BAB 11

Romance Completed 25408

" Aryan dah gila ke ha? " soal Datin Balqis.

Hampir luruh jantungnya saat Aryan memberitahu dia ingin berkahwin dengan Liyana.

" Aryan dah buat keputusan mama. Daripada Aryan terus buat dosa dengan Liya, lebih baik Aryan kahwin dengan dia. Lagipun Aryan memang cintakan Liya " .

" Habis tu Lisa macam mana? Aryan ingat Lisa tu tak ada perasaan ke ha? Suka-suka jer Aryan nak kahwin lain. Aryan dah beritahu dia ke? Mama tak setuju Aryan kahwin dengan Liyana. Lupakan dia. Ingat Aryan, Lisa tu isteri Aryan " .

" Mama setuju ke tak, Aryan tetap nak kahwin dengan Liyana. Mama tak ada hak untuk halang Aryan. Pasal Lisa, Aryan akan uruskan nanti dan sama ada dia setuju ataupun tak, Aryan tetap akan kahwin dengan Liyana " tegas Aryan.

Datin Balqis seolah-olah tidak kenal Aryan. Anaknya itu benar-benar berubah selepas berhubungan semula dengan Liyana.

" Astagfirullah al-azim. Mama tak tahu apa yang dah merasuk Aryan lah. Jangan sampai Aryan menyesal dengan apa yang Aryan dah buat " .

" Aryan tak akan menyesal. Minggu depan Aryan akan berkahwin dengan Liyana. Kami berdua akan bernikah jer " .

Datin Balqis hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia sudah tiada daya untuk menghalang anak tunggalnya itu. Apa yang hendak dia jawab pada ibu bapa Alisa nanti dia sendiri tidak tahu. Pasti mereka kecewa apabila mendapat tahu Alisa diperlakukan sedemikian rupa oleh Aryan

" Abang nak nikah dengan Liyana minggu depan. Lisa setuju atau tak, abang tetap nak nikah dengan Liyana".

Hampir terduduk Alisa apabila Aryan memberitahunya tentang hal itu. Jadi selama ini benarlah Aryan menjalinkan semula hubungan dengan bekas kekasihnya itu. Tergamak menduakannya. Masih dia ingat lagi janji suaminya itu padanya dulu. Segalanya hanya tinggal janji.

" Jadi betul lah selama ni abang memang ada hubungan dengan Liyana? " soal Alisa. Dia menahan air matanya daripada mengalir. Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan Aryan.

Aryan mengangguk perlahan.

" Takpa abang. Lisa izinkan abang untuk berkahwin dengan Liyana. Lisa dah sedia untuk hadapi semua ni. Lisa kan pernah cakap dengan abang yang hati kita ni berbolak balik. Tak tetap. Takpa, Lisa tak marahkan abang. Abang ada hak untuk berkahwin lain".

" Terima kasih Lisa sebab faham abang. Lisa jangan risau, abang takkan ceraikan Lisa. Abang masih sayang dan cintakan Lisa. Sampai bila-bila pun abang akan cintakan Lisa. Abang tetap akan tunaikan tanggungjawab abang sebagai seorang suami pada Lisa " .

Lidah Alisa kelu. Mudahnya Aryan melafazkan kata. Tidak sedikit pun dia memikirkan tentang perasaan Alisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience