BAB 7

Romance Completed 25408

Liyana melangkah masuk ke dalam Megah Holdings. Dia tekad untuk berjumpa dengan Aryan. Sudah hampir dua bulan dia menganggur. Sejak dia berhenti daripada menjadi model di kota London, Liyana masih belum jumpa pekerjaan yang baru.

Dia berhenti menjadi model di London adalah kerana ingin menjaga mamanya yang sakit setelah kematian arwah papanya dan setelah keluarga mereka disahkan muflis. Kehidupan Liyana bagaikan hilang arah seketika. Namun dia mengumpul semula kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan harus diteruskan. Dan dia harus kuat demi mamanya.

" Morning. Boleh saya jumpa dengan Aryan? " soal Liyana sebaik tiba di kaunter hadapan syarikat Aryan.

" Morning cik. Cik ada buat apa-apa appointment dengan Encik Aryan ke?" soal gadis itu.

" Tak ada. Tapi saya dah beritahu dia nak jumpa dia " .

" Sekejap ya. Siapa nama cik? " .

" Liyana " .

Gadis itu terus menyambung interkom dengan Aryan.

" Encik Aryan, cik Liyana nak jumpa encik sekarang " beritahunya.

" Okay. Suruh dia masuk " jawab Aryan.

" Okay terima kasih encik " .

" Cik Liyana boleh masuk ke bilik Encik Aryan terus " .

" Thank you " ucap Liyana sebelum berlalu pergi.

" Good morning Aryan " Liyana tersenyum lebar ke arah Aryan sebaik melangkah masuk ke bilik lelaki itu.

" Morning " jawab Aryan malas.

" Tak nak jemput I duduk ke? " soal Liyana.

" Duduklah " .

Liyana terus menarik kerusi di hadapan Aryan. Punggungnya dilabuhkan di situ.

" So ada apa you datang? " soal Aryan.

" I nak minta kerja Aryan. You bagi lah apa-apa kerja sekalipun. I sanggup" kata Liyana bersungguh-sungguh.

Aryan tergelak sinis.

" Kalau I bagi you kerja sebagai cleaner? You sanggup terima? " .

" Sanggup. I sanggup " Liyana menganggukkan kepalanya.

" Jangan buat kerja gila lah Liyana. I kenal you macam mana. Perempuan macam you, mana lah sanggup nak buat semua kerja-kerja tu " .

" Aryan, I memang betul-betul perlukan kerja sekarang. Family I dah jatuh muflis. Papa I pulak baru jer meninggal. I terpaksa berhenti kerja pun sebab tak ada siapa nak jaga mama I. Dia down sangat sekarang ni. I kena jaga dia. That's why I perlukan sangat kerja sekarang ni. Kalau I tak kerja, siapa nak tanggung kami? I cuma harapkan you Aryan. I minta you kesianlah I. Kalau you tak kesiankan I pun, kesian kan lah mama I. I dah tak ada sesiapa lagi untuk minta tolong. Tolonglah Aryan.." mata Liyana mula berkaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience