" Sayang, abang rasa dah lama sangat abang tak spend time dengan sayang. Abang asyik busy dengan kerja jer sampai abang abaikan sayang. Sebab tu hari ni abang saja ambil cuti. So boleh lah kita luangkan masa bersama hari ni " jelas Aryan.
" Tak susahkan abang ke? Kerja abang kat office kan banyak. Kalau abang tak masuk office, macam mana abang nak siapkan semua kerja-kerja tu? " soal Alisa lagi.
" Sayang kerja-kerja dekat office tu tak pernah habis pun. Nanti abang siapkanlah. Lagipun isteri kesayangan abang ni lagi penting daripada segala-galanya " hidung Alisa dicuit perlahan.
Bibir Alisa mengukir senyuman kecil.
" Okaylah kalau macam tu. Lisa pergi mandi dulu. Nanti kita solat subuh jemaah ea? " .
" Okay sayang " .
Alisa terus turun daripada katil dan melangkah masuk ke kamar mandi. Bibirnya tidak sudah-sudah mengukirkan senyuman kerana terlalu gembira hari ini. Dapatlah dia meluangkan masa bersama-sama dengan Aryan hari ini.
Aryan dan Alisa berjalan beriringan keluar daripada restoran nasi ayam penyet. Tiba-tiba saja hari ini Aryan teringin untuk makan nasi ayam penyet. Hendak suruh Alisa masakkan, dia takut menyusahkan isterinya itu. Jadi dia mengajak Alisa makan di restoran nasi ayam penyet. Alisa memang hebat dalam masakkan. Sebut apa saja, semua dia boleh masakkan. Perut Aryan tidak pernah kosong selepas kahwin dengan Alisa. Setiap hari ada saja menu baru yang dia masakkan khas untuk Aryan. Itu yang membuatkan Aryan bertambah sayang padanya.
" Kenyang dah? " soal Alisa.
Mereka sudah pun berada di dalam perut kereta ketika itu.
" Alhamdulillah kenyang. Tapi kalau Lisa yang masakkan nasi ayam penyet tu mesti lagi sedap " .
Alisa ketawa kecil.
" Itulah, Lisa nak masakkan abang jual mahal " .
" Bukan jual mahal sayang. Abang tak nak susahkan Lisa. Sesekali biarlah Lisa rehat pulak " .
Alisa tersenyum kecil.
" Kita nak pergi mana lepas ni? " soal Alisa.
" Pantai? Nak tak? " soal Aryan.
" Nak! " jawab Alisa pantas.
Pantai adalah tempat kegemarannya sejak daripada kecil lagi. Melihat lautan luas ciptaan Allah mampu menenangkannya.
Aryan tersenyum. Dia sudah mengagak Alisa pasti suka.
" Okay kita pergi pantai " .
" Yeayy " Alisa bersorak kecil.
Alisa berjalan di gigi air. Aryan mengikut langkahnya daripada belakang.
" Sayang " panggil Aryan.
Alisa menoleh.
" Ya? " .
" Kenapa sayang suka sangat dengan pantai? " soalnya. Dia mendekati Alisa. Tangan Alisa sudah berada di dalam genggamannya.
" Sebab pantai menenangkan. Macam abang " Alisa ketawa kecil.
Share this novel