Aryan jatuh kasihan melihat keadaan Datin Amelia yang asyik termenung dan menangis. Menurut doktor, Datin Amelia mengalami kemurungan. Apa yang telah terjadi di dalam hidupnya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam.
" Sabar ya Liya. Allah tengah uji you. You kena kuat untuk hadapi semua ni" pujuk Aryan.
Liyana mengesat air matanya. Entah berapa banyak air matanya yang mengalir apabila mengenangkan nasib dirinya.
" I tak kuat sebenarnya Aryan. Tak ada siapa dah di sisi I untuk I tumpang kekuatan. I keseorangan. Kadang-kadang I rasa lebih baik I mati jer daripada kena tanggung semua ni. Mungkin ini balasan daripada Allah untuk I atas segala perbuatan I pada you " .
" Liya, jangan cakap macam tu. Tak baik. You kena kuat. I janji I akan selalu ada di sisi you bila you perlukan I. You kena kuat Liya, demi mama you. Dia perlukan you. Kalau you sendiri lemah macam ni, macam mana you nak tolong mama you? You jangan anggap semua ni balasan atas salah you. Anggap ini semua ujian. Allah turunkan ujian pada you sebab dia sayangkan you. Ada hikmahnya semua ini terjadi " .
" Baiknya you Aryan. You janji kan yang you akan selalu ada dengan I? ".
Aryan mengangguk perlahan.
" I janji Liya. Sampai bila-bila pun I akan selalu ada untuk you " janji Aryan.
Liyana tersenyum nipis. Dia bersyukur Aryan masih ada untuknya walaupun dulu dia yang menyakiti hati lelaki itu.
" Terima kasih Aryan " ucapnya.
Aryan mengangguk perlahan. Entah kenapa apabila melihat Liyana dia seolah-olah lupa yang dia sudah berkahwin dengan Alisa. Dia lupa yang dia sudah mempunyai isteri. Perasaan cinta pada Liyana yang sudah terkubur lama kini datang semula.
Alisa cepat-cepat melangkah ke muka pintu apabila terdengar bunyi enjin kereta Aryan. Sejak daripada tadi dia risau apabila Aryan masih belum pulang.
" Abang " tegurnya.
Aryan tersenyum kecil sebaik keluar daripada kereta.
" Kenapa abang balik lewat? " soal Alisa.
" Ada kerja sikit tadi " bohong Aryan. Sebenarnya tadi selepas waktu pejabat dia terus ke rumah Liyana untuk melawat Datin Amelia. Kemudian dia makan malam bersama Liyana di luar.
" Oh. Jom makan. Lisa dah masakkan lauk favourite abang. Lisa panaskan lauk ya? " .
" Eh tak payah. Abang dah kenyang. Abang nak terus tidur. Letih sangat ni" Aryan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Alisa ditinggalkan sendirian.
Luluh hati Alisa ketika ini. Entah kenapa dia dapat rasakan Aryan sudah berubah. Seperti ada benda yang lelaki itu sorokkan padanya.
Share this novel