Bab 8

Other Series 1788

*Di sekolah.

"Syakir aku dengar sekolah kita nak buat audition, kau tak nak join ke?" tanya Najhan. "Audition? Audition apa?" soal Syakir. "Audition err.. pencarian bakat sekolah." balas Najhan. Dia kurang yakin dengan nama audition tersebut. "Audition apa tu?" soal Syakir lagi. "Untuk cari talent kat sekolah kita ni. Tak salah aku nyanyian, bermain alat muzik dengan apa tah. Pastu dorang akan bentuk satu band, band sekolah. Band tulah yang akan perform masa hari guru, anugerah cemerlang, semualah." terang Najhan dengan panjang lebar.

Najhan kelihatan mencari sesuatu dilaci mejanya. "Mana benda tu eh? Hmm." kata Najhan. "Benda apa?" soal Syakir. "Jap. Ha! nilah!" kata Najhan lalu memberikan flyers kepada Syakir. Flyers tersebut tertera terma dan syarat berkaitan pencarian bakat sekolah.

"Masuklah weh, cuba nasib. Mana tahu dapat." kata Najhan. "Tak nak lah." Syakir menolak. Dia tidak berminat untuk menyertai audition tersebut. "Ala. Amal pun masuk tau. Tak salah aku dia main alat muzik kot." kata Najhan. "Amal masuk?" kata Syakir sambil mengangkat keningnya. "Yup." balas Najhan. "Mana kau tahu?" soal Syakir. "Nadya yang bagi tahu." kata Najhan. "Nadya? Sejak bila kau rapat dengan Nadya?" soal Syakir lagi. "Takdelah, dia yang bagi flyers tu masa aku tersempak dia tadi. Kelab dia yang anjurkan." balas Najhan.

"Kau betul ke tak nak join?" sekali lagi Najhan bertanya soalan sama kepada Syakir. "Rugilah masa ni lah kita join benda-benda macam ni. Nanti habis sekolah ada lah juga kenangan nak ingat." kata Najhan. Dia cuba untuk memujuk Syakir. "Tengoklah dulu. Kau join ke?" tanya Syakir. "Join." balas Najhan dengan bersemangat.

Cikgu matapelajaran Sains masuk ke kelas dan sesi pengajaran dan pembelajaran pun bermula.

*Waktu balik sekolah.

"Syakir audition tu esok tau. Jangan lupa." pesan Najhan. "Yelah." balas Syakir. "Apa-apa nanti bagitahu aku." kata Najhan. Syakir mengangguk faham.

Mereka pun balik ke rumah bersama-sama.

*Keesokan harinya, selepas waktu sekolah.

"Syakir, jom gi audition. Dorang buat kat bilik muzik." ajak Najhan. Syakir membuntuti Najhan menuju ke bilik muzik.

Rupanya ramai pelajar yang menghadiri audition pada kali ini. Kelihatan beberapa orang pelajar yang sedang berlatih. Najhan menghampiri mereka lalu menegur.

"Korang join jugak ke?" tegur Najhan. "Ha'ah. Kau pun?" soal Hasif pelajar tingkatan 4. "Ye kot." balas Najhan. "Good luck." kata Hasif. "Kau pun." kata Najhan.

Sesi ujibakat tersebut berlangsung selama lebih kurang sejam lebih. Masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam. Ada yang berbakat, ada juga yang hanya mencuba nasib. Tidak kurangnya dengan Syakir dan Najhan.

"Okay, memandang kali ni penyertaan agak memberangsangkan pemilihan anggota band sekolah hanya akan dibuat selepas beberapa hari." kata Cikgu Ann. "Kamu semua boleh balik dan berdoa sahaja supaya diantara kamu akan terpilih. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Teruskan usaha." kata cikgu Ann.

Beberapa hari kemudian, Cikgu Ann menampal nama-nama pelajar yang terpilih untuk kumpulan band sekolah pada papan buletin bersebelahan bilik muzik. Para pelajar berkerumun melihat nama masing-masing.

"Ala, aku tak dapat." kata salah seorang pelajar perempuan. "Kau dapat tak?" soal pelajar tersebut kepada rakannya. "Tak, nama aku takde." balas rakannya itu. "Hmm, takpelah." kata pelajar tersebut. Mereka pun meninggalkan tempat tersebut.

"Tepi sikit aku nak tengok." kata Najhan kepada beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun itu. "Nama kau ada." kata salah seorang pelajar. "Ye ke?" balas Najhan. Kegembiraan terpancar diwajahnya. Bersemangat sungguh mamat ni nak join kumpulan band sekolah. Dia melihat namanya yang tertera pada kertas yang ditampal. "Eh Kir, nama kau pun ada." kata Najhan. Syakir hanya mengiyakan sahaja kata Najhan.

"Ada enam orang yang terpilih. Ada ada aku, kau, Fatin, Daniel, Natasha dan Amal. Eh, Amal pun ada." kata Najhan. "Lepas ni kau akan selalu jumpa Amal lah." kata Najhan. "Asal pulak?" kata Syakir. "Takdelah. Hahaha" Najhan hanya ketawa melihat Syakir yang kebingungan. "Aku gurau je bro." balas Najhan sambil menepuk bahu Syakir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience