Bab 6

Romance Completed 17065

“Aku tak pernah berharap untuk masuk syurga dengan pengorbanan kecil yang aku buat ni Han, kerana aku tahu aku masih tidak layak untuk cium bau syurga pun. Tetapi aku harap apa yang aku buat ni dapat tonjolkan keindahan Islam itu kepada saudara baru seperti Ain.”

“Kau suruh Fitri berpoligami. Kau jadi isteri pertama, dia isteri kedua. Kalau betul si Ain tu ikhlas memeluk Islam, dia mesti tak kisah.” Bulat mata Sabrina mendengar cadangan yang agak tidak masuk di akal itu keluar daripada mulut Hanis.

“Han, tak baik kau cakap macam tu. Keikhlasan seseorang tu hanya Allah yang layak menilainya. Walau apa pun niat dia memeluk Islam, kita patut bersyukur kerana bertambah seorang lagi umat Muhammad dan kita doakan mudah-mudahan dia ikhlas peluk Islam.

“Bab poligami tu, bukan setakat Ain, aku pun tak boleh terima. Kau ingat senang nak poligami ni. Kalau kita yang sedia Islam sejak lahir pun tak boleh terima, apatah lagi saudara baru macam Ain tu.”

Dentuman guruh yang tiba-tiba menyedarkan Sabrina daripada lamunan. Perlahan dia bangun mematikan lampu sebelum merebahkan diri di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience