Bab 12

Other Series 1788

*Pagi Isnin.

Syakir sedang bersiap-siap untuk pergi sekolah. Entah mengapa hari ini dia berasa bersemangat hendak ke sekolah. Sambil bersiap Syakir menyanyi lagu Kejayaan daripada band kegemarannya iaitu Orkes A Hizadin. Mulutnya turut terkumat-kamit menyanyikan lagu itu.

"Kejayaan itu bermula dengan bismillah,
Pastikan nawaitu ikhlas kerana Allah,
Pertengahan itu tawakal tu Alallah,
Pasti di penghujungnya insyallah,
Kejayaan kan kau temu.."

Syakir tersenyum dihadapan cermin sambil merapikan rambutnya. Dia juga turut menyemburkan sedikit minyak wangi. Tingkah lakunya ni menampakkan dirinya seorang yang macho.

"Syakir." panggil mama dari luar bilik. "Ye ma." sahut Syakir. Dia menyelak tirai biliknya sedikit. "Cepat sarapan." kata-kata mama. "Okay." jawab Syakir.

"Wah-wah abang awal bangun." tegur Syakira. Ketika itu Syakir sedang menuju ke meja makan. "Dengki." balas Syakir. "Kila, tolong tuang air untuk abang." pinta mama kepada Syakila.

Syakila adalah adik kembar Syakira. Sungguhpun mereka adik beradik kembar tetapi perangai mereka sangat berbeza. Syakila lebih sempoi manakala Syakira sangat hyper. Dia lebih gemar membebel. Gayanya seperti mak nenek sahaja. Syakila lebih pendiam dan agak matang berbanding Syakila. Walaupun dia keluar 30 minit lewat daripada kakaknya Syakira, dia sering disalah dianggap sebagai kakak.

Syakila pun menuang air teh dan beri kepada abangnya. "Nah abang." ujar Syakila. "Thanks kila." balas Syakir sambil menghirup air tersebut.

"Ma, hari ni abang balik lewat sikit tau. Ada latihan." bicara Syakir. "Yelah tu latihan. Entah-entah dating." kata Syakila lalu menyuapkan bihun goreng ke mulutnya. Telinga Syakira dipulas Syakir. "Aduh, sakitlah." kata Syakir. "Syakir, tak baik buat kila macam tu." marah mama. "Mulut kila ni ma." balas Syakir. "Korang ni macam anjing dengan kucing. Cubalah elok-elok sikit." tegas mama. Syakila hanya tersenyum melihat gelagat adik-beradiknya.

"Abang ni ma." kata Syakira sambil memegang telinganya. Telinganya tidaklah sesakit mana cuma geram dengan perangai Syakir. "Padan muka." balas Syakir dengan puas. "Dah-dah, tak baik bergaduh depan rezeki." kata mama.

"Ma, Syakir nak pergi dulu lah." ujar Syakir setelah menghabiskan makanannya. "Nak pergi dah?" soal mama. Syakir mengangguk dan berkata, "Dah janji dengan Najhan nak pergi sekolah sama-sama." Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan mama. Mama sambut tangannya. "Pergi sekolah elok-elok." kata mama.

"Bye ma, kira, kila." ujar Syakir. Syakira hanya menjelir lidah kepada Syakir. "Abang, Kila nak ikut. Tunggu kejap." kata Syakila sambil tergesa-gesa menghabiskan air tehnya.

"Okay, abang tunggu kat luar. Cepat sikit." kata Syakir. Syakir memakai stokin dan kasut diluar.

"Kila tunggu. Akak nak ikut." kata Syakira. "Okay." balas Syakila. "Mama kami minta diri dulu." Syakira dan syakila menyalami mama mereka sebelum berangkat ke sekolah.

"Lambatnya." kata Syakir. "Sorry." balas Syakila sambil tersengih. "Tunggu sekejap pun tak boleh. Berkira betul." kata Syakira dengan perlahan. "Apa?" kata Syakir kepada Syakira. Dia perasan Syakira sedang membebel cuma tidak pasti apa yang dibebelnya. "Apa?" balas Syakira. Dingin sahaja dua beradik ini. Mereka berbalas pandangan dengan renungan tajam.

"Err.. jom pergi sekolah sekarang." kata Syakila. Takut juga dia melihat abang dan kakaknya berkelakuan begitu.

"Jom." kata Syakir. Mereka berjalan beriringan menuju ke sekolah. Dari jauh kelihatan Najhan yang sedang menunggu. "Oi..." Najhan melambai. Syakir mengangkat tangannya.

Syakir menghampiri Najhan dan mereka pun berjabat tangan. Najhan melihat ke arah adik perempuan Syakir.

"Tak nak kenalkan ke?" Najhan menyiku Syakir. Dah mula lah gatal dia. Pantang nampak perempuan. "Han, ni adik aku. Syakira dan Syakila." kata Syakir. Malas nak layan sebenarnya. Najhan tersenyum. "Kembar?" soal Najhan. Syakila mengangguk. "Patutlah sama." kata Najhan lagi.

"Dah, jom gi sekolah." ujar Syakir. Dia menarik Najhan. "Okay abang." balas Najhan. "Abang? Ni abang kau." bahu Najhan ditumbuk Syakir. "Aduh." kata Najhan. Nasib baik tumbukkan Syakir itu biasa-biasa sahaja. "Sorry lah. Aku gurau je bro." kata Najhan. Syakir hanya tertawa melihat Najhan yang sedang mengurut bahu.

Mereka pun berlalu pergi ke sekolah bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience