Bab 5

Other Series 1788

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

Semua pelajar tingkatan 5 Anggerik keluar kelas dan menuju destinasi masing-masing. Ada yang ke tandas, ada yang ke kantin dan juga ada yang ke perpustakaan untuk membaca buku.

"Amal." Nadya memanggil teman baiknya itu. "Ye." sahut Amal. "Nak buat apa eh sekarang?" soal Nadya. "Entahlah" balas Amal. "Kita lepak dalam kelas jelah." kata Nadya.

Mereka berdua duduk sahaja didalam kelas. Malas hendak ke mana-mana. Sebenarnya mereka berdua puasa pada hari ini, puasa ganti sebetulnya. Mereka telah berjanji untuk berpuasa pada hari ini.

Memandangkan kelas mereka berada dibangunan belakang senang lah mereka melepak disana. Jarang orang lalu lalang disitu. Tambahan pula hanya terdapat dua kelas sahaja disitu. Kelas mereka dan juga kelas 5 Bakawali. Kedua-duanya kelas aliran sains.

Dibangunan itu juga terdapat makmal biologi di aras 2, makmal fizik di aras 1 dan makmal kimia aras bawah sekali. Secara teknikal mereka berada di aras 3 kerana sekolah mereka cuma 3 tingkat.

Kebetulan juga tiada pengawas bertugas di aras tersebut. Sofi pula bertugas ditempat lain.

Nadya duduk dikerusi paling hujung sambil melihat gelagat rakan-rakannya diluar tingkap. Manakala Amal hanya berjalan melihat sekeliling kelasnya. Papan buletin ditelahnya satu persatu. Bukannya apa waktu sebegini sahaja dia dapat melihat kelasnya dengan lebih dekat.

Waktu lain dihabiskan ditempat duduknya sahaja. Dia seorang pemalu. Nak bercakap pun payah inikan bertegur sapa. Jarang dia bergerak ke sana sini.

Amal kemudiannya berjalan ke pintu dan membuka pintu kelas yang sebelumnya tertutup.

Tiba-tiba pintu tertutup semula dengan kuat. Malang bagi Amal apabila pintu itu mencium dahinya. "Aduh." bicara Amal. Dia mengosok-gosok dahinya.

Sedang dia mengosok dahi, pintu terbuka semula. Kemudian kelihatan seorang pelajar lelaki. Terkejut Amal dibuatnya. Pelajar tersebut hanya memandang tepat ke muka Amal. Selang berapa minit pelajar tersebut berlalu pergi.

Melihat Amal yang mengosok dahi. Nadya pergi mendapatkan kawannya. "Kau okay tak Amal?" soal Nadya. "Okay-okay." balas Amal. "Weh, okay apanya berdarah dahi kau tu." kata Nadya. "Meh sini nak tengok." Nadya meniup dahi Amal dan mengeluarkan sekeping tisu.

"Macam mana boleh jadi macam ni Amal?" soal Nadya. Prihatin sungguh terhadap kawan baiknya yang satu ini. "Tak tahu la. Tadi masa buka pintu macam ada orang tolak balik pintu." balas Amal. "Oh, mamat tadi lah yang tolak. Kurang ajar betul. Bukannya nak minta maaf, blah macam tu aje" bidas Nadya. Geram pulak rasa.

"Syakir..syakir. Macam mana lah kau tak boleh perasan ada orang kat situ. Haish." bicara hati Syakir semasa menuruni anak tangga. Kesal pula dengan tindakannya yang menyepak pintu tadi. Terkejut juga dia bila pintu terbuka tiba-tiba. Dia ingatkan angin rupanya orang yang tolak.

Syakir ke kedai buku kemudiannya kembali semula ke kelas tadi.

"Err.. nah." Syakir menghulurkan plaster kepada Amal. Risau juga dia apabila melihat dahi Amal yang terluka. Amal terdiam tanpa ada apa-apa tindakan. Huluran Syakir dibiarkan begitu saja. Nadya disebelahnya pun terdiam sahaja.

Lantas Syakir mengoyakkan pembalut plaster tersebut dan terus menampal di dahi Amal. Bersahaja saja tindakannya itu. Amal hanya terdiam. Jantungnya terus berdegup laju daripada biasa. Malu dengan tindakan Syakir. Mujur tiada siapa disitu kecuali Nadya seorang.

Setelah selesai menampal plaster di dahi Amal, Syakir mengucapkan kata maaf kepada Amal. "Maaf tak sengaja." Syakir berlalu keluar dari kelas sambil melemparkan senyuman.

"Ish, selamba gila mamat tu." kata Nadya. Amal masih terdiam sejenak. Terkejut dengan kelakuan pelajar tersebut. "Amal?" Nadya memetik jari didepan mukanya. "Ye?" kata Amal. "Kau okay ke ni?" soal Nadya. "Okay" Nadya mengangguk.

"Amal. Aku rasa macam pernah tengok la mamat tu." bicara Nadya. "Eh? Nadya kenal ke?" soal Amal. "Tak kenal, cuma..." Nadya sedang cuba mengingat sesuatu. "Hah baru ingat. Mamat kpop tulah. Yang kita tengok kat kantin tu." kata Nadya. "Yelah." kata Amal pula.

"Tak sangka pulak." kata Nadya. "Apa dia buat kat sini eh? Kelas dia kan kat tempat lain." kali ini Nadya berfikir pula motif Syakir ada dibangunan belakang. Amal hanya mengangkat bahu. "Sesat kot." kata Nadya secara berseloroh. Dia dan Amal kemudian tertawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience