BAB 2

Romance Completed 25408

Sayup-sayup azan subuh menyedarkan Alisa daripada lenanya. Dia terus membuka mata. Sebaik dia membuka dia terlihat wajah Aryan yang sedang lena tidur. Tangannya melingkar di pinggang Alisa.

" Abang, abang " panggil Alisa lembut.

Aryan membuka matanya.

" Morning sayang " ucapnya dengan suara serak basah.

Alisa tersenyum kecil.

" Morning " .

Aryan tiba-tiba menarik Alisa rapat dengannya. Kepala Alisa disandarkan di dadanya.

" I'm so sorry sayang " katanya.

" Sorry? Kenap? " soal Alisa pelik.

" Pasal semalam. Abang kan dah janji nak makan malam dengan sayang. Tapi abang balik lewat. Sayang dah tidur dah pun. Kesian sayang tunggu abang sampai tertidur dekat meja makan " .

" Takpalah abang. Lisa faham abang sibuk kan. It's okay. Tapi macam mana Lisa boleh ada kat atas katil? Abang cakap tadi Lisa tertidur dekat meja makan kan? " soal Alisa haira.

" Lisa berjalan waktu tidur " Aryan ketawa kecil.

" Iya ke ni? Mana ada " .

" Tak adalah. Abang yang dukung sayang bawa masuk bilik. Takkan lah nak biarkan isteri kesayangan abang ni tidur dekat meja makan. Habis nanti siapa yang nak temankan abang tidur kalau sayang tidur dekat meja makan " .

Alisa ketawa.

" Kenapa abang tak kejutkan jer Lisa? Malu lah macam ni " Alisa menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya.

Aryan galak ketawa.

" Alaa nak malu buat apa. Bukan orang lain pun yang dukung Lisa, suami Lisa jugak " .

" Yelah tapi Lisa dah lah berat. Kesian abang " .

" Ha'ah berat sangat isteri abang. Nak patah dah rasanya pinggang abang ni lepas angkat sayang " usik Aryan.

" Abang! Eii suka tau sakat orang " .

" Alah gurau manja jer dengan isteri abang ni. Sayang berat macam mana sekalipun, abang sanggup dukung " .

Alisa ketawa kecil. Ada-ada saja suaminya itu. Jujur katakan dia sangat bahagia berkahwin dengan Aryan. Walaupun pada awalnya dia berat hati untuk menerima lelaki itu menjadi suaminya kerana dia tidak pernah mengenali Aryan sebelum ini.

Namun siapa sangka selepas dia dan Aryan berkahwin, mereka hidup bahagia.

" Dah lah, Lisa nak mandi lepastu solat subuh. Hari ni abang nak breakfast apa? " .

" Ermmm hari ni sayang tak payah buat breakfast lah. Kita makan kat luar. Hari ni abang tak masuk office. Abang nak luangkan masa abang dengan sayang " .

" Lah kenapa pulak? " soal Alisa.

Dia tidak mahu kerananya nanti Aryan hilang fokus pada kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience