BAB 22

Romance Completed 25408

Alisa membuka matanya perlahan-lahan. Wajah pertama yang dia lihat saat dia membuka matanya ialah Puan Afifah.

" Ibu.. " panggilnya perlahan.

" Lisa? Lisa dah sedar? Alhamdulillah syukur Ya Allah " .

" Mana Adam ibu? " soal Alisa.

" Dia ada jer. Dah lah Lisa tak payah fikirkan semua tu. Lisa rehat jer ya. Kalau nak apa-apa, panggil jer ibu " .

" Ibu, Lisa nak jumpa Adam. Ayah mana? Abang Aryan? " .

Puan Afifah mengeluh perlahan.

" Lisa rehatlah dulu. Ibu nak pergi tengok ayah dekat luar. Ibu panggilkan doktor sekali ya " Puan Afifah terus berlalu keluar daripada bilik Alisa dirawat.

Alisa hanya memandang sepi. Dia tertanya-tanya di mana Aryan dan Adam. Sungguh dia ingin berjumpa kedua-dua insan itu sekarang juga.

Daripada luar Aryan hanya memerhati Alisa daripada cermin pintu bilik Alisa dirawat. Dia sebenarnya ingin masuk, namun Puan Afifah tidak mengizinkan dia masuk berjumpa dengan Alisa. Ikutkan hatinya mahu saja dia masuk dan memeluk Alisa seerat-eratnya.

" Maafkan abang sayang. Mungkin betul apa yang ibu cakap, sayang akan lebih bahagia kalau abang lepaskan sayang. Abang cintakan sayang sangat-sangat " sayu saja suara Aryan.

Air mata lelakinya mengalir di hujung mata. Rasa bersalah menyelubungi dirinya ketika ini. Dia masih tidak boleh maafkan dirinya atas kesilapannya dia kehilangan anak dalam kandungan Alisa.

" Masuklah kalau Aryan nak masuk. Jangan ikutkan sangat apa kata ibu tu. Dia tengah marah sebab tu apa yang dia cakap semuanya diluar kawalan. Aayh minta maaf ya bagi pihak ibu" Encik Hamzah tiba-tiba muncul di belakang Aryan. Dia menepuk perlahan bahu menantunya itu.

" Takpa ayah. Aryan tak ambil hati pun. Apa yang ibu cakap tu betul. Semuanya salah Aryan. Aryan dah hancurkan hidup Lisa. Kalau orang lain pun mungkin akan buat perkara yang sama bila orang sakitkan hati anak dia. Aryan terima semuanya " .

" Semua orang pernah buat salah Aryan. Semua orang juga ada hak untuk mendapat peluang yang kedua" .

" Tapi bukan Aryan. Aryan tak layak ayah. Aryan bukan suami yang baik untuk Lisa. Aryan dah sakitkan hati dia. Dia terlalu baik untuk Aryan. Aryan tak layak untuk perempuan sebaik Alisa ayah. Alisa berhak bahagia. Mungkin betul kata ibu, Alisa akan lebih bahagia kalau Aryan lepaskan dia " .

" Aryan, jangan ikutkan sangat kata ibu kamu tu. Fikirkan baik-baik " nasihat Encik Hamzah.

Memang dia marah dengan apa yang telah terjadi tapi dia tidak pernah terfikir mahu pisahkan Alisa dan Aryan. Kalau boleh dia tidak mahu Alisa dan Aryan bercerai-berai.
BAB 23
Alisa termenung sendiri sambil matanya memandang ke luar tingkap. Semalam dia sudah dibenarkan keluar daripada hospital setelah tiga hari dia bermalam di sana.

Namun hingga ke saat ini Aryan masih tidak berjumpa dengannya. Puan Afifah dan Encik Hamzah yang membawa dia pulang ke rumah. Alisa cuba menghubungi Aryan, tetapi tiada jawapan.

" Mana abang pergi? " soalnya sendiri.

Tok..tok..

Pintu bilik Alisa diketuk.

" Masuk " kata Alisa lemah.

Pintu bilik terus dibuka. Terpampang wajah Puan Afifah. Puan Afifah terus melangkah masuk ke bilik anaknya.

" Kenapa termenung ni? " soal Puan Afifah. Dia mengambil tempat di sebelah Alisa.

" Lisa pelik lah ibu, kenapa abang Aryan sampai sekarang tak call Lisa. Datang jenguk Lisa dekat hospital pun tak. Lisa ada buat salah ke dengan dia? Lisa dah cuba telefon abang Aryan, tapi dia tak jawab " .

" Biarlah dia Lisa. Kalau dia sayang, dah lama tau dia cari Lisa. Bukannya buat Lisa macam ni. Dia tu tak layak jadi suami Lisa " .

" Ibu kenapa cakap macam tu? Abang Aryan kan dah berubah. Dia dah minta maaf dah pun dengan Lisa. Lagipun dia berhak dapat peluang kedua. Semua orang buat salah ibu. Tak ada yang sempurna " .

" Ibu kadang-kadang tak faham dengan Lisa ni lah. Apa kena dengan Lisa ni sebenarnya? Lisa lupa ke dia penyebab Lisa keguguran dulu? Kenapa Lisa tak pernah beritahu dia yang Lisa pernah keguguran disebabkan dia? " soal Puan Afifah.

" Semua tu ketentuan Allah. Dah tak ada rezeki ibu. Kalau ada rezeki nanti, Lisa akan mengandung juga suatu hari nanti. Mungkin Allah belum izinkan sekarang " .

" Tu lah jawapan Lisa. Tak habis-habis ketentuan Allah. Sampai bila Lisa nak terima jer apa yang Aryan tu buat? Dah banyak kali dia sakitkan Lisa. Lisa masih tak sedar ke? Ibu tak sanggup lah nak tengok anak ibu terseksa macam ni lagi " .

" Ibu Lisa faham ibu sayangkan Lisa. Lisa faham ibu tak sanggup nak tengok orang sakitkan hati Lisa. Tapi ibu, semua orang tak terlepas daripada buat kesilapan " .

" Betul lah tu. Kesilapan paling besar yang ibu buat ialah kahwinkan Lisa dengan Aryan. Kalau tahu jadi macam ni, ibu takkan kahwinkan Lisa dengan Aryan " .

" Astagfirullah al-azim. Ibu, jangan cakap macam tu " air mata Alisa sudah mengalir di pipi.

" Assalamualaikum! " .

Puan Afifah tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila mendengar suara orang memberi salam di luar. Dia terus berlalu keluar daripada bilik Alisa untuk melihat pemilik suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience