4 tahun kemudian...
" Papa! " Adam berlari mendapatkan Aryan yang baru saja pulang daripada pejabat.
" Anak papa, kenapa menangis ni? " soalnya.
" Adam nak makan coklat. Tapi tokma tak bagi " adunya.
Aryan tersenyum kecil. Dia mengendong tubuh kecil itu.
" Alolo, kesiannya dia. Tokma bukan saja-saja tak bagi Adam makan coklat. Ni mesti sebab Adam dah makan banyak sangat coklat kan? " .
Laju Adam menggelengkan kepalanya.
" Taklah. Mana ada papa " .
" Amboi pandainya budak kecik ni mengadu " tegur Datin Balqis yang baru saja keluar daripada dapur.
" Ha'ah mama. Dia cakap mama tak bagi dia makan coklat " .
Datin Balqis ketawa kecil.
" Mama bukannya tak bagi dia makan coklat. Tapi hari ni jer dah banyak dia makan coklat. Sekejap-sekejap buka peti sejuk nak ambil coklat. Boleh rosak gigi nanti " pipi Adam dicubit perlahan.
" Adam, kan papa cakap jangan makan banyak sangat coklat. Adam nak ke gigi Adam rongak nanti? " .
" Tak nak! " laju Adam menjawab.
" Haa kalau tak nak, jangan makan coklat banyak sangat okay? " .
" Okay papa " .
" Aryan, mama ada benda nak cakap dengan Aryan sebenarnya " .
" Apa dia? " soal Aryan. Dia meletakkan tubuh Adam ke bawah semula. Kemudian laju saja anak kecil itu berlari ke tempat permainannya.
" Soal Alisa " .
Aryan terdiam seketika. Semenjak kepergian Alisa ke London, dia sudah tidak mendengar khabar tentang isterinya itu. Tetapi dia masih memberi nafkah kepada Alisa. Kesilapannya ialah dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menghubungi Alisa kerana ingin menjaga hati Liyana.
Dua tahun lepas, Liyana meninggal dunia akibat kemalangan. Kini tinggal lah Aryan bersama anak tunggal mereka yang sudah berusia 4 tahun. Aryan pernah cuba untuk menghubungi Alisa selepas itu, tetapi tidak berjaya.
Kepergian Alisa ke London benar-benar membuatkan dia merasa kehilangan. Bagaikan separuh jiwanya hilang apabila Alisa menjauh daripadanya. Baru dia sedar dia memang perlukan Alisa. Dia berkahwin dengan Liyana pun kerana simpati dengan nasib gadis itu dan ketika itu dia sendiri keliru dengan perasaannya.
" Kenapa dengan Lisa ma? " soal Aryan.
" Tadi ibu Aryan telefon. Dia cakap hujung minggu ni Lisa akan balik ke Malaysia. Dia dah tamat belajar " .
" Iya ke? " Aryan seolah tidak percaya.
Hatinya bersorak gembira. Tidak sabar ingin berjumpa dengan Alisa. Setelah 4 tahun mereka terpisah. Dia pernah meminta pertolongan ibu dan ayah mertuanya untuk menghubungi Alisa tetapi ibu dan ayah mertuanya berkeras untuk tidak mahu memberitahu. Dia sendiri tidak boleh salahkan mertuanya, dia memang berhak dilayan sebegitu.
" Nanti kita sama-sama jemput dia di KLIA ya? " .
Aryan mengangguk setuju.
' Tunggu abang Lisa ' .
Share this novel