Bab 21

Romance Completed 17065

Sabrina mencium wajah mulus di depannya. Lena benar tidur gadis kecil itu selepas seharian bermain. Sebaik akad disahkan, Sabrina kecil itu memeluknya erat sambil melepaskan ciuman bertalu-talu.

“Dah tidur?” Sabrina mengurut dada. Entah bila Fitri berada di dalam bilik anak daranya itu. Tahu-tahu sudah berada di belakangnya.

“Bagilah salam dulu lain kali. Terkejut saya.”

Fitri tersengih. Memang salahnya. Masuk tidak memberi salam. Itu yang dididik kepada puterinya tapi hari itu, dia sendiri tersilap langkah.

Punggung dilabuhkan di hujung kepala si anak. Perlahan dia membelai rambut dan pipi lembut si kecil itu. Dengan hati-hati, Sabrina mencium dahi anaknya sambil Fitri melihat perlakuan itu dengan bahagia yang melimpahi hati. Tahu anaknya tidak akan lagi kekurangan kasih seorang ibu.

“Mama sayang Rina.” Bisiknya perlahan.

“Baba Rina lagi sayang mama. Tak pernah hilang.” Fitri berbisik di telinga. Wajahnya dirasakan tebal tiba-tiba. Sudahnya dia tunduk. Tidak berani menentang sinar mata Fitri.

“Dear…” Sabrina mengerut dahi. Lain benar bunyi panggilan itu.

“Iyalah dah dua-dua Sabrina. Kenalah tukar panggilan salah seorang dan rasanya dear tu lebih sesuai untuk isteri.” Fitri menjawab soalan yang berlegar di kepalanya.

“Umi panggil. Nak makan sekali dengan menantu kesayangan dia ni. Abang rasa kecik hati sangat hari ni. Rasa disisihkan. Sabrina nak makan dengan dear, nak tidur pun dengan dear. Ni umi pulak. Sanggup berlapar nak makan dengan menantu baru dia ni.”

Sabrina melepaskan ketawa kecil mendengar rungutan Fitri. Wajah bersih itu ditatap bersungguh-sungguh.

“Dengan anak dan mak sendiri pun nak kecik hati?”

“Kalau dear pun buat macam tu, bukan setakat hati habis segala usus, limpa, paru-paru dan pankreas abang mengecut tau.”

“Sabrina tu budak lagi, umi pula dah masuk kategori warga emas. Dua-dua sensitif, dua-dua perlukan lebih perhatian dan belaian. Jadi, orang yang dalam golongan pertengahan tu kenalah banyak-banyak bersabar.” Sabrina bersuara mengusik.

“Jomlah. Kesian umi.” Sabrina menyambut tangan yang dihulurkan Fitri. Digenggamnya erat.

“Sebenarnya ada orang nak jumpa dear.” Kata Fitri ketika melangkah menuruni tangga.

“Siapa?”

“Surprise.” Langkah Sabrina terhenti. Dia mahu berpatah balik apabila tangannya ditarik Fitri.

“Rina nak pakai tudung.”

“Tak payah. Tetamu tu perempuan.” Dengan penuh tanda tanya Sabrina terus mengekor langkah Fitri terus menuju ke ruang tamu.

Umi rancak bersembang dengan seorang perempuan bertudung labuh yang membelakangkan mereka.

“Aisyah.” Mendengar suara Fitri, wanita yang disapa Aisyah itu berpaling. Sabrina hampir rebah.

Jika Ain di depannya sekarang, di kuburan siapa pula dia meratap tempoh hari?
Dalam kehairanan dan terkejut melihat Ain di depannya, Sabrina berasa tubuhnya dipeluk erat.

“Saya Aisyah Humaira atau dulunya Alicia Iking. Kembar Ain.” Sabrina dibawa duduk di sebelahnya.

“Lama saya mencari Sabrina. Baru hari ini berjumpa. Saya ingin kenal Sabrina, sahabat yang amat disayangi adik kembar saya tu. Tak putus-putus dia puji Sabrina.”

“Dia ceritakan segala-galanya kepada saya. Memang saya marah kerana dia peluk Islam tapi pengorbanan Sabrina buat saya tertarik untuk mendekati Islam. Alhamdulillah, saya dipilih Allah untuk menjadi umat Muhammad. Bukan hanya saya tetapi juga ibu bapa saya.”

Airmata Sabrina tumpah lagi malam itu mendengar pengakuan Aisyah. Airmata kesyukuran kerana pengorbanan kecilnya melepaskan Fitri rupa-rupanya dibalas Allah sebegitu besar dengan memberi hidayah kepada keluarga Ain untuk menjadi hamba-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience