Bab 13

Romance Completed 17065

“Aku serba salah Han. Perlu ke aku pergi ke rumah dia? Selepas enam tahun, aku tak tahu sama ada aku masih kuat nak hadapi semua ni.” Sabrina mengadu kepada Hanis lewat panggilan telefon kepada sahabatnya malam itu.

“Pergilah Rina. Kalau dulu kau kuat, aku yakin sekarang ini kau lebih kuat. Pergilah lawat Ain sebagai sahabat. Aku yakin dia mesti nak jumpa kau.
Mungkin kau boleh korek cerita mengapa Sabrina kecil panggil kau mama.” Hanis memberi semangat.

“Tengoklah macam mana.”

“Kawan kat tempat kerja kau tu macam mana?” Hanis menukar topik.

“Hisyam? Aku sendiri tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Memang nampak sangat dia dah berubah. Sejauh mana ikhlas dia nak berubah itu aku tak tahu dan bukan kerja aku pun nak menilai.”

“Maksud aku perasaan dia pada kau?”

“Itu satu lagi masalah yang aku tak ada jawapan, Han. Dengar pengakuannya yang mahukan bantuan untuk berubah, aku jadi kesian. Tapi setakat kesian saja aku rasa tak ke mana.”

“Tapi bukankah kesian salah satu pintu kepada cinta? Mana tahu niat ikhlas kau untuk bantu dia berubah boleh ubah rasa kesian kepada kepada perasaan lebih tulus?”

Sabrina terdiam. Gayanya seperti Hanis mahu dia memberi peluang kepada Hisyam.

Adilkah dia kepada Hisyam jika dia masih enggan melepaskan Fitri atau mungkinkan kehadiran Hisyam mampu menolak Fitri daripada terus menghuni hati?

“Apa pun Rina, aku doakan yang terbaik untuk kau.”

“Terima kasih Han kerana menjadi sahabat yang baik untuk aku.”

“Terima kasih juga kerana jadikan aku sahabat yang lebih baik. Aku kena stop dulu. Danish dah merengek. Selsema.”

“Pergilah tengok dia. Sorry kacau kau. Assalamualaikum.”

Telefon dimatikan sebaik Hanis menjawab salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience