Bab 18

Romance Completed 17065

Hanis yang ketawa mengekek dikerling tajam. Terasa menyesal menceritakan apa yang berlaku kepada Hanis. Geram kerana tidak habis diketawakan, tangannya pantas mencubit paha Hanis.

“Aduh! Bisa betul ketam kau. Mau lebam dua, tiga hari ni.”

“Padan muka. Itu balasan kepada kawan yang makan kawan.” Matanya masih terarah kepada Hanis yang mengelap airmata yang keluar.

“Apa jadi lepas tu?”

“Malaslah aku nak cerita pada kau. Kena gelak je.”

“Sorrylah. Aku janji tak gelak lagi. Sambunglah cerita kau tu.”

“Dia nak beritahu Fitri aku nak kahwin dengan baba dia tu. Tak kelam kabut aku lari nak tangkap dia. Nasib baik sempat. Kalau tidak aku rasa aku sanggup terjun tasik sebab malu.”

“Tak baik kecewakan budak-budak Rina. Kesian budak tu. Bapa dia lebih-lebih lagi. Dah setahun menduda tu.” Hanis bersuara dengan nada bergurau.

Sabrina mengeluh perlahan. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat. Dia sepatutnya gembira kerana berpeluang menyambung ikatan dulu tetapi serba serbi dirasakan tidak kena.

Bohonglah jika dia berkata rasa kasihnya kepada Fitri sudah tiada tetapi bagaimana pula dengan lelaki itu? Apa ada pada perkahwinan jika Fitri sekadar mahu menunaikan amanah Ain, hanya mahukan ibu untuk Sabrina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience