Bab 1

Romance Completed 17065

Cincin bertahta batu zamrud yang masih terletak elok di dalam kotak baldu berwarna merah itu direnung lama. Sudah enam tahun ia bersemadi di situ tetapi seraut wajah yang membelikan cincin itu untuk disarungkan ke jarinya pada hari pertunangan mereka, tidak pernah dilupakan walau sedetik.

Sambil melepaskan keluhan perlahan, Sabrina menutup kotak itu dan dimasukkan kembali ke dalam laci almari soleknya.

Ahmad Fitri. Sekilas nama itu terlintas di fikiran, hatinya terasa bagai disebat ekor pari. Pedih dan perit. Enam tahun dia melarikan diri ke negara kangaru untuk merawat luka yang diciptanya sendiri tetapi kelukaan itu terus mengekorinya.

Sehingga akhirnya dia memutuskan untuk kembali ke tanah air. Untuk berdepan dengan hakikat, Ahmad Fitri sudah pergi daripada hidupnya.

Sabrina sedar, bukan dia seorang yang sengsara. Fitri juga begitu. Hati siapa yang tidak terbias rasa pedih dan sedih jika cinta yang dijalin hampir empat tahun berkecai ketika masa untuk mereka disatukan cuma tinggal enam bulan.

Mungkin juga kesalahan terletak di atas bahu mereka kerana begitu yakin dapat hidup berdua tanpa menyangka takdir mempunyai cerita lain. Dugaan didatangkan dalam bentuk yang tidak dapat ditolak oleh Sabrina mahupun Fitri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience