Bab 20

Romance Completed 17065

“Saya minta maaf. Tujuh malam berturut-turut saya bermunajat di sepertiga malam. Petunjuk yang saya dapat sama. Mungkin kita ditakdirkan sebagai kawan saja.”

Sabrina bersuara perlahan.

Biarpun menerima ketentuan takdir, sebak dan sayu yang bertandang di hati tidak boleh diusir. Airmata ditahan sedaya mungkin.

Kepalanya masih ditundukkan. Tidak sanggup dia memandang lelaki di depannya yang tenang mendengar patah perkataan yang keluar. Sesekali Sabrina berasa betapa kejamnya dia kepada seseorang yang begitu mengharap tetapi dia perlu akur, jodoh itu bukan haknya untuk ditentukan.

“Jangan rasa bersalah, Sabrina. Asal saya tidak kehilangan awak sebagai kawan, saya sudah cukup bersyukur. Kita bermula sebagai kenalan dan akan tetap menjadi kawan.” Tenang suara itu menusuk masuk ke pendengarannya.

“Saya doakan yang terbaik untuk awak, Syam.” Hisyam tersenyum.

“Itu yang saya harapkan daripada seorang kawan sebaik awak. Mungkin ini hikmahnya mengenali awak. Saya akhirnya mengenali diri sendiri. Sejujurnya saya kagum dengan awak dan Fitri.” Sabrina sedikit tersentak mendengar nama Fitri disebut.

“Terlebih dulu saya minta maaf. Saya tahu kisah awak dan Fitri. Saya siasat latar belakang awak kerana ingin benar-benar kenal awak. Dari situlah saya tahu kisah awak, Fitri dan Ain. Memang saya sedih tapi tak terkilan melepaskan awak ke tangan lelaki sebaik Fitri.” Hisyam bagaikan menjawab persoalan yang bermain di fikiran.

Suasana sepi seketika.

“Bila langsungnya?”

“Bulan depan. Jemputlah datang. Kad nanti saya edarkan.”

“Insya-Allah. Sekali lagi terima kasih Sabrina. Saya perlu berangkat sekarang. Dah last call tu.”

Sabrina sekadar mengangguk.

“Doa saya umrah dan ibadat awak diterima Allah.” Hisyam pula mengangguk. Dengan senyum yang tidak putus, dia mengatur langkah untuk menyahut seruan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience