BAB 8

Romance Completed 25408

Aryan tergamam mendengar cerita Liyana. Bila arwah Datuk Kamal meninggal pun dia sendiri tidak tahu. Tiada siapa yang maklumkan padanya.

" Bila arwah papa you meninggal? Kenapa I tak tahu apa-apa pun? Tak ada siapa yang beritahu I " soal Aryan kesal.

Sejak daripada dulu dia memang rapat dengan Datuk Kamal. Lagi-lagi dalam hal business. Datuk Kamal banyak memberi sokongan padanya untuk memajukan syarikat.

" Dua bulan lepas Aryan. I sendiri terkejut dengan kehilangan papa I. Papa I kena heart attack lepas dapat tahu dia jatuh muflis. Lepas I dapat tahu papa I meninggal, I terus balik Malaysia. I ingat nak balik semula ke London, tapi I tak sampai hati nak tinggalkan mama Lagi-lagi dalam keadaan dia yang sekarang ni. I buntu. I dah tak tahu nak buat apa " akhirnya air mata Liyana jatuh juga. Puas ditahan. Dia malu untuk menangis di hadapan Aryan sebenarnya.

Lagi-lagi apabila dulu dia sendiri yang memutuskan hubungan mereka kerana ingin mengejar cita-cita menjadi seorang model di salah sebuah butik terkenal di London.

" Sorry Liyana. I tak tahu " ucap Aryan serba salah.

" It's okay Aryan. I tahu you layan I macam ni pun sebab salah I dulu tinggalkan you macam tu jer. I yang salah. I layak terima semua ni " Liyana mengesat air matanya.

" No Liya. I dah lupakan semua tu. Past is past. I dah lama maafkan you. I tak pernah berdendam pun " .

" Liya? I rindukan panggilan tu " Liyana tersenyum nipis.

'Liya' adalah nama panggilan yang dipanggil oleh Aryan padanya. Hanya Aryan yang memanggilnya dengan panggilan 'Liya'.

" Sorry I terlepas panggil. Dah terbiasa panggil you Liya " .

" Takpa. I suka dengan panggilan tu. You masih boleh panggil I dengan panggilan tu " .

" Kebetulan PA I baru jer berhenti dan masih tak ada siapa lagi yang gantikan. I terima you bekerja sebagai PA I. I harap you boleh berikan komitmen yang baik " .

" Betul ke ni Aryan? Alhamdulillah. Thank you so much Aryan. I janji I akan bekerja bersungguh-sungguh. I akan buat yang terbaik. Thank you again " .

" You're welcome " .

" Thank you Aryan. Walaupun I dah buat macam-macam dekat you, you masih nak tolong I. I terharu sangat ".

" Jangan cakap macam tu Liya. I tak pernah simpan dendam pun pada you. I dah lama maafkan you " .

Liyana tersenyum nipis. Lega hatinya apabila Aryan berkata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience