannya manakala Adi dan Lia masih bersiap di atas. Kedengaran kereta memasuki laman rumahnya Shikin pun bangun melihat tingkap " Ayah rupanya ingat cikgu mengaji diorang " Shikin duduk semula di sofa dan menonton drama " Assalammualaikum " Shikin menjawab salam Datuk Said. Datuk Said ke arah ruang tamu " Tak habis-habis layan drama korea,,,,ni cucu-cucu ayah mana? " Shikin menjawab " ada dekat atas tengah bersiap " Datuk Said menangguk " Lagi satu cikgu mengaji diorang sampai kamu duduk dalam tempat garaj yang ayah buat dulu tu kamu kemas apa yang patut ayah tengok bersepah je and bawa baju yang patut untuk esok dengan barang mandi kamu tidur kat situ malam ni" Shikin kehairanan " Lah bukan ayah ada upah bibik ke setiap bulan kemas garaj tu " Datuk Said membalas " Alah kamu buat je lah apa yang ayah suruh nanti ayah belanja makan esok kat Kelantan " Shikin menjawab " Hmm iyolah,,,ayah janji yekkk belanja esok kalau ayah belanja jimat lah duit Shikin nak shopping hehehehe,,," Datuk Said pun berlalu pergi menuju ke bilik untuk membersihkan diri manakala Shikin menuju ke garaj yang telah diubah suai menjadi bilik party bersama kawan-kawannya dulu yang pernah dikatakan oleh Datin Aisyah namun Shikin tak pernah ingat semua tu. Sesudah di bilik tersebut Shikin melihat keadaan bilik itu " Aikk kemas je bilik ni habuk pun takde aiishhh ayah ni nak prank aku ke apa " Shikin melihat bilik mandi ternyata barang-barang mandinya dah di susun rapi dia melihat almari pula terdapat semua kelengkapan pakaiannya juga disusun kemas " Ayah ni nak suruh aku dok bilik ni ke??,,ahh takpelah lagipun bilik ni dah macam wayang mini boleh lah aku tengok drama korea layar skrin besar". Tepat jam 7.30 malam Adi dan Lia menunggu guru mereka di ruang tamu ditemani Datuk Said, Kak Lydia dan Datin Aisyah " Tokwan mana Makngah kenapa tak ada sekali dengan kita " Datuk Said menjawab " Makngah sibuk dengan kerja Tokwan bagi homework banyak-banyak dekat Makngah " Lia pun menjawab " Dah besar pun buat homework " Datin Aisyah ingin menjawab namun kedengaran bunyi loceng dari luar " Dah sampai,,,Adi dengan Lia ambil iqra masing-masing Tok Ma nak pergi buka pintu " Datin Aisyah pun bangun pergi membuka pintu utama terlihat kereta Toyota berwarna hitam di pagar rumah. Datin Aisyah menekan tombol suis pintu pagar untuk masuk dan kereta tersebut pun memarkir di laman. Datin Aisyah menunggu empunya tuan kereta itu turun terlihat seseorang lelaki yang segak memakai kurta berwarna hitam tinggi lampai dengan membawa beg silang dia berjalan menuju ke arah Datin Aisyah " Assalamualaikum Datin ". Datin Aisyah menjawab salam tersebut " Panggil je biasa seperti selalu Shikin takde kat sini " lelaki itu menangguk faham " Mai lah masuk budak-budak dah tunggu " Lelaki itu pun masuk dan berjalan menuju ruang tamu diikuti Datin Aisyah. Lelaki itu bersalam dengan Datuk Said dan menyapa Kak Lydia " Ayah dengan Kak Lydia apa khabar lama kita tak berjumpa saya nak minta maaf saya ambil masa yang agak lama untuk kita semua berjumpa kembali " Kak Lydia menjawab " Tak mengapa kami semua faham kami tahu kejadian ni semua berlaku angkara orang berhati jahat kejam ". Adi merenung lelaki itu dan berbisik pada Lia " Adik bukan ke ni abang yang kita jumpa dekat kedai buku tu " Lia melihat lelaki itu dengan serius lalu berbisik di telinga Adi " Bukan lah abang orang ni hencem yang dekat kedai buku tu tak hencem " Adi menjawab " Aiishh adik ni " Kak Lydia melihat mereka berdua " Shuusshh diam orang dewasa tengah bercakap ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience