Bab 22

Romance Completed 17065

“Assalamualaikum, Ain.” Sabrina bersuara perlahan sambil tangannya lincah membersihkan kubur yang sedia terjaga itu. Sabrina kecil yang setia di sisi ditarik rapat.

“Terima kasih kerana meninggalkan Sabrina untuk aku. Besar amanahmu Ain tapi aku janji, Sabrina akan membesar menjadi wanita Islam yang boleh engkau banggakan di alam sana.

“Wanita Islam yang akan sentiasa mengirim doa untuk kesejahteraan kau. Itu janji aku, Ain. Terima kasih juga kerana membahagiakan Fitri selama ini. Restui aku untuk terus membahagiakan dia.” Sebak tiba-tiba bertandang membuatkan dia terdiam seketika.

Lama dia memejam mata. Belaian jari halus di pipi memaksa dia membuka mata. Jejari halus yang setia mengesat airmatanya digenggam dan dicium lama.

“Mama jangan menangis sebab nanti ibu kata Rina tak pandai jaga mama. Ibu suruh Rina janji jangan biar mama menangis. Pada baba pun ibu cakap macam tu. Ibu cakap kalau mama menangis sebab Rina atau baba, ibu tak akan tenang di sana. Mama jangan nangis, ye.” Pujuk Sabrina.

Tubuh kecil itu dirangkul erat. Dicium seluruh wajah polos itu puas-puas.

“Mama janji tak akan menangis lagi, sayang. Mama janji.”

Damailah engkau di sana Ain kerana di sini, aku teramat bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience