RUMAH SHIKIN (PETANG)
Shikin sampai di rumah tepat jam 5 petang " Assalammualaikum mak,,,Shikin dah balik ni " Datin Aisyah berada di ruang tamu bersama nenek " Mak kat ruang tamu ni " Shikin menuju ke ruang tamu dan terus duduk di sofa " Lambat balik hari ni kata jadual kelas hari ni satu je " Shikin pun beritahu apa yang terjadi di uni Datin Aisyah dan nenek menggangguk faham setelah Shikin cerita" Ooohhh begitu dah la pergi naik atas mandi solat lepas tu rehat nanti mak panggil makan malam okey " Shikin pun bangun menuju ke bilik beg dicampak ke katil Shikin melabuhkan diri di atas katil Shikin entah kenapa dia merasa letih amat dan Shikin pun terlelap."Saayang,,,saaayang!!!" Shikin terjaga kerana terdengar suara halus memanggil sayang Shikin terkejut dirinya bukan di bilik tetapi di hutan yang gelap dikelilingi pokok-pokok tua kedengaran bunyi serigala menyalak Shikin cuba cari suara halus tersebut puas dia berjalan namun tidak jumpa Shikin cuba pula usaha cari jalan keluar akan tetapi kembali tempat yang sama suara halus itu masih memanggil Shikin duduk berpeluk tubuh menangis tiba-tiba ada satu cahaya terang memancar ke arah Shikin melihat cahaya itu terdapat dua lelaki berjalan menuju ke arah Shikin akan tetapi wajahnya tidak kelihatan apabila dua lelaki itu semakin dekat mereka berdua menghulurkan tangan Shikin menjadi keliru tidak tahu pilih yang mana ketika Shikin hendak memilih antara salah satu lelaki tersebut secara tiba-tiba ada satu tali yang membelit di lehernya tidak tahu dari mana tali itu ditarik dari belakang dan mengheret Shikin suara ketawa kedengaran tubuh Shikin ditarik ke atas tali tersebut digantung atas pokok seperti mahu bunuh diri Shikin berasa sesak nafas dan meminta tolong " Kalau aku tak boleh memiliki kau orang lain pun tak boleh hahahahaa" pandangan Shikin kabur. " Shikin,,,shikin bangun " kedengaran suara Datin Aisyah memanggil sambil menepuk pipi supaya bangun dari tidur Shikin cuba membuka mata tapi terasa berat badan pun rasa lemah nak bangun " Apa ni tidur petang tak elok kan dah mendapat mimpi buruk duk jerit-jerit sampai kat bawah mak dengar,,,, dah bangun mandi " Shikin pun bangun walaupun dalam keadaan mamai lagi dengan tenaga yang lemah terpaksa Shikin bangun dan menuju bilik air.
MAKAN MALAM ( 8 MALAM )
Shikin dan keluarganya menikmati makan malam bersama tanpa Abang Riz dan Kak lydia bekerja di shif malam jarang melihat mereka di rumah kerana banyak kes yang perlu mereka handle " Mak nanti nak pergi kedai boleh nak beli barang balik dari uni lupa beli ingat nak singgah mall tak jadi " Datin Aisyah menjawab " Nak pergi suruh ayah bawa jangan nak mengada-gada pergi sorang " Shikin dah buat reaksi masam muka " Ayah boleh la nak pergi sorang naik skuter tu lama dah tak naik lagipun kan dah ada lesen motor" pemberian hadiah skuter itu dari Datuk Said setelah berjanji dengan Shikin sekirannya lulus mendapatkan lesen motorsikal " Nak pergi sorang boleh tapi janji dengan ayah cepat balik rumah jangan pergi tempat lain " Datuk Said berpesan supaya Shikin tidak mungkiri janji jangan merayap ke tempat lain Datin Aisyah memukul perlahan tangan Datuk Said " Hisshh Abang ni janganlah biar dia pergi sorang buat karang terjadi apa-apa ka anak sorang ni ja " Datuk Said berkata " Biar la dia belajar berdikari sikit Ayang ni jangan fikir negatif sangat Abang percaya Shikin boleh jaga diri sendiri,,,Shikin nanti beli snek ke atau jajan sikit boleh kita boleh tengok movie malam ni esok cuti Shikin pun takde kelas boleh berjaga " giliran atuk Shikin memesan minuman di kedai " Ni Shikin nanti beli air buah kat tokwan dengan tok " mengangguk faham " Okay ayah,,,okay tokwan Shikin pergi naik atas kejap pakai tudung dengan ambil dompet " Shikin pun beredar dari meja makan menuju ke bilik beberapa minit kemudian Shikin turun semula ke tempat meja makan Datuk Said mengeluarkan duit lima puluh ringgit dari dompet berserta kunci motor skuter dihulurkan pada Shikin " Naik hati-hati telefon jangan lupa bawa apa-apa call " Shikin mengambil duit dan kunci disimpan dalam poket seluar Shikin pun berlalu pergi ke parking rumah. Udara angin malam agak nyaman dan sejuk nasib baik Shikin pakai sweater dia memilih kedai 7 eleven lalu memakir " Uitt Pewittt awek pegi mana tu,,,amboi sombongnya" Shikin buat tak tahu pada mat motor yang melepak disitu Shikin memasuki 7 eleven membeli barang yang dipesan sampai je peti air Shikin mengambil jus itu namun ada tangan lain yang ingin beli jus tersebut " Encik ambil lah saya ambil perisa lain " lelaki itu memakai hoodie hijau berseluar trek hitam kepala ditutupi dan memakai kacamata macam budak nerd " Kau ambil lah aku beli air lain " lelaki itu membuka peti lain mengambil air gas dan berlalu pergi setelah dapat barang yang dipesan Shikin pun keluar menuju ke skuter barang yang dibeli disimpan dalam peti skuter " Uittt awek dah nak balik ke awal lagi meh la lepak dengan abang-abang sini " Shikin masih buat tak tahu dengan mereka semasa hendak mengundur skuter keluar parkir Shikin dihalangi oleh dua lelaki yang melepak disitu " Ketepilah aku nak balik " salah satu mat motor berkata " Jangan lah sombong sangat meh la lepak dengan kami abang bawa pergi jalan-jalan kl ke tak pun karoke kat club kita enjoy-enjoy " Shikin berasa geram lalu menongkat skuternya Shikin mendekati mat motor tersebut dan * PANG* " Kau ingat aku ni perempuan murahan senang-senang ikut jantan aku bukan jenis spesis perempuan yang boleh kutip macam anak kucing bila dah dapat kau belai bila dah jadi bangkai kau buang " mat motor itu berasa berang dengan kata-kata Shikin " kurang ajar kau betina " mat motor itu menghayun kan tangan untuk memukul Shikin memejam mata harap la ada yang menolong dirinya dari dipukul namun tangan mat motor itu dihalang " Apa ni bro tak gentleman la pukul perempuan " Shikin membuka mata melihat siapa yang membantunya ternyata lelaki yang memakai hoodie hijau " Lepaskan aku la jangan kacau hal aku baik kau blah kalau tak aku dengan geng aku belasah kau sampai mampus " lelaki hoodie hijau itu senyum sinis " Kalau berani cubalah " mat motor tu mengenggam lima jarinya dan menghayunkan ke muka lelaki hoodie hijau itu namun genggaman itu ditahan dengan satu tangan lelaki hoodie itu lalu mengengam dengan kuat mat motor itu jerit kesakitan " Sakit lah sial,,,,korang tengok je tolong aku " geng mat motor tu pun mendekati untuk bantu kawannnya " Jangan datang dekat baik korang undur kalau nak member korang selamat kalau degil juga sekali je aku pulas patah tangan ni aku kerjakan *UNDUR!!!* dan kau tercegat apa lagi pergi balik biar aku yang settle diorang ni " Shikin terkejut suara lantang lelaki hoodie hijau itu Shikin pun cepat-cepat mengeluarkan skuternya dan terus berlalu pergi " Aku bagi amaran pada korang sekali lagi aku nampak muka korang kacau mana-mana perempuan termasuk perempuan tadi aku tak teragak-agak tarik nyawa setiap sorang *FAHAM!!* sekarang korang blah " mat motor itu dengan gengnya berasa takut amaran tersebut cara lelaki hoodie hijau itu serius tak main-main dengan kata-katanya mereka pun meninggalkan kedai tersebut. Semasa on the way balik Shikin merasakan tayar belakang skuter hilang kawalan Shikin menghentikan skuter di tepi jalan dan memeriksa terdapat paku besar melekat di tayar " Aduhaiii mat motor ni tak dapat aku skuter jadi mangsa,,,call ayah lah " Shikin mengeluarkan telefon bimbit namun tak dapat dihidupakan " Damn it mesti aku lupa lagi nak tekan on plug aishhh terpaksa la tolak nasib rumah dah tak jauh " baru beberapa langkah berjalan ada seseorang memegang bahunya Shikin menjerit skuternya pula jatuh dari pegangan " Shusshhh diam nanti orang ingat aku rogol kau pula " seseorang menutup mulutnya Shikin pun mengalih tangan orang itu dari mulutnya ternyata lelaki hoodie hijau " Kenapa kau follow aku " lelaki itu membuka sarung kepala hoodie tersebut dan menanggalkan kacamata Shikin kenal akan wajah itu " Kau Reza kenapa kau boleh ada kat sini ke kau stalker aku dasar pervert " Reza Haikal ketawa melihat reaksi Shikin mengelabah begitu " Amboi sedap mulut kau kata aku pervert aku jumpa member aku kat area situ dah alang-alang masuk kedai terjumpa kau kat 7 eleven aku follow la tak kan kau tak cam muka aku kut kat dalam kedai,,,,aku lupa nak cakap motor kau tu kena sabotaj tapi dah kau pun pecut laju ni dah jumpa kau ni aku tolong kau tolak motor " Shikin rasa serba salah pula panggil Reza Haikal pervert padahal dah tolong Shikin dari mat motor tu " Sumpah aku tak cam muka kau sebab macam stail budak nerd je kat uni lain ,,,takpa lah Reza rumah aku dah tak jauh aku boleh tolak sorang " Reza Haikal menggeleng kepala tidak " Ahhh takde aku nak tolong juga tolak motor tu lagipun kau sorang kan perempuan depan tu dah la gelap " Shikin pun tak tau nak berkata apa Reza Haikal berkeras nak tolong " Ni kau datang sini naik apa" Reza Haikal mengatakan keretanya parking di 7 eleven " Habis nanti balik tak kan jalan kaki kut" Reza Haikal dengan berlagaknya berkata " Alahh tak jauh mana pun aku ni lama tak jogging dah jum kita gerak mesti family kau risau nanti " Shikin hampir lupa pesanan ayahnya jangan balik lambat Reza Haikal mengangkat skuter yang jatuh dan mereka pun berjalan balik bersama " Selalu ke kau keluar malam? " Reza Haikal segaja bertanya kepada Shikin agar wujud perbualan antara mereka takdelah senyap diam membisu " Takdelah jarang aku keluar malam sebab aku keluar pun nak beli alat tulis yang mana dah habis aku ingatkan nak singgah mall lepas habis kelas tapi tu lah macam-macam jadi " Apabila Shikin mention pasal kelas teringat pekara kelas pagi tadi mereka berdua dihalau keluar oleh lecture Reza Haikal membalas " Nak keluar malam boleh tapi jangan selalu kau tu perempuan bahaya kalau boleh bawa la peneman tu nasib baik aku ada kalau tak mat motor tu semua buat kau lauk kenduri malam ni " Shikin mengangguk faham nasihat yang diberi ada sifat caring rupanya si Reza Haikal ni" Terima kasih tau Reza tolong selamatkan aku dari mat motor tu " Reza Haikal membalas dengan gaya berlagaknya " Kalau ikutkan aku tak tolong sebenarnya sebab aku ingat kau ni berani sangat siap bagi sedas penampar tapi kalau dah sampai mat motor tu nak pukul kau tak kan nak jadi lelaki dayus memalukan kaum adam tengok perempuan kena pukul n the another reason is disebabkan aku ada buat salah dekat kau so aku nak tebus balik apa yang aku dah buat kat kau pagi tadi" Shikin memandang Reza Haikal apa yang dikatakan Reza Haikal nampak keikhlasan itu untuk meminta maaf " Tak payah tenung aku lama-lama nanti jatuh cinta kau kira bertuah sebab aku bagi free tengok muka aku yang hensem kalau perempuan lain aku minta ganjaran tau " Shikin buat muka menyampah " Elehh poyo la kau " Shikin akui memang Reza Haikal ni handsome,tinggi, badan sado walaupun ada sikap kenakalan macam budak-budak setelah sepuluh minit berjalan mereka pun sampai di rumah Shikin pintu pagar dibuka Shikin memasukan skuter ke parking setelah itu kembali menemui Reza Haikal " Kau betul tak nak masuk dalam aku boleh hidangkan air mesti kau penat kesian kat kau berpeluh-peluh tolak skuter aku tu " Reza Haikal menggeleng tidak " Alah sikit je tu no hal la anyway thanks dekat kau tolong daddy aku masa makan malam tak habis-habis sebut nama kau dengan Tina naik fedup aku dengar,,,,okaylah aku balik dulu ingat pesan aku nak keluar berteman kalau aku nampak kau sorang lagi aku biar je tak nak tolong dah " acah-acah Reza Haikal " Baik Tuan Reza Haikal " Shikin membuat respon tabik " aduh dia ni buat muka comel pula laju dah jantung aku ni " Reza Haikal bicara dalam hati " Dah-dah pergi masuk dalam aku gerak dulu " Reza Haikal pun berlalu pergi Shikin pura-pura masuk dalam pintu pagar ditutup apabila Shikin jenguk semula sudah tiada "Cepatnya hilang". " Assalammualaikum " Shikin buka je pintu Datuk Said berdiri depan pintu " Walaikummusalam lambat balik ayah pesan apa jangan balik lambat kan,,,call banyak kali tak angkat,,,kat depan pagar siapa tu kamu berborak kenapa tak ajak masuk dalam,,,, Explain now " bertubi-tubi pertanyaan Datuk Said walaupun tidak marah cara Datuk Said ada ketegasan " Bukan tak nak telefon bateri takda lupa nak on cas,,,skuter tayar pancit nasib ada member tolong tolakan sampai rumah lambat sorry ayah" Datuk Said menjawab " Okay maaf diterima ayah tak marah asalkan Shikin cakap jujur pasal skuter tu esok ayah suruh driver bawa pergi bengkel tapi kenapa tak ajak kawan kamu tu masuk mesti penat berjalan sekali " Shikin menyatakan dia sudah menjemput masuk tetapi katanya nak cepat ada hal Shikin dan Datuk Said menuju ke ruang tamu mereka sekeluarga berkumpul dan menonton movie.
BANGLO MEWAH PROF MALIK ( MALAM)
Reza Haikal baru saja tiba dirumah dia pun membuka pintu "Kal kesini kejap ada pekara daddy nak bincang " Reza Haikal dengan rasa malas nak ke ruang tamu dengar bebelan dari Prof Malik " Kal pergi mana tak boleh ke duduk rumah waktu malam asyik nak merayap kerjanya anak orang lain duduk rumah study, buat assigment,,,,ni pagi tadi daddy dapat cerita dari Miss Rafidah yang kamu kena halau keluar dari kelas bukan kamu sorang tapi Shikin tu pun kena juga,,,Daddy nak kamu minta maaf dekat Shikin tu daddy tau dia budak yang baik,,, Kal tolong lah jaga aib daddy ubah lah adab kelakuan tu nanti apa kata lecture lain dekat uni bapa Proffesor anak perangai macam hantu,,,Daddy nasihat ni supaya kamu jadi manusia yang berguna dan berjaya di masa depan " Reza Haikal seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri tidak endah apa yang dikatakan Prof Malik " Dah habis ke bebel daddy,,,Kal masuk tidur dulu penat selamat malam " Reza Haikal bangun terus menuju ke biliknya meninggalkan Prof Malik di ruang tamu Prof Malik mengeluh kasar dan menyandar pada sofa sakit kepala memikirkan anak bujangnya. Reza Haikal merebah tubuh di katil dia memandang kipas shiling berpusing dia tersenyum sendirian teringat semasa bersama Shikin tangannya letak di dada dia merasakan jantung berdegup laju Reza Haikal memang seorang playboy bertukar-tukar perempuan namun tiada perasaan sebegitu apabila memandang wajah Shikin dan mendekati terasa perasaan itu lain akan tetapi ada satu masalah berat bagi Reza Haikal dia memandang satu peti kayu kecil yang berada di tepi katil dia mengambil dan membuka kotak tersebut dengan disinari cahaya serta merta matanya berubah warna merah reaksi wajah Reza Haikal senyum menyeringai seram air liur mengalir keluar dan ketawa dengan kuat sekali *TOK,,TOK* pintu bilik Reza Haikal diketuk dia menutup semula kotak itu dan kembali pada dirinya yang normal Reza Haikal bangun menuju ke pintu bilik lalu dibuka " Kal buat apa bukan main kuat kamu ketawa sampai ke bilik mama dengar " mama Reza Haikal terdengar suara Reza Haikal ketawa lain macam " Takde apa lah mama Kal tengok citer lawak dekat phone tu kelakar sangat tu yang tergelak kuat sorry Kal kacau mama " Reza Haikal menutup semula pintu bilik " Fuhh nasib tak kantoi aku kena hati-hati nak buka kotak ni".
Share this novel