Bab 6

Other Series 1788

"Bro, asal lama sangat?" soal Najhan. "Sorry-sorry. Tandas takde air tadi aku guna tandas tingkat 3." balas Syakir. "Lah" kata Najhan.

"Tadi aku nampak kau dah turun kat tangga belakang pastu naik pulak. Asal?" soal Najhan lagi. "Naik kematu aku tunggu kat sini." tambah Najhan. "Hahaha, ada hal sikit tadi." kata Syakir sambil ketawa hambar.

"Jomlah, makan" Syakir mengajak Najhan ke kantin. Mereka terus ke kantin, membeli makanan yang diingini dan duduk secara berdepan.

"Weh, Syakir? Hal apa kau buat tadi? Mengintai awek eh?" sengaja Najhan berkata begitu. Sengaja mahu memancing Syakir agar membuka cerita.

Air disedut Syakir lalu dia pun membuka mulut. "Gila lah kau. Mana ada." ujar Syakir. Syakir pun bercerita tentang hal yang terjadi sebentar tadi.

"Gila kau?" itulah tanggapan pertama Najhan selepas mendengar cerita Syakir. "Kau ni tak patut betul. Nasib baik dahi kalau bibir, tak pun hidung patah tak ke naya anak orang tu." kata Najhan.

"Aku tak sengaja manalah aku tahu ada orang. Kalau aku tahu, aku tak tendang pintu tu tadi." kata Syakir. "Syakir-syakir kenapa lah kau tendang pintu tu? Tolak kan boleh?" kata Najhan sambil geleng kepala. "Aku terkejut lah." kata Syakir.

"Habis tu budak tu okay tak?" soal Najhan. "Nampak macam okay." kata Syakir. "Tapi en berani kau pergi tampal plaster kat kepala budak tu." kata Najhan lalu menyuapkan makanan ke dalam mulut sendiri. "Berani apanya. Dah budak tu senyap je aku buat jelah. Aku tak sentuh dia pun okay." balas Syakir.

"Kau ni Syakir, kalau budak tu fall in love dengan kau macam mana?" usik Najhan. "Fall in love apa benda. Aku tendang pintu sampai dahi dia luka kot." ujar Syakir. "Hmm takde lah. Kau dah la muka kpop. Cair budak tu nanti. Ada abang macho acah caring. Hahaha." bertaburan ketawa Najhan. Geli hati dibuatnya.. "Bengong. Dah lah makan cepat nak habis rehat dah ni." balas Syakir.

Makanan yang masih bersisa segera dihabiskan mereka berdua. Tak elok membazir makanan. Membazir amalan syaitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience