BAB 1

Romance Completed 25408

Alisa menanti kepulangan suaminya daripada tempat kerja. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam tetapi Aryan masih belum pulang.

Alisa menahan matanya daripada tertidur. Dia sudah berjanji untuk makan bersama-sama dengan Aryan apabila suaminya itu pulang daripada pejabat nanti. Puas dia menghubungi Aryan, tapi satu panggilan pun tidak bersambut.

Akhirnya Alisa tertidur di meja makan sambil menanti kepulangan Aryan.

Tempoh pernikahan mereka sudah mencecah hampir setahun. Walaupun perkahwinan mereka diaturkan oleh keluarga, hubungan mereka baik saja. Tidak seperti pasangan-pasangan yang lain. Mereka bercinta selepas berkahwin.

" Assalamualaikum " Aryan melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Tiada jawapan.

" Sayang oh sayang " panggilnya. Langkah kaki diatur menuju ke ruang makan.

Dia melihat Alisa yang sudah terlena dibuai mimpi di meja makan. Jatuh kasihan dia melihat keadaan isterinya itu. Perlahan-lahan dia mendekati Alisa. Rambut yang menutupi wajah Alisa diselak ke belakang.

" Maafkan abang sayang. Kesian sayang" kesal Aryan.

Aryan serba salah ingin mengejut Alisa. Dia tidak mahu menganggu lena isterinya itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mendukung Alisa ke bilik.

" Nasib baiklah sayang ringan. Kalau tak, patah pinggang abang " katanya sendiri.

Dia terus mendaki anak tangga. Sampai sahaja ke dalam bilik, tubuh Alisa diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Aryan terus menyelimutkan Alisa.

" Good night sayang " dahi isterinya itu dikucup lembut.

Aryan terus turun ke tingkat bawah semula. Telefon bimbitnya yang sudah kehabisan batery itu dicas semula. Terdapat 15 missed call daripada Alisa sebaik telefonnya itu dihidupkan.

" Ya Allah kesian dekat Lisa. Aku dah buat dia risau " katanya sendiri.

Tali leher dilonggarkan. Aryan merebahkan badannya di atas sofa di ruang tamu. Beberapa hari ini banyak kerja yang perlu disiapkan di pejabat oleh kerana itu Aryan pulang lewat ke rumah. Kadang-kadang dia terpaksa membawa kerja-kerja di pejabat pulang ke rumah dan siapkannya di rumah sehingga tiada masa untuk Alisa.

Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Alisa tidak pernah merungut jika dia tiada masa untuk Alisa. Isterinya itu sangat memahami kerjanya sebagai CEO Megah Holdings. Walaupun Alisa baru saja berumur 21 tahu,pemikirannya sangat matang. Itu yang membuatkan Aryan selesa dengannya walaupun mereka tidak pernah kenal sebelum mereka berkahwin.

Aryan merasakan dirinya sangat beruntung kerana memiliki isteri seperti Alisa.

Dia terus bangun dari sofa dan melangkah ke ruang makan untuk memasukkan makanan yang telah dimasak oleh Alisa ke dalam peti sejuk. Esok boleh panaskan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience